Kerajaan Kelantan Nafi Pembalakan Punca Harimau Berkeliaran Di Gua Musang


 Siti Hafidah
Kejadian harimau masuk kampung bukan pertama kali berlaku KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan menafikan harimau berkeliaran di penempatan Orang Asli di Gua Musang sejak beberapa hari lepas berpunca daripada aktiviti pembalakan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu perlu diserahkan kepada pihak berkaitan untuk mengkaji dan melakukan penyiasatan tentang punca sebenar mamalia itu keluar daripada habitat asal.
Beliau berkata, kejadian harimau memasuki kampung di negeri itu bukan pertama kali berlaku sebaliknya sebelum ini sudah ada kes direkodkan seperti berlaku di daerah Jeli namun kejadian itu tidak ‘dilabelkan’ berpunca daripada pembalakan.
“Kejadian ini membabitkan satu kes, kalau banyak mungkin betul (disebabkan pembalakan) dan ia kes terpencil. Jangan sebab seorang mati diterkam harimau, kita letak semua kesalahan disebabkan penebangan hutan, kecuali ada tiga empat ekor harimau yang keluar masuk kampung dan makan orang, itu adalah serius.
“Mahu siasat dan mencari sebab berlaku itu bagus, tetapi jangan cepat buat kesimpulan seolahnya sebab pembalakan menyebabkan harimau itu keluar, bagi saya itu tidak betul,” katanya kepada pemberita selepas hadir mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Terdahulu, Mohd Amar diminta mengulas mengenai dakwaan Wakil Orang Asli Temiar, Nasir Dollah, 32, mengenai tiga ekor harimau yang berkeliaran di kampung-kampung di kawasan pentadbiran Pos Bihai berlaku disebabkan tindakan Kerajaan Kelantan yang telah meluluskan ribuan kawasan hutan untuk tujuan pembalakan dan sebagainya.
Media semalam melaporkan Nasir turut menyerahkan memorandum di Pejabat Perdana Menteri yang menggesa kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian untuk menghentikan segera kegiatan pembalakan yang didakwa menjadi punca ekosistem haiwan liar itu terganggu.
Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, harimau keluar dari kawasan habitat berkemungkinan disebabkan beberapa faktor lain termasuk usia mamalia itu sendiri yang sudah tua.
“Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ada memberitahu kadang-kadang apabila harimau sudah tua ia tidak mampu nak mengejar haiwan sebagai mangsa, jadi yang paling mudah adalah manusia sebab manusia lari pun tidak laju bukan seperti haiwan.
“Setakat ini Perhilitan sedang bergerak menjalankan tugas mereka dan mengesan hidupan liar itu. Mengikut maklumat diperolehi ada tiga ekor harimau telah masuk ke kampung, tetapi yang makan orang (kejadian di Pos Bihai) itu bukan daripada ketiga-tiga itu,” katanya.
Katanya, setakat ini juga tiada aktiviti pemburuan haram terhadap Harimau Malaya di negeri ini memandangkan keselamatan hidupan liar itu khususnya di Kelantan masih terjaga selain undang-undang mengenai aktiviti juga sudah ada sebelum ini. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/kerajaan-kelantan-nafi-pembalakan-punca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Pembalakan Di Pahang Kerajaan Negeri Pahang Jangan Jadikan Rakyat Sebagai Mangsa

Isu Pembalakan Di Pahang Kerajaan Negeri Pahang Jangan Jadikan Rakyat Sebagai Mangsa

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 245 hits
Isu pembalakan samada berlesen atau tidak sering kami timbulkan agar aktiviti ini dapat dikawal dan dipandang serius oleh pihak berkuasa Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal ini bukan sahaja boleh mencemarkan alam sekitar tetapi turut me...
Presiden Peka Sejak Bila Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Jadi Pakar Kawasan Harimau

Presiden Peka Sejak Bila Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Jadi Pakar Kawasan Harimau

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Penafian Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan berhubung imej kesan aktiviti pembalakan berdekatan lokasi habitat harimau di Pos Bihai Gua Musang didakwa melangkaui bidang kepakaran mereka Presiden Pertubuhan Perlindungan Khazanah...
Harimau Berkeliaran Di Luar Pagar Sk Balar

Harimau Berkeliaran Di Luar Pagar Sk Balar

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 221 hits
Seekor daripada dua harimau yang dilihat berada berhampiran SK Balar dekat Gua Musang KUALA LUMPUR Seekor harimau belang dilihat berkeliaran di luar pagar Sekolah Kebangsaan Balar dekat Gua Musang Kelantan semalam Kehadiran harimau itu yang...
Penafian Kerajaan Pahang Di Tolak Lagi Bukti Ada Aktiviti Pembalakan Terus Di Dedahkan

Penafian Kerajaan Pahang Di Tolak Lagi Bukti Ada Aktiviti Pembalakan Terus Di Dedahkan

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 239 hits
BENTONG Semakin dinafikan semakin banyak bukti adanya kawasan pembakalan di kawasan tanah tinggi hulu sungai didedahkankan Terduhulu Jabatan Perhutanan Negeri Pahang baru baru ini menafikan pembalakan punca banjir lumpur dasyat yang melanda...
Berapa Ngo Sedang Susun Agenda Tukar Kerajaan Kelantan

Berapa Ngo Sedang Susun Agenda Tukar Kerajaan Kelantan

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 425 hits
SESUDAH SUBUHKEINGINAN rakyat Kelantan yang berada di luar untuk melihat berlaku perubahan pemerintahan negeri itu daripada Pas kepada parti atau entiti lain sangat ketara dan serius Ini terbukti dengan tertubuhnya beberapa Ngo yang diasask...
Hiburan Tiada Keperluan Hentikan Pembalakan Di Negeri Ini Timbalan Menteri Besar Kelantan

Hiburan Tiada Keperluan Hentikan Pembalakan Di Negeri Ini Timbalan Menteri Besar Kelantan

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 198 hits
Kerajaan Kelantan menerusi Timbalan Menteri Besarnya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tampil membuat kenyataan bahawa tiada keperluan untuk mereka menghentikan pembalakan di negeri itu berikutan aktiviti tersebut dijalankan mengikut prosedur op...
Selalu Flex Kereta Mewah Pelakon Bollywood Jacqueline Fernandez Nafi Bercinta Dengan Mafia

Selalu Flex Kereta Mewah Pelakon Bollywood Jacqueline Fernandez Nafi Bercinta Dengan Mafia

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 263 hits
Selalu flex kereta mewah pelakon Bollywood Jacqueline Fernandez nafi bercinta dengan mafiaSource https www mstar com my spotlight bintang global 2022 01 13 selalu flex kereta mewah pelakon bollywood jacqueline fernandez nafi bercinta dengan...
Bukan Kami Sengaja Buat Memang Bukan Salah Kami Pasangan Suami Isteri Nafi Tuduhan Rakam Pemandu Lori Sakit Jantung

Bukan Kami Sengaja Buat Memang Bukan Salah Kami Pasangan Suami Isteri Nafi Tuduhan Rakam Pemandu Lori Sakit Jantung

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 377 hits
Sejak semalam tular sebuah video sepasang suami isteri tampil secara terbuka dengan menafikan tuduhan bahawa mereka merupakan perakam yang menuduh seorang pemandu lori berada dalam keadaan mabuk sehingga merempuh beberapa kenderaan yang dip...
Raja Bomoh Lapor Polis Nafi Ritual Tolak Banjir Bertentangan Syariat Islam

Raja Bomoh Lapor Polis Nafi Ritual Tolak Banjir Bertentangan Syariat Islam

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 218 hits
Raja Bomoh mendakwa ritual menolak banjir yang dilakukannya hanya untuk mendoakan keselamatan penduduk daripada bencana banjir PETALING JAYA Lelaki dikenali sebagai Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin membuat laporan polis menaf...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lunch Di Ary Nasi Buluh Melaka

Lirik Lagu Terbaru 2025 Hanya 1 Jalan

Trippy Bros Elevate Your Mind Embrace The Journey

Telur Dadar Rangup Dan Kematian Tidak Terima Alasan

Pg77 Top 75 By Porter Pg77 Pgslot77 Me Pgslot77 Pgslot 2 2025

777 40 777 Top 59 By May Punpro777 Bar 30 September 2025