Ajk Fatwa Perlis Tegur Amalan Sertai Perayaan Bukan Islam


malaysiakini.com

Diterbitkan: Jan 19, 2022 6:09 PM

Seorang daripada anggota Jawatankuasa Fatwa Perlis hari ini mengingatkan orang ramai mengenai perlunya seseorang Muslim mengehadkan dirinya dalam pembabitan sambutan agama lain.

Menurut Kamilin Jamilin seseorang Muslim tidak seharusnya menyambut perayaan agama bukan Islam atau melakukan sebarang upacara yang kelihatan seperti meraikan hari simbolik agama lain.

"Allah SWT melarang umat Islam berkompromi dan terlibat dengan sebarang bentuk peribadatan dan ritual agama lain berdasarkan surah al-Kafirun yang kebanyakan kita menghafalnya," katanya.

Dia yang juga penasihat akademik Akademi al-Khayr memuat naik kenyataan tersebut ketika sesetengah pihak mempertikaikan kehadiran Ahli Parlimen Pekan Najib Razak ke Batu Caves sempena sambutan Thaipusam semalam.

Rakaman kunjungan bekas perdana menteri itu turut tular di media sosial.

Kata Kamilin Islam melarang seseorang Muslim berkunjung ke rumah ibadat agama lain pada hari perayaan mereka walaupun atas alasan untuk perpaduan.

"Begitu juga tidak seharusnya seorang Muslim menggayakan diri atau berkelakuan dengan sesuatu yang menyerupai agama lain dalam hal yang menjadi syiar atau pengkhususan atau tradisi keagamaan mereka," katanya.

Agar tak keliru

Tambah Kamilin ada banyak cara atau aktiviti lain yang boleh dilakukan seseorang Muslim untuk memupuk perpaduan atau mempamerkan keharmonian sesama rakyat.

Sebagai contoh, katanya, ia boleh dibuat melalui sifat ihsan, pelaksanaan keadilan dan tidak menzalimi antara satu sama lain.

"Pemimpin Muslim dan umat Islam perlu peka dengan hal ini," katanya.

Sementara itu anggota Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah, Faiz Fadzil, meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad menjelaskan hukum Najib berkunjung ke Kuil Sri Subramaniar semalam.
Katanya Thaipusam dianggap perayaan keagamaan untuk agama Hindu, bukannya sambutan kebudayaan kaum India.

"Bagi umat Islam, kita memang menghormati amalan setiap agama, tetapi adakah kehadiran Najib sebagai seorang Muslim ke perayaan Thaipusam tersebut menyalahi hukum syarak?" katanya.

Sebagai menteri agama, kata Faiz, naib presiden PAS itu mempunyai autoriti untuk menjelaskan tanda tanya itu kerana sebelum ini Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah menegah kunjungan ke rumah ibadat bukan Islam semasa perayaan agama.

"Perkara ini penting untuk dijelaskan oleh menteri agama supaya masyarakat Islam di negara ini tidak keliru," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/01/ajk-fatwa-perlis-tegur-amalan-sertai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hindari Perayaan Kepercayaan Selain Islam Tidak Nafi Tuntutan Bersikap Ihsan

Hindari Perayaan Kepercayaan Selain Islam Tidak Nafi Tuntutan Bersikap Ihsan

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 126 hits
Kekeliruan sebahagian masyarakat Muslim dalam berinteraksi dengan kemajmukan terlihat apabila ada yang meraikan atau menyertai perayaan kepercayaan selain Islam yang merupakan syiar besar mereka seperti Krismas Easter Tahun Baru Cina Chap G...
Parti Bangsa Malaysia Dari Sarawak Kenapa Tak Sertai Gps Shahrir

Parti Bangsa Malaysia Dari Sarawak Kenapa Tak Sertai Gps Shahrir

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 197 hits
By 11 January 2022Shahrir Abdul SamadKUALA LUMPUR Hasrat Parti Bangsa Malaysia mahu menyertai Barisan Nasional menimbulkan tanda tanya kepada veteran UMNO Tan Sri Shahrir Abdul Samad Katanya sebuah parti yang lahir di Sarawak tapi mahu meny...
Jeong Yein Bekas Ahli Lovelyz Sertai Agensi Sublime Artist Sedang Bersiap Untuk Solo Debut Kini

Jeong Yein Bekas Ahli Lovelyz Sertai Agensi Sublime Artist Sedang Bersiap Untuk Solo Debut Kini

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 281 hits
Jeong Ye in bekas ahli LOVELYZ telah sertai agensi baharu di Sublime Artist Agensi Sublime Artist terkenal kerana turut menjadi label kepada artis K pop termasuk Hani EXID Jackson dan Young jae GOT7 bekas ahli GFRIEND Ye rin bekas ahli IOI ...
Jung Chaeyeon Sah Sertai Yook Sungjae Dalam Drama Golden Spoon

Jung Chaeyeon Sah Sertai Yook Sungjae Dalam Drama Golden Spoon

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 262 hits
Nampaknya pasangan Yook Sung jae untuk drama Golden Spoon sudah pun didedahkan Selepas berterbangan berita bahawa Jung Chae yeon dari kumpulan DIA bakal menjadi heroin drama berkenaan agensi pelakon itu akhirnya memberikan respon Jung Chae ...
Kenapa Puak Pro Azmin Dalam Bersatu Sertai Parti Bangsa Malaysia

Kenapa Puak Pro Azmin Dalam Bersatu Sertai Parti Bangsa Malaysia

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 248 hits
BEBERAPA pemerhati politik berpandangan adalah lebih mudah mana mana ahli Parti Bangsa Malaysia dipilih sebagai calon atau memegang jawatan besar dalam parti yang baru ditubuhkan itu daripada kekal bersama Bersatu Mereka memberitahu The Mal...
Rentasan 1048 Gempar Parti Bangsa Malaysia Bakal Sertai Bn

Rentasan 1048 Gempar Parti Bangsa Malaysia Bakal Sertai Bn

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 191 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 10481 HADI SERANG MEDIA LAGI 2 PARTI BANGSA MALAYSIA MENCARI PAYUNG 3 RAKYAT JAGA RAKYAT DI MANA TANGGUNGJAWAB KERAJAAN
3 Adun Perak Sertai Pbm

3 Adun Perak Sertai Pbm

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 234 hits
3 ADUN Perak sertai PBM Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak sah menyertai Parti Bangsa Malaysia yang baharu dilancarkan pada 21 Disember 2021 Mereka ialah ADUN Buntong A Sivasubramaniam ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Malim Nawa...
Nak Elak Soalan Bila Nak Kahwin Di Musim Perayaan Sewa Je Kekasih Dengan Harga Rm155 Rm15k

Nak Elak Soalan Bila Nak Kahwin Di Musim Perayaan Sewa Je Kekasih Dengan Harga Rm155 Rm15k

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 388 hits
Soalan cepumas seperti Bila nak kahwin dan Single lagi ke mungkin selalu ditanya pada golongan bujang terutama sekali semasa musim perayaan ketika ahli keluarga berkumpul bersama Korang pernah kena soalan ni Kalau pernah apa jawapan standar...
Jang Kiyong Sertai Muzikal Tentera A Song Of Meissa Bersama Chanyeol Exo

Jang Kiyong Sertai Muzikal Tentera A Song Of Meissa Bersama Chanyeol Exo

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 169 hits
Langsung tidak berehat dari dunia lakonan Jang Ki yong dikhabarkan bakal menyertai muzikal A Song Of Messia Merupakan produksi yang dikelolakan pihak ketenteraan muzikal itu membawa kisah di negara fiksyen bernama Kamur di mana ia merupakan...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord