Tolak Kerjasama Umno Sebenarnya Rela Melaka Diperintah Ph Dan Dap


agendaily.com28/10/2021
Datuk Seri Anwar Ibrahim bimbang Pakatan Harapan kalah jika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak ada ketika kempen Pilihan Raya Negeri Melaka.

Langkah UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang menolak kerjasama dengan rakan parti di kerajaan pusat adalah bukti kerelaan mereka untuk melihat blok pembangkang, Pakatan Harapan dan DAP memerintah negeri tersebut.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Perhubungan Melaka Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh lebih selesa untuk menyerang rakan parti PAS dan Bersatu yang membentuk bersama kerajaan pusat tetapi tidak pula mengkritik lawan mereka seperti PH dan DAP.

Ketua Penerangan Armada Nasional, Mohd Ashraf Mustaqim membidas Zahid dan Rauf yang didakwanya seakan tunduk dan patuh kepada cikgu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

“Maka tidak hairan UMNO dari Presidennya, si Zahid Hamidi hingga ke ‘kucing’ UMNO Melaka, Ab. Rauf Yusoh begitu beriya-iya sanggup bekerjasama dengan PH, mengapa kucing? Kerana UMNO di bawah Zahid dan UMNO Melaka keduanya Rauf dan Idris cukup selesa, tunduk dan patuh dengan tuan mereka Anwar dan Lim Guan Eng. Langsung tidak seperti ‘singa’.

“Kerana itu serangan lebih dihalakan kepada ‘rakan’ kerajaan Perikatan Nasional termasuk PAS, ternyata ‘Muafakat Melayu-Islam’ yang direncana UMNO hanyalah demi kuasa dan memperkuda serta memperbodohkan orang Melayu semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ashraf juga mempertikai kenyataan dikalangan pemimpin UMNO yang sentiasa berubah-ubah, ia sekaligus menunjukkan mereka tidak mempunyai keyakinan untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tanpa kerjasama dengan parti lain.

“Bukan itu sahaja, kenyataan bekerjasama atau tidak bekerjasama sentiasa berubah-ubah. Seperti tidak yakin sama ada boleh menang atau tidak di PRN Melaka jika tanpa kerjasama dengan parti lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ashraf mengingatkan bahawa kejatuhan kerajaan UMNO adalah berpunca daripada pergelutan kuasa sesama mereka yang akhirnya rakyat terpaksa menanggung beban.

“Boleh dikatakan lucu apabila Ku Nan (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) menyatakan parti beliau dalam bahaya kerana ada pihak cuba bunuh UMNO.

“Bendahari UMNO yang juga pernah terpalit dengan kes rasuah RM2 juta yang didakwa derma politik untuk pilihanraya kecil pada ketika itu, tiba-tiba lupa bahawa BN kalah di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (akibat saingan 3 penjuru) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan baru-baru ini UMNO dijatuhkan di Melaka oleh UMNO sendiri yang menyebabkan DUN terbubar,” ujarnya lagi.

PRN Melaka diadakan susulan tumbangnya kerajaan negeri pimpinan UMNO setelah empat ADUN, termasuk dua daripada parti itu, menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (UMNO-Sungai Udang); Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hasan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu); dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Teluk Mas).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, UMNO hanya memenangi 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Bersatu yang ketika itu bersama PH menang dua kerusi DUN, manakala PAS gagal merebut sebarang kerusi DUN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal, 16 November


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/tolak-kerjasama-umno-sebenarnya-rela.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hormat Kehendak Akar Umbi Beberapa Bahagian Umno Melaka Tolak Kerjasama Dengan Bersatu

Hormat Kehendak Akar Umbi Beberapa Bahagian Umno Melaka Tolak Kerjasama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 312 hits
freemalaysiatoday com November 1 2021 7 19 PMKetua Umno Bahagian Tangga Batu Mohamad Ali Mohamad mengumumkan beberapa Bahagian Umno di Melaka menolak sebarang kerjasama antara parti itu dengan Bersatu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Me...
Majoriti Pemimpin Umno Melaka Tolak Langkah Solo Zahid

Majoriti Pemimpin Umno Melaka Tolak Langkah Solo Zahid

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 221 hits
Pemimpin Umno Melaka berpandangan langkah tersebut seakan akan Umno rela menyerahkan negeri itu kepada Pakatan Harapan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berdepan kesukaran meyakinkan pemimpin parti itu di Melaka untuk bergerak bersendirian d...
Dap Tolak Pengkianat Sebagai Calon Prn Melaka

Dap Tolak Pengkianat Sebagai Calon Prn Melaka

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 256 hits
MELAKA DAP bertegas menolak bekas Ahli Dewan Undangan Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri Melaka Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memaklumkan perkara itu akan dibawa pada Majlis Presiden Pakat...
Prn Melaka Umno Belum Putuskan Kerjasama Dengan Parti Lain

Prn Melaka Umno Belum Putuskan Kerjasama Dengan Parti Lain

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 443 hits
UMNO belum membuat keputusan sama ada bergerak secara solo atau bekerjasama dengan mana mana parti lain bagi Pilihan Raya Negeri Melaka 20 November ini SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AW...
Umno Bn Akan Tanding Secara Bersendirian Pada Prn Melaka Tanpa Kerjasama Parti Lain

Umno Bn Akan Tanding Secara Bersendirian Pada Prn Melaka Tanpa Kerjasama Parti Lain

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 226 hits
KUALA LUMPUR UMNO dan Barisan Nasional akan bertanding secara bersendirian pada Pilihan Raya Negeri Melaka tanpa kerjasama parti lain termasuk PAS yang menjadi sekutunya dalam Muafakat Nasional ataupun BERSATU Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ah...
Umno Salahkan Dap Dan Ph Kerajaan Melaka Tumbang

Umno Salahkan Dap Dan Ph Kerajaan Melaka Tumbang

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 206 hits
Pada 12 Oktober lepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO Pantai Kundor Datuk Nor Azman Hassan berkata dua bekas Exco Kerajaan Negeri Melaka pernah dicadang untuk dipecat kemudian diganti dengan ahli dewan undangan negeri dari DAP Azman m...
Prn Melaka Pas Akan Bincangkan Keputusan Umno Mahu Jalin Kerjasama Politik Ahad Ini

Prn Melaka Pas Akan Bincangkan Keputusan Umno Mahu Jalin Kerjasama Politik Ahad Ini

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 346 hits
MELAKA PAS akan membincangkan mengenai keputusan UMNO untuk menjalinkan kerjasama politik dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat Ahad ini Pesuruhjaya PAS Melaka Datuk Kamarudin Sidek berkata setakat ini pihak...
Kau Ingat Dap Tu Macam Parti Coq Kodok Ka Panas Dap Tolak Norhizam Sertai Prn Melaka

Kau Ingat Dap Tu Macam Parti Coq Kodok Ka Panas Dap Tolak Norhizam Sertai Prn Melaka

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 408 hits
October 19 2021 DAP bertegas menolak bekas Ahli Dewan Undangan Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri Melaka Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memaklumkan perkara itu akan dibawa pada Majlis Presi...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel