Hishammuddin Bn Dah Buat Keputusan Tapi Tidak Tahu Apa Yang Akan Terjadi Khamis Ini


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Barisan Nasional (BN) kekal dengan keputusan menyokong Belanjawan 2021 namun pengundian pada Khamis ini masih terbuka kepada kemungkinan.
"BN dah buat keputusan dan tak tahu apa berlaku pada Khamis ini. Berdasarkan perkembangan terkini saya lihat tidak ada perubahan daripada apa yang ditegaskan dan diumumkan oleh parti.
"Itu pendirian parti dahulu (sokongan belanjawan) bagi saya apa diumumkan oleh parti, itulah pendirian kita. Kalau ada mana-mana pihak yang lain yang rasa tak puas hati akhirnya mereka perlu lihat kepada apa yang parti putuskan, itu mudah untuk kita melihat ke depan.
"Kalau tidak semua ada pandangan, sentimen, emosi masing-masing. Kalau kita balik kepada apa yang menjadi persetujuan parti, mudah untuk kita lihat ke depan termasuk hari Khamis nanti," katanya kepada pemberita di lobi Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, selepas mesyuarat BN malam ini.
Sementara itu, mengulas soalan pemberita adakah BN perlu bergerak secara bersendirian tanpa Perikatan Nasional (PN), Hishammuddin berkata isu itu tidak berbangkit kerana sebarang kemungkinan akan berlaku namun yang penting memperkuatkan kembali BN.
"Adakah ia menjurus kepada keluar daripada PN dan berdiri sendiri?
"Itu semua kemungkinan tak tentu dan perlu tentukan pada hari ini tetapi apa yang penting akhirnya kita ada penyokong di akar umbi untuk diberikan keutamaan sebelum memikirkan hubungan dengan orang lain, kita perlu fikirkan tentang rumah tangga kita terlebih dahulu.
"Akhirnya sebagai sebagai parti politik nasib kita ditentukan dalam keadaan kita memahami harapan daripada akar umbi. Kalau kita tidak faham maka tak lama lah kita memimpin," katanya lagi.
Menurut Hishammuddin, pemimpin BN boleh berbeza pendapat asalkan masih bersama dalam "satu saf."
Dia menjelaskan spekulasi mengenai mesyuarat BN, memberi gambaran walaupun dalam keadaan politik yang pelbagai kemungkinan namun katanya, pertemuan malam ini berlangsung dengan "semangat kekeluargaan."
"Apa yang dibincang dalam BN merupakan satu perkara yang bukan sahaja dibincang secara biasa tetapi memandangkan landskap politik hari ini secara telus...
"Petanda bahawa BN bukan saja relevan tetapi keselesaan antara kita yang dah lama dalam rangkaian ini masih lagi wujud.
"Ini saya nampak dari persefahaman, keikhlasan, kejujuran sesama kita.
"Ini satu petanda yang baik. Kita tahu lanskap politik di luar itu pelbagai kemungkinan tetapi asalkan kita berada dalam satu saf.
"Boleh berbeza pendapat tetapi akhirnya kita letakkan kepentingan parti dan kepentingan parti mestilah bersandarkan kepada apa yang terbaik untuk rakyat. Dan ini kelebihan pada BN yang kita tak tegaskan dan buktikan," katanya.
Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata mesyuarat malam ini turut membincangkan mengenai dukungan ahli parlimen gabungan itu dalam pengundian RUU Perbekalan 2021 yang dijangka berlangsung Khamis ini.
"Ini mesyuarat biasa BN, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuklah sokongan kita kepada Belanjawan 202 dan begitu juga dengan perkara perkara dalam sesama parti.
"Jadi, bagi saya ini adalah mesyuarat biasa dan dalam keadaan ini kita memperkukuhkan BN dan dalam masa yang sama melakukan yang terbaik untuk negara kita," katanya kepada pemberita.
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada mesyuarat BN malam ini mencapai kata sepakat mengenai sokongan mereka kepada Belanjawan 2021.
Setakat laporan ini ditulis, belum ada lagi penjelasan daripada Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai mesyuarat malam ini.  #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/11/hishammuddin-bn-dah-buat-keputusan-tapi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Kita Kuat Bersama Tapi Ku Li Mahu Kembali Ke Belakang

Pas Kita Kuat Bersama Tapi Ku Li Mahu Kembali Ke Belakang

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 254 hits
Beberapa pemimpin PAS mempersoalkan pemikiran Tengku Razaleigh Hamzah susulan kritikannya berkenaan kerjasama antara Umno PAS dan PPBM dengan seorang ahli jawatankuasa pusat parti Islam itu tertanya adakah beliau mahu kembali ke keadaan di ...
Faham Betul Betul Pendahuluan I Sinar Bukan Bayar Balik Tapi Penggantian Semula

Faham Betul Betul Pendahuluan I Sinar Bukan Bayar Balik Tapi Penggantian Semula

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 303 hits
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja hari ini menafikan maklumat yang tular menerusi media sosial bahawa ahli perlu membayar balik kemudahan pendahuluan i Sinar daripada Akaun 1 Sebaliknya KWSP memaklumkan amaun yang didahulukan daripada Akaun 1 ...
Nak Keluar Malas Mekap Beria Sangat Jom Kita Mekap Simple Tapi Cantik

Nak Keluar Malas Mekap Beria Sangat Jom Kita Mekap Simple Tapi Cantik

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 415 hits
Dah duduk kat rumah ni kadang kadang je keluar itu pun bila turn masuk ke pejabat aktiviti mekap k fiezz pun dah jarang Nak buat makeup simple tutorial pun malas tau Adeh perangai sangat tau Baru ni k fiezz ajak mr hubby keluar minggu lepas...
Tak Mahu Bersedih Tapi Saya Masih Terus Menangis Oki Setiana Dewi Selamat Bersalin Anak Masih Di Nicu

Tak Mahu Bersedih Tapi Saya Masih Terus Menangis Oki Setiana Dewi Selamat Bersalin Anak Masih Di Nicu

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 395 hits
Selebriti Indonesia Oki Setiana Dewi telah selamat melahirkan bayi keempatnya secara pembedahan pagi semalam Menerusi instagramnya Oki memaklumkan khabar gembira itu kepada seluruh pengikutnya Sungguh pun begitu kesihatan bayi keempat yang ...
Hiburan Kami Memang Rapat Tapi Ben Amir Jawab Spekulasi Sedang Bercinta Dengan Daiyan Trisha

Hiburan Kami Memang Rapat Tapi Ben Amir Jawab Spekulasi Sedang Bercinta Dengan Daiyan Trisha

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 469 hits
Pelakon drama Sweet Dreams Ben Amir baru baru ini telah mencipta kejayaan apabila memenangi trofi Pelakon TV Lelaki Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke 33 baru baru ini Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir...
Durian Makanan Paling Sedap Di Malaysia Tapi Ramai Yang Tak Suka

Durian Makanan Paling Sedap Di Malaysia Tapi Ramai Yang Tak Suka

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 894 hits
DURIAN MAKANAN PALING SEDAP DI MALAYSIA TAPI RAMAI YANG TAK SUKA Setiap kali tiba musim durian ramai yang mencari cari gerai menjual durian Satu kepuasan bila dapat makan durian yang berisi tebal dan sedap Baunya saja sudah buat ramai tak s...
Belum Pasti Tapi Kalau Undur Tarikh Apa Masalah

Belum Pasti Tapi Kalau Undur Tarikh Apa Masalah

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 342 hits
Penentuan penguatkuasaan kenaikan gaji baru barisan wakil rakyat dan exco kerajaan Kelantan akan diputuskan oleh menteri besar Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah berkata kenaikan itu akan bermula apabila warta pindaan rang u...
Makan Makan Di Camden Market

Bun Cheese Gula Gebu Gebu

Why You Should Upgrade To The Huawei Freebuds 6 Today

Bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Didakwa Terima Rasuah Range Rover Sport

Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025

Konsert Elite Jadi Perhatian Ramai Peminat Tetap Setia Sokong Walau Harga Tiket Jadi Perbualan

Evergreen Edupress Pelancaran Siri Pembelajaran Sosial Emosi Di Pesta Buku Antarabangsa Beijing 2025

Redefining Intimacy In The Menopausal Years With Gummies That Do More Than Taste Good


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Maal Hijrah 1447 Semoga Takdir Hidupmu Lebih Baik

Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Lirik Lagu Gelora Jiwa Meronta Asmara Tomok Siti Nordiana

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

Flat Peach Selepas Viral

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa