Hina Jawi Sikap Netizen Cina Cukup Dajal Bukan Biadab Lagi


Siti Hafidah
Cari pasal sentuh sensitiviti Melayu, undang konflik antara kaum


Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 20 Zulkaedah 1441H, Ahad – Semua pihak sepatutnya mengalu-alukan keputusan kerajaan menjadikan hari Jumaat sebagai Hari Jawi, kata Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai tindakan bijak bagi terus memartabatkan tulisan Jawi yang didapati ‘kesepian’ sejak akhir-akhir ini meskipun mendapat bantahan dari GERAKAN serta reaksi negatif dalam kalangan netizen Cina.

Kok Seong berpandangan, tindak balas masyarakat bukan Melayu terutama orang Cina mengaitkan tulisan Jawi dengan agama Islam sebagai tidak berasas.

“Sementara tindakan GERAKAN pula lebih kepada meraih sokongan. Parti itu dilihat juara memperjuangkan kepentingan Cina yang menentang tulisan Jawi ini. Ia lebih kepada tindakan politik yang dilihat sebagai pelindung kepada masyarakat Cina,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Jabatan Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan, Kempen Hari Jumaat Hari Jawi dalam usaha mengekalkan dan memperkasakan tradisi serta budaya yang membentuk Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu disokong penuh oleh semua jemaah menteri dalam mesyuarat pada Rabu.

Namun seperti dijangka, usaha kerajaan memartabatkan tulisan Jawi sebagai warisan Malaysia yang perlu dipelihara menerima tentangan dalam kalangan netizen Cina di negara ini.

Bukan hanya dikritik, bahkan inisiatif yang dilaksanakan Dr Zulkifli turut dihina dan diperlekeh oleh mereka, yang rata-ratanya ‘panas’ dengan usaha memartabatkan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat sehingga ada yang mengajak orang Melayu makan daging babi pada hari Jumaat.

Menempelak komen netizen itu, Kok Seong berkata, walaupun ini negara demokratik, bantahan yang ingin disuarakan mesti dilakukan dengan penuh adab sesuai dengan lima prinsip Rukun Negara.

“Kalau kita tengok bantahan itu tersasar jauh. Kalaulah tulisan Jawi itu menjadi masalah, maka kita berhujah dari segi lebih berfakta, bukan kita sasar dengan cadangan balas begitu dan tidak ambil kira sensitiviti pihak lain.

“Tidak suka tulisan Jawi dengan memberi cadangan akan mengadakan jamuan babi, sambil minum arak dan menulis Jawi, ini cukup ‘dajal’ bukan biadab lagi pertamanya boleh mengundang konflik antara kaum,” tegas beliau.

Membidas lagi, Kok Seong berkata, golongan berkenaan ‘mencari penyakit’ yang boleh mengakibatkan hubungan etnik semakin keruh dan lebih teruk lagi mengundang konflik terbuka.

“Ini sesuatu yang sensitif. Hari Jumaat itu bagi orang Islam penghulu segala hari, hari yang penuh dengan keberkatan dan sebagainya. Pilih hari Jumaat sebagai hari makan babi, ‘taboo’ kepada orang Melayu, jadi ini sungguh berbahaya.

“Justeru, saya harap pemimpin Cina tidak kira parti mana membuat kenyataan mengutuk tindakan segelintir masyarakat Cina ini. Tindakan perlu diambil, ini sangat berbahaya menyentuh sensitiviti Melayu.

“Tindak balas babi itu ‘taboo’ larangan agama Islam, bagaimana boleh disarankan bahkan diajak lagi,” katanya kesal.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/07/hina-jawi-sikap-netizen-cina-cukup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlek3h Hari Jawi Netizen Cina Mahu Jumaat Hari Makan Bab1

Perlek3h Hari Jawi Netizen Cina Mahu Jumaat Hari Makan Bab1

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 601 hits
Usaha kerajaan memartabatkan tulisan Jawi sebagai warisan Malaysia yang perlu dipelihara menerima tent4ngan dalam kalangan netizen Cina di negara ini Perlek3h Hari Jawi Netizen Cina Mahu Jumaat Hari Makan Bab1
Cina Bantah Jawi Takut Melayu Kembali Zaman Kegemilangan

Cina Bantah Jawi Takut Melayu Kembali Zaman Kegemilangan

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 396 hits
Tulisan Jawi adalah jati diri bangsa Melayu yang mesti dipertahan BANGI Pihak anti Jawi didakwa hanya menggunakan tulisan khazanah kebangsaan itu bagi melariskan produk makanan mereka namun menolak ketika ada usaha menghidupkannya Naib Pres...
Didakwa Dedah Aurat Ketika Mandi Di Kolam Chef Wan Akui Rimas Dengan Sikap Netizen

Didakwa Dedah Aurat Ketika Mandi Di Kolam Chef Wan Akui Rimas Dengan Sikap Netizen

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 434 hits
Mempertikaikan pakaiannya yang didakwa tidak menutup aurat ketika mandi kolam baru baru ini Chef Wan akui rimas apabila ada sesetengah netizen yang tampil memberikan komen yang tidak manis kepadanya lebih lebih lagi mempertikaian usianya de...
Asalnya Kandang Lembu Tapi Cukup Bersih Kemas Ebit Lew Kagum Sikap 5 Beranak Ini

Asalnya Kandang Lembu Tapi Cukup Bersih Kemas Ebit Lew Kagum Sikap 5 Beranak Ini

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 362 hits
Lapan tahun tinggal di kandang lembu dianggap selesa buat lima beranak ini Kita seolah olah tak percaya tapi realitinya inilah tempat berlindung bagi pasangan suami isteri dan tiga anaknya Sejak rumah asal terbakar kandang tersebut merupaka...
Sikap Macam Samseng Jawapan Kerek Khalid Jamlus Buat Netizen Meluat

Sikap Macam Samseng Jawapan Kerek Khalid Jamlus Buat Netizen Meluat

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 431 hits
Sejak kebelakangan ini nama bekas pemain bolasepak kebangsaan Malaysia Khalid Jamlus tiba tiba menjadi buah mulut orang ramai apabila membuat live Facebook untuk melelong Anugerah Kasut Emas yang dimenanginya selepas menjuarai Liga Perdana ...
Hina Jata Negara Suatu Tindakan Biadab

Hina Jata Negara Suatu Tindakan Biadab

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 477 hits
PARTI Islam Se Malaysia menggesa Kementerian Dalam Negeri bertindak segera mengantung penjualan buku bertajuk Rebirth Reformasi Resistance And Hope In New Malaysia oleh Kean Wong yang jelas menghina negara Secara khusus Jata Negara telah di...
Jumaat Hari Jawi Sentimen Dan Biadab

Jumaat Hari Jawi Sentimen Dan Biadab

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 461 hits
Oleh Tun Abdul Hamid MohamadAda senyap senyap guna Bahasa Cina dalam urusan rasmi kerajaan PADA hari Jumaat 10 Julai 2020 tiba tiba keluar berita HARI Jumaat diumumkan sebagai Hari Jawi bermula hari ini dalam usaha mengekal dan memperkasa s...
Individu Hina Tulisan Jawi Tak Layak Jadi Warganegara Malaysia

Individu Hina Tulisan Jawi Tak Layak Jadi Warganegara Malaysia

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 324 hits
Tak hayati Rukun Negara punca unsur bahasa kebangsaan diperlekeh BANGI Individu yang menghayati dan mengamalkan prinsip kelima Rukun Negara Kesopanan dan Kesusilaan tidak akan sesekali menghina tulisan Jawi yang menjadi warisan negara Penge...
Hiburan Beraya Di Rumah Keluarga Bekas Suami Netizen Puji Erma Fatima Baik Hati

Hiburan Beraya Di Rumah Keluarga Bekas Suami Netizen Puji Erma Fatima Baik Hati

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 903 hits
Siapa kata hubungan yang keruh tidak boleh dijernihkan Sama juga dengan pelakon Erma Fatima yang sepertinya sudah berbaik dengan bekas madunya Aida Bagi yang tidak tahu Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi telah bernikah dengan Erma at...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw

Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Permohonan Program Pra Diploma Uitm Kakya Nak Kongsi

Cuci Rambut Dan Rawatan Kulit Kepala

Pengalaman Menginap Renaissance Kuala Lumpur 1d1n

Bagaimana Membaiki Kitaran Haid Tidak Menentu Akibat Suntikan Im Unidepo

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Aku Emas Dan Dinar