Banjir Di Hatyai Koordinasi Bantuan Dilakukan Dengan Kerajaan Thailand Ahmad Zahid


Banjir Di Hatyai: Koordinasi Bantuan Dilakukan Dengan Kerajaan Thailand – Ahmad Zahid
BAGAN DATUK, 23 Nov (Bernama) — Kementerian Luar dan kerajaan Thailand akan melaksanakan koordinasi bantuan kepada rakyat Malaysia yang terkandas akibat bencana banjir di Hatyai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata Malaysia juga akan memperoleh maklumat terkini berkenaan situasi banjir yang berlaku di wilayah itu menerusi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.
“Kita akan mendapat maklumat terkini daripada Konsul Jeneral kita di Songkhla, serta koordinasi akan dibuat dengan Kementerian Luar dan mungkin dengan kerajaan Thailand dan juga Gabenor di wilayah Songkhla untuk kita berikan bantuan kepada mereka.
“Dan seboleh mungkin mereka mahu pulang cepat ke negara kita dan mungkin kita sediakan kenderaan berat untuk mengangkut mereka supaya dapat pulang ke kawasan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS): Moh Kita Sihat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan langkah diambil kerajaan sekiranya mangsa yang juga rakyat Malaysia terus terkandas di wilayah itu akibat banjir.
Malam tadi, media melaporkan kira-kira 4,000 rakyat Malaysia yang terkandas berikutan banjir di Hatyai dan beberapa kawasan di sekitar selatan Thailand dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
Mengulas berkenaan laporan media itu, Ahmad Zahid berkata dijangkakan air akan surut pada tengah hari ini dan berharap koordinasi dapat dilakukan untuk membantu rakyat Malaysia yang terperangkap supaya mereka dapat dibawa pulang dengan segera.
“Terutamanya para pelajar dan guru yang terperangkap, kira-kira 40 orang dan kita harap mereka bekerjasama dengan Konsul Jeneral di Songkhla untuk dapat kembali ke tanah air,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata beliau telah membentangkan kepada Jemaah Menteri bahawa kesiapsiagaan melalui Jawatankuasa Bencana Pusat dan juga Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah digerakkan bermula pada 13 Nov lepas bagi musim Monsun Timur Laut (MTL).
“Kini terdapat enam negeri yang terlibat, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta sedikit di utara Perak.
“Kita telah mengadakan koordinasi dengan Jabatan Meteorologi Malaysia, JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta agensi penguatkuasaan yang lain agar apabila amaran berpindah itu diberi tiga hari lebih awal daripada jangkaan untuk luruan hujan bertambah dan air meningkat, maka kita harap amaran awal ini dapat dipatuhi sepenuhnya,” katanya.
Ditanya langkah diambil kerajaan sekiranya terdapat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terperangkap dalam bencana banjir, Ahmad Zahid berkata Kementerian Pendidikan mempunyai langkah-langkah yang akan dilaksanakan bagi menangani isu terbabit.
Berhubung program hari ini yang turut dihadiri Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Ahmad Zahid berkata sebanyak 1,951 orang menyertai tiga acara yang diadakan hari ini.
Terdahulu, beliau melepaskan Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah 2025 kategori 5 kilometer dan menyempurnakan Program ANMS 2025 membabitkan program Santuni MADANI bersama MyCHAMPION serta Gotong-Royong MEGA (Perangi Aedes 2.0 Peringkat Kebangsaan).
Beliau berkata terdapat peserta antaranya dari Jerman, Maldives dan Singapura yang menyertai larian Jambatan Sultan Nazrin Shah yang memasuki edisi kedua pada tahun ini.
“Insya-Allah, program larian itu akan menjadi acara tahunan. Yang paling penting adalah untuk menjadikan larian itu suatu amalan bagi kesihatan,” katanya.
BACA: Malaysia Negara Paling Fasih Bahasa Inggeris Di Asia, Pulau Pinang Negeri Paling “Top” Sumber: Bernama
The post Banjir Di Hatyai: Koordinasi Bantuan Dilakukan Dengan Kerajaan Thailand – Ahmad Zahid appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/23/banjir-di-hatyai-koordinasi-bantuan-dilakukan-dengan-kerajaan-thailand-ahmad-zahid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Zahid Jangka Kerajaan Campuran Terbentuk Selepas Prn Sabah

Ahmad Zahid Jangka Kerajaan Campuran Terbentuk Selepas Prn Sabah

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 189 hits
Ahmad Zahid Jangka Kerajaan Campuran Terbentuk Selepas PRN Sabah KOTA KINABALU 26 Nov Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjangkakan Pilihan Raya Negeri Sabah ke 17 pada Sabtu ini tidak akan menyaksikan mana mana par...
Majlis Serahan Kit Bantuan Alat Tulis Kerajaan Negeri Johor

Majlis Serahan Kit Bantuan Alat Tulis Kerajaan Negeri Johor

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 157 hits
Majlis Serahan Kit Bantuan Alat Tulis Kerajaan Negeri JohorPagi penuh makna di Tremendous apabila calon SPM menerima kit bantuan alat tulis daripada Kerajaan Negeri Johor Lebih manis majlis ini turut disaksikan oleh YDP PIBG yang sentiasa m...
Nak Balik Lapaq Dah Ni Pelancong Malaysia Ke Thailand Terkandas Akibat Banjir Besar

Nak Balik Lapaq Dah Ni Pelancong Malaysia Ke Thailand Terkandas Akibat Banjir Besar

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 190 hits
Rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir di Hatyai dan kawasan sekitarnya diminta segera menghubungi Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla bagi mendapatkan bantuan dan pemantauan Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi A...
Seram Netizen Terkejut Lihat Haiwan Ini Muncul Dalam Banjir Di Thailand

Seram Netizen Terkejut Lihat Haiwan Ini Muncul Dalam Banjir Di Thailand

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 215 hits
Seram Netizen Terkejut Lihat Haiwan Ini Muncul Dalam Banjir Di Thailand Hujan berterusan sejak Jumaat mengakibatkan beberapa kawasan tumpuan pelancongan di Hatyai Thailand dilanda banjir sekali gus menyebabkan ramai yang terkandas termasuk ...
Bajet 2026 Kedah Kerajaan Madani Lulus Rm1 425 Billion Untuk Rancangan Tebatan Banjir Kedah

Bajet 2026 Kedah Kerajaan Madani Lulus Rm1 425 Billion Untuk Rancangan Tebatan Banjir Kedah

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 236 hits
1 Akhirnya YB Kuala Nerang Exco Kedah harini mendedahkan Projek Tebatan Banjir di Kedah adalah projek Persekutuan 2 Projek Kerajaan Pusat di Kedah Ringkasan 7 Projek Tebatan Banjir di Kedah RM1 425 bilion1 RTB Sg Kedah Anak Bukit RM641 juta...
100 Rakyat Malaysia Dibawa Keluar Ke Danok Dengan Lori Treler Susulan Banjir Besar Di Selatan Thailand

100 Rakyat Malaysia Dibawa Keluar Ke Danok Dengan Lori Treler Susulan Banjir Besar Di Selatan Thailand

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 220 hits
KUALA LUMPUR Pada kira kira jam 3 pagi tadi seramai 100 rakyat Malaysia berjaya dibawa keluar ke Danok dengan menaiki lori treler selepas beberapa wilayah selatan Thailand dilanda banjir besar sejak beberapa hari lalu Perkongsian pengguna d...
Wanita Malaysia Cari Suami Hilang Ketika Banjir Di Hatyai

Wanita Malaysia Cari Suami Hilang Ketika Banjir Di Hatyai

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 200 hits
KOSMO CHERIE berkongsi gambar suaminya yang hilang di Hatyai Foto Channel 8BANGKOK Seorang wanita Malaysia sedang mencari suaminya yang hilang ketika banjir besar melanda daerah Hatyai dalam wilayah Songkhla lapor portal berita Thaiger sema...
Rakyat Thailand Terharu Bantuan Dari Malaysia Disambut Dengan Penuh Penghargaan

Rakyat Thailand Terharu Bantuan Dari Malaysia Disambut Dengan Penuh Penghargaan

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 188 hits
HATYAI Menerusi beberapa perkongsian di media sosial termasuk Yala Group kelihatan konvoi bantuan dari Malaysia memasuki Thailand bagi misi membantu mangsa banjir di Hatyai Komuniti tempatan turut mengucapkan penghargaan Terima kasih atas p...
Isteri Anak Shahrol Shiro Antara Rakyat Malaysia Yang Terkandas Banjir Di Hatyai

Isteri Anak Shahrol Shiro Antara Rakyat Malaysia Yang Terkandas Banjir Di Hatyai

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 202 hits
Isteri Anak Shahrol Shiro Antara Rakyat Malaysia Yang Terkandas Banjir Di Hatyai Pelawak Shahrol Shiro dalam satu muat naik video di akaun TikTok rasminya memaklumkan antara rakyat Malaysia yang terkandas di Hatyai merupakan isteri dan anak...
Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash

Pengalaman Berniaga Di Bazaar Karnival Ko Kurikulum Peringkat Sekolah 2025

Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine

Bunga Telang Putih


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Pemakanan Bijak Musim Perayaan Bagaimana Protein Membantu Mencegah Makan Berlebihan

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia