Hospital Bera Siap Hujung Tahun Ini
BERA – Kira-kira 150,000 penduduk di daerah ini bakal mendapat kemudahan kesihatan yang lebih baik apabila pembinaan Hospital Bera dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini.
Projek tersebut yang sepatutnya disiapkan pada 2015 terbengkalai akibat kegagalan kontraktor.
Berita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas lawatan kerja ke hospital berkenaan pada Sabtu.
Menurutnya, hospital yang menelan belanja RM130 juta itu telah mencapai tahap 98 peratus pembinaan.
“Syukur sehingga hari ini prestasi kerja kontraktor yang dilantik pada Januari 2021 telah mencapai 98 peratus meliputi hampir keseluruhan termasuk bangunan-bangunan.
“Cuma mungkin yang tinggal hanyalah dari segi aksesori dan kekemasan terakhir. Difahamkan projek ini dijangka siap sebelum akhir Disember, ini bermakna dalam Januari atau Februari 2022, jika tiada halangan, ia boleh dirasmikan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini pada Sabtu.
Hadir sama, Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu, terdapat halangan pada projek hospital tersebut ekoran ramai pekerja dijangkiti Covid-19 hingga menyebabkan kerja-kerja pembinaan dihentikan sementara waktu.”Selama ini warga Bera terpaksa berulang-alik ke Hospital Temerloh atau Kuala Pilah dan perkhidmatan hospital ini amat diperlukan kerana keluasan di Bera hampir seluas Melaka.
Hospital Bera yang kini sudah 98 peratus pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini.
“Hospital ini mempunyai 40 katil dan sembilan klinik namun tiada kepakaran. Saya minta kepada Kementerian Kesihatan supaya mewujudkan kepakaran tertentu di hospital ini. Setakat ini seperti dirancang, lawatan pakar dari luar akan diadakan dua atau tiga kali seminggu atau sebagainya,” katanya.
Tambah Ismail Sabri, hospital tersebut juga menempatkan empat blok klinikal termasuk kecemasan namun beliau melihat keperluan klinik dialisis wajar diwujudkan.
Ismail Sabri juga memberitahu, seramai 480 jawatan bakal diwujudkan bagi keperluan hospital tersebut.
“Selain itu, hospital ini dibina atas keluasan tanah kira-kira 33 ekar (13.35 hektar) dan ada baki tujuh ekar (2.83 hektar), selebihnya akan digunakan untuk menambahkan kuarters dan klinik pada masa akan datang,” tambahnya.
Katanya, hospital ini dimulakan pembinaannya sejak Oktober 2010 dan melalui beberapa kontraktor selepas kontraktor yang membangunkan hospital ini pada 2012 gagal menyiapkannya walaupun sudah mencapai 57 peratus.
“Selepas itu, kontraktor penyelamat yang dilantik juga tidak berjaya menyiapkannya dan pada Disember 2020 selepas menamatkan kontraktor penyelamat, pembinaan hospital telah mencapai sebanyak 93 peratus.
“Kerana ada masalah tertentu akhirnya kita lantik kontraktor ketiga pada 5 Januari 2021 dan alhamdulillah sehingga hari ini prestasi kerjanya 98 peratus,” katanya
Ujarnya, akibat pertukaran kontraktor, kos projek pembinaan hospital berkenaan telah meningkat kepada RM130 juta berbanding kos permulaan RM88 juta.
Hospital Bera siap hujung tahun ini
Baca Artikel Menarik :
Adun Sindumin mulanya menafikan tetapi sah meninggalkan Warisan
Norhizam tidak puas hati diarah serah kenderaan rasmi, dihalang guna pusat khidmat
Polis sahkan terima laporan ‘abang e-hailing’ tunjuk kemaluan
PRN Melaka: Nyawa rakyat dipertaruh demi kerakusan kuasa
Petisyen ‘Jangan Kuburkan Kes Adib’ terus dapat sambutan
Ain Edruce kena kecam sebab over (Video)
Dedah hubungan sulit, wanita bakar anak hidup-hidup
UMNO tiada masalah tanpa Bersatu
Idris akhirnya mengaku bertemu dengan Anwar bersama 3 Adun
Resepi ubi kayu croquettes pasti sedap
‘Abang askar’ jilat tangan pekerja wanita kedai vape dicekup [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU
Pas tubuh jawatan kuasa induk hadapi PRN Melaka
The post Hospital Bera siap hujung tahun ini appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/10/09/hospital-bera-siap-hujung-tahun-ini/