Hina Mahkamah Mkini Dotcom Bayar Denda Rm500 000


BernamaKetua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Premesh Chandran menjelaskan denda itu hari ini. (Gambar Bernama)PUTRAJAYA: Mkini Dotcom Sdn Bhd yang mengendalikan portal berita Malaysiakini membayar denda RM500,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan selepas mendapati syarikat itu bersalah menghina mahkamah menerusi penerbitan komen pembaca.
Mkini Dotcom yang diwakili peguam A Surendra Ananth, ketika dihubungi mengesahkan denda itu dibayar di kaunter mahkamah hari ini.
Beliau berkata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Premesh Chandran pergi ke Istana Kehakiman untuk membayar denda itu.
Pada Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan memerintahkan Mkini Dotcom membayar denda itu dalam tempoh tiga hari bermula Isnin (22 Feb).
Mkini Dotcom didenda RM500,000 oleh panel tujuh hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf kerana menghina mahkamah selepas mahkamah mendapati pertuduhan mempermudah penerbitan lima komen pembaca terhadap syarikat itu telah dibuktikan.
Bagaimanapun, mahkamah mendapati Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan tidak bersalah menghina mahkamah.
Dalam keputusan majoriti 6-1, Hakim Rohana berkata Mkini Dotcom mempunyai kawalan penuh terhadap bahan yang boleh dan tidak boleh diterbitkan, justeru ia harus bertanggungjawab terhadap risiko yang menyusul daripada cara platformnya dioperasikan.
Beliau berkata syarikat itu mempermudah penerbitan komen menghina oleh pihak ketiga, pelanggan.
Hakim lain yang bersetuju dengan keputusan majoriti ialah Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Mohd Zawawi Salleh, Vernon Ong Lam Kiat dan Abdul Rahman Sebli.
Hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan yang membuat keputusan menentang merumuskan, Mkini Dotcom serta Gan tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kesalahan menghina mahkamah kerana pemohon (Peguam Negara) gagal membuktikan melangkaui keraguan munasabah bahawa mereka (responden) memiliki pengetahuan tentang kewujudan komen pihak ketiga serta dengan sengaja berniat menyiarkan komen-komen tersebut.
Pada 17 Jun tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan kebenaran ex-parte Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Mkini Dotcom serta Gan berhubung komen lima pembaca mengenai satu artikel yang disiarkan oleh Malaysiakini pada 9 Jun, bertajuk ‘CJ orders all courts to be fully operational from July 1’ yang didakwa bersifat menghina.
Pada 2 Julai tahun lepas, Mkini Dotcom dan Gan gagal membatalkan kebenaran yang diperoleh oleh Peguam Negara bagi memulakan prosiding komital terhadap mereka.
Dilaporkan syarikat itu berjaya mengumpulkan lebih RM500,000 melalui sumbangan orang ramai.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/hina-mahkamah-mkini-dotcom-bayar-denda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Persekutuan Putuskan Malaysiakini Hina Mahkamah Denda Rm500 Ribu

Mahkamah Persekutuan Putuskan Malaysiakini Hina Mahkamah Denda Rm500 Ribu

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 315 hits
Portal berita Malaysiakini didenda RM500 000 kerana kesalahan menghina mahkamah menerusi komen pembacanya Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman itu semasa prosiding hari ini Terdahulu dalam keputusan majoriti 6 1 hakim mendapati Malaysia...
Malaysiakini Didenda Rm500 000 Kerana Hina Mahkamah

Malaysiakini Didenda Rm500 000 Kerana Hina Mahkamah

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 351 hits
Portal berita Malaysiakini didenda RM500 000 kerana kesalahan menghina mahkamah menerusi komen pembacanya Mahkamah Persekutuan menjatuhi hukuman itu semasa prosiding hari ini Sebelum ini Jabatan Peguam Negara memohon denda sebanyak RM200 00...
Denda Rm10 000 Rakyat Nak Bayar Macam Mana Mp Tak Apa Laa

Denda Rm10 000 Rakyat Nak Bayar Macam Mana Mp Tak Apa Laa

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 317 hits
Aktivis pengguna dan ahli ekonomi berkata tindakan Putrajaya mengenakan hukuman denda sehingga RM10 000 kepada individu atas kesalahan berkaitan perintah kawalan pergerakan adalah regresif dan menghukum Mereka turut mendakwa ia hanya akan m...
Langgar Sop Denda Rm10 000

Langgar Sop Denda Rm10 000

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 432 hits
DENDA PENCEGAHAN YANG TERBAIK BAGISEMUA RAKYAT KECUALI ORANG YANG BERUANG
Pesalah Pkp Kini Berdepan Denda Rm10 000

Pesalah Pkp Kini Berdepan Denda Rm10 000

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 294 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Individu yang melanggar peraturan ditetapkan perintah kawalan pergerakan kini boleh didenda sehingga RM10 000 Ini berdasarkan Ordinan Darurat 2021 yang baharu diterbitkan di laman web Warta Persekutuan hari ini Or...
Denda Langgar Pkp Rm10 000 Mulai 11 Mac Ini

Denda Langgar Pkp Rm10 000 Mulai 11 Mac Ini

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 339 hits
Individu yang melanggar peraturan ditetapkan perintah kawalan pergerakan kini boleh didenda sehingga RM10 000 Ini berdasarkan Ordinan Darurat 2021 yang baharu diterbitkan di laman web Warta Persekutuan hari ini Ordinan berkenaan turut menya...
Terima Rasuah Pegawai Imigresen Dipenjara 30 Hari Denda Rm40 000

Terima Rasuah Pegawai Imigresen Dipenjara 30 Hari Denda Rm40 000

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 325 hits
317 total views 317 views today Seorang pegawai imigresen hari ini dipenjara 30 hari dan denda RM40 000 oleh Mahkamah Sesyen di Seremban atas dua pertuduhan menerima rasuah keseluruhannya berjumlah RM2 100 pada 2019 dan tahun lepas Hakim Ma...
Melampau Ingkar Sop Denda Rm10 000 Kata Aktivis

Melampau Ingkar Sop Denda Rm10 000 Kata Aktivis

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 246 hits
Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan pihak berkuasa merangka dan melaksanakan sistem lebih adil dan bijaksana Foto oleh Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR 27 Feb Kenaikan kompaun ingkar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan daripad
Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Gunung Rinjani Sejarah Harga Tiket Laluan Pendaki

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Mayat Ibu Anak Perempuan Ditemui Reput Jiran Tercium Bau Busuk

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet

Monolog Jiwa Disebalik Senyum 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Packaging Lipmatte Dengan Insert Custom Kemas Selamat Eksklusif

Bersiaran Dari Thailand

Jpj Lanjutkan Tempoh Bayaran Saman Kadar Rata Rm150

222 Pelajar Ipt Positif Hiv Tahun Lalu Paling Ramai Berusia 18 19 Tahun

Siri Oppo Reno14 Rasmi Mediatek Dimensity 8450 Bateri 6 200mah Harga Dari Rm1 399

Lori Mini Terbalik Menyebabkan Ikan Keli Berterabur Tengah Jalan