Honeymoon Di Malaysia 10 Cadangan Destinasi Romantik Untuk Pengantin Baru


Bagi pengantin baru yang sedang mencari destinasi honeymoon di Malaysia atau ingin menikmati percutian romantik bersama pasangan tersayang tanpa perlu meninggalkan tanah air, Malaysia menawarkan banyak lokasi yang indah dan menarik untuk dijadikan pilihan.
Sama ada anda berdua sukakan pantai dengan air laut biru jernih, percutian sejuk di kawasan pergunungan, pengalaman ‘glamping’ di tengah alam semula jadi, atau sekadar ingin bersantai berdua di pulau privasi, Malaysia ada semuanya!
Artikel kali ini akan berkongsi beberapa destinasi ideal untuk honeymoon di Malaysia beserta cadangan tempat penginapan. 
Setiap tempat pastinya menjanjikan suasana dan pengalaman yang berbeza, sesuai untuk mencipta momen indah berdua!
BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik Di Johor Bahru, Sesuai untuk Hujung Minggu!
Destinasi Terbaik Honeymoon Di Malaysia 1. Pulau Redang, Terengganu Pulau Redang terkenal dengan pantai-pantainya yang cantik seperti Pantai Pasir Panjang. Di sini anda dan pasangan boleh menikmati pemandangan laut dan matahari terbenam yang memukau.
Pulau ini terletak agak jauh dari kesibukan bandar, menjadikannya sesuai untuk pasangan yang mahu meluangkan masa berkualiti tanpa gangguan.
Sumber: Google Review Anda boleh berjalan-jalan di sekitar pantai, bersantai di bawah pokok kelapa, menikmati hidangan malam romantik dengan pemandangan laut dan sebagainya. Suasana yang damai dan privasi di sini sangat sesuai untuk dinikmati bersama pasangan. 
Sumber: Laguna Redang Island Resort Dari segi penginapan, terdapat pelbagai pilihan resort dan villa yang mewah di Pulau Redang. Antaranya Laguna Redang Island Resort, Redang Paradise Resort, Taaras Beach & Spa Resort, Redang Campstay Bamboo House dan banyak lagi.
Klook.com Kebanyakan resort di Pulau Redang menawarkan pakej honeymoon yang direka khas untuk pasangan pengantin baru, termasuk dekorasi bilik yang romantis, makan malam istimewa, serta aktiviti berdua. Ini bakal memberikan sentuhan istimewa kepada percutian bulan madu anda.
2. Pulau Perhentian, Terengganu Bagi pasangan yang mencari ketenangan dan keindahan alam semula jadi, Pulau Perhentian adalah antara pilihan destinasi honeymoon di Malaysia yang terbaik. 
Sumber: Beautiful Terengganu Pulau ini terkenal dengan kejernihan airnya serta terumbu karangnya yang indah dan menakjubkan. Jangan lepaskan peluang untuk melakukan aktiviti snorkeling dan scuba diving bersama pasangan anda. Ia pasti menjadi kenangan yang terindah!
Sumber: Bubu Resort Anda boleh memilih untuk menginap di resort-resort yang terletak di tepi pantai bagi menikmati suasana yang tenang dan romantik. Antara resort popular di sini adalah; Alunan Resort, Bubu Resort, Mimpi Perhentian Resort dan sebagainya. 
3. Cameron Highlands, Pahang Cameron Highlands juga salah satu destinasi honeymoon di Malaysia yang sering menjadi pilihan ramai pasangan. Dengan suasana yang sejuk dan pemandangan hijau yang menyegarkan, Cameron Highlands menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan bersama pasangan.  
Anda boleh menikmati udara yang segar sambil meneroka ladang-ladang teh yang luas, berkunjung ke kebun-kebun strawberi, mengambil gambar di Taman Lavendar dan macam-macam lagi. 
Sumber: The Lakehouse, Cameron Highlands Pertimbangkan untuk menginap resort mewah seperti The Lakehouse atau Cameron Highlands Resort bagi merasai pengalaman bulan madu yang lebih menarik. 
4. Pulau Langkawi, Kedah Pulau Langkawi sememangnya tidak asing lagi sebagai destinasi honeymoon popular di Malaysia. Dengan pantai-pantainya yang indah, pulau ini menawarkan suasana romantik yang sempurna untuk pasangan pengantin baru. 
Sumber: FB Langkawi Permata Kedah Anda boleh menikmati aktiviti-aktiviti seperti menaiki cable car ke Gunung Mat Cincang, melawat Dataran Lang, atau menghabiskan masa bersantai di pantai-pantai yang menakjubkan seperti Pantai Cenang dan Pantai Tanjung Rhu. 
Untuk pengalaman yang lebih eksklusif, anda boleh pertimbangkan untuk menginap di resort-resort mewah seperti The Datai Langkawi atau Four Seasons Resort Langkawi yang menawarkan pakej honeymoon istimewa. Memang berbaloi!
5. Pulau Pangkor, Perak Pulau Pangkor adalah pilihan yang tepat untuk pasangan yang ingin berbulan madu dalam suasana tenang.
Pulau Pangkor menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan bersama pasangan seperti snorkeling, selam skuba, dan menjelajah hutan yang masih terpelihara. 
Sumber: Googl Review Antara tempat menarik yang anda boleh terokai di Pulau Pangkor termasuklah Pantai Teluk Nipah dan Pantai Pasir Bogak. Anda boleh menikmati makanan laut segar sambil menikmati suasana tepi pantai di sini. 
Untuk penginapan, terdapat pelbagai resort mewah dan chalet tepi pantai yang memberikan privasi dan keselesaan bagi pasangan yang berbulan madu. Contohnya, Pangkor Laut Resort, Anjungan Beach Resort, Nipah Bay Villa, Coral Bay Resort dan sebagainya. 
6. Kuala Lumpur Bagi mereka yang mahukan percutian bulan madu di kawasan bandar, Kuala Lumpur adalah pilihan destinasi yang wajib dipertimbangkan. 
Kuala Lumpur menawarkan suasana bandar moden yang penuh dengan aktiviti, penginapan mewah, dan tempat-tempat menarik untuk diterokai bersama pasangan.
Antara aktiviti bulan madu yang boleh dilakukan di Kuala Lumpur ialah, makan malam romantik  sambil melihat panorama indah bandar Kuala Lumpur, terutama pada waktu malam.
Selain itu, anda berdua juga melawat ke tempat-tempat tarikan yang ada di sekitar di Kuala Lumpur. Jangan lupa juga luangkan masa untuk ‘food hunting’ dan ‘window shopping’ semasa percutian anda. Barulah lengkap bulan madu anda!
7. Pulau Tioman, Pahang Pulau Tioman juga salah satu destinasi ideal untuk bulan madu di Malaysia. Ia menawarkan pantai-pantai yang cantik dan pelbagai aktiviti menarik untuk pasangan.  
Sumber: Malaysia Truly Asia – Tioman Island Pasangan boleh menikmati momen istimewa di tepi pantai atau bersantai di resort mewah seperti Japamala Resort yang menawarkan privasi dan pemandangan indah. 
Malaysia Truly Asia – Tioman Island Pulau ini juga terkenal dengan aktiviti snorkeling dan selam skuba, di mana pasangan boleh bersama-sama meneroka keindahan terumbu karang dan hidupan laut yang menakjubkan.
8. Sarawak Sarawak mempunyai banyak tempat menarik untuk bulan madu, terutamanya bagi pasangan yang menyukai alam semula jadi dan budaya tempatan yang unik.
Anda dan pasangan boleh pertimbangkan untuk berkunjung ke tempat-tempat menarik di Sarawak seperti Sarawak Cultural Village, Bako National Park, Pasar Serikin, dan juga pantai-pantainya, bagi mengisi masa bersama.
Salah satu pantai terkenal di Sarawak ialah Damai Beach Resort yang terletak di kaki Gunung Santubong. Ia menawarkan suasana romantik dengan pemandangan laut dan pergunungan, serta akses ke hutan hujan.
Sumber: On Tour Malaysia Bagi mereka yang mahukan pengalaman yang lebih unik, Mulu Marriott Resort & Spa berhampiran Taman Negara Mulu menyediakan penginapan mewah dan akses ke gua-gua menakjubkan di kawasan UNESCO ini. 
Sarawak menggabungkan keindahan semula jadi dan budaya, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk bulan madu yang bermakna bersama pasangan. 
9. Penang Di Penang, anda dan pasangan boleh menghabiskan masa bersantai di pantai-pantainya yang indah. Contohnya seperti Batu Ferringhi.
Pantai Batu Ferengghi terkenal dengan pasir putih dan aktiviti air yang menyeronokkan. Disini anda juga boleh menikmati matahari terbenam dan mengambil gambar sepuasnya untuk mengabadikan kenangan bersama. 
Selain pantai, Penang juga menawarkan banyak tempat menarik yang pastinya seronok untuk diterokai bersama pasangan. 
Dari segi penginapan, anda boleh tempah penginapan di hotel pilihan mengikut bajet anda. Salah satu hotel popular dan sering jadi pilihan untuk bulan madu ialah  Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa. 
10. Kundasang, Sabah Bulan madu di Kundasang, Sabah, adalah pilihan yang sangat menarik bagi pasangan yang mencari pengalaman bulan madu romantik di tengah-tengah alam semula jadi.
Terletak di kaki Gunung Kinabalu, Kundasang menawarkan pemandangan gunung yang menakjubkan, udara sejuk, dan suasana yang tenang. Ini menjadikannya tempat yang ideal untuk berehat dan meluangkan masa berkualiti bersama pasangan.
Sumber: Google Review Aktiviti seperti melawat Taman Kinabalu, trekking ringan, atau menikmati keindahan ladang sayur dan bunga-bungaan di sekitar kawasan ini pasti memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Selain keindahan alam semula jadi, Kundasang juga menawarkan banyak penginapan yang romantik, dengan pemandangan indah Gunung Kinabalu dari bilik penginapan. 
11. Semporna, Sabah Bulan madu di Semporna, Sabah, menawarkan pengalaman percutian yang luar biasa, terutamanya bagi pasangan yang gemar aktiviti luar dan keindahan alam semula jadi. 
Semporna terkenal dengan kepulauan yang indah dan terumbu karang yang kaya dengan kehidupan laut, menjadikannya destinasi yang sempurna untuk percutian bulan madu yang romantik dan penuh pengembaraan. 
Salah satu tarikan utama adalah Pulau Sipadan, yang terkenal di seluruh dunia sebagai destinasi menyelam terbaik. Pasangan boleh menikmati pengalaman menyelam atau snorkeling bersama ikan-ikan tropika yang berwarna-warni dan terumbu karang yang menakjubkan di perairan yang jernih.
Selain itu, terdapat pulau-pulau lain yang menawarkan keindahan semula jadi dan ketenangan, seperti Pulau Mabul dan Pulau Kapalai. Kedua-dua pulau ini menawarkan penginapan yang mewah dan eksklusif di atas air, dengan pemandangan laut yang mempesona. 
Sipadan Water Village Resort dan Mabul Resort adalah pilihan popular untuk pasangan yang ingin merasai suasana intim dengan kemudahan moden dan pemandangan yang luar biasa. 
Di sini, pasangan boleh menikmati hidangan makanan laut romantik di tepi pantai, bersantai di resort yang tenang, atau melibatkan diri dalam aktiviti seperti kayak atau berkelah di pulau-pulau kecil yang indah.
12. Pulau Rawa, Johor Terletak hanya sekitar 30 minit perjalanan bot dari Mersing, Pulau Rawa terkenal sebagai destinasi percutian yang menawarkan ketenangan dan keindahan semulajadi. 
Pulau ini sangat sesuai bagi pasangan yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota dan menikmati masa berkualiti bersama. Aktiviti seperti snorkeling, berenang, dan berjemur di pantai yang sunyi memberi peluang kepada pasangan untuk menikmati masa berkualiti bersama.
Pulau Rawa menawarkan penginapan yang selesa dan eksklusif, seperti di Rawa Island Resort, yang terletak betul-betul di tepi pantai dengan pemandangan laut yang menakjubkan. R
Resort ini menawarkan bilik yang luas dan lengkap dengan kemudahan moden, memberikan suasana romantik yang sempurna untuk pasangan yang ingin meluangkan masa bersama.
Dengan kombinasi pantai yang indah, air laut yang jernih, penginapan yang eksklusif, dan suasana yang tenang, Pulau Rawa adalah destinasi bulan madu yang sempurna bagi pasangan yang mencari percutian romantik dan penuh kenangan.
Tempah Bersama KLOOK Untuk menikmati diskaun hebat dan penjimatan berganda, pastikan anda menempah tempat penginapan bulan madu anda bersama KLOOK.
Caranya mudah sahaja, anda taip mana-mana tempat penginapan yang anda pilih di kotak carian di bawah dan klik SEARCH.
Klook.com Penutup Malaysia sememangnya menawarkan pelbagai pilihan destinasi yang menarik untuk pasangan yang ingin menikmati honeymoon mereka.
Dalam memilih destinasi honeymoon anda, pertimbangkan minat dan keutamaan anda sebagai pasangan.
Jika anda gemar aktiviti air, pulau-pulau seperti Langkawi, Perhentian, atau Sipadan mungkin sesuai untuk anda. Jika anda lebih suka suasana yang sejuk dan pemandangan yang indah, Cameron Highlands atau Kundasang mungkin menjadi pilihan yang lebih baik.
Jangan lupa untuk merancang perjalanan anda dengan teliti, terutamanya jika anda ingin melawat beberapa destinasi. Pastikan anda membuat tempahan awal untuk penginapan dan aktiviti-aktiviti yang anda ingin sertai, terutamanya jika anda merancang untuk melawat pada musim puncak.
Akhir sekali, ingatlah bahawa honeymoon anda adalah masa untuk anda berdua menikmati kebersamaan sebagai pasangan yang baru berkahwin. Tidak kira di mana anda memilih untuk pergi, yang penting adalah anda dapat menghabiskan masa berkualiti bersama dan mencipta kenangan indah yang akan kekal selamanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/honeymoon-di-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=honeymoon-di-malaysia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berlatarkan 1980 An Kim Junghyun Dilamar Sertai Kim Dami Shin Yeeun Dalam Drama Romantik Baru

Berlatarkan 1980 An Kim Junghyun Dilamar Sertai Kim Dami Shin Yeeun Dalam Drama Romantik Baru

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 89 hits
Penonton berkemungkinan akan dapat lihat Kim Jung hyun bergandingan dengan ramai pelakon hebat Artikel Berkaitan Terbaru agensi mengumumkan bahawa Kim Jung hyun telah menerima tawaran untuk muncul dalam drama baru berjudul A Hundred Memorie...
Meraikan Usahasama Baru Syarikat Malaysia Peru

Meraikan Usahasama Baru Syarikat Malaysia Peru

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 100 hits
Meraikan satu usahasama baharu syarikat daripada Malaysia Yinson Group dalam sektor tenaga boleh diperbaharui di Peru dengan pembukaan ladang solar di Arequipa yang kedua terbesar di Peru Peningkatan ketara perdagangan diantara Malaysia Per...
Pengantin Baru Tilam Pun Kena Baru Serius Tidur Jadi Lebih Lena Dengan Tilam Yang S

Pengantin Baru Tilam Pun Kena Baru Serius Tidur Jadi Lebih Lena Dengan Tilam Yang S

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 185 hits
Pengantin Baru Tilam Pun Baru Serius tidur jadi best bila dapat tilam yang support padu untuk tulang belakang Pengantin baru ni nak tidur lena penting supaya esok pagi bangun dengan senyuman Tilam yang empuk buat tidur rasa macam di spa set...
Budak Baru Peminat Malaysia Bercanda Tentang Nama Baru Kumpulan K Pop The Boyz

Budak Baru Peminat Malaysia Bercanda Tentang Nama Baru Kumpulan K Pop The Boyz

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 86 hits
Kumpulan K pop THE BOYZ baru baru ini mengumumkan rancangan baru selepas kontrak mereka yang lama dengan IST Entertainment tamat Dalam persiapan untuk perjalanan baru mereka kumpulan ini telah mendaftarkan nama kumpulan baru yang mungkin ag...
Hiburan Cik Epal Excited Lagu Baru Hampir Siap Nak Caras Kedudukan Aliff Syukri Sebagai Penyanyi No 1 Malaysia

Hiburan Cik Epal Excited Lagu Baru Hampir Siap Nak Caras Kedudukan Aliff Syukri Sebagai Penyanyi No 1 Malaysia

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 188 hits
Baru baru ini usahawan dan pempengaruh Cik Epal berkongsikan di bahawa lagu barunya sudah siap dan kini sedang menunggu masa yang sesuai untuk ke studio bagi membuat rakaman Dalam pada itu Cik Epal turut berseloroh bahawa dirinya akan menca...
Harness Deepavali Spirit To Bring Malaysia To Greater Heights Says Pm

Harness Deepavali Spirit To Bring Malaysia To Greater Heights Says Pm

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 107 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim hopes the spirit of Deepavali can be harnessed to lead Malaysia towards greater prosperity and a brighter future while pursuing goodness and justice Addressing thousands of people attending the 2024 Madani Deepa...
Kibar Bendera Asing Ppim Gesa Siasatan Telus Tindakan Tegas Sebelum Hilang Kawalan Malaysia Post 31 10 2024

Kibar Bendera Asing Ppim Gesa Siasatan Telus Tindakan Tegas Sebelum Hilang Kawalan Malaysia Post 31 10 2024

papar berkaitan - pada 31/10/2024 - jumlah : 196 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia menggesa pihak berkuasa tegas menangani isu kibar bendera asing di tempat awam yang tular baru baru ini Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya amat kesal perkara itu boleh berlaku di negara ...
Reforming Malaysia S Statutory Bodies And Glcs

Reforming Malaysia S Statutory Bodies And Glcs

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 98 hits
From Farouk Abdul KhalidThe government s announcement of a rationalisation programme for statutory bodies and GLCs marks a significant move to address long standing inefficiencies within the public sector While this initiative is timely it ...
Detik Detik Terakhir Laken Riley Sebelum Mati Dibunuh

Wanita Terjerat Love Scam Doktor Tentera Selepas Dipukau

Hati Hati Orang Kuala Pilah Ada Lelaki Guna Rm100 Palsu

Global Tensions Over China S Overcapacity Will Rise Under Trump

Drama Curang Tanpa Niat

Allahyarham Tun Daim Dilepas Dan Dibebas Daripada Pertuduhan Gagal Isytihar Harta

The Frugal Traveler Remembers Arthur Frommer The Guy Who Inspired Travelers To Just Do It

Huawei Matepad 12 X


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Keajaiban Ayat Kursi Pelajaran Dari Kisah Abu Hurairah Dan Setan

Waffle Hongkong Ice Cream Sedap Di Ao Nang Landmark Night Market

2024 S Greatest Hits On Google Tv

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians