Merasai Penginapan Di Hotel Mewah Tapi Harga Murah Di Hotel Armada Petaling Jaya Selangor


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Buat korang yang mencari penginapan hotel yang mewah tapi harga murah sekitar Selangor untuk stay atas tujuan berkerja atau saja-saja nak beristirahat, ada satu hotel yang Maha boleh rekemen pada korang. Mana lagi kalau bukan kat Hotel Armada Petaling Jaya Selangor



Lokasi hotel ini sangat strategik kerana berhampiran dengan penganjutan awam seperti stesen LRT Asia Jaya dan juga bersebelahan dengan Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur ke Shah Alam. Kalau korang nak menginap di hotel ini ia menawarkan akses mudah ke destinasi popular seperti Mid Valley Megamall, KL Sentral Shopping Mall juga yang terbaharu iaitu KL ECO City dan KL Gateway. Ia menjadikannya pilihan yang strategik untuk kedua-dua aktiviti iaitu pelancongan perniagaan dan percutian



Maha cerita ini sebab baru-baru ni sahaja nak healing-healing kat hotel jadi menginap untuk 2 hari 1 malam di Hotel Armada ini. Sebab harga yang berpatutan dan juga pilihan bilik hotel yang banyak. Sini ada sebanyak 257 bilik  pelbagai jenis mengikut keperluan dan bajet kita. Jenis bilik daripada Bilik Deluxe, Bilik Grand Deluxe, Family Deluxe, Premier Deluxe dan Admiral Suite. Sangat selesa dan ada pilihan katil untuk yang King Size atau Twins Bed. 

DELUXE ROOM (TWINS BED)
FAMILY DELUXE ROOM
GRAND DELUXE ROOM
ADMIRAL SUITE ROOM
PREMIER DELUXE ROOM

Kalau korang yang nak bermalam untuk urusan kerja sini sesuai sebab dalam bilik ada internet akses yang sangat laju. Kemudahan lain seperti kotak simpanan barang berkunci, wardrobe untuk menyangkut pakaian, kelengkapan untuk membancuh kopi dan teh, juga ruang kerja yang sesuai untuk duduk mengadap pemandangan indah





Ruang bilik air pun selesa ada ruang shower untuk mandi dan cermin yang besar sebab Maha suka dalam bilik air mengadap cermin besar nampak semua sudut muka hehehehe. Kelengkapan peralatan mandian pun ada jadi tak perlu nak bawa atau kalut nak beli guna yang hotel sediakan sahaja. Ye lah kadang-kala travel untuk kerja ni tak nak bawa banyak barang. 




Selepas seharian bekerja, hotel ini juga menawarkan tempat yang sesuai untuk berehat di The Merchant Bar. Ia terkenal kerana mempunyai kaunter bar terbesar di Petaling Jaya. Bar memenuhi keperluan peminum malam dan meningkatkan pengalaman dengan muzik yang merehatkan. Merchant Bar juga menyediakan bilik karaoke dan meja pool, mewujudkan tempat yang ideal untuk perhimpunan kecil dan hiburan bersama kawan. Ia mampu untuk menampung sehingga 20 orang dalam satu-satu masa

THE MERCHANT BAR

KARAOKE ROOM

GYMNASIUM

Bagi yang suka untuk merehatkan minda dengan cara bersenam di hotel ini juga ada bilik gynasium yang besar dan pelatan yang lengkap. Beristerehat ikut cara anda kerana segala disediakan. Kalau yang suka untuk beli belah peralatan untuk sukan atau perkhemahan kat sebelah sahaja hotel ini ada cawangan Decathlon Petaling Jaya. Ruang membeli barang yang sangat besar dua tinggkat semua barang ada. 





Hotel ini ada sediakan juga ruang bilik untuk mensyuarat atau seminar yang banyak. Ada enam bilik mesyuarat, di Aras Tiga dan tempat berbilang acara premium serba baharu dengan tiga suite baharu di Aras Satu. Hotel ini juga merupakan tempat yang ideal untuk majlis perkahwinan, persidangan, makan malam tahunan, pembentangan, mesyuarat lembaga pengarah, seminar dan majlis koktel kerana mereka ada dewan yang besar mampu untuk memuatkan seramai 350 orang dalam satu-satu masa






Kalau bab makan jangan bimbang kerana Utara Kafe di aras G hotel ni menyediakan makan untuk sarapan pagi, Buffet Seafood makan malam untuk hari Sabtu sahaja, dan juga Buffet High-tea untuk hari minggu Ahad sahaja. Sekarang ni mereka tengah adakan promo untuk set Hot-Pot. Itu nanti Maha akan kongsikan dalam posting seterusnya. Makan tak perlu risau memang sentiasa ada sahaja di sini. 


Sekarang ini Hotel Armada sedang menjalankan promosi bilik yang menarik untuk bulan Ogos & September:-
1) Tawaran Merdeka : Raikan semangat kemerdekaan dengan kadar eksklusif kami RM166+ untuk penginapan 2H1N di bilik deluxe! Tingkatkan pengalaman anda dengan sarapan pagi untuk dua orang di RM66+! Tempoh penginapan yang sah dari 1 Ogos hingga 30 September 2023 - Hanya 10 bilik setiap hari.
2) Istimewa Jom Undi - Nikmati penginapan 2H1M dengan harga RM198+ dengan sarapan pagi untuk dua orang dari 11hb hingga 13 Ogos 2023. Tunjukkan jari berdakwat anda selepas mengundi dan terima 30% eksklusif diskaun di Restoran Utara untuk hidangan hi-tea atau bufet makan malam yang mewah.
3)  Bersantai & Recharge - Penggunaan Harian - Alami percutian yang menyegarkan dari jam 10:00 hingga 2:00 PTG. Harga bermula dari RM119+ (katil king) dan RM99+ (katil berkembar). 
Wow ada promo hebat sangat bertuah orang KL dan Selangor yang nak menginap hotel macam ni. Maha pulak yang rasa nak datang lagi menginap sini tak puas lak hari tu untuk satu malam hehehe. Kalau korang travel dengan kenderaan sendiri sini tak perlu bimbang kawasan parking banyak luas dalam dan luar ada. Amacam hotel yang Maha rekemenkan kali ini ok tak. Kalau korang ada pengalaman bermalam di sini boleh tinggalkan pendapat di ruang komen ok. Selamat beristirahat dan selamat bercuti. 
Waktu check-in hotel adalah pukul 3.00 petang dan check out 12.00 tengah hari (untuk tambahan daftar keluar lewat dikenakan bayaran RM20+ sejam)
Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh terus hubungi :-Telefon : (03) 7954 6888E-mel : [email protected]








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2023/07/merasai-penginapan-di-hotel-mewah-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hotel Armada Petaling Jaya Sedia Penginapan Dan Perkhidmatan Terbaik

Hotel Armada Petaling Jaya Sedia Penginapan Dan Perkhidmatan Terbaik

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 235 hits
Baru baru ini AlongMurni telah menginap di HOTEL ARMADA PETALING JAYA selama 2 hari 1 malam Lokasi HOTEL ARMADA ini sangat strategik kerana berhampiran dengan LRT Asia Jaya Malahan HOTEL ARMADA merupakan akses mudah untuk ke destinasi seper...
Percutian Hujung Minggu 2 Hari 1 Malam Di Hotel Armada Petaling Jaya

Percutian Hujung Minggu 2 Hari 1 Malam Di Hotel Armada Petaling Jaya

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 284 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah baru baru ini aku sempat bercuti dua hari dan satu malam di sebuah hotel yang terletak di Petaling Jaya Selangor iaitu Hotel Armada Aku yakin ramai...
Setahun Sebelum Olimpik Paris Harga Hotel Naik Mendadak

Setahun Sebelum Olimpik Paris Harga Hotel Naik Mendadak

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 252 hits
SETAHUN sebelum bermulanya Sukan Olimpik di Paris Pusat Pengguna Eropah Jerman menasihatkan peminat supaya tidak menunggu terlalu lama untuk menempah hotel lapor Agensi Berita Jerman Harga sudah meningkat dengan mendadak kata seorang ju
Senarai Smartphone 5g Yang Murah Tapi Padu Di Malaysia Tahun 2023

Senarai Smartphone 5g Yang Murah Tapi Padu Di Malaysia Tahun 2023

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 291 hits
Teknologi 5G semakin berkembang di Malaysia dan ramai pengguna yang ingin menikmati kelajuan internet yang tinggi dan lancar Namun tidak semua smartphone menyokong rangkaian 5G dan kebanyakan daripadanya mempunyai harga yang tinggi Jadi ada...
Hotel Armada Syurga Makanan Tawarkan 3 Jenis Set Buffet

Hotel Armada Syurga Makanan Tawarkan 3 Jenis Set Buffet

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 348 hits
Sepanjang 2 hari 1 malam di HOTEL ARMADA PETALING JAYA AlongMurni berpeluang untuk mencuba menu sajian 3 jenis set buffet yang dikatakan sangat menarik dan eksklusif bertempat di Restoran Utara Lobi Hotel Armada Petaling Jaya AM dah cuba me...
Beli Tiket Lotte World Adventure Seoul Secara Online Dengan Harga Lebih Murah

Beli Tiket Lotte World Adventure Seoul Secara Online Dengan Harga Lebih Murah

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 241 hits
Untuk yang pertama kali berhajat untuk datang ke Lotte World Adventure di Korea ini sebenarnya anda boleh dapatkan tiket masuk lebih murah jika anda beli secara online berbanding beli secara walk in di kaunter Lotte World Adventure antara t...
Jalan Jalan Malam Di Sekitar Hotel Penginapan

Jalan Jalan Malam Di Sekitar Hotel Penginapan

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 187 hits
Catatan Trip ke Bangkok Hari Pertama Rabu 28 Jun 2023 Malam pertama di ibu kota Thailand selepas menikmati hidangan pertama masakan Thai di Asma Kitchen saya dan Encik Suami berjalan jalan di sekitar kawasan hotel penginapan Beginilah suasa...
Saingan 3 Penjuru Dijangka Di 19 Dun Selangor

Saingan 3 Penjuru Dijangka Di 19 Dun Selangor

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 273 hits
BernamaSHAH ALAM Menjelang hari penamaan calon bagi PRN Selangor esok seramai 138 individu telah diumumkan oleh parti politik masing masing bakal berentap untuk merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertanding Pakatan Harapan yang ...
Ex Selangor Mic Leader Is Deputy Chief Of Pn S Indian Committee

Ex Selangor Mic Leader Is Deputy Chief Of Pn S Indian Committee

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 227 hits
PN secretary general Hamzah Zainudin handing P Punithan s letter of appointment as the deputy chairman of the coalition s Indian community committee PETALING JAYA Former Selangor MIC Youth chief P Punithan has been appointed deputy chairman...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase