Hindari Perayaan Kepercayaan Selain Islam Tidak Nafi Tuntutan Bersikap Ihsan


 Oleh FARIZ ZAINAL
 
Kekeliruan sebahagian masyarakat Muslim dalam berinteraksi dengan kemajmukan terlihat apabila ada yang meraikan atau menyertai perayaan kepercayaan selain Islam yang merupakan syiar besar mereka seperti Krismas, Easter, Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Wesak, Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaisakhi dan lain-lain.
Perayaan kepercayaan selain Islam penuh disulami kesyirikan bukan sahaja dalam bentuk berdoa dan berharap kepada selain Allah, juga penyembahan makanan dan sajian kepada selain Allah, meletakkan sifat-sifat ketuhanan kepada makhluk, kepercayaan kepada nasib baik dan buruk, keuntungan dan kesialan dan banyak lagi bentuk kesyirikan dan khurafat.
Pasti tindakan meraikan atau menghadiri perayaan tersebut tidak boleh dikatakan termasuk dalam ruang lingkup ‘rahmatan lil alamin’ mahupun ‘fiqh ta’ayush’ yang benar – jika ada yang cuba menganggap sedemikian.

Bagaimana mungkin tindakan menghadiri sebuah perayaan mengandungi kesyirikan dianggap sebuah ekspresi meraih kerahmatan apabila jelas Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Maryam:
يَا أَبَتِ لَا تَعْبُدِ الشَّيْطَانَ ۖ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلرَّحْمَـٰنِ عَصِيًّا ﴿٤٤﴾ يَا أَبَتِ إِنِّي أَخَافُ أَن يَمَسَّكَ عَذَابٌ مِّنَ الرَّحْمَـٰنِ فَتَكُونَ لِلشَّيْطَانِ وَلِيًّا ﴿٤٥﴾
Maksudnya: Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya. (44) Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di dalam Neraka. (45)
Para mufassirin menjelaskan bahawa menyembah syaitan bererti mentaatinya dalam kekufuran dan kemaksiatan kepada Allah Ta’ala. Al Imam Al Si’di rahimahullah malah menjelaskan bahawa Allah mengaitkan seorang yang bermaksiat kepada namaNya Al Rahman, ia membawa maksud, kesyirikan, kekufuran, kemaksiatan kesemuanya adalah PENYEBAB RAHMAT TERHALANG daripada seorang hamba atau suatu kaum.
Selain menjadi penyebab terhalangnya rahmat Allah, perbuatan menyertai perayaan kepercayaan selain Islam juga tidak wajar disuai-padankan dengan konsep fiqh ta’ayush (saling hidup bersama dalam kemajmukan).
Ini disebabkan antara objektif utama dalam ta’ayush adalah mencapai dan memelihara keamanan yang akan dinikmati bersama. Hanyalah Allah Ta’ala yang memiliki dan mengurniakan keamanan buat makhluknya. Petunjuk Al Qur’an sangat jelas apabila Allah berfirman dalam Surah Al An’am:
وَڪَيۡفَ أَخَافُ مَآ أَشۡرَڪۡتُمۡ وَلَا تَخَافُونَ أَنَّكُمۡ أَشۡرَكۡتُم بِٱللَّهِ مَا لَمۡ يُنَزِّلۡ بِهِۦ عَلَيۡڪُمۡ سُلۡطَـٰنً۬ا‌ۚ فَأَىُّ ٱلۡفَرِيقَيۡنِ أَحَقُّ بِٱلۡأَمۡنِ‌ۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٨١) ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَلَمۡ يَلۡبِسُوٓاْ إِيمَـٰنَهُم بِظُلۡمٍ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمُ ٱلۡأَمۡنُ وَهُم مُّهۡتَدُونَ (٨٢)
Dan bagaimanakah aku hendak takutkan apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu (yang tidak dapat mendatangkan sesuatu bahaya), padahal kamu tidak takut bahawa kamu telah sekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan kepada kamu mengenainya? Maka yang manakah di antara dua puak itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari bahaya), jika betul kamu mengetahui? (81) Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (82)
Al Imam Al Si’di Rahimahullah seterusnya menjelaskan ayat di atas bahawa orang yang beriman dan tidak mencampurkannya dengan sebarang bentuk kezaliman, yakni:
1) Kesyirikan
2) Kemaksiatan – maka dia akan memperoleh KEAMANAN yang sempurna dan HIDAYAH yang sempurna, jika dia tidak mencampurkan keimanannya dengan syirik, tetapi dicemari maksiat, maka dia memperoleh hanya keamanan bersifat dasar dan hidayah bersifat dasar, namun tidak kesempurnaan keamanan dan kesempurnaan hidayah. Manakala mereka yang mencampurkan keimanan dengan kesyirikan juga kemaksiatan, maka sudah tentu tidak akan memperoleh keamanan dan hidayah, bahkan hanya akan mendapat kesesatan dan kesengsaraan.
Oleh itu dapat difahami, perayaan bersulam kesyirikan pasti tidak akan mendatangkan keamanan.
Seruan agar menghindari perayaan kepercayaan selain Islam ini tidak sekali-kali menafikan tuntutan untuk bermuamalah harian, berlaku adil dan juga bersikap ihsan kepada masyarakat bukan Islam yang sebetulnya harus dilakukan sepanjang masa – secara ikhlas dan menurut ketetapan syara’, bukan disengajakan dan dipertonton khusus pada hari syiar besar agama mereka.
Pembelajaran tauhid yang benar menuntut kita memelihara hak-hak Allah agar hak-hak orang yang bertauhid nanti dipenuhi Allah Ta’ala dengan tidak mengazabnya di kubur dan hari akhirat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/hindari-perayaan-kepercayaan-selain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raja Bomoh Lapor Polis Nafi Ritual Tolak Banjir Bertentangan Syariat Islam

Raja Bomoh Lapor Polis Nafi Ritual Tolak Banjir Bertentangan Syariat Islam

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 166 hits
Raja Bomoh mendakwa ritual menolak banjir yang dilakukannya hanya untuk mendoakan keselamatan penduduk daripada bencana banjir PETALING JAYA Lelaki dikenali sebagai Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin membuat laporan polis menaf...
Ajk Fatwa Perlis Tegur Amalan Sertai Perayaan Bukan Islam

Ajk Fatwa Perlis Tegur Amalan Sertai Perayaan Bukan Islam

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 159 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 19 2022 6 09 PMSeorang daripada anggota Jawatankuasa Fatwa Perlis hari ini mengingatkan orang ramai mengenai perlunya seseorang Muslim mengehadkan dirinya dalam pembabitan sambutan agama lain Menurut Kamilin ...
Jangan Bodohkan Rakyat Nafi Kaitan Kawasan Balak Tetapi Di Lokasi Bersepah Kayu Balak

Jangan Bodohkan Rakyat Nafi Kaitan Kawasan Balak Tetapi Di Lokasi Bersepah Kayu Balak

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 201 hits
BENTONG Keenganan pihak berkuasa mengaitkan kawasan pembalakan sebagai salah satu daripada punca banjir lumpur dasyat di kawasan ini pada 19 Disember lalu mungkin akan menyebabkan rakyat terutamanya mangsa terlibat hilang kepercayaan kepada...
Adun Nafi Lakukan Gangguan Seksual Anggap Ia Serangan Politik

Adun Nafi Lakukan Gangguan Seksual Anggap Ia Serangan Politik

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 136 hits
ADUN nafi lakukan gangguan seksual anggap ia serangan politik JOHOR BAHRU Ahli Dewan Undangan di negeri ini yang didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita muda menyifatkan dakwaan itu sebagai serangan politik terhadap...
Terkini Politik Pas Nafi Pengguguran Khairuddin Sebab Mn

Terkini Politik Pas Nafi Pengguguran Khairuddin Sebab Mn

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 164 hits
Pas menafikan pengguguran Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali daripada jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berkait dengan isu Muafakat Nasional
Hiburan Nafi Cari Publisiti Murahan Syura Badron Tak Cemburu Kejayaan Siti Nordiana

Hiburan Nafi Cari Publisiti Murahan Syura Badron Tak Cemburu Kejayaan Siti Nordiana

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 215 hits
Belum kunjung selesai kontroversi membabitkan kes saman fitnah Siti Nordiana terhadap lima sekawan termasuklah wajar dianggap sebagai bukan tempat yang sesuai untuk mencari publisiti Syura yang ditemui sebuah media menganggap apa yang terja...
Kerajaan Kelantan Nafi Pembalakan Punca Harimau Berkeliaran Di Gua Musang

Kerajaan Kelantan Nafi Pembalakan Punca Harimau Berkeliaran Di Gua Musang

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 176 hits
Kejadian harimau masuk kampung bukan pertama kali berlaku KOTA BHARU Kerajaan negeri Kelantan menafikan harimau berkeliaran di penempatan Orang Asli di Gua Musang sejak beberapa hari lepas berpunca daripada aktiviti pembalakan Timbalan Ment...
Mawar Karim Terkejvt Maryam Cakap Sad Ketika Bercuti Di Taman Tema Nafi Sengaja Cari Pasal

Mawar Karim Terkejvt Maryam Cakap Sad Ketika Bercuti Di Taman Tema Nafi Sengaja Cari Pasal

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 242 hits
Usahawan Mawar Karim ditvduh tak move on selepas mend4kwa anak perempuanya Wan Maryam tidak gembira sewaktu bercuti di Johor Bahru bersama aktor Fizo Omar dan ibu tirinya Fazeera Nazri baru baru ini Bab anak memang tak move on Menerusi Inst...
Selalu Flex Kereta Mewah Pelakon Bollywood Jacqueline Fernandez Nafi Bercinta Dengan Mafia

Selalu Flex Kereta Mewah Pelakon Bollywood Jacqueline Fernandez Nafi Bercinta Dengan Mafia

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 208 hits
Selalu flex kereta mewah pelakon Bollywood Jacqueline Fernandez nafi bercinta dengan mafiaSource https www mstar com my spotlight bintang global 2022 01 13 selalu flex kereta mewah pelakon bollywood jacqueline fernandez nafi bercinta dengan...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Petronas Nusa Perintis

Hypothyroid Dan Keletihan Adakah Sukar Dipisahkan

Prasangka Buruk Ku Di Bayar Tunai

Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto