Hospital Penuh Petugas Lelah



Hospital penuh, petugas lelah
Oleh Nur Zahanim Muhammad Zahir
Hospital penuh, petugas lelah
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat keletihan selepas membawa keluar warga asing menaiki bas dan van untuk dibawa ke pusat kuarantin ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di kawasan tapak pembinaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 26 MEI 2020.
SEMAKIN hari kes Covid-19 tidak menunjukkan tanda-tanda berkurangan. Kita semakin jauh untuk mengulang kejayaan pada tahun lepas dengan mencatat kes bawah angka 10. Keadaan semakin tenat terutama di Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur dan Labuan. Empat buah negeri (dan wilayah) ini mencatatkan peningkatan kes melebihi kapasiti maksimum hospital di setiap negeri tersebut.
Kes pula telah mencecah lima angka dan pada tanggal 15 Julai 2021, Malaysia telah pun mencatat kes tertinggi sebanyak 13,125. Ia ibarat mimpi ngeri buat negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pernah berkata, “Jika ia (kes semakin meningkat) berterusan, sistem kesihatan akan lumpuh dan seterusnya situasi sama akan berlaku di seluruh negara.”
Baru-baru ini pula tular di media sosial keadaan yang sangat sesak di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Gambar yang tular menunjukkan situasi hospital tidak lagi kelihatan seperti hospital. Ada katil yang perlu diletakkan di kawasan kaki lima hospital, malah ada juga pesakit yang hanya mampu dirawat di atas kerusi sahaja.
Ditambah pula tempat untuk meletakkan mayat Covid-19 juga sudah kehabisan. Penambahan kontena untuk dijadikan tempat simpan mayat sudah dibuat namun keadaan ini masih berlaku. Hal ini kerana, semakin hari semakin bertambah bilangan kematian. Benar dan sebenar-benarnya, hospital kita kini berada dalam fasa kritikal.
Katil tidak cukup
Keadaan semakin parah apabila HTAR juga sekarang kekurangan katil. Pesakit perlu menunggu selama dua hari di atas kerusi untuk mendapatkan rawatan dan katil yang kosong. Malah para barisan hadapan juga terpaksa berdepan dengan masalah kekurangan katil di ICU. Malah lebih malang lagi, pasukan untuk menguruskan pesakit ICU juga sudah tidak mencukupi.
Akhirnya petugas kesihatan yang kurang cekap terpaksa dihantar menguruskan pesakit ICU. Selain itu, pihak hospital perlu membuka katil ICU di tempat yang tidak sepatutnya seperti di bilik pembedahan dan wad wad lain. Keadaan yang sesak di hospital juga tidak mampu untuk menampung bilangan katil lagi. Jika ada pihak yang mahu menyumbang katil kepada hospital, perlu difikirkan tempat lain yang boleh dijadikan hospital sementara untuk merawat kes Covid-19 ini.
Namun, apa maknanya mendapat tempat baru jika pasukan untuk merawat pesakit juga sudah tidak mencukupi? Sadis sekali situasi ini berlaku di negara ini. Adakah sistem kesihatan negara sedang menuju fasa kelumpuhan?
Barisan hadapan perlu buat pilihan
Paling menyedihkan, para barisan hadapan perlu membuat pilihan untuk memilih pesakit yang mana hendak di rawat di ICU dek kerana kekurangan katil dan peralatan ICU. Pesakit yang punya banyak harapan biasanya yang mana masih muda selalunya dipilih dan terpaksa melupakan mereka yang sudah berusia.
Sedih bukan? Ya itulah yang berlaku, realitinya di Malaysia kini. Kalau dulu kita terkedu melihat situasi di Itali, Indonesia dan India, sekarang kita mungkin terduduk melihat situasi seperti ini berlaku di negara sendiri. Pandemik ini bukan sahaja terkesan kepada pesakit Covid-19, malah kepada pesakit lain yang tiada kaitan dengannya. Jadual pembedahan terpaksa ditunda, bilangan pesakit yang perlu dimasukkan ke wad juga perlu dihadkan.
Hal ini kerana untuk menjaga keselamatan semua pihak. Para petugas kesihatan juga tidak punya banyak pilihan. Paling utama buat masa ini adalah untuk merawat pesakit Covid-19. Jika tidak dirawat, orang lain pula akan terjangkit.
Petugas kesihatan semakin lelah
Terbaru, tular video seorang petugas kesihatan jatuh ketika menolak katil pesakit di sebuah pusat kuarantin di Selangor. Sungguh menyedihkan apabila menyaksikan video itu. Dengan PPE yang tebal dan panas itu, mereka perlu berusaha menyelamatkan nyawa manusia. Kita juga sering dihidangkan dengan video dan gambar yang menunjukkan kelelahan para petugas kesihatan ini. Saban hari mereka dihujani dengan kes yang banyak dan perlukan perhatian.
Pesakit Covid-19 yang perlu dirawat di hospital biasanya sudah berada di tahap kritikal, kesemuanya memerlukan rawatan dan penjagaan rapi. Pernah juga wujud keadaan di mana hospital tempat rawatan pesakit sudah kehabisan stok ubat. Kehabisan oksigen. Kehabisan semua benda penting untuk merawat. Lalu bagaimana?
Tekanan yang dihadapi barisan hadapan ini bukan ‘kaleng-kaleng’, bukan sandiwara lagi. Mereka berusaha sehabis mampu untuk merawat. Pernahkah kita membayangkan kita di tempat mereka? Saban hari mereka perlu menyarung PPE yang pastinya tidak memberi keselesaan kepada kita. Mereka perlu menghadap pesakit yang seperti tiada harapan sembuh tapi perlu terus memberi harapan.
Sedarlah kita bahawa para petugas barisan hadapan terutama di bidang kesihatan ini telah berkorban sehabis daya untuk memerangi Covid-19 ini. Mungkin kita hanya dikurung dirumah disebabkan PKP yang separuh masak ini, tapi ingatlah kelelahan para frontliner tidak tertanggung. Antara kita mungkin ada yang rileks di rumah sambil menonton Netflix. Mungkin stres kita yang sedikit itu masih boleh dikawal dan dirawat, tapi mereka tidak punya pilihan lain kecuali berdepan dengan situasi sukar ini.
Ayuh kita lakukan bahagian kita
Sebagai rakyat, kita ada hak menyalahkan pihak kerajaan yang kelihatan seperti tidak berfungsi dengan baik dan dianggap zalim yang hanya pentingkan kuasa daripada rasa. Namun jangan kita lupa tanggungjawab sendiri untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah digariskan. Setiap daripada kita perlu berusaha bersungguh-sungguh menjaga diri dan keluarga supaya tidak terjangkit dengan virus bahaya ini.
Dunia sedang diserang virus yang sangat berbahaya, tidak nampak di mata namun ia ada. Pandemik ini adalah benar, ini adalah urusan hidup dan mati. Jika terjangkit, terlalu banyak prosedur yang perlu dilalui. Pengalaman bekas pesakit Covid-19 juga ada memberitahu kesan sampingan virus ini lama dan memakan masa.
Masih ada bekas pesakit walaupun sudah lama bebas daripada wabak ini tetapi masih bergelut untuk mendapatkan kembali deria rasa contohnya. Sekali kita terjangkit, kita bukan sahaja telah menyusahkan diri sendiri malah menambah beban kepada para petugas kesihatan juga.
Pemimpin juga harus berbuat sesuatu. Tolonglah kembali kepada realiti. Tolonglah buka mata hati, nampak apa yang terjadi. Berusahalah untuk merubah keadaan sekarang kepada yang lebih baik.
Semua orang sedang menderita, baik dari segi emosi dan fizikal. Terkurung dalam rumah hampir setahun setengah lamanya, namun hasilnya masih tidak kelihatan. Berhentilah mengejar pangkat dan harta duniawi. Jawatan itu akan jadi sia-sia jika tidak dilaksanakan dengan penuh amanah. Rakyat menderita tapi ada pemimpin yang tidak cakna, tidak serius dan bahkan lupa fungsinya seperti tiada apa-apa.
Itukah pemimpin yang kita mahukan? Jika masih tidak berubah, sedarlah, rakyat akan ubah. MG
Hospital penuh, petugas lelah
Baca Artikel Menarik :
Cadangan tidak dipeduli, Mahathir akui ‘berang’ dengan kerajaan Speaker perlu letak jawatan jika tidak penuhi 3 tuntutan Pharmaniaga dapat kelulusan bekal 14 juta dos vaksin Sinovac terus kepada kerajaan negeri, syarikat Tabby (DOLLA) Tercalon Antara 100 Wajah Tercantik 2021 Bersama Rose Blackpink [VIDEO] Seleweng RM1.12 juta, bekas menteri didakwa esok [VIDEO] Resepi Kuah Kacang Sedap Sangat Layari Laman Facebook MYKMU

Politik durjana diwarisi PN dari PH – Shahrir

The post Hospital penuh, petugas lelah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/22/hospital-penuh-petugas-lelah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Kritikal Tapi Hampir Semua Hospital Penuh Rebecca Sebak Cerita Detik Cemas

Suami Kritikal Tapi Hampir Semua Hospital Penuh Rebecca Sebak Cerita Detik Cemas

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 294 hits
Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam berkongsi pengalaman mengenai suaminya Datuk Norazam Sulaiman yang tiba tiba sukar bernafas sebelum dikejarkan ke hospital akibat positif Covid 19 tengah hari semalam Menerusi sesi siaran langsung di laman...
Ulasan Penuh Filem Black Widow

Ulasan Penuh Filem Black Widow

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 371 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraFilem Black Widow merupakan sebuah filem adiwira berdasarkan watak yang sama di dalam Komik Marvel Filem ini diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures Filem ini...
Menteri Kabinet Beri Sokongan Penuh Kepada Pm

Menteri Kabinet Beri Sokongan Penuh Kepada Pm

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 202 hits
Ahli ahli Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada 14 Julai 2021 telah membuat keputusan sebulat suara untuk kekal memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Dalam kenyataan...
Pengambilan Bijiran Penuh Membantu Mengawal Tahap Gula Kolestrol Dan Tekanan Darah

Pengambilan Bijiran Penuh Membantu Mengawal Tahap Gula Kolestrol Dan Tekanan Darah

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 250 hits
PENGAMBILAN BIJIRAN PENUH MEMBANTU MENGAWAL TAHAP GULA KOLESTROL DAN TEKANAN DARAH Pesakit metabolik yang kronik dapat mengawal penyakit mereka dengan lebih baik jika mereka mengambil lebih banyak bijiran penuh dalam pemakanan mereka Sainti...
Raikan Aidiladha Penuh Penghayatan Kemenangan Pasti Akan Tiba

Raikan Aidiladha Penuh Penghayatan Kemenangan Pasti Akan Tiba

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 214 hits
Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam supaya meraikan Aidiladha dengan menghayati sepenuhnya makna pengorbanan Beliau memahami bagaimana umat Islam meraikan Aidiladha dalam norma baru yang serba terbatas demi kepenti...
Sinopsis Penuh Siri Loki

Sinopsis Penuh Siri Loki

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 223 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraLoki merupakan sebuah siri yang dihasilkan oleh Michael Waldron untuk laman pengstriman Disney Plus dan berdasarkan Komik Marvel dengan karakter nama yang sama Siri ini merupakan salah satu bahagian di dal...
Parlimen Perlu Bersidang Penuh Bukan Dengar Menteri Berceramah

Parlimen Perlu Bersidang Penuh Bukan Dengar Menteri Berceramah

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 358 hits
Pembukaan Parlimen 5 hari bermula 26 Julai sebagai formaliti dan sekadar mentaati titah Yang di Pertuan Agong ditentang oleh majoriti rakyat Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim Parlimen tidak boleh diturunkan darjatnya kepada...
Dikawal Polisi Ruri Repvblik Bagikan 200 Gelas Minuman Segar Kepada Petugas Ppkm

Dikawal Polisi Ruri Repvblik Bagikan 200 Gelas Minuman Segar Kepada Petugas Ppkm

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 238 hits
Vokalis band Repvblik Ruri Wantogia membagikan 200 gelas minuman segar kepada petugas PPKM dan masyarakat di sekitar tempat usahanya Untuk memudahkan aksinya itu Ruri dikawal oleh pihak kepolisian Intip yuk kegiatan Ruri saat bagi bagi minu...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco