Himpunan Doa Nabi Nabi Dalam Al Quran



Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. (Surah Al-A'raaf 7: Ayat 55 - 56)
Himpunan Doa Nabi-Nabi Dalam Al-Quran1. Doa Nabi Ibrahim AS"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" (Surah Ibrahim 14: Ayat 40 - 41)

"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim". (Surah Asy-Syu'araa' 26: Ayat 83 - 85)

2. Doa Nabi Sulaiman ASMaka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (Surah An-Naml 27: Ayat 19)

3. Doa Nabi Muhammad SAWDan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 201)

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 286)

Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku" (Surah Al-Israa' 17: Ayat 80)

4.  Doa Nabi Adam ASMereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (Surah Al-A'raaf 7: Ayat 23)

5. Doa Nabi Nuh ASNabi Nuh berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi". (Surah Hud 11: Ayat 47)

6. Doa Nabi Zakaria ASKetika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". (Surah Ali'Imraan 3: Ayat 38)

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi". (Surah Al-Anbiyaa' 21: Ayat 89)

7. Doa Nabi Musa ASNabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku, Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku". (Surah Taha 20 : Ayat 25 - 28)

8. Doa Nabi Yusuf AS"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh". (Surah Yusuf 12: Ayat 101)

Sumber : Surah.My (Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu)
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Surah Ghaafir 40 : Ayat 60)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2021/08/himpunan-doa-nabi-nabi-dalam-al-quran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belajar Tentang Kekuatan Hati Daripada Kisah Nabi Musa

Belajar Tentang Kekuatan Hati Daripada Kisah Nabi Musa

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 731 hits
Apabila disebut tentang Nabi Musa pasti kita akan mula membayangkan situasi laut terbelah dan bala tentera Firaun mengejar rombongan Nabi Musa daripada belakang Atau kisah tentang tongkat yang bertukar menjadi ular Namun di sebalik kisah te...
Jom Hidupkan Sunnah Nabi Guna Bukhoor Bakhoor

Jom Hidupkan Sunnah Nabi Guna Bukhoor Bakhoor

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 424 hits
Assalamualaikum wbt Baru baru nie saya ternampak satu video kat Youtube di mana kat Makkah ada seseorang tengah bakar bukhoor atau bakhoor Apakah yang dimaksudkan oleh bukhoor bakhoor nie APA ITU BAKHOOR BUKHOORBakhoor adalah merupakan serp...
Ulama Pewaris Nabi

Ulama Pewaris Nabi

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 294 hits
nbsp Kitab Hadith Sahih Ibnu HibbanYaitu terjemahan daripada sebahagian hadith dari kitab Sahih Ibnu Hibban dan disertakan sedikit keterangan ULAMAK PEWARIS NABI NABITelah diriwayatkan daripada Kathir bin Qais beliau berkata
Doa Arafah

Doa Arafah

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 646 hits
Assalamualaikum dan Selamat pagi Pembaca semua Hari Arafah sudah hampir tiba Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh This is a content summary only Visit my website for...
Doa Hari Arafah 9 Zulhijjah Untuk Diri Sendiri

Doa Hari Arafah 9 Zulhijjah Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 423 hits
Hari Arafah adalah hari di mana setiap doa akan diangkat ke langit dan pintu langit terbuka Doa doa akan dikabulkan oleh Allah SWT Hari Arafah adalah hari Hari Arafah adalah hari ke 9 dalam bulan Zulhijah dan merupakan hari ke 2 dalam ibada...
Doa Murah Rezeki

Doa Murah Rezeki

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 122 hits
Dalam keadaan pandemik yang melanda negara selama hampir dua tahun ini sangat banyak menjejaskan kita dari segi sosioekonomi sekaligus turut menjejakan sosio emosi kita Memang tidak dapat lari dari terganggu aspek emosi kita dek ekonomi yan...
Tip Merancang Jantina Bayi Perempuan Ikut Logik Sains Kekuatan Doa

Tip Merancang Jantina Bayi Perempuan Ikut Logik Sains Kekuatan Doa

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 268 hits
makanan untuk ibu hamil anak lelaki doa untuk mendapat anak lelaki Tips Merancang Jantina Bayi Perempuan Ikut Logik Sains Kekuatan Doa Dikongsikan oleh Puan di laman facebooknya Cikgu kimia ini berkongsi teori asas sifat sperma X dan sperma...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Effective Market Research On A Budget

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Kerana Rasuah Rm100 Pekebun Kena Denda Rm10 000



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Buasir Otak Tv Buang 4 Huruf Belakang Jadi Jenama Telefon Be Like

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Menangkan Jackpot Di Game Jekpot88 Di Berbagai Permainan

Tukar Lesen Memandu Malaysia Ke Lesen Nsw Australia