Hotel Kdm Kuantan Pahang
Hotel KDM Indera Mahkota Kuantan PahangAsalamualaikum & Salam Sejahtera.Tidak ku jangkakan akan memijak di Kuantan Pahang, sebuah negeri yang menjadi sebutan seluruh masyarakat di mana-mana di Malaysia, kerana di negeri ini adanya Genting Highland dan pelbagai tempat ang menarik. Selain Genting Higland terdapat Hospital IIUM yang sangat besar dan direka bentuk di atas bukit indah. Tersergam indah bagaikan istana kelihatannya Hospital IIUM ini.
Rezeki anak dipanggil bertugas di HIIUM sejak 3 tahun lalu, jika Etuza tidak silap. Rasa berdebar hantar anak ke Kuantan Pahang. Tetapi rasa debaran itu Etuza cuba pudarkan dengan ingat kuasa Allah. Dia lah yakni Allah yang takdirkan anak berhidmat di Kuantan Pahang. Datang di Kuantan Pahang bukan dengan cara berjalan kaki tetapi menaiki pesawat dan berlabuh di lapangan terbang di Kuantan Pahang. Jauh tu terbang. Tuah dan rezeki anak sulung lelaki di sini lah di HIIUM hingga kini masih bertugas di Kuantan Pahang. Dan telah dua kali Etuza dan mama datang ke Kuantan Pahang dan menginap di kawasan Indera Mahkota, Kuantan Pahang. KDM ( Kompleks Dagangan Mahkota ) Inilah permis atau Hotel terkenal juga di Indera Mahkota Kuantan Pahang. Dan nun di hadapan hotel mewah ini, kelihatan Hospital IIUM yang sangat besar lah kelihatannya. Dekat sangat dengan Hotel KDM ini. Sesampai di Lapangan Terbang Kuantan, ada seorang mamat grab, memberikan kami maklumat hal Hotel KDM dekat tempat dituju. Etuza putuskan agar ikut saja dan bersangka baik, rupanya mamat grab tu baik sangat, alhamdulillah memang betul lah tempat ni setentang saja dengan Hospital IIUM. Subahanallah..terima kasih ya Allah, terima kasih mamat grab.
Melihat situasi Hotel KDM, tidak terkata rasa bersyukur, semua kakitangan yang bertugas amat baik hati, melayan kami dengan mesra dan sentiasa tersenyum berbudi bahasa, etika kerja mereka amat cemerlang. Bila mereka tahu pertama kali datang di Kuantan Pahang, mereka bangga dan perkenalkan Hotel KDM ini, kami dipelawa dengan ramah tamah. Disediakan no perhubungan jika ada masalah, mereka juga sedia membantu jika ada kami hadapi sebarang masalah sepanjang berada di Kuantan Pahang. Ya Allah alhamdulillah.
Pintu masuk utama ke dalam Hotel KDM dan naik lif ke atas.Hotel KDM, pada pengetahuan Etuza adalah sebuah permis atau sebuah Jabatan atau merupakan Pejabat Koperasi Kompleks Dagangan Mahkota di Kuantan Pahang.Menediakan banyak kemudahan antarana sebagai tempat mesyuarat oleh agensi lain dan sebagainya, tetapi juga bangunan kompleks ini diletakkan atau diadakan bilik khas sebagai satu sumber kemudahan awam. Bilik penginapan yang sangat selesa ini berbayar dan amat berpatutan serendah RM60 saja semalam, murah tu kan.
Bilik memang luas dan mempunyai 3 katil segala kemudahan di dalam bilik disediakan. Kami tidak hadapai masalah sepanjang 3 hari berada di Hotel KDM Kuantan Pahang. Ramai sebenarnya datang di Hotel KDM untuk menginap dari pelbagai negeri di Malaysia.
Dalam Hotel KDM disediakan ruangan santai menunggu, boleh menonton TV dan minum air suam. Bahan bacaan yang menarik juga disediakan, dan pastilah iklan tentang tempat menarik di Kuantan Pahang menjadi keutaman diletak di tempat sudut bacaan. Memang mewah tempat ni Etuza rasa Hotel KDM bertaraf 3 bintang agaknya ni.
Ruang menuju ke bilik-bilik penginapan di Hotel KDM
Tengok ruangan santai menunggu..ada majalah bahan bacaan..menarik kan
Nak minum..telah disediakan, just tekan saja air mana nak minum..
Ruangan special stereka pakaian..ada kipas lagi,,special tu rasanyasebab aman ja mensetrika baju anda.
Inilah wajah bangunan Hospitan Universiti Islam Antarabangsa Kuantan Pahangdi sebelah HIIUM ini anda akan melihat UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA kita lihat ramainya pelajar UIA dengan rutin kehidupan mereka di U
Ini juga ruangan menunggu yang selesa..bersih dan kemas sekali
Suasana diluar legar sebelum ke bilik penginapan di Hotel KDM Kuantan Pahang
Nampak tak alu-aluan di atas..SELAMAT DATANGKOMPLEKS DAGANGAN MAHKOTA, KUANTAN PAHANG
Anak sulung lelaki Etuza, bertugas di Hospital Universiti Islam Antarabangsasehingga hari ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://madey09.blogspot.com/2021/09/hotel-kdm-indera-mahkota-kuantan-pahang.html