Hotel De Art I City Seperti Fantasy Wonderland


HOTEL DE ARTIa seperti berada dalam fantasi watak-watak tertentu seperti Hello Kitty, The Horbit dan Super Mario itulah yang dapat digambarkan apabila menginap di hotel yang terletak bersebelahan dengan taman tema I-City.
Langkah pertama ketika di lobi utama lagi, ia menyajikan anda dengan satu suasana yang unik, tenang dan mengujakan, itulah tarikan utama kepada hotel butik yang telah membuka tiga cawangan di Shah Alam.
Selepas tujuh tahun dengan dua cawangan, Hotel De Art di Seksyen 7 dan Seksyen 19, akan memberikan pengalaman bermakna anda dan keluarga mengabdikan kenangan dan pengalaman baharu di sini.
Terletak di Jalan Keluli  7/110, Seksyen 7, Hotel De Art I-City memulakan operasinya pada September 2016.
Pengurus Perhubungan Awamnya, Noor Alia Nazlia Iqbal berkata, Hotel De Art I-City masih mengekalkan elemen seni dalam konteks yang berbeza dengan memaparkan tema ‘fantasy wonderland’ atau ‘keajaiban dunia fantasi’.

“Lukisan bertemakan ‘wonderland’ sememangnya boleh dilihat di ruang lobi lagi. Lukisan tangan pelukis mural professional pula dipilih melatari keseluruhan dinding ruang lobi.
“Bar mini yang disuntik konsep industrial juga antara yang menarik perhatian malah ruangini juga sesuai untuk bersantai mahupun sekadar berbual bersama insan tersayang.
“Dengan sofa empuk berona laut bersama kilauan batu permata sebagai pelengkap gaya, ia tambah menarik dengan lakaran yang penuh dengan penceritaan,” katanya.
Suasana bilik berbezaSudah menjadi ‘trademark’ Hotel De Art yang menampilkan corak bilik yang berbeza-beza, Hotel De Art I-City juga sememangnya tidak terkecuali.Namun, berbeza dengan konsep sebelumnya, setiap bilik di sini dilukis pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Univerisiti Selangor (Unisel).
Setiap tingkat diberi nama mengikut jurusan pelajartersebut. Antaranya tingkat 1 yang dipelopori oleh barisan pelajar jurusan Fine Art Uitm Shah Alam, manakala tingkat dua pula dihiasi dengan deretan lukisan hasil karya pelajar jurusan grafik di Unisel Shah Alam.
Jenis bilikMerangkumi 35 bilik secara keseluruhan, setiap bilik inapan dilengkapi kemudahan asas seperti televisyen berskrin rata, pendingin hawa, bilik air yang lengkap dengan kemudahan tab mandi, rangkaian TV satelit, Wifi dan kemudahan membuat kopi dan teh.
Dengan harga serendah RM108 hingga RM298 semalam, Hotel De Art I-City menawarkan beberapa kategori bilik sebagai pilihan buat pengunjung antaranya Art Queen, Art Twin, Art Queen Deluxe, Art Twin Deluxe, Art King Deluxe dan Art Family.
Pemilihan perabot yang digunakan pula lebih berciri moden dan cukup ringkas. Sesekali konsep industrial digunakan dalam penataan ruang hiasan bilik. Lakaran dinding yang dijadikan titik tumpu seakan bersatu dalam ruang kamar beradu!

Konsep SohoArt Soho, Art Studio dan Art Suite adalah antara kategori bilik tambahan yang cuma terdapat di Hotel De Art I-City sahaja. Bilik bagi kategori Art Soho dan Art Studio terletak di tingkat bawah di mana setiap bilik dilakar pelukis mural professional.
Konsep ‘naik tangga’ di mana ruang tamu terletak di bawah mana kala kamar beradu di tingkat atas amat sesuai bagi pengunjung yang mencari kelainan.
Samada menginap bersama keluarga mahupun teman, setiap bilik mampu memuatkan dua hingga empat orang.
Lebih bercirikan keluarga dan persahabatan, setiap bilik diadaptasi mengikut tema yang berbeza.Antaranya bilik Super Mario, filem animasi kanak-kanak yang bertajuk Up, filem anime Jepun iaitu One Piece, The Hobbit, dan Under The Sea.
Lebih istimewa, kelima-lima bilik di tingkat bawah ini dibina menggunakan perabot yang seumpama dengan tema setiap karektor yang diketengahkan.Noor Alia Nazlia berkata, menariknya, setiap pelanggan diberi peluang untuk memilih sendiri tema yang berkenan di hati. Setiap gambar bilik boleh dilihat menerusi laman web Hotel De Art sendiri.
“Kami menyediakan iPad dengan pilihan gambar bilik juga diletakkan di ruang pendaftaran bagi memudahkan pelanggan yang datang secara walk-in untukmelihat sendiri gambaran sebenar bilik inapan di Hotel De Art I-City.
“Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada ‘1st come 1st serve’.“Dimensi lukisan tangan yang melatari hampir di keseluruhan kawasan Hotel De Art I-City ternyata menggamit tumpuan pengunjung,” katanya.Ibarat bermalam dalam dunia fantasi, Hotel De Art I-City bukan sahaja menjadi pilihan utama untuk destinasi penginapan malah turu menjadi pilihan mereka yang ingin mengabadikan kenangan menerusi lensa kamera peribadi.
Sebuah dewan seminar yang diberi suntikan seni juga disediakan di tingkat dua. Mainan warna di segenap ruang dewan ternyata memberi kesegaran bahkan menawarkan satu kelainan buat anda yang merancang untuk mengadakan sebarang acara di sini.

Mampu menampung sehingga 150 orang dalam satu masa, ruang seminar ini menyediakan keperluan yang lengkap dan selesa untuk sebarang acara mengikut permintaan.
Terletak bersebelahan dengan taman tema I-City Shah Alam, Hotel De Art I-City merupakan lokasi inapan terbaik buat mereka yang inginkan kelainan. Juga terletak tidak jauh dari beberapa lokasi pelancongan popular di Shah Alam.


Hotel De Art I-City dianggap berada di kedudukan yang cukup strategik. Antaranya Kompleks Sukan Shah Alam, Extreme Park, Sunway Lagoon Theme Park, Bukit Cahaya Taman Pertanian dan Wet World Shah Alam.

Hospital Shah Alam juga terletak cuma beberapa minit dari kawasan hotel.
Tidak ketinggalan lambakan kompleks membeli-belah yang tidak jauh dari kawasan hotel seperti gedung tekstilter besar Jakel, Kompleks Ole-Ole, SACC Mall, Plaza Alam Sentral, Plaza Shah Alam, Kompleks PKNS, Pusat Konvensyen IDCC, AEON Bukit Raja, AEON Shah Alam, dan Setia City Mall.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://homestay-gerik-purnama-annur.blogspot.com/2019/03/hotel-de-art-i-city-seperti-fantasy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Untung Rugi Punya Rumah Di Atas Gedung Seperti Di Mal Thamrin City

Untung Rugi Punya Rumah Di Atas Gedung Seperti Di Mal Thamrin City

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 258 hits
Sebuah komplek perumahan mewah dengan berbagai fasilitas lengkap mendadak viral di media sosial Sebab perumahan bernama Cosmo Park tersebut didirikan di atas Mal Thamrin City Jakarta Pusat Pengamat Properti Aleviery Akbar mengatakan hunian ...
Snow Walk I City Shah Alam

Snow Walk I City Shah Alam

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 607 hits
Jika anda tertanyaBerapa harga tiket masuk Snow Walk I City Shah AlamSejuk ke Snow Walk tuAda apa dalam Snow walkKena sewa baju sejuk ke masuk Snow WalkKasut kena sewa keWell terus kan baca ya u ols Akak akan share sebab baru baru ni ada ba...
Ke I City Shah Alam

Ke I City Shah Alam

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 371 hits
Memandangkan dah janji ngan anak anak nak bawak dia org ke I CIty Shah Alam jadi Moon awal awal dah book dah Last time Papa Mama n Umi je dtg sini Kali ni Moon sendiri plak datang Saja la bagi budak2 ni sonok Plus nak bawak dia org masuk Sn...
Pak John Steamboat Bbq Buffet Ioi City Mall

Pak John Steamboat Bbq Buffet Ioi City Mall

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 304 hits
Assalamualaikum nak share pasal tempat makan best ni u olssssssss Akak mmg duk cari tempat best utk belanja Umi sempena dia dah habis belajar n utk anak anak sekali Mmg cari tempat yang bleh lepak lama lama n sembang lama lama dengan selesa...
What Is There To Do In Kuala Lumpur City Centre

What Is There To Do In Kuala Lumpur City Centre

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 235 hits
The Kuala Lumpur City Centre is an entertainment and business hub KLCC houses Malaysia s most iconic landmark the PETRONAS Twin Towers which is the world s tallest twin structure Read Whether splurging on a shopping spree at one of the many...
Reunion Dengan Ex Housemate Ioi City Mall

Reunion Dengan Ex Housemate Ioi City Mall

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 333 hits
Assalamualaikum semua Hujung minggu hari Ahad semalam ke IOI City Mall Putrajaya IOI ni tak jauh pun dari rumah lebih kurang 30 minit Antara mall yang dekat jugalah sekitar sini tapi jarang pergi IOI ni sebab kadang kadang rasa macam crowde...
Tiada Beza Kandungan Gula Dalam Minuman Kopi Tin Sama Seperti Air Berkarbonat

Tiada Beza Kandungan Gula Dalam Minuman Kopi Tin Sama Seperti Air Berkarbonat

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 1621 hits
Tiada Beza Kandungan Gula Dalam Minuman Kopi Tin Sama Seperti Air Berkarbonat Jika anda rasa kandungan gula dalam minuman tin kopi adalah kurang jika dibandingkan dengan minuman berkarbonat tanggapan anda itu ternyata salah Public Health Ma...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri