Al Ard Minyak Zaitun First Harvest Dari Palestin Terbaik Di Dunia
Al'ard Minyak Zaitun First Harvest dari Palestin terbaik di dunia. Minyak Zaitun adalah golongan bahan makanan antioksidan kelas pertama dalam dunia kesihatan.Rugi ye kalau tak amalkan dari muda atau kanak-kanak,Cik Sue pun baru kenal dan guna minyak zaitun sejak-sejak lepas kahwin dan ada anak, gara-gara mencari makanan berkhasiat untuk anak yang memilih makan.
Banyak khasiat sebenarnya mengamalkan minyak zaitun ni untuk kesihatan harian sekeluarga tak kira bayi hingga warga emas,tapi kenalah pilih yang berkualiti barulah dapat manfaatnya yang betul dan maksimum untuk kesihatan kita.Minyak Zaitun juga adalah makan superfood dan sunnah dalam Islam
Asal - Usul Minyak Zaitun.Minyak Zaitun adalah minyak yang di perolehi dari buah zaitun ( Olea Europaea).Sejenis pokok tradisional lembah Mediterranean,pokok purba berasal dari Palestine di mana terdapatnya pokokzaitun berusia ribuan tahun.Di sana adalah lokasi asal ladang-ladang zaitun ribuan tahun dahulu ,malah masih ada pokok berusia ribuan tahun itu yang masih mengeluarkan hasil dan memberi khasiat terbaik dalam minyaknya
Cara Penghasilan Minyak Zaitun.Asasnya minyak zaitun di perolehi dari buah hijau yang di tuai dengan cara perahan.Memerah jus dari buah yang di tuai dalam tempoh 24 jam dari waktu di petik akan menghasilakan minyak yang kaya dengan khasiat dan sangat berkualiti
Secara tradisionalnya buah zaitun akan di tumbuk menjadi pes dan di tekan dengan alat tekanan berkuasa hidraulik untuk di keluarkan minyak.Dalam zaman moden ini mesin-mesin di kilang yang lebih berteknologi di gunakan perahan minyak buah zaitun,kemudiannya di tapis berperingkat untuk mendapatkan minyak dengan kualiti berbeza.
Minyak yang di peroleh sebelum di simpan di panggil Extra Virgin Oil (minyak zaitun dara ) yang berkualiti tinggi dan khasiat terbaik.
Jenis-Jenis Minyak Zaitun.Minyak Zaitun Extra Virgin (Extra Virgin Olive Oil)
Extra Virgin Olive Oil adalah yag paling berkualiti dan terjamin dari minyak zaitun jenis lain.Juga di kenali sebagai minyak paling sihat kerana tiada penambahan bahan lain yang menjejaskan kualitinya.Di perolrhi dari perahan pertama biasanya dengancara cold-pres yang tidak mengubah rasa serta khasiat buah zaitun itu sendiri.Dan jenis ini sesuai di minum begitu sahaja
Minyak Zaitun Virgin (Virgin Olive Oil).
Minyak yang mealui proses sama seperti Extra Virgin Oil cuma secara kualitinya di bawah sedikit dari Extra Virgin Oil.Warnanya lebih kuning kehijauan dan rasanya lebih ringan.Sesuai di gunakan untuk perawatan kulit
Minyak Zaitun Asli (Pure Olive Oil)
Di peroleh dari olahan minyak Extra Virgin dan Virgin Oil,dan kualitinya lebih rendah,dan harga lebih murah.sesuai di gunakan dalam masakan dan bagus untuk memasak dalam suhu panasa seperti deep fry
Minyak Zaitun Refined (Refined Olive Oil)
Di peroleh dari minyak zaitun dara dengan kaedah suling yang tidak mengubah struktur gliserida awal.Ia di ekstrak dari buah zaitun hitam dan matang,namun memiliki kandungan minyak zaitun paling sedikit kerana telah melalui proses penyulingan .Minyak jenis ini sesuai untuk memanggang dan menggoreng makanan
Minyak Zaitun Pomace (Pomace Olive Oil)
Minyak ini mendapat nama dari "pomace" zaitun iaitu sisa kering yang terdiri kulit buah zaitun,setelah minyak zaitun dara di perah dan di ekstrak.Dan minyak ini lebih rendah kualiti dan lebih murah namun komposisi lemak danmanfaat kesihatannya tetap sama,sesuai untuk bahan campuran dalam produk kosmetik .krim kulit dan sebagainya kegunaan luaran.
Cara Memilih Minyak Zaitun Asli.Untuk mendapatkan khasiat maksimum dari minyak zaitun kita perlu pastikan kita membeli minyak yang asli bukan yang palsu,tapi macam mana nak tentukan yang asli? Ini caranya :
1. Mempunyai laporan makmal tentang kandungan minyak tersebut.
Hanya ujian makmal yang mampu menentukan keaslian minyak yang kita beli,pastikan laporan makmal yang di jalankan bertarikh sekurangnya 2 tahun dari tarikh terkini.Ini bagi memastikan data yang di dapati adalah yang terbaru,kerana data akan berubah mengikut iklim dunia yang sentiasa berubah
2. Jenis logistik membawa masuk minyak zaitun.
Kita perlu tahu jenis pengangkutan yang di gunakan sebab minyak zaitun ni senstitif kepada udara,cahaya dan haba.Jadi pengangkutan terbaik adalah yang kurang panas.Jika melalui udara kos agak tinggi dan botol kaca tak di benarkan.Penggunaan kontena biasa melalui laut pula akan terdedah dengan suhu tinggi yang akan mengurangkan khasiat minyak itu
Jadi pastikan penggunaan kontena sejuk beku melalui jalan laut yang mana akan menjamin kualiti minyak yang di hantar
3. Cara penyimpanan dan penjagaan.
Seperti yang kita ketahui minya zaitun ni sensitif kepada haba,jadi sebelum membeli pastikan bagaimana cara penyimpanan penjual,di letakkan di kawasan panas ke,atau terdedah kepada cahaya matahari ke? Kalau yang jual di kiosk-kiosk event outdoor tu hati-hati ye ,mereka mungkin letak dalam kereta yang mana akan bersuhu tinggi bila di biarkan
4. Penggunaan botol gelap.
Kebanyakan syarikat akan menggunakan botol kaca gelap untuk menjaga khasiat dan kualiti minyak zaitun mereka.Kenapa botol gelap ? supaya cahaya UV dan haba tidak merosakkan minyak zaitun tersebut.Tapi tak semestinya yang dalam botol gelap adalah minyak asli ye haaa hati-hati,bukan satu-satunya ciri keasliannya
5. Mendapat Pengiktirafan
Pastikan minyak yang korang beli ada pengiktirafan dari pihak yang di percayai seperti EU ORGANIC dan JAS ORGANIC (Japanese Agriculture Standard) atau USDA ORGANIC yang mengesahkan sesuatu produk itu organik dan tiada tambahan bahan kimia
Cara Pengambilan dan menggunakan minyak zaitun.Bagi masyarakat kita selalunya minyak zaitun di gunakan sebagai dressing salad yang paling popular untuk mengambil khasiatnya dalam menu seharian ,dari apa yang Cik Sue belajar dengan pakar tentang minyak zaitun ni sebenarnya ia boleh di masukkan dalam hampir apa saja makanan,tetapi kena ikut jenis la.Mana minyak jenis yang boleh di telan terus.yang di gunakan untuk memasak dengan suhu panas,digunakan utuk pencicah atau dip,di gunakan untuk topping dan gaul dalam makanan
Jadi sekarang selepas tahu tips penggunaannya Cik Sue dah mula menggunakan dalam pelbagai menu dan masakan,contohnya Cik Sue masukkan sesudu minyak zaitun dalam nasi lemak yang dah masak lalu gaulkan biarkan dalam mood warm,nasi akan lebih lembut berlemak dan sedap,paras glisemik nasi juga jadi bagus untuk di makan.Yang pasti Cik Sue akan masukkan dalam menu Pasta Aglio Olio kegemaranku la,bila dah siap msak tu tuangkan beberapa sudu Minyak Zaitun First Harvest Al'Ard ke dalam masakan dan gaul rata,memang lebih sedap
Malah minyak zaitun First Harvest Al'Ard Limited Edition ni Cik Sue bagi sesudu setiap hari kepada Humaira ,memandangkan dia sangat picky eater dan susah nak makan makanan yang mengenyangkan dan berkhasiat.Alhamdulillah dia boleh telan dan nampak kesan dia mula makan makanan berkhasiat dan selera makan makin meningkat.Untuk adiknya pula yang baru 2 tahun Cik Sue akan masukkan dalam nasi bubur dan segala masakan yang dia mahu makan contohnya nasi tomato,ayam kicap,maska kurma ayam,telur goreng ,cekodok atau buat goreng roti canai frozen.Ada yang Cik Sue gaulkan selepas makanan siap masak ,ada yang Cik Sue masukkan ketika memasak tapi dengan suhu yang makin menurun la,kalau untuk menggoreng kena pilih yang untuk menggoreng ye,baru khasiatnya terbaik
Selain itu ,minyak zaitun virgin oil Cik Sue akan sapukan di kulit anak kecik yang selalu luka dan berparut akibat kelasakan dia bermain,Alhamdulillah cepat baik parutnya.Kita yang mak-mak ni pun boleh sapukan minyak zaitun kat tumit kaki untuk elakkan merekah ye
Minyak zaitun ni sebenarya anugerah tau kepada manusia,memang banyak khasiatnya dalam kehidupan seharian,hanya tunggu kita sahaja menghargai dan menggunakan superfood ini.
Kandungan zat minyak zaitun.Antara kandungan yang bagus dalam minyak zaitun adalah Tyrosol Biofenol yang melawan kecederaan akibat oksidasi yang berlaku,Polyphenol yang bertindak sebagai antioksida,yang meneutralkan semula radiasi merbahaya yang merosakkan sel dan risiko kanser diabetis dan penyakit hati.Vitamin E yang bagus untuk penglihatan ,masalah mental ,penyait hati dan kanser.Vitamin K untuk pembinaan tulang,Omega -3 untuk perkembangan anak-anak serta mencerdaskan otak.Omega-9 untuk mengurangkan tekanan darah juga
Khasiat Minyak Zaitun Banyak khasiat untuk kita dalam minyak zaitun,superfood yang terbaik dari segi kesihatan.Manfaatnya merangkumi segenap umur dan situasi kesihatan,antaranya : -membantu mengawal kolesterol dalam badan
-melindungi organ jantung dan mencegah strok
-membantu mencegah diabetes
-membantu mencegah kanser payudara
-membantu mencegah penyakit Alzheimer
-membantu menurunkan berat badan
-memperkuatka tulang
-mengurangkan risiko kemurungan
-melegakan sembelit danmencegah radang usus
-membantu menghapuskan batu karang pada buah pinggang
-memperbaiki kesihatan rambut dan kulit
Minyak Zaitun Al'Ard First Harvest Premium Limited Edition.Terbaru Cik Sue guna minyak zaitun tuaian pertama tahun 2022/2023 dari Palestin yang di bawa masuk oleh Al'Ard,memang di akui original dan organik,khasiat terjaga,nak tahu kenapa korang pun kena pilih minyak zaitun dari Al-Ard ni
Kenapa harus memiliki Minyak Zaitun Tuaian Pertama (First Harvest) dari Al'Ard ini ?
-Minyak Zaitun First Harvest Al'Ard ini adalah tuaian pertama 2022/2023 dan berkualiti terbaik di dunia ,dari pokok zaitun yang berusia hampir 5500 tahun di Palestine.Di kenali sebagai " The Home Of The Ancient Olive Tree" di mana pokok zaitun berusia ribuan tahun da masih mengeluarkan hasil berkualiti terbaik dunia.
-Dengan kuantiti terhad hanya ada 9999 botol,ia adalah Premium Organic Extra Virgin Olive Oil berkualiti tinggi.
-Di proses pada hari yang sama di petik.
-Di botolkan dalam botolkaca gelap untuk mengekalkan khasiat dan kualiti minyak,
-minyak zaitun ni dalam botol cerah atau plastik mudah terdedah kepada cahaya uv matahari dan lampu pasaraya,menyebabkan terjadi proses photo-oxidation dan minyak akan teroksida lalu menghasilkan radikal bebas yang menyebabkan kanser.
-Di hasilkan dari buah hijau tuaian pertama yang tinggi antioksida,kandungan klorofil,antiradang dan paling tinggi khasiat berbanding tuaian lain.
-Mempunyai kandungan Polifinol yang tinggi yang membantu meningkatkan insulin dalam badan anda.
-Pembotolan secara "nitrogen injection bottling" untuk mengekalkan kandungan khasiat antioksidan.
Testimoni amalkan minyak zaitun Al'Ard.Hampir 2 minggu mengamalkan minyak zaitun ni setiap hari ,ambil sesudu dan telan ,yang Cik Sue perasan rambut mula kurang gugur ,kalau tak memang secekak sekali sikat sampai rasa takut nak sikat rambut,setakat 2 minggu ni mula berkurang.Bagi Cik Sue minyak zaitun Al'Ard rasa lebih sedap tak pahit atau payau,Cik Sue pernah cuba telan jenma lain ,ada rasa payau macam air telaga bau tanah huhuuu...tapi yang ini tak de bau dan rasa yang pelik-pelik,ok je telan sesudu setiap hari
Untuk suami pula Cik Sue masukkan dalam menu bekal kerja dia Alhamdulillah nampak dia lebih bertenaga,walau balik kerja lewat tidaklah melepek sampai takde tenaga nak layan anak bini pula.Untuk Humaira dan Haziq pun Cik Sue pastikan juga mereka ambil minyak zaitun sesudu sehari ,si kakak boleh telan je sesudu,si adik kita campur dalam makanan la ,Alhamdulillah ,mereka mula berselera untuk makan makanan berkhasiat dan tak memilih sangat dah menu untuk makan,jadi ibu boleh suap dengan senang hehehehe.Si kakak pun nampak lebih bertenaga balik sekolah ,boleh siapkan kerja sekolah dengan baik sebelum tidur,tidaklah kepenatan melampau
Insya Allah,Cik Sue akan kekal dengan jenama ini,memang membantu mengekalkan kesihatan kami sekeluarga dan jimat,semua ahli keluarga boleh ambil
Jom dapatkan produk minyak zaitun dan makanan superfood dari Al'Ard .klik link di bawah ini untuk beli ye,
Nak beli klik https://alardproducts.com
Website http://alard.my
Jom jaga kesihatan dengan real food dengan kualiti terbaik dari alam kurniaan Allah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sueizza.my/2023/07/alard-minyak-zaitun-first-harvest-dari.html