Hiruk Pikuk Kota
Hiruk Pikuk Kota بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Hari ini kami berada di Kota Kinabalu, Sabah. Ibukota Sabah ini ( Kota Kinabalu ) ibu negeri Sabah yang memang terkenal seantero Sabah amnya. Datang di sini Etuza rasakan mengalami satu perubahan kehidupan daripada norma rutin seharian Etuza di tempat tinggal sendiri. Etuza nampak jurang perbezaan yang jelas sekali, antaranya kebinggitan dan hiruk pikuk kota yang tak pernah berhenti. Kereta di jalanraya bertali arus. Kadang kala laju dan apabila di suatu tempat jammed memanjang yang terasa meletihkan juga.
Ya Allah inilah dia ledakan di kota raya semaju Kota Kinabalu, Sabah di bawah bayu.
Gambar ini hanya hiasan blog- Satu tanda pembangunan di Kota2 walau di mana di Malaysia serta di negara lainnya.
Tersedar dari lena sekitar jam 1. 40 minit pagi, tertanya dalam diri, apakah begitu penat lewat kemarin perjalanan ke Kota Kinabalu, atau memang Etuza tertidur awal selepas kemasukan catatan di blog sebelum catatan ini. Oleh kerana mata tak lagi nak lelap, bukalah komputer dan membaca di blog kawan-kawan.
Etuza lakukan selesai sahaja solat sunat dua rakaat. ( Alhamdulillah ) Dalam seronok membaca paparan blog BALIK TEMBOK ( KLIK ) blogger ini menceritakan tentang lawatanya ke JORDAN, menjadikan Etuza melekat membaca paparannya yang menarik dan amat menyedarkan kita.
Lalu dalam membaca, terasa ada kebinggitan di luar sana, Etuza dengari dan sahlah kota ini tidak pernah sepi. Ada sahaja kebisingan kereta di jalan raya walaupun kini sudah larut malam. Etuza pasrah bahawa inilah dia hiruk pikuk kota yang membangun seperti Kota Kinabalu.
Etuza faham bahawa kebisingan itu satu irama bahawa inilah wajah dan bukti bahawa realiti hidup di kota adalah sebegini, bising dan tidak ada masa untuk bertenang. Pasti yang sedang bergerak memandu kereta, dan kebisingan yang lain adalah tuntutan hidup dalam keadaan serba moden. Etuza sangat memahami dan segera tenang kan diri, tetapi kesan dari pengalaman percutian di Kota Kinabalu ini, lahirlah sebuah entri di blog HIRUK PIKUK KOTA. Selamat membaca di blog Etuza.
Gambar ini milik peribadi Etuza dan hanya sekadar menghiasi blogtersayang ini. Selamat malam- beradulah anda..Semoga Esok bangun dan segar menghirup udara dunia ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2018/12/hiruk-pikuk-kota.html