Paris Kota Cinta Yang Memperdaya Lelaki Ini Kongsikan Pengalaman Pahitnya Bermusafir Di Kota Paris
Mesti ramai antara kita yang suka bercuti luar negara terutamanya di Eropah bukan? Pasti bila ditanya kemanakah lokasi untuk berbulan madu pasti jawapan pertama adalah Kota Cinta, Kota Paris bukan? Bacalah sendiri pengalaman pahit yang dikongsikan oleh tuan Wazli Watisin di fb miliknya, semoga kita semua mendapat manfaat dan pengalaman berguna....
PARIS: Kota Cinta yang Memperdaya
Kota Paris yang terkenal dengan menara eiffel, kononnya lambang cinta dan romantik. Itu mungkin pendapat sesetengah orang, bagi aku itu hanyalah sebuah metos. Realitinya kota paris adalah kota penuh tipu daya.
Bagi aku kota Paris bukan tempat yang selamat, jauh sekali dengan istilah bersih. Paris sebenarnya dipenuhi sampah dan berbau hancing. Romantik tang mana pun aku tidak tahu, mungkin lain orang lain seleranya.
Pengalaman aku bermusafir di kota paris bukan sesuatu yang positif. Keluar sahaja dari airport Ch De Gaulle, aku terus disajikan dengan bau hancing kencing manusia di merata-rata kawasan metro (keretapi). Aku juga dihidangkan dengan pemandangan longgokan sampah sarap sepanjang menaiki metro selama beberapa hari di paris.
Lagi sadis, aku dicopet di kota ini. Penyeluk saku di kota ini diiktiraf di antara terbaik dunia. Aku tidak bersedia sampai tahap dunia masa tu, kerana aku juga pernah sampai di kawasan eropah timur yang dianggap jenayah tertinggi.
Tiada pla aku mengalami peristiwa ngeri. Jibai punya penyangak... Minta2 ko cirit birit makan hasil duit aku tu. Lagi bagus kalau buasir sekali..(Alhamdulillah kerana hatiku tergerak untuk menginsurankan semua yang aku bawa).
Pada rakan-rakan yang ingin mengembara, belilah insuran sebagai penyejuk hati yang lara jika ada apa2 yang berlaku diluar jangkaan.
Yang lebih sadis, kita tidak akan nampak seorang polis pun di tempat-tempat jenayah ni. Penyeluk saku boleh minum2 kopi selepas meyeluk. Tak perlu tenaga untuk melarikan diri. Lagi satu, pengalaman aku berurusan dengan balai polis sini macam berurusan dengan negara ketiga. Memang sangat sadis, siap polis terima report masa office hour sahaja. Kepala bejambul betul, ingat jenayah ni berlaku office hour ja ka?
Jangan cerita nak buat report dulu la, nak masuk sampai kaunter balai dia pun sesusah menembusi kubu hitler. Berlapis-lapis jeriji besi yang perlu dilalui, dan kau akan menempuhi soal siasat melalui interkom dalam bahasa yang sangat sukar difahami.
Sejam baru tembus kaunter la kawan...tu pun kalau tembus lah. Masa ini lah aku sangat bersyukur hidup di malaysia, terima kasih sahabat2 polis kita.
Kota paris ni dipenuhi dengan Orang 'gipsy' yang menyamar kononya orang syiria. Kalimah syahadah pun tak tau. Muka macam mat salleh juga, tapi ada air muka ala2 viking. Mereka buat pelbagai cara penipuan, target utama adalah pelancong.
Rusuhan di sini juga kerap berlaku, terutamanya hujung minggu. Dorang suka bakar2. Semua benda mau dibakar, terutamanya kereta polis. Nasib kami baik, selepas melawat tugu apa ntah nama, terus berlaku rusuhan yang sangat teruk. Abis semua dia bakar.
Kalau tiada hal mustahak, maaf la.. Kota paris bukan pilihan ku lagi. Biar lah Malaysia 'mundur' kalau ini lah cerminan negara 'maju'. Banyak lagi kota negara eropah yang cantik dan selamat selain paris.
InsyAllah akan aku kongsikan catatan aku mengambara di 7 negara secara 'backpacker'. Mana lah tau boleh dijadikan rujukan kawan2 yang ingin mengembara 'backpacker'. Backpack sebenarnya mengajar kita erti tawakkal.
Jauh2 merantau, kau akan lebih bersyukur menjadi anak Malaysia. Negaraku tercinta. © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.blogmazeer.com/2018/12/paris-kota-cinta-yang-memperdaya-lelaki.html