Rendang Ayam Yang Mudah Sedap Dan Skandal
Malam tadi, tiba tiba dapat WhatsApp dari seorang kawan yang telah bercerai kerana suaminya berskandal dengan ramai wanita. Dia menghantar link mengenai seorang berpangkat yang berskandal sebelum berkahwin secara besar besaran. Hmm saya dah agak juga lah mesti mamat dan minah ni ada skandal ni. Saya tak kenal pun dia tapi tahu bekas isterinya adalah kawan baik pada kawan baik saya.
Sekarang ni, buka jer IG atau facebook, akan nampak muka muka skandal, muka penyondol dan muka yang sama. Muka muka wanita yang laki ada skandal. Skandal ni bukan orang muda jer, yang tua dah nak masuk atau dah umur 60 tahun pun masih berskandal.
Akhir usia patut tunjuk kisah yang baik baik pada anak anak dan cucu. Maklum yang dalam media social ni akan kekal dan boleh dibaca sampai bila bila. Tapi ini diaibkan dengan kisah skandal yang cari sendiri.
Muka viral kisah yang mana suami yang selalu tunjuk diri sebagai suami ideal dan acah acah terpaling sempurna bagi nasihat kat orang bab hubungan dengan pasangan, akhirnya diri sendiri tak seperti yang dinasihatkan pada orang ramai. Semua aib terbuka.
Teringat kata seorang kawan yang hidup dia kini, lebih tenang tanpa seorang suami. Tak perlu nak memasak 3 kali sehari kerana suami seorang yang sangat cerewet dan demanding. Buat isteri macam tukang masak jer. Memang betul pun, kadang ada suami ni menyakitkan hati jer.
Lebih lebih lagi suami yang gelenyar. Tergedik gedik, terkekeh kekeh ketawa bila dengan perempuan lain. Tunjuk konon dialah acah yang terpaling baik. Tapi dengan isteri sendiri, diam dan muka berkerut memanjang seolah memikir masalah negara melebihi Perdana Menteri.
Itu sebab saya nampak ramai sekarang ini memilih untuk memulakan hidup baru di usia yang lewat kerana mahu hidup gembira. Bila hidup baru, akan sentiasa manis dan gembira. Ketawa dan senyum jer. Boleh sembang dan bercakap macam kawan. Kalau dengan pasangan lama, muka pun dah malas nak pandang. Apalagi nak sembang sembang.
Tapi tak dinafikan ada juga yang sebenarnya tidak bahagia tetapi memendam perasaan demi anak anak. Malas nak mula hidup baru. Hanya mahu menfokuskan akhir usia, pada ibadah dan urusan persediaan ke alam akhirat sahaja.
Kiranya lantak awak lah nak menggatal ke apa. Kubur masing masing. Kira tak perlu nak jumpa lagi sampai akhirat. Lagi lagi isteri teraniaya dengan suami yang tak bagi nafkah, tak peduli belanja makan minum. Apa lagi nak menyediakan rumah dsb. OK setakat ini dahulu, sekarang masuk pula bab masakan.
Haa kelainan dari cara saya merendang yang biasa ialah kali ini, saya tumis semua bahan kisar. Bila ditumis, bahan kisar akan lebih beraroma, lebih sedap rasanya kerana ianya masak sempurna dalam minyak. Lagi satu lebih cantik kerana terbit minyak. Lagi lagi kalau guna santan kotak.
Biasanya saya hanya campak semua bahan ke dalam kuali termasuk ayam. Rendang Perak memang tak ditumis. Kata orang, lebur kesemua sekali. Tapi kali ini kita buat kelainan sedikit.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….
Rendang Ayam Mudah dan SedapOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:½ ekor ayam1 batang serai - ketuk3 sudu besar cili kering kisar½ sudu besar kunyit hidup 1 kotak kecil santan kotak1 sudu besar kerisik½ sudu besar garam1-2 keping asam keping1 helai daun kunyit - hiris nipis Sedikit minyak masak
Bahan kisar:1 biji bawang besar4-5 ulas bawang putih1-2 inci halia1 batang serai
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, serai ketuk, kunyit hidup dan cili kering kisar sehingga hampir terbit minyak.
Kemudian masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan sehingga air ayam kering dan terbit minyak.
Masukkan santan dan air secukupnya. Masak sehingga terbit minyak,
Masukkan asam keping, garam dan kerisik. Masak sehingga terbit minyak dan kuah kering yang disukai. Jika suka berkuah, jangan dikeringkan kerana setelah sejuk, rendang akan menjadi lebih kering.
Akhir sekali, tabur daun kunyit. Kacau rata dan tutup api. Sedia untuk dinikmati.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2023/12/rendang-ayam-yang-mudah-sedap-dan.html