Homestay 69 Avenue Residence Batu Pahat Sangat Memuaskan
Homestay 69 Avenue Residence Batu Pahat ini adalah antara penginapan terbaik bagi aku setakat ini atas sebab suasana deko dalaman kemas dengan tema english kemudian halaman rumah yang sangat cantik serta menyamankan.
Aku tak pernah kalau tido 1 malam kat luar guna perkhidmatan homestay kebiasaannya memang tido kat hotel tapi ntah macam mana member nak try duduk homestay. Yelah, homestay kan luas dari hotel.
Kalau kawasan Batu Pahat, Johor ni mesti la lagi banyak homestay. Harga hotel kat Batu Pahat pun boleh tahan mahal juga mungkin sebab kawasan cina kot. Ambil hotel murah pula krang tak puas hati pula nanti.
Homestay 69 Avenue Residence Batu PahatKawasan Homestay 69 Avenue Residense ada 2 rumah. Rumah pertama iaitu Eglantine Cottage boleh muat untuk 4 orang + 2 budak kecil. manakala rumah kedua pula Victoria Country boleh muat 2 orang sahaja.
Rumah yang dibawah adalah Eglantine Cottage yang kitorang booking. Masa sampai tu staff dah tunggu kitorang siap prepare minuman dan makanan lagi. Terbaik! Macam biasalah staff akan minta details kita semua dan minta duit deposit agak besar iaitu RM200. Nanti akan dipulangkan balik masa check out. Kitorang dapat butang kawalan pagar dan kad untuk masuk rumah
Rumah kecil yang sangat cantik. Walaupun rumah kecil tapi banyak kelengkapan semua seperti tv, internet, peti ais, Micorwave, Mesin basuh, mesin coway, saterika siap lengkap pinggan sudu semua.
Kemudian kalau nak buat bbq dengan family pun boleh sebab tempat ini ada buat tempat bbq. Just prepare makanan bbq semua.
Eglantine CottageDi bawah adalah laman rumah homestay. Memang cantik dan rasa tenang bila keluar rumah.
Halaman rumah homestay yang sangat cantik dan kemasBila korang masuk buka pintu utama je korang nampak macam gambar dibawah.
siap ada hiasan unggun api dan lilin.. Di bawah pula bahagian ruang tamu. Ada meja boleh makan dengan family atau kawan.
Meja makan boleh muat 6 orang. Sebelah meja makan ni ada tv belah kanan. lupa nak ambil gambar.
Di bawah gambar adalah dapur.
dapur lengkap semuanya. Dapur ini ada bilik air.
Di Bawah adalah bilik utama siap ada bilik air sendiri. Kira rumah ini ada 2 bilik air. Satu bilik air di bahagian dapur dan bilik air kedua ada di bilik utama.
Suka dengan katil dan bantalnya.. Sebab keras-keras lembut. Memang sedap tidor. Lena betul
Ini pula bilik kedua..
Bilik mengadap tingkap dan boleh lihat halaman rumah.
Memang sangat puas hati dan terbaik duduk rumah ini.. Macam nak stay lagi kat sini. Staff pun tersangatlah peramah siap tanya kalau ada apa-apa ke boleh minta tolong dengan dia. Hari tu tanya staff tempat makan yang best dia memang tau tempat makan yg best,. Tempat ini pun nampak selamat sebab dilengkapi pagar automatik.
Namun ada benda yang tak best kat sini iaitu berkaitan dengan air shower yang sangat slow dan juga internet pun slow sangat dengan kelajuan 1-5mpbs macam tu. Kemudian kawasan agak jauh skit dari bandar dan berada dalam kawasan kampung.
Will Stay Again
Overall aku boleh katakan memang aku akan stay lagi kat sini walaupun batu Pahat ini tak ada pape sangat. kalau korang nak booking boleh direct owner ataupun boleh cari kat Agoda lagi jimat. Tempat ini agak 'Panas'. Boleh kata setiap hari penuh orang booking. Time weekend tu lagi la boleh kata 3 bulan straight penuh orang dah booking awal siap2x. Nampak tak betapa bestnya tempat ini.. Ini adalah homestay antara yang paling unik berbanding homestay yang lain.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adarain.com/2020/03/homestay-69-avenue-residence-batu-pahat.html