Reunion Dengan Ex Housemate Ioi City Mall


Assalamualaikum semua.

Hujung minggu, hari Ahad semalam ke IOI City Mall, Putrajaya. IOI ni tak jauh pun dari rumah, lebih kurang 30 minit. Antara mall yang dekat jugalah sekitar sini tapi jarang pergi IOI ni sebab kadang-kadang rasa macam crowded. Lagi-lagi tempat makan dia. Lagi pun rasa macam orang dari semua pelosok datang IOI sampai boleh jumpa orang yang jauh-jauh dekat IOI ni kadang-kadang. Haha.

Sebenarnya dua hari lepas, ex-housemate UiTM ajak jumpa disebabkan kami macam tak ada farewell rasmi sejak berpisah lebih kurang setahun lepas. Lepas tu semua macam sibuk uruskan kehidupan masing-masing. Sibuklah sangat! Lol. Sejak dari tahun pertama UiTM kami 10 orang, lepas tu 2 orang keluar tinggallah 8 orang. Lepas tu naik tahun empat kena pindah dari UiTM Sg.Buloh ke UiTM Selayang.

Dari 8 orang housemate tu pecah dua jadi tinggallah 4 orang housemate masa dekat UiTM Selayang tu. Sebab kena kongsi dengan senior. Lepas tu bila senior dah keluar, kami berkongsi pula dengan junior. Jadi yang tinggal 4 orang bersama selama lima tahun di UiTM ni lah yang nak reunion ni. Tak plan sangat pun nak jumpa. 2 orang dari Johor dan memandangkan mereka datang area KL jadi tu yang ajak jumpa. 2 orang lagi, aku dan seorang lagi dari Klang.

Jadi semua nak pergi IOI sebab tak pernah pergi, aku pun walau dekat jarang-jarang pergi sana. Jadi on jelah semua. Nak jumpa berempat, akhirnya tinggal 3 orang je yang available semalam untuk reunion. Seorang lagi ada hal lain pula ikut suaminya, yalah orang dah kahwin kan. Hehe. Ok jadi kami reunionlah 3 orang di IOI. 3 orang pun ok saja.

Sebenarnya ex-housemate ni termasuk aku semuanya adalah anak bongsu. Jadi weolls namakan geng ni #GengBongsu dan ditakdirkan si bongsu semua ni belum dapat intake HO bulan Mei haritu. Jadi ada lagi satu nama weolls cipta iaitu #GengNextIntake. Haha. In shaa Allah, moga-moga rezeki dapat intake HO bulan Julai ni.


Plan jumpa di IOI pukul 11.00 pagi dah ada di sana tapi biasalah time management lari sikit. Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari rasanya baru semua ada. Haha. Memang berjumpa untuk lunch sama-sama dan lepas tu jalan-jalan. Jadi pusing-pusing IOI ni biasalah bila banyak tempat makan tak tahu nak makan dekat mana. Soalan paling susah sekali, nak makan dekat mana? Haha.


Akhirnya kami decide makan di KyoChon. Tempat makan di IOI memang banyak sangat, rambang mata jadinya pilih nak makan dekat mana. Lepas tu, ramai orang tak payah cakap nak nak lagi waktu lunch kan. Jadi memang decide makan di KyoChon je masa tu lepas dah pusing semua kedai. Kami makan menu Sampler di KyoChon dan juga menu SalSal set. Dalam Sampler ada 3 jenis ayam iaitu Soy Garlic, Red Pepper dan Honey. Memandangkan nak cuba rasa semua jadi pilihlah yang ini. Lepas tu tambah SalSal set, jadi dapatlah rasa semua jenis ayamnya.


Lepas makan di KyoChon, kami memang plan nak cari dessert pula. Dulu aku pernah makan Bingsu di Hanbing IOI ni. Sedaplah juga. Jadi semalam ajaklah diorang makan dekat Hanbing lagi. Disebabkan Bingsu dia portion besar jadi 1 bingsu kami kongsi bertiga. Acah-acah sweet gituuu! Haha. Makan Bingsu Mango. Sedap. Dulu pernah makan Bingsu Strawberry Cheese. Jadi kali ni nak cuba Bingsu Mango pula dengan diorang.


Lepas makan Bingsu semua pun dah full. Haha. Borak-borak, jalan-jalan tak sedar masa tu dah lebih kurang 3 jam jugalah. Jadi semua pun ambil keputusan untuk bersurai memandangkan perjalanan diorang jauh juga. Akhir sekali, macam biasalah, tak sah kalau tak ambil gambar kenangan kan. Lepas ni entah bila lah berjumpa lagi. Jadi sesi ambil gambar ni antara yang paling lama jugalah dengan segala macam posinrg keluar.


Ambil gambar dekat entrance luar tu yang cantik tu memang port orang lepak dekat IOI ni. Masa tu boleh tahanlah panas juga tapi demi gambar semua on. Haha. Oklah jadi itu cerita hujung minggu aku reunion dengan ex-housemate UiTM, si bongsu dan geng next intake. Harap dapat jumpa lagi semua lepas ni. Good luck kerja nanti! Ok that’s all. Bye!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://yea-slmn.blogspot.com/2019/06/reunion-dengan-ex-housemate-ioi-city.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pak John Steamboat Bbq Buffet Ioi City Mall

Pak John Steamboat Bbq Buffet Ioi City Mall

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 305 hits
Assalamualaikum nak share pasal tempat makan best ni u olssssssss Akak mmg duk cari tempat best utk belanja Umi sempena dia dah habis belajar n utk anak anak sekali Mmg cari tempat yang bleh lepak lama lama n sembang lama lama dengan selesa...
Paradigm Mall Petaling Jaya Menyebarkan Kegembiraan Sempena Hari Raya

Paradigm Mall Petaling Jaya Menyebarkan Kegembiraan Sempena Hari Raya

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 782 hits
Dalam semangat perkongsian dan pemberian semasa Hari Raya Aidilfitri Paradigm Mall Petaling Jaya menyebarkan kegembiraan dengan memberi kembali kepada komuniti melalui kempen tanggungjawab sosial korporat Denim Donation Drive dan Program De...
Guardiola Beri Jaminan Takkan Tinggalkan Manchester City

Guardiola Beri Jaminan Takkan Tinggalkan Manchester City

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 311 hits
PENGENDALI Manchester City Pep Guardiola menegaskan dia tidak akan meninggalkan kelab tersebut untuk melatih pasukan di Liga Itali Menurutnya suasana di Liga Inggeris jauh lebih baik berbanding dua lagi liga yang pernah dilatihnya sebelum i...
City Mosque Sunrise View

City Mosque Sunrise View

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 188 hits
Early morning view of Kota Kinabalu City Mosque on early morning during sunrise time So beautiful and so peaceful Photo credit za8xydro Tags kota kinabalu attraction kota kinabalu city kota kinabalu travel blog things to do in kota kinabalu...
Dap Rep Says Selangor Council Officers Taking Bribes From Mall Owners

Dap Rep Says Selangor Council Officers Taking Bribes From Mall Owners

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 250 hits
A Selangor DAP leader today lodged a report with the Malaysian Anti Corruption Commission accusing a city council in the state of blackmailing shop owners in a popular mall into paying bribes over illegal banners Sungai Pelek assemblyman Ro...
What Is There To Do In Kuala Lumpur City Centre

What Is There To Do In Kuala Lumpur City Centre

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 235 hits
The Kuala Lumpur City Centre is an entertainment and business hub KLCC houses Malaysia s most iconic landmark the PETRONAS Twin Towers which is the world s tallest twin structure Read Whether splurging on a shopping spree at one of the many...
Surau Cantik Di Sunway Putra Mall

Surau Cantik Di Sunway Putra Mall

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 1022 hits
Sunway Putra Mall antara shopping mall yang sering ana kunjungi kerana lokasinya yang berhampiran dengan pejabat suami Kadang kadang sambil tunggu suami habis kerja tu kat sini lah ana selalu melepak Memang best pun sebab sini ada Kaison SS...
Demi Dapat Jodoh Pria Ini Nekat Loncat Dari Lantai 4 Mall Pontianak Ngaku Dengar Bisikan

Demi Dapat Jodoh Pria Ini Nekat Loncat Dari Lantai 4 Mall Pontianak Ngaku Dengar Bisikan

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 256 hits
Seorang pria berinisial AR nekat menjatuhkan diri dari lantai 4 Mega Mall Pontianak Kalimantan Barat Sabtu Bukan untuk bunuh diri korban ternyata mengaku mendengar bisikan untuk meloncat demi mendapatkan jodoh Dikutip dari TribunPontianak c...
Turut Rasa Gegaran Selama 10 Saat Kondominium Pelangi Mall Bergegar

Turut Rasa Gegaran Selama 10 Saat Kondominium Pelangi Mall Bergegar

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 220 hits
mi di Indonesia dirasai di Kondominium Pelangi Kota Bharu yang membuatkan penghuninya keluar berkumpul di perkarangan kondo Foto Kalbana PerimbanayagamPetaling Jaya Lebih kurang 50 penduduk di sekitar Taman Medan PJS 1 PJS 2 PJS 3 dan PJS 5...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk