Hina Agong Siasat Di Bawah Kanun Keseksaan Bukan Akta Hasutan Lfl


MALAYSIAKINI

   
Peguam Lawyers For Liberty (LFL) mengkritik tindakan polis menggunakan Akta Hasutan 1948 terhadap individu yang didakwa menghina bekas Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif LFL Latheefa Koya berkata penahanan itu mengingatkan tentang"sikap tidak bertoleransi kerajaan Barisan Nasional" terhadap kebebasan bersuara, lebih-lebih lagi penggunaan akta itu ditentang oleh pakatan Pakatan Harapan (PH) sebelum membentuk kerajaan.

"Terutamanya kerana komen yang didakwa 'menghina' di media sosial yang mana pihak berkuasa kelihatan cepat bertindak terhadap gerakan media sosial yang menuntut tindakan diambil terhadap posting (hantaran) tertentu.

"Pihak berkuasa mesti lebih arif apabila memberikan reaksi terhadap mesej-mesej tular di media sosial terutamanya jika yang dikatakan posting ‘menghina’ telah diperbesar-besarkan. Berbuat demikian serupa seperti mob rule (pemerintahan sekelompok individu).

"[...] Oleh itu adalah mengejutkan dalam Malaysia Baharu, undang-undang ini masih digunakan oleh pihak polis untuk menghapuskan komen di media sosial yang pada asasnya tidak bersifat jenayah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LFL berkata peranan polis adalah untuk mengekalkan ketenteraman awam dan mencegah jenayah dan bukan mengadili sebarang "ucapan atau posting yang boleh diterima dalam media sosial."

Tambahnya, sesuatu komen yang mengancam atau yang mencetuskan keganasan atau tindakan jenayah sepatutnya disiasat di bawah Kanun Keseksaan.

"Oleh itu, kami meminta pihak berkuasa untuk menghentikan penangkapan dan siasatan yang tidak perlu berkenaan dengan komen di media sosial.

"Pihak berkuasa harus mengutamakan sumber mereka untuk menangani perkara jenayah yang tulen, dan tidak terlibat dalam isu-isu bermotif politik yang tidak seharusnya menjadi perhatian mereka," katanya.

Semalam, peguam Syahredzan Johan dan Ketua Pemuda DAP Subang Farhan Haziq Mohamed, juga mengkritik penggunaan Akta Hasutan dalam kes baru baru ini.

Akta Hasutan ialah satu daripada beberapa undang-undang yang dikaji semula oleh kerajaan termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA).

Pemansuhan undang-undang ini ialah salah satu daripada janji pilihan raya oleh PH sebelum gabungan itu memenangi pilihan raya umum ke-14 pada Mei lepas.

Bagaimanapun, kerajaan menarik balik moratorium (penggantungan sementara) ke atas Akta Hasutan 1948 susulan rusuhan kuil di Seafield, USJ November tahun lepas yang menyebabkan seorang anggota bomba terkorban.

Kekalkan moratorium

Sementara itu, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menyeru kerajaan mengekalkan moratorium yang ditarik balik ke atas Akta Hasutan 1948.

CIJ berkata komen menghina bukan satu ancaman kepada keselamatan negara, ketenteraman awam dan hubungan kaum serta tidak sepatutnya disiasat di bawah Akta Hasutan.

"CIJ mengingati apabila kerajaan mengusulkan moratorium ke atas Akta Hasutan, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo (foto) menyatakan bahawa penggunaannya akan membabitkan isu keselamatan negara, ketenteraman awam dan hubungan kaum.

"[...] penangkapan baru-baru ini tidak termasuk dalam kategori-kategori di atas seperti yang disebut oleh menteri itu.

"CIJ oleh itu , menyeru kerajaan mengekalkan moratorium Akta Hasutan yang ditarik balik dan memansuhkan Akta Hasutan tanpa bertangguh bagi mengelakkan mana-mana penyalahgunaan undang-undang zaman penjajah pada masa akan datang," kata CIJ dalam satu kenyataan pagi ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/hina-agong-siasat-di-bawah-kanun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hina Bekas Ydp Agong 3 Individu Ditahan Dan Disiasat Mengikut Akta Hasutan 1948

Hina Bekas Ydp Agong 3 Individu Ditahan Dan Disiasat Mengikut Akta Hasutan 1948

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 601 hits
Polis mengesahkan tiga individu yang didakwa telah menghina bekas Yang di Pertuan Agong ke 15 Sultan Muhammad V di media sosial baru baru ini telah ditahan semalam Dalam kenyataan media Ketua Polis Negara Fuzi Harun berkata Eric Liew Chee L...
Kerajaan Digesa Tak Guna Akta Hasutan Siasat Kes Hina Sultan

Kerajaan Digesa Tak Guna Akta Hasutan Siasat Kes Hina Sultan

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 368 hits
Diterbitkan Hari ini 7 54 malamPolis tidak sepatutnya menggunakan Akta Hasutan bagi menahan tiga individu yang didakwa menghina Sultan Muhammad V di media sosial kata dua pemimpin muda DAP hari ini Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan p...
Lokman Adam Ditahan Bawah Akta Hasutan

Lokman Adam Ditahan Bawah Akta Hasutan

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 432 hits
KUALA LUMPUR Presiden Pemantau Malaysia Baharu Datuk Seri Lokman Noor Adam dilaporkan ditahan polis hari ini Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemantau dan Melayu Bangkit Lokman ditahan di bawah Akta Hasutan Saya bagi pihak Pemantau d...
The Employee Is No Longer With The Company Hina Bekas Agong Cisco Asean Pecat Eric Liew

The Employee Is No Longer With The Company Hina Bekas Agong Cisco Asean Pecat Eric Liew

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 1394 hits
The employee is no longer with the company Hina bekas Agong Cisco ASEAN pecat Eric LiewSusulan tindakan tidak bertanggungjawab seorang lelaki menghina Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong XV kelmarin majikann...
Kami Cisco Yang Berbeza Syarikat Pengawal Keselamatan Nafi Jadi Majikan Individu Hina Agong

Kami Cisco Yang Berbeza Syarikat Pengawal Keselamatan Nafi Jadi Majikan Individu Hina Agong

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 668 hits
Kami Cisco Yang Berbeza Syarikat Pengawal Keselamatan Nafi Jadi Majikan Individu Hina Agong Insiden komen penuh penghinaan yang dibuat oleh seorang lelaki terhadap keputusan Baginda Sultan Kelantan meletak jawatan sebagai Yang Dipertuan Ago...
Giliran Staf Tnb Bakal Dikenakan Tindakan Kerana Hina Agong

Giliran Staf Tnb Bakal Dikenakan Tindakan Kerana Hina Agong

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 706 hits
Giliran Staf TNB Bakal Dikenakan Tindakan Kerana Hina Agong Tidak cukup dengan hinaan yang dibuat oleh pekerja Cisco ASEAN terhadap keputusan yang Baginda Sultan Kelantan meletak jawatan sebagai Agong kini tular pula komen menghina yang dib...
Suami Isteri Hina Ydp Agong Telah Digantung Kerja

Suami Isteri Hina Ydp Agong Telah Digantung Kerja

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 1658 hits
Harian Metro melaporkan Sepasang suami isteri yang melemparkan komen biadap terhadap institusi diraja menerima padah apabila mereka digantung sementara kerja oleh majikan masing masing Menurut kenyataan rasmi di laman Facebook sebuah firma ...
Kes Hina Agong 3 Individu Ditahan Kpn

Kes Hina Agong 3 Individu Ditahan Kpn

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 442 hits
Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun telah mengesahkan pihaknya telah menahan tiga individu yang memuat naik di media sosial kenyataan berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai nbsp Yang di ...
Netizen Serang Cisco Asean Eric Liew Hina Peletakan Jawatan Agong

Netizen Serang Cisco Asean Eric Liew Hina Peletakan Jawatan Agong

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 1030 hits
Nama eric popular gara gara dikatakan telah menghina peletakan jawatan YDP Malaysiakini ada melaporkan dimana netizen tersalah pages sebelum ini dengan menyerang pages cisco yang terlibat dalam sektor pegawai keselamatan Tidak berhenti disi...
Kapal Selam Terlanggar Gunung Dalam Laut

Sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 Perkukuh Pengurusan Tanah Lestari Negara

Singgah Cendol Borhan Tanjung Karang

Price Catcher Kpdn Cara Semak Harga Barang Terkini Di Seluruh Malaysia

More Than Just Sound Get The Crowd Moving With Jbl Partybox 720

Lelaki Misteri Lrt Bangsar Serang Wanita

Coros Pace 4 Bakal Dilancarkan 8 Disember Ini

Airasia Perkenal Pilihan Hijab Untuk Kru Kabin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selesai Sampul Buku Teks Sekolah Rendah

Kuih Tiram

Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian Sejak 2022 Melebihi Rm2 Bilion

Perkhidmatan Buy Now Pay Later Semakin Popular Namun Perlu Waspada Dengan Risiko Tersembunyi

Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan

Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan