Tahukah anda, resepi ayam masak kicap ini sungguh lazat! Adakah anda mencari resepi untuk merancang hidangan istimewa di meja makan? Resepi ayam masak kicap adalah jawapan kepada pencarian anda! Resepi ini bukan sahaja mudah untuk disediakan. Dengan hanya beberapa bahan yang diperlukan dan langkah-langkah yang ringkas, sesiapa sahaja boleh menyediakan hidangan yang lazat ini dirumah!
Apakah itu ayam masak kicap
Ayam masak adalah hidangan ayam yang dimasak dengan menggunakan kicap sebagai bahan utama dalam penyediaan sos. Ia biasanya disajikan campuran rempah yang kaya dan memberikan rasa manis serta sedikit pedas.
Bahan-bahan
Bawang besar
Ayam
Garam
Cili padi merah
Cili padi hijau
Sos tiram mahsuri
Kicap Pedas mahsuri
2cm Halia
Daun bawang
Cara penyediaannya:
Ayam salutkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Gaul, kemudian panaskan minyak, goreng ayam sampai dia crispy.
Tumiskan bawang besar, halia, cili padi merah dan hijau untuk extra pedas.
Kemudian masukkan sos tiram, kicap pedas. Gaul sekejap
Dan masukkan ayam yang kita goreng tadi, kemudian kita masukkan daun bawang dan siap!
2. Resepi Ayam Masak Kicap Dengan 3 Bahan
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
5 Tangkai cili padi (dipotong dadu)
5 Ulas bawang besar dihiris nipis (lagi banyak, lagi sedap)
Kicap manis secukup rasa
Garam
Cara Penyediaannya:
Gaul ayam dengan garam, masukkan air 2 gelas. (Sehingga ayam sedikit tenggelam). Rebus dalam 20 minit. Pastikan ayam empuk.
Bila dah nampak air mula kering, masukkan minyak. Gaul sekejap
Kemudian masukkan bawang besar, cili padi. Gaul sehingga bawang besar kelihatan layu.
Masukkan kicap, Gaul sekejap.
Gaul sehingga pecah minyak dan siap untuk dimakan.
3. Resepi Ayam Masak Kicap Berkuah Pedas Manjah
@bangman30 Ayam Masak Kicap
#fyp
Bahan-bahan:
Daun kari
Halia
Serai
Sos tiram
Sos tomato
Kicap manis
Bawang besar
Bahan perapan :
Ayam
Limau nipis
Garam
Bahan tumbuk:
Bawang putih
Bawang merah
Ketumbar
Buah keras
Cara penyediaannya:
Masukkan ayam dengan limau nipis, garam (Bahan perapan) Gaul sehingga rata.
Kemudian panaskan minyak dan masukkan ayam, goreng sehingga warnanya kecoklatan.
Selesai goreng ayam tadi, guna minyak yang sama dan masukkan serai, halia, daun kari, dan bahan tumbuk. Gaul sehingga naik bau.
Kemudian masukkan bawang besar, kicap manis, sos tiram dan sos tomato. Gaul sehingga rata.
Masukkan sedikit air, tutup 5 minit dan bersedia untuk makan!
Admin harap resepi ayam masak kicap ini memenuhi cita rasa anda! Jika anda menikmatinya, jangan ragu untuk berkongsi resipi ini dengan keluarga dan rakan-rakan untuk mereka mencuba juga, semoga ia menjadi hidangan kegemaran baru anda!|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |