Hpu914 Ucapan Penuh Presiden Umno




Peserta Perhimpunan Penyatuan Ummah mengibarkan bendara Malaysia,
Peserta Perhimpunan Penyatuan Ummah mengibarkan bendara Malaysia, UMNO dan Pas di dalam Dewan Merdeka sebelum majlis menandatangani piagam kerjasama UMNO dan Pas berlangsung tengah hari ini. – UTUSAN ONLINE/IZZAT NASURUDEN
14 September 2019 1:05 PM
1
AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO DAN AHLI JAWATANKUASA PAS PUSAT BARISAN KEPIMPINAN PARTI-PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL, GAGASAN SEJAHTERA DAN PARTI-PARTI SAHABAT
KEPIMPINAN PARTI GABUNGAN UMNO, KEPIMPINAN PARTI-PARTI RAKAN BARISAN NASIONAL DAN KEPIMPINAN NGO KEPIMPINAN UMNO BAHAGIAN-BAHAGIAN DAN PAS KAWASAN-KAWASAN SIDANG HADIRIN DI DALAM DAN DI LUAR DEWAN SERTA MEREKA YANG MENGIKUTI SECARA LANGSUNG PERISTIWA BERSEJARAH INI MENERUSI MEDIA SOSIAL
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, SAUDARA SAUDARI YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan takdirNya telah menghimpunkan hati-hati kita semua pada hari ini. Semoga perhimpunan bersejarah kita ini diredhai olehNya dan kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang dikasihiNya.
SAUDARA-SAUDARI YANG DIKASIHI
MUKADDIMAH
Izinkan saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Perunding dan Jawatankuasa Teknikal UMNO dan PAS, yang telah membincangkan kerangka piagam yang akan kita tandatangani sebentar lagi.
DETIK BERSEJARAH
Hari ini kita akan melakar suatu peradaban iaitu sejarah penyatuan antara dua parti terbesar negara iaitu UMNO dan PAS. Kita hadir atas cetusan dan dorongan nurani yang ikhlas. Kita berkumpul demi membina masa depan negara yang lebih bermaruah. Kita mahu negara ini, kembali menjadi harmonis, sejahtera dan terus diredhai oleh Allah SWT.
Lebih tepatnya lagi apabila saat penyatuan ini termeterai setelah 1400 tahun berlalunya peristiwa Aamul Jamaah atau Tahun Penyatuan iaitu penyatuan dua golongan dari pendukung Saidina Ali Karramallahu Wajhah dan pendokong Saidina Muawiyah R.A. Penyatuan ini berlaku pada 41Hijrah. Kini setelah 1400 tahun berlalunya Aamul Jamaah itu, kita kembali mengambil semangat penyatuan tersebut.
Sesungguhnya, permuafakatan ini, bukan berhasrat menjerumuskan UMNO dan PAS ke arena politik perkauman, sebagaimana tohmahan liar yang dilemparkan oleh beberapa pihak kebelakangan ini. Permuafakaan ini, hendaklah dilihat dalam ruang lingkup yang jauh lebih positif. Sebagai parti yang sudah masak dengan agenda perpaduan kaum, UMNO dan PAS akan memastikan penyatuan ini, bukan untuk memisahkan, menjarakkan atau memusuhi mana-mana kaum dan agama dalam negara tercinta ini.
Orang tua-tua berpesan:
“Kalau kenduri-kendara, pakat-pakatlah kita menolong.
kalau sakit demam, pakat-pakatlah kita menziarah.
Justeru, dalam soal agama, bangsa dan negara, lebih-lebih lagilah kita perlu berpakat.
Sesungguhnya yakinlah, permuafakatan yang akan terbentuk di antara UMNO dan PAS ini tidak sama sekali menjejaskan tiang seri negara dan institusi raja, sebagaimana termaktub dalam Fasa 3.2 Perlembagaan UMNO.
Hati-hati kita sudah bertaut demi memperjuangkan agenda besar untuk ummah. Negara yang sebelum ini aman sejahtera, kini dirundung kegelisahan. Keperitan hidup mencengkam rakyat. Malaysia semakin tidak stabil. Apa yang dibina bertahun-tahun musnah dalam masa yang singkat.
Kita mengagungkan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Anfaal (Ayat 63):
“Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati-hati mereka yang beriman itu. Kalaulah engkau wahai Muhammad, membelanjakan segala harta benda yang ada di bumi, nescaya engkau tidak akan dapat juga menyatu-padukan antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan antara hati-hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.
Sesungguhnya prinsip penyatuan ini telah diperjuangkan dan diterjemahkan oleh Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 2019 iaitu Fadhilah Sheikh Abdullah Bin Bayyah yang menegaskan agar penyatuan ummah ini dijadikan matlamat utama demi melahirkan keamanan dan kerukunan sejagat.
AGENDA BESAR
SAUDARA-SAUDARI YANG DIKASIHI
Peristiwa hari ini merupakan kesinambungan gagasan perpaduan PERIKATAN-PAS yang telah diasaskan oleh Almarhum Tun Abdul Razak, selaku Presiden UMNO dan Almarhum Tan Sri Mohamad Asri Muda, Yang Dipertua Agung PAS pada 28 Disember 1972. Malah pada tahun 1998 Almarhum Professor Dato dr Haron Din yang ketika itu merupakan Ketua Penerangan PAS telah berpesan kepada saya untuk suatu waktu nanti agar UMNO dan PAS bersatu dalam satu wadah perjuangan yang sama. Secara kebetulan pada 16 September ini genaplah tiga tahun kembalinya beliau ke rahmatullah. Marilah kita sama-sama, menghadiahkan Al-Fatihah kepada ketiga-tiga mereka dan para pejuang terdahulu. Al-Fatihah!
Mengimbau ucapan Almarhum Tun Abdul Razak di Perhimpunan Agung UMNO yang ke 24, pada 30 Jun 1973, Almarhum menyatakan “Asas kerjasama PAS dan UMNO (Perikatan) adalah kejujuran, keikhlasan, berbaik sangka dan berkhidmat bersama-sama untuk Agama dan Negara, kerana ia bergantung kepada kestabilan politik dan ekonomi.”
Bagaimanapun, kesatuan yang diidamkan oleh Almarhum Tun Abdul Razak tidak kesampaian, ada rintangan yang mengagalkannya. Pendek kata, seperti peribahasa Melayu:
Air setitik dilautkan,
Tanah seketul digunungkan.
Cukup-cukuplah!!!
Kita wajib menyambung semula usaha murni tersebut.
UMNO dan PAS di bawah pimpinan baharu telah memperkasakan isu-isu menyentuh aspek taawun siyasi. Pada 4 Disember 2016, kita pernah sepentas di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, bagi memperjuangkan hak asasi kemanusiaan rakyat Rohingya. Pada 22 Disember 2017 di Masjid Putra, Putrajaya kita bangkit bersama dalam Himpunan Putih, bersolidariti selamatkan Baitul Maqdis. Di Pasir Salak, pada 17 November 2018, kita senada melaungkan hasrat untuk penyatuan ummah. Kita juga sepakat, dalam Himpunan Menentang ICERD pada 8 Disember 2018 di Dataran Merdeka. Malah, kita sehaluan membantah Statut Rom di seluruh negara.
Saya berasa bangga, penyatuan ummah ini sudah mula dihayati di peringkat akar umbi. Pelbagai siri ceramah di cawangan, bahagian, kawasan dan negeri di seluruh negara mendapat sambutan hebat. Rakan setia kita, MCA dan MIC turut mengorak langkah menganjurkan program bersama PAS. Pada 22Ogos 2019, Stadium Tertutup Gong Badak di Terengganu, menjadi saksi himpunan ukhuwah tiga Menteri Besar di Pantai Timur. Terbaharu, pada 30 Ogos 2019, Himpunan Perpaduan 2.0 di Pasir Salak berjaya menghimpunkan puluhan ribu rakyat. Terbukti, rakyat bersama kita.
SAUDARA-SAUDARI YANG DIKASHI,
Gelora politik tanah air masa-kini menuntut penyatuan ini dilaksanakan, kerana kemakmuran dan Perlembagaan negara sedang diganggu-gugat. Untuk itu, sebagai pejuang dan pendukung penyatuan ummah, kita tidak boleh mengizinkan kepincangan ini berlarutan.
Mereka mahu menggagalkan usaha murni ini. Kita harus berwaspada kerana kedudukan dan kuasa mereka pasti tergugat, apatah lagi sehingga kini mereka saling berebut kuasa sesama sendiri.
Sesungguhnya, UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Islam, Kebangsaaan Melayu, Hak Bumiputera dan Anak negeri serta perpaduan Malaysia demi kemakmuran dan kestabilan negara. PAS pula, memperjuangkan wujudnya sebuah masyarakat dan pemerintahan, yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah SWT. Begitulah, padunya persamaan UMNO dan PAS.
Kini kita telah menemui titik persamaan, kita tidak lagi bercakap tentang perbezaan, dan kita tidak akan berpaling ke belakang lagi.
Air sama air menjadi satu,
Akhirnya sampah ke tepi juga.
PIAGAM
Saudara dan Saudari yang saya kasihi,
Sesungguhnya, Piagam yang akan ditandatangani sebentar lagi, mengambil panduan daripada Sahifah Madinah, yang menyentuh hubungan sesama Islam, dan dengan bukan Islam. Permuafakatan ini, mestilah bersifat Muafakat Nasional, bukan sekadar ikhtiar politik orang Melayu dan Islam atau demi kuasa semata-mata.
Permuafakatan ini mestilah menjadi gerakan penyatuan nasional yang dipimpin oleh UMNO dan PAS. Ia menjamin kebaikan dan kemakmuran watan secara holistik.
Kita ingin menegaskan, penyatuan ummah bukan hanya untuk UMNO dan PAS. Sebaliknya ia menyeluruh, merangkumi semua bangsa, agama dan kaum. Ia tidak didasari kepada matlamat dan kehendak politik semata-mata. Sudah pasti ikatan murni ini bakal mencetuskan sejuta potensi baharu, yang belum pernah kita terfikir sebelum ini.
Tokoh-tokoh Islam terkemuka seperti Iqbal, Al-Farabi, Jamaludin Al-Afghani, Al-Maududi, Imam Hassan Al-Bana dan tokoh-tokoh lain merumuskan, konsep Ummah membawa maksud kesejagatan. Walaupun ada kalangan orientalis memberi gambaran negatif, kononnya konsep Ummah menjurus kepada agama dan puak, tetapi perpaduan Ummah merangkumi semua pihak dan kaum.
Kita mesti mengenepikan perbezaan matlamat dan ideologi politik, kerana sebesar-besar cabaran kepada kita ialah menguruskan kepelbagaian tersebut. Sesungguhnya, permuafakatan ini adalah milik rakyat. Maka jayakanlah, dengan ikhlas dan saksama, demi agama, bangsa dan negara.
DUGAAN DAN CABARAN
Pastinya selepas ini, kita akan berhadapan dengan dugaan dan cabaran. Ayuh!!! kita teguhkan saf kesatuan, perkukuhkan ikatan perpaduan, dan ramaikan sahabat seperjuangan dengan kalimah tauhid Laillahaillallah Muhammadarasulallah. Marilah kita sama-sama melafazkan kalimah syahadah.
UMNO dan PAS tidak harus terjerumus dalam politik kaum yang sempit serta pegangan agama yang ekstrem. Ia bercanggah dengan fitrah Islam, yang menganjurkan kesederhanaan dan menghormati agama lain, selari dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Negara sebagaimana yang dizahirkan dalam kerangka ‘Ummatan Wasatan’.
Tanggungjawab kritikal UMNO dan PAS, adalah untuk menyerlahkan keunggulan Islam dalam pelaksanaan sistem politik bernegara, yang akan memelihara kemaslahatan semua pihak. Islam menjamin hak dan kebebasan bukan Islam. Alhamdulillah, ia telah difahami oleh rakan-rakan seperjuangan kita.
Dalam kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan khususnya kepada pemimpin dan ahli-ahli MCA, MIC, parti gabungan dalam UMNO, Friends of BN serta NGO yang setia kekal bersama kita. Inilah teman sejati ketika susah dan senang, sebagaimana lirik lagu Teman Sejati.
Selama ini ku mencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci.
Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
pengorbanan dan pengertian
Agar kita kekal bersatu
Itulah tandanya,
kejujuran kita.
SAUDARA SAUDARI YANG DIKASIHI.
Kita berkeyakinan, dengan termeterainya Piagam Muafakat Nasional ini, ia bakal menyemarakkan lagi obor perjuangan kita bersama, demi negara yang lebih bermaruah.
Saya ingin menggariskan enam hasrat utama permuafakatan ini:
I. AKIDAH, KEIMANAN DAN KEIKHLASAN
Sesungguhnya, Permuafakatan ini berlandaskan kepada akidah, keimanan dan keikhlasan sebagai paksi bagi memperkukuhkan kebersamaan kita. Ia bukan semata-mata agenda politik.
Akidah Islam mengikat seseorang Muslim dengan segala aturan hukum Islam. Sewajarnya penyatuan ummah ini hendaklah berpandukan kepada akidah dan keikhlasan. Penyatuan Ummah merupakan fardu kifayah, mendukungnya adalah suatu tuntutan Islam.
Selama ini orang bukan Islam membaca gelagat dan keperibadian orang-orang Islam dalam merumuskan persepsi mengenai Islam. Sudah tentulah penyatuan ini akan mengembalikan semula teladan agung umat Islam kepada seluruh rakyat negara ini.
II. AGENDA BESAR
Fahamilah, permuafakatan ini perlu dilihat sebagai penyelesaian terhadap permasalahan hari ini dalam usaha mewujudkan kedamaian, keharmonian, dan pembelaan nasib rakyat. Ummah dan negara hendaklah diutamakan.
Gagasan Muafakat Nasional ini menawarkan pelbagai dasar alternatif, dalam menzahirkan prinsip semak dan imbang, hala tuju yang lebih pragmatik, realistik dan mampan. Muafakat ini adalah pilihan utama menggantikan pentadbiran kakistokrasi yang telah mengakibatkan negara menjadi A Failed State.
III. JAMINAN PEMUAFAKATAN
Sesungguhnya, permuafakatan ini, menjaga dan menjamin hak semua kaum dan bangsa. Sejarah telah membuktikan, selama memerintah, kita menjunjung Perlembagaan dan kontrak sosial yang dibentuk oleh pengasas kemerdekaan negara. Kita tidak pernah merampas hak sesiapa. Negara pasti aman sejahtera jika semua pihak mendokong keluhuran Perlembagaan dan menghormati Kedaulatan Undang-Undang.
IV. ELAK PERGESERAN
Demi kelangsungan piagam ini, pertelingkahan hendaklah dielakkan. Kita tidak harus bersaing sesama sendiri. Sejarah membuktikan, pergeseran seringkali berakhir dengan kemusnahan. Tragedi Andalusia, Istanbul dan hancurnya Empayar Melayu-Islam Melaka menceritakan segala-galanya. Perpecahan ummah mendatangkan mudarat besar. Insaflah! Jangan kita mengulangi kesilapan masa lampau.
V. TONGGAK KEPIMPINAN
Selama ini, tonggak kepimpinan Melayu bersama rakan-rakan setia, telah terbukti bertanggungjawab dan mampu menerajui masyarakat majmuk di Malaysia. Kecelaruan pentadbiran kerajaan sekarang, kerana ketiadaan tonggak kepemimpinan Melayu yang berani dan berwibawa. Saya pasti UMNO dan PAS boleh menggalas tanggungjawab besar dalam menangani kemelut politik sekarang.
VI. KEKAL SELAMA-LAMANYA
Permuafakatan ini, adalah formula terbaik ke arah tawaran baru atau new deal mewujudkan sebuah negara yang aman sejahtera untuk generasi akan datang. Ia perlu dipertahankan demi menjamin kelangsungan masa depan mereka.
Pemangkin kejayaan permuafakatan ini bergantung kepada anak-anak muda. Tidak lupa juga peranan kaum wanita dan muslimat sebagai pendorong dalam melaksanakan misi suci ini. Pastikanlah perjuangan ini berterusan dan tidak terputus di tengah jalan. Penyatuan ummah ini, hendaklah dipupuk, disubur dan dipertahankan untuk selama-lamanya. Seperti kata Tokoh Tasawwuf, Ibnu Athaillah AL-Sakandari:
“Cahaya pada permulaan adalah kebahagiaan pada pengakhiran”.
Dan juga kata pujangga besar Arab, Ahmad Shauqi:
“Kebaikan yang kamu asaskan adalah umur keduamu, walaupun kamu sudah dikandung tanah”.
SAUDARA SAUDARI YANG DIKASIHI,
AZAM PIAGAM
Marilah kita berazam, bahawa, kita tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah serta berbalah sama sendiri. Kita berazam akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam. Kita juga berazam akan bersama-sama mendepani sebarang halangan, cabaran luaran dan dalaman, demi memartabatkan agama, bangsa dan negara.
Marilah kita berazam, kita tidak akan mengenepikan sesama kita dalam apa sahaja keadaan. Seandainya ada sebarang perbezaan pandangan, pendapat dan kehendak, ia perlu dirujuk secara musyawarah berlandaskan kepada sumber hukum, nas Al-Quran, hadis, qias dan itjmak ulama.
Ingin saya tegaskan, kejayaan permuafakatan UMNO dan PAS, memerlukan dokongan semua rakyat di seluruh negara.
Dari kota besar ke pergunungan.
Dari daratan membawa ke pulau terpencil.
Muafakat ini untuk Melayu,
Muafakat ini untuk Cina,
Muafakat ini untuk India,
Muafakat ini tentunya juga untuk Iban, Kadazan, Dusun, Murut, Orang Asli.
Dan pelbagai masyarakat pribumi.
Muafakat Nasional… aspirasi dari semua untuk semua!
Muafakat Nasional… inklusif, stabil dan bermakna!
Muafakat Nasional… aspirasi kebangkitan ummah!
Muafakat Nasional…membawa kemakmuran Malaysia tercinta!
Ayuh! Mari kita sama-sama menjayakannya.
Sejarah kini terukir.
Detik ini pasti dikenang.
Inilah legasi pusaka bangsa.
Rabbilfirli wa hablii mulkal laa yanbaghii li ahadim Mim ba’ di innaka antal wahhab
Wabillahi taufik, walhidayah. Wassalamuikum warahmatullahi wabarakatuh.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/14/hpu914-ucapan-penuh-presiden-umno/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hpu914 Timbalan Presiden Pas Sampaikan Khutbah Jumaat Di Menara Dato Onn

Hpu914 Timbalan Presiden Pas Sampaikan Khutbah Jumaat Di Menara Dato Onn

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 372 hits
Buat pertama kalinya khutbah Jumaat di surau Pusat Dagangan Dunia Putra disampaikan oleh pemimpin utama Pas Khutbah bertajuk Iktibar Kehilangan Kuasa Umat Islam disampaikan oleh Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Tajuk khutba...
Hpu914 Pas Umno Sentiasa Terima Kaum Lain

Hpu914 Pas Umno Sentiasa Terima Kaum Lain

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 335 hits
PAS dan Umno sentiasa terbuka untuk menerima kehadiran bersama kaum lain di dalam lanskap politik negara berpaksikan acuan yang dibentangkan Islam kata Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Menurut beliau tindakan itu boleh dibu...
Marilah Banjiri Pwtc Jadikan Hpu914 Kekuatan Umno Pas Igauan Ngeri Ph

Marilah Banjiri Pwtc Jadikan Hpu914 Kekuatan Umno Pas Igauan Ngeri Ph

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 587 hits
Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya Mohd Ridhwan Mohd Ali mengajak orang ramai untuk membanjiri Pusat Dagangan Dunia Putra pada tarikh 13 dan 14 September iaitu tarikh yang dinanti nantikan oleh kedua dua parti UMNO dan PAS termasuklah rakya...
Guan Eng Mana Ada Boikot Saya Sudah Tanya Pas Dan Umno Presiden Mic

Guan Eng Mana Ada Boikot Saya Sudah Tanya Pas Dan Umno Presiden Mic

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 303 hits
Tidak timbul langsung soal boikot barangan bukan Islam seperti yang di dakwa oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng Malah saya sebagai Presiden MIC telah menyoal Pas dan UMNO dalam dua mesyuarat berasingan baru baru ini tentang perkara itu dan ...
Demi Perpaduan Ummah Penyokong Pas Umno Putihkan Pwtc Hpu914 Haze Malaysia

Demi Perpaduan Ummah Penyokong Pas Umno Putihkan Pwtc Hpu914 Haze Malaysia

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 714 hits
Ribuan penyokong PAS dan Umno mula memenuhi pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra bagi menyaksikan detik bersejarah menandatangani piagam kerjasama politik rasmi 2 parti politik itu Tinjauan mendapati ruang legar di seluruh bahagian dalam P...
Hpu914 Umno Tidak Pernah Ajar Untuk Kurang Ajar Provokasi Ph Tak Mampu Gagalkan Penyatuan Ummah

Hpu914 Umno Tidak Pernah Ajar Untuk Kurang Ajar Provokasi Ph Tak Mampu Gagalkan Penyatuan Ummah

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 508 hits
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr Noraini Ahmad berkata parti keramat ini tidak pernah mengajar ahlinya untuk bersikap kurang ajar Justeru itulah jelas beliau walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap penyatuan ummah anta...
Hpu914 Kerjasama Pas Umno Belum Bincang Bahagi Kerusi Tuan Guru Haji Hadi Awang

Hpu914 Kerjasama Pas Umno Belum Bincang Bahagi Kerusi Tuan Guru Haji Hadi Awang

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 414 hits
Kerjasama PAS dan Umno yang dimeterai hari ini belum beralih kepada perbincangan mengenai pembahagian kerusi pada pilihan raya umum ke 15 nanti Bercakap pada sidang media di akhir Himpunan Penyatuan Ummah hari ini Presiden PAS Abdul Hadi Aw...
Hpu914 Tuan Guru Haji Hadi Tolak Dakwaan Kerjasama Pas Umno Perkauman Jamin Bela Semua Kaum

Hpu914 Tuan Guru Haji Hadi Tolak Dakwaan Kerjasama Pas Umno Perkauman Jamin Bela Semua Kaum

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 487 hits
PAS menolak tuduhan kononnya kerjasama politik parti itu dengan Umno menjadikan pakatan yang terbentuk bersifat rasis dan menolak kaum lain Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata jika Umno dan PAS mengamalkan sikap perkauman maka kaum lain t...
Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Forex Trading Basic Training Program Edukasi Gratis Tpfx Pontianak Untuk Gen Z

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Perginya Atuk Khaled Nabhan

Concorde Hotel Shah Alam Raikan Kanak Kanak Good Samaritan Home Sempena Krismas


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Kj Comments On Huge Hamidin Banner At Stadium

The Latest Ai News We Announced In December

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Sarapan Dengan Anak Bujangku