Kalau Nak Cerai Sangat Cerailah



SOALAN:
Semalam saya bergaduh dengan isteri. Ketika itu, isteri saya mengugut-ugut saya supaya menceraikannya. Kemudian akibat tidak tahan saya melafaz ayat berikut:

“Kalau nak cerai sangat, cerailah.”

Adakah jatuh cerai antara kami ustaz? Sebab saya tidak ada niat bercerai ketika itu, sebaliknya niat saya hanyalah kalau nak bercerai sangat, kita boleh teruskan mengikut prosedur. Mohon pencerahan terima kasih.

JAWAPAN:
Lafaz talaq terbahagi kepada dua; sama ada secara jelas (sarih) atau kiasan (kinayah).

Disebut dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (2/116-118): “Lafaz yang digunakan, yang menunjukkan maksud talaq secara jelas dan tidak dapat diandaikan kepada maksud lain, dinamakan lafaz nyata (صريح). Sementara lafaz yang tidak menunjukkan maksud talaq secara jelas, boleh diandaikan dengan maksud yang lain selain talaq. Ia dinamakan lafaz kiasan (كناية).”

“Lafaz yang nyata juga termasuk terjemahan lafaz talaq dalam bahasa lain selain daripada bahasa Arab berdasarkan penggunaannya yang lumrah dalam masyarakat sebagaimana lafaz talaq yang biasa digunakan oleh orang Arab.”

Contohnya apabila menggunakan kalimah yang hanya digunakan untuk talaq iaitu (طلاق), lepas (سراح) atau pisah (فراق) dan kata terbitan daripada kalimah ini, seperti:

“Engkau diceraikan”“Engkau dilepaskan”“Aku menceraikanmu”“Aku berpisah daripadamu”“Aku lepaskanmu”
Manakala secara kiasan pula seperti seseorang berkata:

“Engkau tiada apa-apa lagi denganku”“Engkau berasingan daripadaku”“Engkau terputus hubungan denganku”“Kembalilah kepada keluargamu”“Pergilah ke mana engkau mahu”“Pergi jauh daripadaku”“Asingkanlah diri daripadaku”“Aku biarkan kamu dengan caramu”“Engkau haram bagiku”
Berkata Imam al-Syafie dalam al-Umm (5/129): “Kalimah-kalimah itu yang Allah Tabaraka wa Taala istilahkan sebagai talaq, apabila Dia berfirman:

إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ
“Apabila kamu -(engkau dan umatmu)- hendak menceraikan isteri-isteri (kamu)...” (Surah al-Talak: 1)

Dan firman-Nya:

فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ
“...maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik.” (Surah al-Talak: 2)

Dan firman-Nya Azza wa Jalla:

فَمَتِّعُوهُنَّ وَسَرِّحُوهُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا
“Oleh itu, berilah mut'ah (pemberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya.” (Surah al-Ahzab: 49)

Maka kalimah-kalimah berkenaan ialah usul, sedangkan apa yang menyerupainya daripada jenis kalimah yang tidak diistilahkan dengan sebagai talaq dalam Kitab, Sunnah, Athar (tidak jelas) melainkan jika seseorang itu meniatkan talaq. Maka jika orang yang melafaz itu berniatkan talaq beserta dengan menyebut kalimah yang menyerupai talaq, barulah jatuh talaq. Jika dia tidak berniat maka tidak jatuh talaq."

Justeru, berdasarkan fakta dan keterangan di atas, kami cenderung kepada pendapat bahawa tidak jatuh talaq dengan menyebut “kalau nak cerai sangat, cerailah.” Ini kerana ia berbeza dengan lafaz jelas dalam bahasa Malaysia menggunakan kalimah “cerai” seperti “Aku ceraikan engkau.” Kesan daripada penggunaan kalimah “nak” dan “-lah” menunjukkan maksud yang tidak seratus peratus sama maksud dengan kalimah “ceraikan.” Boleh jadi “cerailah” bermaksud “Kita teruskan proses perceraian” yang mana melibatkan permohonan di mahkamah dan lain. Boleh jadi “-lah” itu merujuk kepada kalimah “nak” dan bukan penegasan kepada kalimah “cerai”.

Pun begitu, sebaiknya isu ini dirujuk kepada Mahkamah Rendah Syariah yang berdekatan supaya berlaku proses pengesahan lafaz talaq yang lebih jelas daripada pihak yang berautoriti. Wallahua’lam.

Semoga Allah SWT memberikan penanya dan keluarga kekuatan dan kemampuan dalam mengharungi kehidupan yang mendatang.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/kalau-nak-cerai-sangat-cerailah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Sangat Jumpa Hamzah Abby Berniat Nak Serahkan Baju Mainan

Nak Sangat Jumpa Hamzah Abby Berniat Nak Serahkan Baju Mainan

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 310 hits
Siapa sangka rezeki anak arwah Abam Syed Uthman Hamzah Al Juffrey murah apabila ramai yang prihatin dengan nasib anak kecil berusia 8 bulan ini setelah kehilangan ayah secara mengejut Dalam satu posting Abby Abadi dia berhasrat untuk menzia...
Hamzah Tarik Tarik Nak Cium Gambar Arwah Abam Sebak Sangat Jangan Risau Ramai Sayang Hamzah

Hamzah Tarik Tarik Nak Cium Gambar Arwah Abam Sebak Sangat Jangan Risau Ramai Sayang Hamzah

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 374 hits
Syaheera isteri kepada Fad Bocey telah memuatnaik video Syed Uthman Hamzah Al Juffrey yang baru berusia lapan bulan sedang mencium gambar arwah Video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak hampir 300 ribu pengikut di instagramnya Apa yan...
Nak Sangat Masuk Syurga Usahalah Sendiri Anak Alami Depression Akibat Terlalu Ditekan Ibu Bapa

Nak Sangat Masuk Syurga Usahalah Sendiri Anak Alami Depression Akibat Terlalu Ditekan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 523 hits
Nak sangat masuk syurga usahalah sendiri Anak alami depression akibat terlalu ditekan ibu bapaKehidupan setiap individu berbeza beza Ada kelebihan dan kekurangan masing masing Ada juga yang berasa sedih dan duka dengan kehidupan tetapi ada ...
Senarai Maklumat Dokumen Yang Perlu Disimpan Jika Tak Nak Bayar Cukai Mac 2020 Banyak Sangat

Senarai Maklumat Dokumen Yang Perlu Disimpan Jika Tak Nak Bayar Cukai Mac 2020 Banyak Sangat

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 433 hits
Senarai Maklumat Dokumen Yang Perlu Disimpan Jika Tak Nak Bayar Cukai Mac 2020 Banyak Sangat l LHDN kata kalau gaji setahun selepas tolak KWSP lebih RM34 000 barulah kena daftar nombor cukai hantar borang cukai Contoh Gaji setahun sebelum t...
Cerai Yang Tak Cium Bau Syurga Sebab Nak Menikah Dengan Lelaki Lain Ustaz Kazim Elias 2020

Cerai Yang Tak Cium Bau Syurga Sebab Nak Menikah Dengan Lelaki Lain Ustaz Kazim Elias 2020

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 314 hits
Cerai Yang Tak Cium Bau Syurga Sebab Nak Menikah Dengan Lelaki Lain Ustaz Kazim Elias 2020 Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Muhyiddin Tidak Khianat Kata Mahathir Habis Kenapa Bangang Sangat Ph Nak Jelajah Kononnya Muhyiddin Pengkhianat

Muhyiddin Tidak Khianat Kata Mahathir Habis Kenapa Bangang Sangat Ph Nak Jelajah Kononnya Muhyiddin Pengkhianat

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 341 hits
KUALA LUMPUR 12 Mac Datuk Seri Najib Razak memohon penjelasan Pakatan Harapan rasional mengadakan jelajah seluruh negara Bekas perdana menteri berkata Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak curang dalam meng...
Rasa Nak Pergi Turki Lah

Rasa Nak Pergi Turki Lah

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 718 hits
Lama sangat rasanya tak pergi bercuti kemana mana kalau rasa teringin nak bercuti ke luar negara tapi tak mampu saya selalu google je tempat tempat best nak tengok culture penduduk tempatan tempat menari makanan makanan yang sedap sedap di ...
Asyik Buat Mak Ayah Hilang Sabar Rupanya Itu Tanda Anak Nak Kita Pandang Dia

Asyik Buat Mak Ayah Hilang Sabar Rupanya Itu Tanda Anak Nak Kita Pandang Dia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 524 hits
Letih dan tertekan dengan perkara yang berlaku di sekeliling membuatkan kita ada masanya terlepas marah pada anak anak Bukanlah tidak rasa bersalah tetapi sara stres mengatasi segalanya pada waktu itu Kesannya anak yang menjadi mangsa Anak ...
Peguam Ini Cari Ustazah Merangkak Nak Tawar Khidmat Nasihat Dan Guaman Percuma

Peguam Ini Cari Ustazah Merangkak Nak Tawar Khidmat Nasihat Dan Guaman Percuma

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 705 hits
Sebuah video seorang ustazah merangkak mengelilingi kelas di hadapan anak anak murid menjadi tular di media sosial sejak hari ini Video tersebut dipercayai dirakam oleh ibu kepada salah seorang murid yang didenda oleh ustazah itu sehari seb...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025