Guan Eng Mana Ada Boikot Saya Sudah Tanya Pas Dan Umno Presiden Mic




“Tidak timbul langsung soal boikot barangan bukan Islam seperti yang di dakwa oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
“Malah saya sebagai Presiden MIC telah menyoal Pas dan UMNO dalam dua mesyuarat berasingan baru-baru ini tentang perkara itu dan dalam perjumpaan dengan kepimpinan MIC dan Pas, saya lontarkan kebimbangan ini, saya diberitahu oleh mereka tidak ada langsung isu boikot sebaliknya hanya mempromosi barangan muslim serta mencungkil bakat usahawan muda,” kata Tan Sri SA Vickneswaran.
Menurutnya, ketika perjumpaan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga bersaksikan dengan MCA, jawapan beliau pula pihaknya sentiasa menyokong usahawan bumiputera sejak dahulu lagi tetapi isu memboikot produk bukan Islam tidak benar sama sekali.
Itu pendedahan oleh Presiden MIC kepada MalaysiaGazette sambil menafikan dakwaan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP kononnya UMNO dan Pas menyokong kempen memboikot barangan buatan bukan Islam.
Kata Vigneswaran yang juga Yang Dipertua Dewan Negara, beliau sememangnya tidak nampak tindakan menyokong serta mempromosi barangan Muslim bersamaan dengan memboikot produk bukan Islam dan Melayu.
“Sudah tentu saya tanya apabila isu ini timbul, saya terus bertanya kepada Pas, kepada UMNO di hadapan pimpinan MCA sendiri. Kami juga mahu jawapan seandainya apa yang diperkatakan ini benar.
“Sebaliknya kami di beritahu tidak ada langsung usaha memboikot sebaliknya hanya memberikan sokongan kepada golongan usahawan muda bumiputra untuk lebih berjaya dalam perniagaan mereka.
“Ini kerana pada pendapat mereka, kerajaan ketika ini tidak melakukan usaha yang cukup baik bagi mempromosi produk golongan ini sehingga parti politik pula yang terpaksa mengambil inisiatif sedemikian.
“Anda ada kuasa, anda juga Menteri Kewangan, mungkin ada baiknya untuk kaji apakah jalan terbaik bagi mempromosi dan membantu golongan bumiputra, janganlah bagi komen tidak adil seperti ini,” katanya hari ini.
Mesyuarat MIC dan Pas baru-baru ini.
Hari ini, Guan Eng mengecam MCA dan MIC kerana tidak menentang dan secara terang-terangan menyokong UMNO dan Pas bagi kempen memboikot barangan buatan bukan Islam.
Guan Eng juga mengkritik pemimpin-pemimpin Pas dan UMNO yang terus memberi sokongan kepada kempen tersebut.
Dalam pada itu, kata Vigneswaran lagi, kerajaan seharusnya memberi perhatian lebih khusus dalam menangani isu itu daripada cubaan menyalahkan parti politik khasnya pembangkang.
“Jika kerajaan pada masa ini mampu tampil memberikan cadangan jauh lagi bernas dan bermanfaat, mengapa pula parti politik seperti UMNO dan Pas promosi dan bantu golongan bumiputra?
“Saya rasa anda mempunyai peluang lebih ‘cerah’ untuk selesaikan isu ini. Banyak sangat spekulasi dan dakwaan tidak betul sehingga meresahkan rakyat. Jangan buat begini kepada pengundi anda,” ujarnya. –MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/10/guan-eng-mana-ada-boikot-saya-sudah-tanya-pas-dan-umno-presiden-mic/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guan Eng Selar Mca Mic Tak Bantah Pas Umno Sokong Boikot Produk Bukan Islam

Guan Eng Selar Mca Mic Tak Bantah Pas Umno Sokong Boikot Produk Bukan Islam

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 492 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng PETALING JAYA Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyelar MCA dan MIC yang tidak membantah secara terbuka terhadap sokongan diberikan oleh PAS dan Umno dalam kempen yang mendorong orang ramai memboikot produ...
Guan Eng Appeals For Help From Umno And Pas To End Boycott Of Chinese Businesses

Guan Eng Appeals For Help From Umno And Pas To End Boycott Of Chinese Businesses

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 464 hits
Lim Guan Eng has called for PAS and Umno to condemn calls for a boycott of products produced by non Bumiputeras saying such a boycott was counter productive and could jeopardise national unity Lim who is DAP secretary general as well as fin...
Annuar Jemput Guan Eng Hadir Perasmian Piagam Umno Pas

Annuar Jemput Guan Eng Hadir Perasmian Piagam Umno Pas

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 325 hits
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa bercakap pada sidang media khas sempena Pilihan Raya Kecil P 078 Parlimen Cameron Highlands di Tanah Rata Pahang foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR UMNO menjemput pimpinan parti kerajaan termasuk Lim G...
Lim Guan Eng Anggap Tindakan Boikot Barang Bukan Bumiputera Sebagai Cetek Pemikiran

Lim Guan Eng Anggap Tindakan Boikot Barang Bukan Bumiputera Sebagai Cetek Pemikiran

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 474 hits
Nampaknya kempem mengutamakan pembelian produk muslim semakin memberi kesan walaupun Ohmedia lihat kebanyakannya masih menafikan bahawa ia tidak akan memberikan kesan yg besar kepada ekonomi Tapi Ohmedia tertarik dengan kenyataan Menteri Ke...
Umno Pas Tak Hasut Orang Islam Boikot Produk Bukan Bumiputera

Umno Pas Tak Hasut Orang Islam Boikot Produk Bukan Bumiputera

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 349 hits
MALAYSIAKINI Pemuda Umno Kelantan hari ini tampil menjawab kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menggesa supaya Umno dan PAS mengecam usaha memboikot produk bukan Bumiputera Ketuanya Noor Hariri Mohamed Noor berkata kedua dua pa...
Tolak Kempen Boikot Utamakan Barangan Malaysia Guan Eng

Tolak Kempen Boikot Utamakan Barangan Malaysia Guan Eng

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 332 hits
Rakyat diseru menolak kempen memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam atau Bumiputera dan mengutamakan pembelian barangan Malaysia Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kempen itu yang kononnya dijalankan pihak tertentu adalah tida...
Tanya Lim Guan Eng

Tanya Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 391 hits
Apabila ditanya mengenai perkembangan bayaran royalti minyak kepada Kelantan Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Abdullah berkata perkara itu perlu dirujuk kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng Beliau berkata berdasarkan kenyataan perdana mente...
Kerjasama Umno Pas Rapuh Di Tangan Mic Mca

Kerjasama Umno Pas Rapuh Di Tangan Mic Mca

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 336 hits
Kerjasama Umno Pas rapuh di tangan MIC MCA Oleh August 31 2019Menjelang termeterainya kerjasama rasmi antara Umno dan Pas pada 14 September depan pemerhati politik masih sangsi formula politik itu mampu dilaksanakan memandangkan terdapat du...
Pelabur Lari Setiap Kali Guan Eng Buka Mulut Kata Umno

Pelabur Lari Setiap Kali Guan Eng Buka Mulut Kata Umno

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 301 hits
Umno mendakwa antara punca ekonomi negara merosot adalah disebabkan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengatakan ia tidak memberi keyakinan kepada pelabur untuk terus melabur di negara ini Ketua Penerangan Umno Shamsu...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai