Howard Lee Balun Kaw Kaw Ratu Naga Sebar Fitnah Lalu Salahkan Orang Lain




Seorang individu dikenali sebagai Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali dengan nama samaran “Ratu Naga” berdepan siasatan pihak berkuasa selepas satu laporan polis dibuat terhadapnya berhubung dakwaan menyebarkan fitnah dan menghasut sentimen perkauman melalui media sosial. Laporan tersebut dibuat petang semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang oleh Pegawai Khas Timbalan Menteri Pendidikan, Khoo Khim Han bersama Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Farhan Haziq yang juga Pengerusi DAP Seksyen 8 Bandar Baru Bangi; Ketua Whip MPKj, Thiagarajah Rajagopal serta Ahli Majlis MPKj, Kwan Say Hong.
Menurut kenyataan bersama mereka, tindakan itu susulan penyebaran satu video oleh “Ratu Naga” melalui akaun TikTok miliknya pada 4 April lalu yang mendakwa murid-murid di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dalam bahasa Cina sebagai tanda tidak setia kepada negara.
Kenyataan tersebut mencetuskan keresahan awam selepas ia tular dan mendapat perhatian pelbagai pihak, termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KPM dalam kenyataan balas berkata, dakwaan itu adalah fitnah dan tidak berasas sama sekali.
Jelas kementerian itu, rakaman yang dimuat naik sebenarnya merakamkan murid-murid sedang menyanyikan Lagu Negeri Perak, iaitu Allah Lanjutkan Usia Sultan, dalam satu majlis rasmi sekolah, bukannya Negaraku seperti didakwa. Menurut wakil-wakil yang membuat laporan, penyebaran video itu dipercayai bertujuan mencemarkan imej sekolah vernakular serta menimbulkan sentimen anti-perpaduan dalam kalangan masyarakat. Mereka turut mendakwa kandungan video tersebut bersifat provokatif dan berunsur perkauman, serta berpotensi mencetuskan ketegangan antara kaum di negara ini. Laporan polis tersebut dibuat mengikut Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah (KPK), manakala tindakan lanjut turut diminta diambil di bawah beberapa peruntukan undang-undang lain termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) kerana penyalahgunaan media sosial untuk menyebarkan kandungan berunsur fitnah, Seksyen 505 Kanun Keseksaan berkaitan kenyataan yang boleh menimbulkan permusuhan antara kaum dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana memfitnah institusi awam. Mereka juga memohon agar siasatan segera dilakukan ke atas akaun media sosial “Ratu Naga”, termasuk video dan transkrip kandungan terbabit serta menyerahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut. Tambah mereka, laporan forensik digital juga perlu dijalankan bagi mengenal pasti elemen hasutan dan niat sebenar di sebalik kenyataan yang dibuat. Mereka turut menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera bagi mengelakkan sebarang unsur hasutan perkauman terus berleluasa serta memastikan institusi pendidikan negara tidak dijadikan sasaran fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/04/howard-lee-balun-kaw-kaw-ratu-naga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ratu Naga Surrenders Herself To Mcmc In Anthem Mix Up Row Clears The Air Over Her Honest Mistake

Ratu Naga Surrenders Herself To Mcmc In Anthem Mix Up Row Clears The Air Over Her Honest Mistake

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 194 hits
RATU Naga has defended her innocence over the singing of Negaraku in Mandarin row when surrendering herself to the Malaysian Communications and Multimedia Commission yesterday evening To her credit the pro opposition blogger whose real name...
Cops Nab Ratu Naga Over Negaraku Sung In Chinese Claim

Cops Nab Ratu Naga Over Negaraku Sung In Chinese Claim

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 153 hits
Police have arrested pro Perikatan Nasional activist Syarul Ema Rena Abu Samah better known as Ratu Naga over her claim that a Chinese school in Perak had sung the national anthem in Chinese According to her lawyer Zaid Malek Syarul Ema was...
Deputy Education Minister S Aide Lodges Police Report Against Ratu Naga

Deputy Education Minister S Aide Lodges Police Report Against Ratu Naga

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 150 hits
An aide to Deputy Education Minister Wong Kah Woh had lodged a police report against a pro Perikatan Nasional activist after she uploaded a video claiming students in a Perak Chinese school had sung the national anthem in Chinese during an ...
Saya Dah Padam Video Itu Kenapa Laskar Siber Ph Tularkan Ratu Naga

Saya Dah Padam Video Itu Kenapa Laskar Siber Ph Tularkan Ratu Naga

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 153 hits
Aktivis Pro PN Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga memohon maaf selepas mendakwa warga sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Teluk Intan menyanyikan lagu kebangsaan dalam bahasa Cina semasa satu acara di sekola...
Orang Rapat Belot Identiti Sebenar Individu Sebar Fitnah Tentang Seo Yeji Buat Netizen Terkejut

Orang Rapat Belot Identiti Sebenar Individu Sebar Fitnah Tentang Seo Yeji Buat Netizen Terkejut

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 115 hits
Kadang kala orang paling dekat yang kita tak boleh percaya Artikel Berkaitan Terbaru agensi Seo Ye ji Sublime mengeluarkan kenyataan mengenai tindakan undang undang yang diambil mereka Untuk menangani fitnah keji dan penyebaran maklumat pal...
Hindraf Sees No Justification In Remand Of Legally Ignorance Ratu Naga Over Negaraku Gaffe

Hindraf Sees No Justification In Remand Of Legally Ignorance Ratu Naga Over Negaraku Gaffe

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 138 hits
HINDU Rights Action Force founder Waytha Moorthy Ponnusamy has expressed deep concern over the recent of pro opposition blogger Ratu Naga who appears to lack legal necessity in the recent Negaraku in Chinese controversy Editor s Note The sc...
Ratu Naga To Be Freed On Police Bail After Arrest Over National Anthem Claim

Ratu Naga To Be Freed On Police Bail After Arrest Over National Anthem Claim

papar berkaitan - pada 11/4/2025 - jumlah : 168 hits
Pro PN activist Syarul Ema Rena Abu Samah better known as Ratu Naga has since apologised over her erroneous claim PETALING JAYA Pro Perikatan Nasional activist Syarul Ema Rena Abu Samah better known as Ratu Naga who was arrested today over ...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat

Milosuam Dah Kenapa Nepotisme Bukan Salah Kalau Ada Merit Teruk Kena Kecam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Rebus Johor

Pkr Ke Mana Hilangnya 60 Peratus Undi Di Persimpangan Jalan Atau Parti Yang Kehilangan Haluan

Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

The Mysterious Yonaguni Monument Japan S Underwater Enigma

Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat

Heard Of The Giant Pig Island In Malaysia