Hilang Bahasa Hilanglah Bangsa


Abdullah Munsyi pada tahun 1882 mengenai mentaliti bangsa Melayu terhadap bahasa mereka sendiri:
"Adalah suatu hairan lagi tercengang aku sebab melihat dan memikirkan hal orang Melayu ini belum sedar akan dirinya, dia tinggal dalam bodohnya itu oleh sebab ia tiada mahu belajar bahasanya sendiri dan tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya, maka mustahil pada akal adakah orang yang tiada belajar itu boleh menjadi pandai dengan sendirinya. Bukankah segala bangsa di dunia ini masing-masing ada belajar bahasanya?"
Mungkin isu bahasa sudah lapuk untuk diperkatakan ataupun sudah muak didengari atau dibaca di mana-mana. Walaupun jauh di sudut pemikiran ini masih berpintal soalan antara tuntutan keperluan Bahasa Inggeris di zaman ini dan juga kecemerlangan Bangsa Melayu, saya rasa perlu sedikit ruang untuk aku melontarkan pendapatku. Pertamanya jika dikatakan pada pentingnya Bahasa Inggeris, saya hanya akan sekadar mengangguk. Kedua bila ditanya bolehkah Bahasa Inggeris ditingkatkan penguasaannya melalui pengajian matematik dan sains (PPSMI), sama sekali saya bantah!
Rasis rasanya apabila kita membicarakan persoalan orang-orang Melayu. Rasis bila kita cuba membangkitkan persoalan bahasa Melayu. Rasis bila kita menceritakan berkenaan betapa ketinggalan orang - orang Melayu dari sudut ekonomi dan rasis bila kita berusaha untuk menyedarkan orang - orang Melayu betapa mereka perlu bangkit, menolak Melayu - Melayu Perdana, menolak mereka yang menitiskan apa yang telah diperuntukkan kepada orang - orang Melayu dan bangun menentukan kehebatan bangsa dan agama. Kenapa itu semua rasis? Kenapa perjuangan mempertahankan bahasa - bahasa ibunda kaum lain, mempertahankan sekolah dan sebagainya tidak dianggap rasis? Bekali dibicarakan bahawa mereka berhak menuntut, memperjuangkan dan kita juga berhak menuntut dan mempertahankan bukan dari sudut yang bersifat rasis tetapi dari sudut pembangunan bangsa itu sendiri. Sebenarnya beberapa kesedaran perlu kita beritahu, perjuangan membebaskan Melayu dari sekatan minda, sekatan perekonomian dan sekatan budaya bukan satu perjuangan mendiskriminasikan kaum lain. Ini ditegaskan berkali-kali tetapi kenapa kegerunan berlaku dan ada antara Melayu - Melayu kita yang turut risau seolah - olah ini melanggar demokrasi, melanggar hak kemanusiaan dan mendiskriminasikan Melayu. Masalah Melayu semakin kritikal bila suara untuk memartabatkan Melayu dibantahi oleh orang Melayu yang mempunyai hajat lain.
Mungkin sekali lagi kita perlu sedarkan bahawa perjuangan membasmi kemiskinan adalah perjuangan tanpa sekatan atau sempadan perkauman tetapi mungkin penelitian diberi kepada Melayu kerana Melayu dalam keadaan yang lebih rapuh. Kita bukan membicarakan soal Melayu miskin hanya dari segi harta dan pegangan ekonomi tetapi kemiskinan yang menyeluruhi Melayu adalah erti kemiskinan yang sebenarnya, bila segala ruang alternatif untuk memajukan diri tertutup. Kemiskinan yang didefinisikan dengan ketiadaan ruang untuk membangunkan, kebuntuan arah dan kesempitan pergerakan. Ini adalah bentuk kemiskinan yang lebih buruk dari kemiskinan harta kerana kemiskinan ini melibatkan diri dari segi fizikal dan jasmani. Oleh itu sedarlah bahawa Bahasa adalah jiwa bangsa, ia lebih dari sekadar rasis, jadi tiada makna jika kita tiada punya berbudi bahasa.
Usaha mendaulatkan Bahasa Melayu di segenap lapangan merupakan tindakan murni yang bukan sahaja menepati semangat undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembangan Persekutuan yang memperuntukan kedudukan istimewa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di dalam perkara 152. Usaha ini harus dilihat sebagai satu jihad untuk menguat dan mengekalkan identiti serta jati diri bangsa dan negara Malaysia. Keputusan yang diambil oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika menjadi Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan suatu ketika dahulu untuk menukar istilah-istilah asing yang digunakan pada nama jalan dan tempat di Putrajaya harus diberikan pujian serta wajib untuk dilaksanakan.
Sebagai sebuah negara berdaulat dan mengiktiraf peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kita tentu hairan apabila istilah-istilah asing seperti “Presint, Boulevard dan Parcel”digunakan secara meluas di Putrajaya. Apakah dengan menggunakan istilah-istilah sedemikian maka ia akan membantu perkembangan serta kemajuan pemerintahan negara? Sudah tentu tidak, malah ia menyumbang kepada dua kesan iaitu kekeliruan minda dan kerendahan jiwa. Ia menyumbang kepada kekeliruan minda melalui persoalan apakah tidak ada langsung istilah-istilah ataupun nama-nama di dalam bahasa kebangsaan yang boleh digunakan untuk dijadikan nama jalan dan tempat di negara kita. Ia menyumbang kepada kerendahan jiwa apabila kita secara terbuka menyokong dan berbangga terhadap penggunaan istilah-istilah asing lebih daripada istilah dalam bahasa kebangsaan sendiri. Hal sedemikian bukan sahaja berlaku di Putrajaya malah turut berlaku di segenap pelusuk negara dan adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk menyatakan keperihatinan terhadap perkara ini

Bila datangnya Thomas Kuhn dengan magnus opus-nya, The Structure of Scientific Revolutions, sepatutnya kefahaman kita tentang hubungan antara bahasa dengan budaya makin arif. Apatah lagi, sebelum itu sudah ada beberapa karya yang melakarkan perkara persis. Misalnya, menerusi Oswald Spengler dalam The Meaning of Numbers, dan Alvin White dalam Essay in Humanistic Mathematics. Semua nukilan ini sudah mendahului dalam memaparkan kelemahan ketara semesta Barat, tatkala mahu memandang bangunan ilmu secara kebelakaan. Kuhn, seorang ahli falsafah sains dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) dalam karyanya tersebut jelas menunjukkan bahawa sains tabii yang dibangunkan barat itu hakikatnya sarat nilai. Manakala Spengler menyerlahkan ikatan antara budaya dan nombor dengan begitu kemas, sementara White pula gencar memperkatakan kaitan antara budaya dengan matematik. Sebenarnya, seluruh hubungan ini mampu dipindahkan ke dalam wacana bahasa

Memang, sebahagian dari kita sering ralat kerana memikirkan bahasa itu bebas nilai. Hakikatnya, ini persepsi keliru. Bahasa adalah subjek yang sangat akrab dengan nilai-nilai ketamadunan sesuatu bangsa. ¨Bahasa jiwa bangsa¨itu adalah peribahasa yang betul, dengan syarat difahami dalam konteks yang juga betul. Bahkan, terbukti banyak peribahasa kita bukan sahaja mengandungi unsur-unsur sains sosial yang menawan, tapi sekaligus juga sains tabii-nya yang menarik. Malahan, sesetengah peribahasa kita tampaknya lebih unggul dari kosmologi sains tabii yang difahami barat. Umpamanya, ¨bagai pinang dibelah dua¨ itu adalah sebuah peribahasa yang melampaui konsep simetri yang terdapat dalam fizik barat. Tapi sayangnya, kita sendiri tidak mencungkil khazanah ini untuk dimodelkan dalam kaedah saintifik. Ketirisan penghargaan pada tamadun sendiri terhimpit lagi dengan pendekatan pendidikan yang berorientasikan bahasa serta paradigma asing. Malang sungguh, betapa dasar herot ini terus dilaksanakan biarpun bercanggah dengan tabii hubungan antara manusia dan bahasa

Bila kita menyingkirkan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan, itu sebenarnya bermakna kita turut menimbus terlalu banyak keistimewaan yang terdapat dalam jiwa bahasa itu sendiri. Bahkan, lebih pilu lagi, yang telah diruntuhkan itu adalah sistem pendidikan iaitu sektor terkental hierarki pembinaan ilmu. Wajarnya kita harus berfikir jernih, dan menyisih dengan hemah tentang perbezaan makna antara kalimah Melayu dengan Inggeris tersebut. Kefahaman inilah yang sering diabaikan. Apaila diperhalusi, terbukti ada sejarah akrab hubungan antara bahasa Melayu itu dengan Islam, sepertimana yang diwar-warkan pada 1970-an oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam Islam dalam Sejarah Kebudayaan Melayu

Bahasa Melayu, menurut al-Attas, adalah bahasa yang sarat nilai-nilai Islamnya. Memang, tesis al-Attas kini sudah boleh disanggah dengan beberapa data baru yang menunjukkan kelemahannya. Namun, sekurang-kurangnya dalam konteks makna bahasa Melayu-Islam, tesis ini maseh boleh dipertahankan lagi. Tesis inilah yang membebaskan jiwa abdi serta minda tertawan di kalangan bangsa Melayu, setelah berabad terjajah. Mithalnya, yang paling popular ialah perbezaan makna ¨keadilan¨ yang cuba disesuaikan dengan ¨justice.¨ Ternyata, dalam takrifnya yang seni, masing-masing adalah mewakili suatu kosmologi makna yang berbeza! Kalau dalam sains tabii pula, kadang-kala kita sering terperangkap dengan bentuk terjemahan mudah bagi ¨natural¨ yang kemudiannya lekas disebandingkan dengan ¨semulajadi.¨
Walhal, di sebalik kedua-dua kosakata ini mengusung makna terdalamnya iaitu yang kemudiannya sampai kepada jarak antara ateistik dan teistik. Hal seperti inilah yang tidak disedari ramai ekoran kegagalan untuk memikirkan sesuatu yang lebih jauh dari permukaannya. Sama juga dalam sistem angka. Sebelum ini, sering saja ada yang berhujah bahawa Bahasa Inggeris dilaksanakan atas alasan ¨mahu kembali ke ilmu asal.¨ Tapi, sebenarnya, ilmu asal sains dan matematik bukanlah bermula dari Bahasa Inggeris

Kesamaran ini akan terungkap bila didedahkan perkataan science itu sendiri, yang jelas sekali merupakan peminjaman dari bahasa lain. Kata itu datangnya dari scientia, Bahasa Latin. Begitu juga mathematics yang bermuara dari mathema, pinjaman dari Bahasa Greek. Bahkan, hampir seluruh angka sa — 0 sampai 9 — adalah bukan murni dari Inggeris sama sekali. Sebaliknya, seluruh angka sa Melayu terbukti lebih murni, lebih mantap, atau lebih asal dari Inggeris itu sendiri. Itulah kelebihan membangun ilmu dalam acuan sendiri. Kita membangunnya dengan kosmologinya sekali. Walau bagaimanapun, bukan sahaja Melayu, atau Islam, yang tertanam keistimewaan-keistimewaan sebegini. Tetapi, pengalaman tabii ini terhukum pada semua bahasa. Masing-masing bahasa ada keistimewaan sendiri, yang antaranya barangkali tiada pada bahasa-bahasa lain

Bahasa Jerman misalnya diketahui dalam kebanyakan displin ilmu adalah jauh lebih lengkap mengatasi bahasa Inggeris. Kelebihan ini terbina natijah dari tradisi ilmunya yang lebih lama, atau lebih asal, sedangkan penguasaan Bahasa Inggeris baru saja muncul pada abad ke-19. Di samping itu juga, bila kita bercakap soal bahasa, seringkali hujah-hujah yang dikemukakan ialah kuasa capaian keilmuan yang terdapat dalam Bahasa Inggeris itu lebih meluas, dan lebih jitu. Secara keseluruhannya, sebenarnya hujah sebegini amatlah rapuh. Bahasa Inggeris menjadi kukuh bukan kerana khazanah pengetahuan induk yang terdapat di dalamnya, tetapi kerana bahasa ini terhablur menerusi suatu proses terjemahan yang agresif yang begitu lama — di mana budaya penerjemahan ini kini kian terpinggir dalam tradisi kita

Sehingga kini, Bahasa Inggeris masih lagi bersusah payah untuk menerjemahkan banyak buku falsafah ke dalam bahasanya. Mereka tiada budaya falsafah yang tegar bebanding bangsa Jerman contohnya. Satu contoh yang kini menjadi klasik ialah buku Sein und Zeit adikarya Martin Heidegger, yang memerlukan lebih 30 tahun untuk diterjemahkan kepada khalayak berbahasa Inggeris. Bukan kerana tiada yang ingin menerjemah, tapi kerana kesukaran untuk memadankan Bahasa Inggeris agar tersuai dalam kosmologi yang Heidegger maksudkan. Ini jelas, menunjukkan kemiskinan bahasa pengungkapan falsafah yang terdapat dalam Bahasa Inggeris, berbanding Bahasa Jerman. Malah, kalau dalam bidang sains dan teknologi lagilah ketara. Sampai kini sekalipun, bangsa Jerman diakui memang terkenal dalam displin sains tabii, sampaikan mekanik kuantum itu pun sendiri diistilahkan mereka sebagai Sains Jerman bagi mencabar Teori Kenisbian Einstein yang dianggap mereka sebagai Sains Yahudi. Manakala Perancis pula kaya dalam displin sains sosial, terutamanya menerusi tradisi di Université Paris-Sorbonne

Bahasa Inggeris jika di kaji dalam perspektif kepelbagaian Eropah seperti disepakati bahawa bukanlah antara bahasa ilmu utama. Kalau tidak kerana kesungguhan mereka menerjemah, tidak mungkin Bahasa Inggeris menjadi begitu sejagat dewasa ini. Tapi, persoalannya, kenapa kita tidak meniru tatakaedah ilmu melalui penerjemahan ini? Barangkali jawapan terbaiknya kerana kedangkalan sendiri. Kita salah berfikir logik. Mantik, atau nyaya dalam Bahasa Sanskrit, yang kita pakai selama ini sedayanya cuba dikaburkan dan dikelirukan. Padahal jika mahu dibangunkan bangsa, yang perlu dilakukan ialah turut memperkasa bahasanya sendiri, selain memindahkan pengetahuan dari bahasa-bahasa lain ke dalam bahasanya

Itulah yang sepatutnya dilaksanakan melalui terjemahan, bukan sebaliknya! Selain dari itu, dampak penggunaan bahasa asing dalam pendidikan turut menghakiskan daya kreativiti sesuatu bangsa tersebut. Ini jelas termuat dalam teori linguistik, yang menghubungkan antara mutu pengaryaan dengan penggunaan bahasa intim. Hakikatnya, ¨bahasa yang paling mampu untuk kita berkreativiti adalah bahasa yang kita bermimpi.¨ Sebab itu, ekoran pelaksanaan dasar pendidikan bukan dalam bahasa sendiri, pendidikan kita akan menjadi lebih kaku, dan yang paling kuat pun hanya bertakat malar saja dengan paradigma pinjaman. Sudah tentu, secara logiknya kita takkan mungkin dapat menandingi tingkat keilmuan Inggeris, kerana cara pengaryaan kita — yang meniru itu — tidaklah akan menyamai mereka

Tidak hairan, kini sudah ada dakwaan bahawa Bahasa Inggeris itu bukanlah bahasa kreatif. Edward de Bono, pengarang Six Thinking Hats, sendiri mengakui bahawa Bahasa Inggeris bukan sebuah bahasa kreatif. Paradigma bahasanya kerap terhenti pada perkataan-perkataan tertentu yang sering dijadikan alasan tanpa-bantah. Bahasa Sepanyol, ataupun bahasa Itali, ternyata mempunyai rekod pembangunan ilmu asal yang jauh lebih cemerlang daripada Bahasa Inggeris ini. Bahasanya banyak melangkaui wacana bukan-fizikal. Usah bandingkan dengan bahasa Jerman dan Perancis, atau Latin dan Greek, sudah tentu lebih-lebihlah lagi. Harus dicatat juga, dalam tema bahasa ini, menelusuri pengalaman Eropah memang banyak iktibarnya. Menerusi mereka, kita memperoleh pengajaran bahawa bentuk pendidikan terbaik adalah membina acuan sendiri — dengan kebudayaan sendiri. Inilah yang diajar oleh negara-negara Eropah yang kecil, seperti Czech, Norway, Bosnia & Herzegovina, Luxembourg, dll itu. Mereka sehingga kini terus melestarikan bahasanya sendiri di kala hambatan globalisme Bahasa Inggeris. Hasilnya, mereka tidak hilang identiti, tapi tidak juga tertinggal arus perkembangan ilmu sejagat

Sweden mungkin yang terbaik. Dalam contoh ini, lebih dari dua pertiga rakyat Sweden memang terbukti mampu menguasai Bahasa Inggeris, meskipun dalam waktu yang sama seluruh sistem pendidikan dan urusan domestik mereka adalah dilaksanakan dalam bahasanya sendiri. Jadi, persoalannya, kenapa kita tidak meneladani dari negara-negara Eropah ini, yang jelas lebih berjaya dan bergaya dari negara kita sendiri? Ini samalah dengan beberapa negara-negara Asia — China, Korea, Taiwan, Hong Kong — yang mana sistem pendidikan dalam bahasa sendiri mereka telah berjaya melahirkan olimpiad-olimpiad emas dalam beragam pertandingan sains antarabangsa, meskipun mereka tidak faseh berbahasa Inggeris. Malah, Amerika Syarikat dan Britian sendiri akhirnya terpaksa mengalah dengan kehebatan pelajar negara-negara Asia ini, sehingga mereka sering saja ´mencuri´ pelajar-pelajar asing ini untuk dihantar mewakili mereka dalam olimpiad antarabangsa tersebut. Sebab itu, jangan hairan jika ada kenyataan bahawa Anglo-Saxon itu bukanlah sebuah bangsa yang bijak. Anehnya, kita yang terhegeh-hegeh memikirkan bahawa Bahasa Inggeris itu bersinonim dengan sains dan matematik. Walhal, itu berbeza. Kita boleh semak saja pengalaman Amerika Syarikat. Mereka akhirnya terpaksa meminjam minda-minda luar untuk merintis pengetahuan baru buat mereka

Tawaran Amerika Syarikat kepada saintis-saintis Jerman sewaktu Perang Dunia Kedua, bagaimana mereka mendepa tangan pada Albert Einstein, Thedeor Adorno, Kurt Gödel, dll, demi mebangunkan ilmu di negara tersebut. Namun, sayangnya, semua hujah-hujah ini gagal dihayati oleh para perumus dasar bahasa dalam sistem pendidikan kita. Hari ini, negara-negara Eropah berbahasa Inggerís sudah menilai kembali pendekatan dalam sistem pendidikan mereka. Mereka bermuhasabah kerana menyedari adanya keherotan dalam teknik pengajaran dan pembelajaran. Malah, Amerika Syarikat turut mengambil langkah awal dengan mula menawarkan pendidikan dalam Bahasa Sepanyol untuk kalangan Hispanik dan Latino — selepas menginsafi keperluan untuk mengajar dalam bahasa bangsa itu sendiri. Tapi, kita? Kita — dengan niat — untuk mengambil jalan pintas dalam rangka mengejar status negara maju menerusi dasar peng-inggeris-an, rupa-rupanya sedang memintas jalan kemunduran. Di saat khalayak makin tahu erti serta kepentingan sesuatu ilmu haruslah dibangunkan dalam acuan sendiri; bahasa sendiri — yang sarat nilai, nyata identiti, dan penuh pengaryaan — kita sebaliknya terus bebal dengan fikiran singkat yang sampai kini pun masih tak kenal jatidiri

Jepun terbukti sebuah negara yang sangat maju dalam sains dan teknologi. Demi untuk memberi peluang kepada pelajarnya menghayati sains dan matematik sehingga lahir pemikiran sains dan pemikiran matematik, mereka menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa untuk mengajar sains dan matematik walaupun Bahasa Inggeris tidak di abaikan. Keberkesanan penguasaan Bahasa Inggeris menekankan kepada penguasaan grammar, communicative approach dan authentic material. Semua itu dapat di laksanakan di kelas Bahasa Inggeris bukannya di kelas sains dan matematik. Penguasaan Bahasa Inggeris tidak ada kaitan menghafal istilah sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Pengajaran sains dan matematik dalam BI malah menghancurkan pengajaran matematik dan sains kepada satu suasana yang membinggungkan dan membosankan. Sains dan matematik pula bukan hanya terhad kepada menghafal istilah dan fakta tetapi lebih kepada melahirkan insan sains matematik yang dapat mencabar teori lama dengan pemikiran baru. Meletakkan halangan bahasa kepada pengajaran Sains dan matematik adalah silap dan satu kecelakaan. 
"Hilang Bahasa Hilanglah Bangsa"

Mohd Saifullah B Hj Dolmat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://gpmsmelaka.blogspot.com/2016/09/hilang-bahasa-hilanglah-bangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Ini Sedih Masih Ada Golongan Tolak Ilmu Belajar Dan Mengajar Mandarin Dikatakan Agungkan Bahasa Bangsa Lain

Wanita Ini Sedih Masih Ada Golongan Tolak Ilmu Belajar Dan Mengajar Mandarin Dikatakan Agungkan Bahasa Bangsa Lain

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 228 hits
TIDAK memiliki dar4h kacukan Cina wanita dari Skudai Johor ini membuktikan dirinya mampu mengajar bahasa Mandarin seperti seorang profesional Menurut Faiezah Ahmad Fauzi dia tidak memiliki ramai kawan Melayu selain pelajarnya sendiri sebali...
Caprice Nak Ajar Anak Tiri Cakap Bahasa Inggeris Peminat Bergurau Panggil Daddy Cap

Caprice Nak Ajar Anak Tiri Cakap Bahasa Inggeris Peminat Bergurau Panggil Daddy Cap

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 359 hits
SETELAH sekian lama menyepi kini penyanyi rap sensasi Caprice kembali aktif di media sosial berkongsi foto dan video mesra selepas bergelar suami kepada ibu tunggal anak satuMalah Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli 33 juga berkongsi wa...
Harapan Martabatkan Bahasa Melayu

Harapan Martabatkan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 174 hits
PERSIDANGAN Dewan Rakyat Merupakan sesuatu perkara yang di nantikan oleh setiap rakyat marhein di Malaysia bagi melihat setiap ahli parlimen berbahas Banyak isu yang telah dibincangkan dengan rancak oleh setiap rakyat yang prihatin terhadap...
Sembuhkan Penyakit Bahasa Melayu

Sembuhkan Penyakit Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 248 hits
MUKADIMAHDALAM pertemuan 20 minit di pejabat Yang Dipertua Dewan Negara di Parlimen tengah hari kelmarin TAN SRI DR RAIS YATIM menarik perhatian satu isu yang pada pengamatannya cukup besar hari ini Iaitu untuk mengembalikan bahasa Melayu s...
Azizulhasni Awang Kongsi Tip Ajar Anak Kuasai Bahasa Memang Mencabar Tapi Practice Makes Perfect

Azizulhasni Awang Kongsi Tip Ajar Anak Kuasai Bahasa Memang Mencabar Tapi Practice Makes Perfect

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 445 hits
Pelumba basikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang berkongsi cabaran membesarkan anak anak di perantauan Paling mencabar baginya adalah tahap penguasaan bahasa Melayu kedua dua puterinya yang kurang lancar setelah sekian lama di besar...
Hiburan Ianya Bahasa Street Mk K Clique Nafi Guna Bahasa Rempit Dalam Lagu Terbaharu Sapu Rata

Hiburan Ianya Bahasa Street Mk K Clique Nafi Guna Bahasa Rempit Dalam Lagu Terbaharu Sapu Rata

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 311 hits
Penyanyi yang kini bergelar pelakon K Clique menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia menggunakan bahasa rempit dalam lagu single terbaharunya yang berjudul Sapu Rata 1 minggu lalu Saya Masih Belajar MK K Clique Harap Tak Lagi...
Video Inikah Yang Nak Dijadikan Contoh Dia Tak Faham Bahasa Inggeris Dia Marah Pada Wartawan Kah Kah Bodo Punya Lebai

Video Inikah Yang Nak Dijadikan Contoh Dia Tak Faham Bahasa Inggeris Dia Marah Pada Wartawan Kah Kah Bodo Punya Lebai

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 255 hits
VIDEO Panas Menteri Agama koyak disoal wartawan isu judiVideo Play Wartawan tanya elok elok Jawab la elok elok Wartawan tanya elok elok Jawab la elok elok JANGAN TUNJUK BODO Kalau nak minta soalan ditanya dalam Bahasa Melayu bagitahu elok e...
Netflix Bangunkan Remake Bahasa Inggeris Filem Korea Selatan Time To Hunt

Netflix Bangunkan Remake Bahasa Inggeris Filem Korea Selatan Time To Hunt

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 233 hits
Menurut Deadline Netflix kini sedang dalam proses membangunkan remake berbahasa Inggeris Time to Hunt berdasarkan filem aksi thriller dystopian Korea Selatan yang telah ditayangkan pada tahun lepas Di samping itu pengarah Night Teeth Adam R...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation