Pengalaman Pertama Kali Buat Dumpling Kukus Inti Ayam


As Salam,Pengalaman Pertama Kali Buat Dumpling Kukus Inti Ayam- Iftar untuk hari ke-14 Ramadan kali ini saya cuba sedikit kelainan dengan menyediakan Dumpling kukus inti ayam version Melayu-jawa.haha.Jangan marah na.Kalau ikutkan chinese style food ni, bukanlah familiar sangat bagi saya.Dalam banyak-banyak chinese style food, yang saya biasa makan selain nasi ayam hainan, hanyalah Dimsum

Dumpling Kukus Inti Ayam-Dumpling fist time try ini rasanya dan bentuknya seakan "menjadi" cuma anak-anak complain sebab kulitnya tebal dan isinya kurang berasa.Saya pula membayangkan Dumpling ini pasti lebih sedap jika dimakan bersama sup

Dumpling ni pun banyak version.Korang boleh kukus, rebus atau goreng dengan minyak sedikit.Resepi yang saya ikut ni, sepatutnya Dumpling ni digoreng dengan minyak yang sedikit.Saya dan Encik Suami pula suka jenis yang kukus.Jadi, saya decide untuk kukus sahaja Dumpling yang baru pertama kali saya cuba ini

Resepi ini saya ambil di FB, dan saya ikut cara menyediakan Dumpling seperti yang ditunjukkan.Cuma saya tambah  dan olah untuk bahagian kulit.

Personally, saya tetap suka akan hasil Dumpling first time try ni sebab ia still boleh dimakan, cuma saya agak ia mungkin bukan taste anak-anak saya.heh

Resepi Dumpling Goreng Inti Ayam Sumber Resepi :Zurina Zulkefli (FB)Olahan resepi : Cik Matahariku A) Inti✓ 3/4 ketul isi ayam - cincang hancur✓ 1 biji telur ayam - pastikan dicuci bersih✓ 1 biji bawang besar - potong dadu✓ 1 akar daun bawang - hiriskan✓ 1 sudu kecil serbuk stok ayam knorr atau serbuk lada sulah ajinamoto✓ 1 sudu kecil tepung jagung- Caranya, campurkan semua sekali bahan di atas dan biarkan seketika di dalam peti sejuk untuk rasanya mesra. Pilihan sekiranya mahu rasa yg lengkap, boleh isi setitis dua minyak bijan

Nota : Ada resepi lain yang inti ini dimasak atas api terlebih dahulu, barulah dibuat inti dumpling.Saya tak masak, sebab ikut resepi ini ) 
B) Kulit✓ 1 cawan tepung gandum ( saya buat 2 cawan tepung gandum )✓ 4 sudu besar tepung ubi kayu ( saya guna 7 1/2 sudu besar tepung ubi)✓ Secubit garam✓ Air panas - agak2 - Caranya gaulkan semua bahan sehingga menjadi doh- Uli doh sehingga nipis dan tekap menggunakan cawan untuk mendapatkan bentuk bulat
Nota : Kalau malas dan nak mudah boleh beli kulit Dumpling di pasaraya.Saya pula sebab nak ambik pengalaman kononnya, saya buat sendiri kulit Dumpling sebab nampak mudah sahaja menyediakan doh kulit.Cabaran bila buat sendiri kulit Dumpling, korang kena pastikan yang kulit dia benar-benar nipis barulah Dumpling jadi sedap dan berjuicey bila dimakan

C) Cara menjadikan dumpling✓ Isikan inti ayam ke atas kulit kemudian tarik/renggangkan sedikit kulit dan tutup inti
✓ Tekap kulit dumpling menggunakan garfu sahaja. ✓ Sediakan kuali leper dan panaskan sedikit sahaja minyak masak
✓ Masukkan dumpling dan biarkan ia sedikit masak kemudian curahkan sedikit air ke atas dumpling dan tutup kuali
✓ Biarkan air sehingga kering dan warna dumpling menjadi keemasan. ✓ Sedia dihidang. Dumpling boleh dicicah dengan kicap cair atau chili oil dan ditemani dengan air teh 'o panas

Nota : Saya tak goreng Dumpling sebaliknya saya pilih untuk kukus dalam tempoh 15-20 minit.
D) Resepi chili oil✓ Panaskan minyak masak di dalam kuali kemudian tumiskan 5 ulas bawang putih cincang dan 2 hirisan halia juga dicincang
✓ Sehingga bawang menjadi warna keemasan, padamkan api dapur dan masukkan 2 sudu besar serbuk cili kasar (chili flakes) dan satu sudu besar kicap pekat
✓ Jangan lupa taburkan secubit garam. Gaul sebati dan sedia dihidang. 
Nota : Saya tak buat Chili oil tapi saya guna sauce popia yang dah sedia ada dalam fridge.Means saya makan Dumpling ni dengan Chili sauce ala popia sauce:)

Cara Bergambar Menyediakan Dumpling Kukus Inti Ayam

 Untuk inti Dumpling, saya pilih mana yang ada di kitchen saya.Isi ayam tu saya malas nak chop dia, jadi saya blend sahaja.Dalam pic ni saya tak masukkan bawang holland, sebab terlupa.Tapi bawang holland ada saya masukkan dalam inti ini. Pada pendapat saya, lain kali jika saya nak buat lagi dumpling, saya akan masak dahulu intinya supaya lebih sedap dan berasa:)
 Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.Biarkan seketika dalam chiller sementara kita siapkan kulit dumpling pula

 Doh kulit dumpling yang saya baru uli untuk kali pertama.Doh ini perlu direhatkan selama satu jam.Kemudian, kita uli sekali lagi supaya ia jadi lembut dan mudah dinipiskan

 Ini rupa doh yang sudah direhatkan satu jam.Selepas saya uli sekali lagi, barulah saya buat ring kat tengah doh, dan canai sehingga jadi sedikit nipis seperti dalam pic.Potong dua bahagian, sebelum kita potong lagi kepada beberapa bahagian kecil

canai lagi doh ini seperti dalam pic sebelum kita potong dia kepada beberapa bahagian kecil

 Kemudian, bila dah jadi bahagian kecil seperti ini, bolehlah canai kepada bentuk bulat sebelum kita bentukkan dia menjadi kulit dumpling, atau bentuk apa sahaja kesukaan korang. Pengalaman saya, sangat mencabar untuk mendapat kulit dumpling yang betul-betul nipis.Sebaiknya, untuk jimat masa saya cadangkan korang beli je kulit yang dah siap di pasaraya

 kredit kulit dumpling ni untuk Eqin, anak nombor dua saya, yang rajin tolong saya di dapur:) saya tukang nipiskan doh, dia tukang masukkan inti dan "style" kulit dumpling.Okey jugaklah air tangan anak kedua saya ni kann? Memang nampak bersepah sikit dan comot sebab time uli doh ini kena standby tepung, jika tidak akan melekat tepung atas dulang

Kukus Dumpling ayam ni sekitar 15-20 minit

Dumpling Kukus Inti Ayam yang baru sahaja diangkat dari pengukus.Jangan lupa sapu sedikit minyak kat loyang pengukus tu ya

 Jika anda peminat dumpling, boehlah cuba buat sendiri dengan resepi yang saya kongsikan ini

Selamat mencuba, dumpling kukus inti ayam-Percubaan pertama saya yang saya anggap boleh diperbaiki lagi pada masa akan datang.InshaAllah

Selamat mencuba, thanks reading this entry:)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/05/pengalaman-pertama-kali-buat-dumpling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Percik Kelantan Style Pertama Kali Buat Pun Confirm Jadi

Ayam Percik Kelantan Style Pertama Kali Buat Pun Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 454 hits
Memandangkan nak keluar beli makanan di luar agak terhad tetapi nak makan lauk yang lain sikit berbanding hari biasa mama boleh cuba buat pula ayam percik Kelantan Tak susah pun kerana bahan bahannya semua sangat mudah dan kita yang tak ber...
Hospital Terbaik Untuk Bersalin Kali Pertama

Hospital Terbaik Untuk Bersalin Kali Pertama

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 975 hits
Bila tahu kita ini sedang mengandung memang seronok Gembiralah nak dapat rasa anak menendang nendang dalam perut Terasa sanagt bahagia bila dapat cium bau bayi baru lahir Tapi bila mengenangkan saat nak melahirkan Allahuakbar rasa nak pitam...
Terminal 2 Lapangan Terbang Changi Ditutup Buat Pertama Kali Selepas 30 Tahun

Terminal 2 Lapangan Terbang Changi Ditutup Buat Pertama Kali Selepas 30 Tahun

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 312 hits
Terminal 2 Lapangan Terbang Changi dilaporkan telah ditutup pada 1 Mei 2020 setelah 30 tahun beroperasi Penutupan itu susulan kerja menaik taraf seperti yang dirancang dan memandangkan wabak Covid 19 yang masih berterusan Diumumkan pada awa...
Berkenan Sejak Remaja Lee Chong Wei Kongsi Detik Lemah Lutut Pertama Kali Jumpa Isteri

Berkenan Sejak Remaja Lee Chong Wei Kongsi Detik Lemah Lutut Pertama Kali Jumpa Isteri

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 306 hits
Jika anda merupakan salah seorang follower hero badminton negara kita Lee Chong Wei di Instagram pasti anda mengetahui akan keunikan caption yang selalu digunakan beliau setiap kali membuat hantaran disana Sebelum ini Chong Wei pernah membu...
Pertama Kali Dengar Tokti Marah Aafiyah Reaksi Si Comel Ni Buat Netizen Berdekah

Pertama Kali Dengar Tokti Marah Aafiyah Reaksi Si Comel Ni Buat Netizen Berdekah

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 387 hits
Comel bijak dan geram Itulah reaksi kami Ohmedia bila melihat telatah anak kepada penyanyi nombor satu negara Dato Sri Siti Nurhaliza yang berkongsikan aktiviti anaknya iaitu Siti Aafiyah di Instagram sebelum ini Sama seperti ibu bapa lain ...
Kapan Al Qur An Pertama Kali Diturunkan

Kapan Al Qur An Pertama Kali Diturunkan

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 257 hits
Kapan Al Qur an Pertama Kali Diturunkan Assalamualaikum Pak Ust kapan Al Qur an pertama kali diturunkan Benarkah di kalam 17 ramadhan Trmksh atas jwbnnya Pak Ustad Jawaban Wa alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh Bismillah walhamdulillah...
5 Hal Yang Pasti Kamu Rasakan Saat Kali Pertama Naik Pesawat Wajar Kok Ini Nggak Aneh

5 Hal Yang Pasti Kamu Rasakan Saat Kali Pertama Naik Pesawat Wajar Kok Ini Nggak Aneh

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 290 hits
Kalau dibilang malu sih memang malu tapi may gimana lagi namanya juga pengalaman pertama
Tips Makanan Sahur Untuk Anak Yang Pertama Kali Berpuasa Ibu Bapa Perlu Tahu

Tips Makanan Sahur Untuk Anak Yang Pertama Kali Berpuasa Ibu Bapa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 386 hits
Ramadan sudah tiba Ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil pasti resah bagaimana caranya untuk mengajar anak berpuasa untuk pertama kali Selain boleh membiasakan mereka berpuasa sedikit demi sedikit hidangan sahur menjadi satu perkara...
Pau Kukus Inti Kari Kentang Yang Sangat Lembut Sedap Dan Pasti Menjadi

Pau Kukus Inti Kari Kentang Yang Sangat Lembut Sedap Dan Pasti Menjadi

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 576 hits
As Salam Pau Kukus Inti Kari Kentang Yang Sangat Lembut dan Sedap Dulunya semasa saya belum pandai lagi menguli doh menjadi pau atau donut saya selalu berangan nak buat pau atau donut yang lembut gebus dan enak dimakan Satu lagi impian saya...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba