Haruman Terbaru Syahirah Wangian Sensasi Mystique Inspirasi Kota Honolulu
Wanita dan wangian sememangnya tidak dapat dipisahkan. Kebanyakan wanita gemar memakai haruman kerana ianya akan meningkatkan lagi daya keyakinan diri seseorang terutama apabila berdepan dengan seseorang.
HARUMAN TERBARU SYAHIRAH | WANGIAN SENSASI ‘MYSTIQUE’ INSPIRASI KOTA HONOLULU
Terdapat pelbagai jenis wangian yang terdapat dipasaran. Antara yang ingin Cik iena kongsikan bersama anda adalah wangian terbaru yang dilancarkan oleh Syahirah Malaysia iaitu wangian MYSTIQUE . Hadir dalam botol berkaca biru yang kelihatan eksklusif.
Wangian MYSTIQUE ini sangat sesuai untuk anda yang tidak gemar akan wangian tajam yang menyegit. Ianya sesuai untuk anda yang suka haruman lembut mempersona. Berikut Cik iena kongsikan serba sedikit mengenai wangian ini.
WANGIAN SENSASI ‘MYSTIQUE’ INSPIRASI KOTA HONOLULU YANG MENGUJAKAN
Vitalis Mystique Eau De Cologne merupakan Haruman terbaru daripada Syahirah yang amat memukau dan mampu melonjakkan rasa ceria serta menggamit ingatan indah yang membawa anda mengembara jauh ke pulau peranginan sekali gus mencetus elemen hebat seperti berada di Honolulu, Amerika Syarikat melalui semburan selembut bayu.
HARUMAN TERBARU SYAHIRAH | WANGIAN SENSASI ‘MYSTIQUE’ INSPIRASI KOTA HONOLULU
Apa yang lebih mengujakan mengenai Syahirah Vitalis Mystique adalah ianya merupakan wangian yang dirumus istimewa untuk figura muslimah moden, ranggi, bijak dan mempesona serta berkeyakinan tinggi dalam apa jua aktiviti yang dilakukan namun tetap anggun dalam penampilan.
Seunik nama yang diberikan, Vitalis Mystique mengambil ciri istimewa Pulau Hawai yang sangat terkenal dengan keindahan dan keunikan budayanya, wangian ini juga adalah teman baik wanita yang mampu membentuk personaliti diri menerusi semburan komposisi aromanya yang secara tidak langsung merakam senario kehangatan Pulau Hawai yang pastinya mengukir memori indah untuk sesiapa saja yang berada di situ.
\
Syahirah Vitalis Mystique
Vitalis Mystique EDC diilhamkan dengan :
Tiga komposisi nota utama iaitu daripada kemanisan buah rasberi, keharuman bungaan peony dan kehangatan aroma musky yang akan menyuntik tenaga berbeza sebaik sahaja semburan pertama dikenakan pada anda.
Ia merupakan satu penyelesaian kepada mereka yang kurang keyakinan diri ketika mendampingi si dia.Hadir dalam bingkisan biru gelap mewah ala kristal bagi meraikan misteri alam di malam purnama
HARUMAN TERBARU SYAHIRAH | WANGIAN SENSASI ‘MYSTIQUE’ INSPIRASI KOTA HONOLULU
Mystique EDC ialah produk terbaru di dalam rangkaian haruman Syahirah Vitalis yang mana sebelum ini Syahirah Vitalis didatangkan dalam enam jenis haruman yang berbeza aroma dan gabungan warna bingkisan yang bersesuaian dengan setiap diri feminin wanita,
antaranya adalah :
Haute Couture: Dicipta daripada kombinasi ros, buah beri dan vanila, mencetuskan aroma manis dan lembut. Sesuai untuk wanita moden yang romantik dan ingin tampil menyerlah sepanjang masa.
Femme Chic: Letusan aroma yang menyerlahkan sisi feminin dan sensual diri anda. Rumusan buah beri dan bungaan sensual menerbitkan rasa manis dan segar, untuk kekal wangi sepanjang hari.
Celebrite: Alami keghairahan campuran aroma utama daripada Floriental Fruity seperti jasmin dan kayu cendana, ia memberikan sensasi aroma menyegarkan sesuai untuk wanita ceria, berani dan positif.
Syahirah Vitalis Magnifique
Magnifique: Dibaluti dengan gabungan haruman sitrus seperti buah mandarin dan tangerine, bunga lily dan vanila, ianya membangkitkan aroma yang lembut dan halus, sesuai untuk anda yang cukup feminin dan manis.
Syahirah Vitalis Empress
Empress: Adunan beberapa haruman mewah, menggambarkan pesona menawan di dalam diri untuk anda terus bersemangat melalui hari yang positif.
Syahirah Vitalis Dazzling
Dazzling : Serlahkan kegembiraan anda dengan mencipta memori manis menerusi semburan haruman gabungan nota oren, ros, lily, vanila dan cedarwood agar haruman melekat mesra untuk bau yang kekal lama.
Majlis Perlancaran Syahirah Vitalis Mystique
Baru-baru ini Cik iena berkesempatan menghadiri Majlis Perlancaran Syahirah Vitalis Mystique . Berikut Cik iena kongsikan sedikit gambar yang diambil semasa majlis tersebut. Majlis berjalan cukup meriah dengan kehadiran blogger, Kols, dan media serta tetamu jemputan yang lain.
Majlis Perlancaran Syahirah Vitalis Mystique
Majlis Perlancaran Syahirah Vitalis Mystique
Majlis Perlancaran Syahirah Vitalis Mystique
Majlis Perlancaran Syahirah Vitalis Mystique
Majlis Perlancaran Syahirah Vitalis Mystique
Review Vitalis Mystique EDC
Review mengenai wangian ini dari Cik iena , ianya merupakan haruman yang lembut yang sesuai untuk wanita uang sukakan wangian lembut dan tidak terlalu tajam. Memandangkan ianya adalah jenis EDC, jadi harumannya tidak bertahan lama sehingga malam . Ianya bertahan antara 2 hingga tiga jam sahaja bergantung pada seseorang.
Review Vitalis Mystique EDC
Jika ada yang mengatakan ianya bertahan sampai malam itu Dusta . Ini review ikhlas tau. Mengikut pada jenis nya sahaja kita boleh tau wangian ini bertahan untuk berapa jam.
Kebiasaannya untuk wangian berjenis EDC Cik iena akan sembur sebelum ke pejabat. Kemudian cik iena akan sembur sekali lagi sebelum keluar Lunch (biasalah perempuan memang sukakan wangian) dan selepas lunch juga cik iena akan sembur sekiranya cik iena lunch di food court. Jika cik iena lunch dikawasan berpenghawa digin di office Cik iena tak spray lagi :)
Pendek kata kadar semburan mengikit kesesuaian waktu dan tempat gitu.
Wangian EDC- Ea De Cologne
untuk pengetahuan EDC atau Ea De Cologne merupakan Haruman paling nipis, ringan dan ketahanan hanya di antara 2 hingga 3 jam sahaja. Mengandungi sedikit minyak pati berbanding parfume dan mempunyai asas alkohol. Amat sesuai digunakan di bahagian tubuh untuk menyegarkan dan memberikan aroma harum selepas mandi. Biasanya wangian ini beraroma menyegarkan.
Okay kalau nak tau jenis wangian EDP, EDT, parfum dan sebagainya boleh baca http://www.ienaeliena.com/2016/09/tips-memilih-minyak-wangi-yang-sesuai.html
Untuk pengetahuan Kini Anda boleh miliki haruman Syahirah Vitalis Mystique EDC edisi terhad ini bermula dari November sehingga Disember 2018 sempena sambutan Tahun Baru yang bakal menjelang tiba.
Ia boleh didapati pada harga runcit RM19.90 di semua rangkaian farmasi terkemuka, pasar raya dan pasar raya besar terpilih.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi mereka dan juga laman sosial mereka
Website : www.syahirah.com.my.
Facebook : https://www.facebook.com/Syahirah.Msia/
Instagram : https://www.instagram.com/syahirahmalaysia/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ienaeliena.com/2018/12/Syahirah-VitalisMystique-EDC.html