Wanita Ini Sedih Masih Ada Golongan Tolak Ilmu Belajar Dan Mengajar Mandarin Dikatakan Agungkan Bahasa Bangsa Lain


TIDAK memiliki dar4h kacukan Cina, wanita dari Skudai, Johor ini membuktikan dirinya mampu mengajar bahasa Mandarin seperti seorang profesional.
Menurut Faiezah Ahmad Fauzi, dia tidak memiliki ramai kawan Melayu selain pelajarnya sendiri, sebaliknya hanya berkawan dengan ahli keluarga dan rakan berbangsa Cina sejak kecil.
Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Cikgu Zazah mula belajar bahasa Mandarin sejak berumur tiga tahun di sebuah sekolah tadika Cina sebelum menamatkan pengajian dari tingkatan satu hingga tingkatan enam di sebuah sekolah swasta Cina.
“Semua subjek saya belajar dalam bahasa Mandarin kecuali Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sajak pun dalam tulisan Cina,” tambahnya.
Cikgu Zazah yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti di Skudai, Johor berkata, dia sudah terbiasa sejak dari kecil berkawan dengan individu berbangsa Cina.
“Tujuan ayah menghantar saya bersekolah di situ sejak kecil supaya saya memiliki peluang besar dalam berurusan dengan orang Cina dalam bidang bisnes.
“Ayah pernah cakap dulu, nanti mudah dia nak deal bisnes… tak perlu upah translator,” imbasnya.
Bercerita lanjut, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, tamat persekolahan dia kemudian melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Kampar, Perak dalam jurusan Psikologi dan di situ juga memiliki hampir 90 peratus kawan berbangsa Cina.

Faiezah bersama rakan-rakan yang tinggal serumah dengannya semasa belajar di universiti.
Mengimbau kembali zaman persekolahannya, Cikgu Zazah bersyukur apabila dikelilingi rakan yang baik dan tidak pernah menyisihkan kehadirannya walaupun pada asalnya agak sukar untuk menyesuaikan diri kerana perbezaan agama dan budaya.
“Mereka ni kita kena beritahu kalau tidak mereka tak akan tahu. Contohnya saya cakap agama saya melarang makan b4bi atau minum arak baru mereka faham,” jelasnya.
Cikgu Zazah, bagaimanapun mengakui tidak terlepas daripada kata-kata negatif daripada segelintir orang sekeliling, namun hal itu tidak pernah membuatkan dia patah semangat dan mengabaikan sahaja perkara tersebut.
Ambil keputusan mengajar Mandarin
Setelah menamatkan pengajiannya, Cikgu Zazah mendedahkan bahawa dia mengalami fasa ‘down’ apabila tidak memiliki sumber kewangan yang stabil pada ketika itu.
Ketika itulah dia mengambil keputusan untuk mengajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Skudai, Johor sebagai guru bahasa.
“Mula-mula mengajar tu agak tertekan sebab saya tak minat mengajar tetapi bila tengok keputusan pelajar semakin baik, dari gred F ke C, B boleh jadi A, saya terus jadi lagi semangat nak teruskan mengajar.
“Saya mengajar pelajar Cina sampai ada yang dapat A subjek Bahasa Melayu. Ada mak ayah yang datang jumpa saya cakap happy tengok peningkatan keputusan ujian anak mereka,” ujarnya.
Ternyata usahanya sebagai pendidik tidak terhenti di situ sahaja apabila telah ditaja oleh sebuah pusat kebudayaan untuk menjalani kursus latihan mengajar bahasa Mandarin di China.

Bersama-sama dengan pelajar lain semasa berada di Guang Zhou, China.
Selepas memiliki kemahiran setelah mengikuti program tersebut, dia mula menerima orang dewasa yang berminat untuk belajar dan menjadi pelajarnya.
Kini dia bersama suaminya, Badrun Nidzam Mohamed Derapar, 36, yang merupakan graduan sebuah universiti di Mesir membuka pusat tuisyen mereka sendiri di mana suaminya mengajar mengaji dan ilmu agama manakala dia sebagai guru mengajar Mandarin.
Buat masa sekarang dia mengadakan kelas online asas secara percuma di live Facebook, Instagram dan TikTok secara serentak kepada mereka yang ingin mempelajarinya.
“Pelajar saya banyak dari bangsa Cina yang nak belajar bahasa Melayu. Mereka akan ajukan soalan-soalan atau perkataan yang mereka tak tahu sebut Melayunya untuk saya terangkan semasa buat live,” kata Cikgu Zazah.
Budaya baik bangsa Cina menjadi ikutan
Bercerita lanjut Cikgu Zazah berkata antara budaya yang menjadi ikutan selama berkawan dengan rakan Cina adalah disiplin mereka dengan masa dan juga dari segi kewangan.
“Apa yang saya lihat mereka tak suka meminta-minta, kalau mereka mahukan sesuatu, mereka usahakan sendiri sampai dapat,” kata Cikgu Zazah.
Selain belajar di sekolah, Cikgu Zazah berkata dia lebih gemar menonton drama atau filem Cina di televisyen kerana mendapat akses siaran di Singapura kerana dia menetap bersama keluarga di Johor.

Cikgu Zazah bersama pelajar-pelajar yang megikuti kelas tambahan diadakan.
Dalam pada itu Cikgu Zazah juga banyak menghabiskan masa lapangnya menonton YouTube.
Dia lebih gemar menonton cerita genre per4ng yang memiliki sejarah dahulu kala berbanding cerita bervnsur romantis.
“Kalau tengok cerita Cina dekat rumah saya akan translate dekat suami sebab dia tak reti cakap Cina,” tambahnya.
Cabaran mengajar bahasa bangsa lain
Selain menjadi guru bahasa secara online, Cikgu Zazah juga merupakan pensyarah sepenuh masa di sebuah institut di Johor yang mengajar subjek Mandarin.
“Pernah juga ada orang tegur masa saya live tengah mengajar, awak Melayu kenapa nak agungkan bahasa bangsa lain?” katanya yang berasa pelik dengan pertanyaan tersebut.
“Sampai ada yang suruh saya pergi mengaji, padahal suami saya sendiri ustaz mengajar mengaji tak cakap macam tu,” ujarnya.

Gambar Faiezah semasa mengajar di kelas tambahan.
Bagi Cikgu Zazah semua orang perlu berebut mencari ilmu, bukan menolak ilmu.
“Sampai satu tahap tu, ada yang hantar gambar bukan-bukan dekat saya. Kadang-kadang saya tak tahan kena tegur masa live, saya ambil keputusan block sahaja orang yang tiada adab,” keluhnya.
Niat baik yang disalah erti tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mengajar kerana dia mahu setiap individu dalam masyarakat berkawan dengan semua kaum.
Pelajarnya sendiri semakin berkembang di media sosial di mana dia kini memiliki jumlah pengikut yang ramai dan setia dengan sesi live yang diadakan setiap hari.
 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar


Sumber: Sinar Viral

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2021/11/wanita-ini-sedih-masih-ada-golongan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Adam Af Akui Masih Terbuka Hati Terima Wanita Lain Dalam Hidup

Hiburan Adam Af Akui Masih Terbuka Hati Terima Wanita Lain Dalam Hidup

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 387 hits
Penyanyi atau kini lebih mahu dikenali sebagai Pangiran Adam memaklumkan bahawa dia masih membuka hatinya untuk terus menerima wanita lain dalam hidupnya Advertisementwalaupun sudah lima tahun bergelar duda Adam memberitahu yang tiada istil...
Kunkwan Online Mandarin Class Ajar Kanak Kanak Dewasa Kuasai Bahasa Mandarin

Kunkwan Online Mandarin Class Ajar Kanak Kanak Dewasa Kuasai Bahasa Mandarin

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 381 hits
Kunkwan Online Mandarin Class Ajar Kanak Kanak Dewasa Kuasai Bahasa Mandarin Belajar bahasa cina tidak semua orang pernah lakukan Tambahan pula mind set orang kita bahasa mandarin ini hanya untuk orang cina Sedangkan fikiran itu salah Malah...
Hilang Bahasa Hilanglah Bangsa

Hilang Bahasa Hilanglah Bangsa

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 335 hits
Abdullah Munsyi pada tahun 1882 mengenai mentaliti bangsa Melayu terhadap bahasa mereka sendiri Adalah suatu hairan lagi tercengang aku sebab melihat dan memikirkan hal orang Melayu ini belum sedar akan dirinya dia tinggal dalam bodohnya it...
Pengorbanan Melayu Untuk Bangsa Lain

Pengorbanan Melayu Untuk Bangsa Lain

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 157 hits
Terlebih dahulu saya ingin jelaskan kepada bangsa bangsa lain tujuan saya ketengahkan artikel atau isu ini bukanlah bertujuan untuk menyemarakkan semangat perkauman di kalangan Melayu ataupun ingin memusuhi bangsa lain terutamanya cina Tida...
Hukum Cukur Bulu Kening Bagi Wanita

Hukum Cukur Bulu Kening Bagi Wanita

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 352 hits
SOALAN Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsu...
Dah Bayar Rm2 500 Tapi 6 Bulan Masih Belum Bertemu Jodoh Penjawat Awam Serang Staff Wanita Dalam Lif

Dah Bayar Rm2 500 Tapi 6 Bulan Masih Belum Bertemu Jodoh Penjawat Awam Serang Staff Wanita Dalam Lif

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 353 hits
Hasrat mencari jodoh melalui sebuah laman web menemui kegagalan mengundang seorang detektif koperal bertindak memukul wanita berusia 34 tahun di Jalan 2 Chan Low Lin pada Selasa lalu Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idz...
Belajar Nama Binatang Dalam Bahasa Inggeris Dengan Latihan Berwarna

Belajar Nama Binatang Dalam Bahasa Inggeris Dengan Latihan Berwarna

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 326 hits
Belajar Nama Binatang dalam Bahasa Inggeris dengan Latihan Berwarna ini sesuai untuk diberikan kepada murid sekolah rendah dan murid prasekolah Ibu bapa dan guru hanya perlu mencetak bahan yang diberikan dan bimbing kanak kanak supaya dapat...
Saya Masih Belajar Mk K Clique Harap Tak Lagi Dilabel Kayu

Saya Masih Belajar Mk K Clique Harap Tak Lagi Dilabel Kayu

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 262 hits
Salah seorang anggota kumpulan K Clique MK berharap agar dirinya tidak dilabel pelakon 8216 kayu 8217 kerana baru berjinak jinak dalam dunia lakonan melalui drama The Hotel dan Oh My Hantaran ARTIKEL BERKAITAN Bukan Kayu Cum
Lisa Blackpink Sah Positif Covid Ahli Lain Masih Tunggu Keputusan

Lisa Blackpink Sah Positif Covid Ahli Lain Masih Tunggu Keputusan

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 395 hits
Lisa BLACKPINK telah disahkan positif COVID 19 Pada 24 November YG Entertainment telah mengeluarkan kenyataan berikut Ini adalah YG Entertainment Lisa BLACKPINK telah disahkan positif COVID 19 tengah hari tadi Tiga ahli BLACKPINK yang lain ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah