Hikmah Pengkhianatan Kepada Ph Buktikan Tuduhan Umno Pas Memakan Diri



Setelah saya membaca & melihat posting-posting saudara-saudara dalam group ini, bagi saya sebenarnya pengkhianatan ini banyak untungnya. Kerana HIKMAHNYA FITNAH kepada PH AKAN TERLERAI.Saudara-saudara janganlah bersedih hati. Ambil masa utk tempoh bertenang. Dlm berpolitik tak perlu kita sampai memukul sesiapa. Itu politik rimba...setahu saya ahli atau penyokong PH ini adalah kelompok intelektual politik cukup dengan membaca, memahami, mengkaji & menilai.Seharian saya duduk membaca...saya nak tanya...bukankah agama ku mengajar setiap yg berlaku pasti byk hikmahnya?Sekarang saya menjumpai jawapan untuk diri sendiri & semua yang ada.Ya tentunya fitnah yg di lemparkan kepada PH sukar dijawab selama 2 tahun akan terjawab selepas ini. Bukankah dlm kehidupan membina ketakutan itu lebih mudah dari membina kepercayaan.Lihatlah hikmah Tuhan...selama ini umat Melayu percaya Islam terancam, kilang arak, lesen judi, rumah urut, hudud tak boleh dilaksanakan, kes Adib, kes pemandu mabuk, tidak tangkap pengamal LGBT dan bermacam-macam isu semuanya kerana kerajaan PH bukannya di bawah kuasa PM Melayu tetapi kononnya dipimpin oleh DAP. Seperti yang disebut oleh saudara2 kita di dalam posting mereka di dalam group ini.Tun Mahathir dituduh tunduk pada Cina DAP sebab kes Adib tak selesai atau tidak dpt memuaskan hati sesetengah org Melayu, Anwar Ibrahim dituduh barua Cina DAP sebab itu tak layak jadi PM sdgkan di rumahnya bacaan Yasin dan Bayan setiap minggu. Semuanya ini akan mudah dijawab selepas ini. Kita tunggu & lihat sahaja kerana ianya akan terungkai satu persatu.Mungkin Tuhan mahu hentikan fitnah dan mahu tunjukkan benarkah mereka itu berjuang atas nama agama atau menjual agama ini utk tujuan politik.Dulu pemimpin Amanah kata hudud buat kemudian dituduh tolak hudud hingga terkeluar mereka dari PAS. Bila Hadi kata hudud sukar dilaksanakan...semua akur. PH letak calon bukan Islam dia kata wajib pilih calon Islam, bila letak calon Islam (seorang Imam) dia kata tidak wajib pilih yg Islam. Seolah Islam ini milik eksklusif satu kelompok yg tak boleh berbeza pendapat.2 tahun mereka tuduh pemimpin Melayu PH tak mahu tutup kilang arak, tidak membela kes Adib, tidak perjuangkan tulisan Jawi. Kita sama2 tgk selepas ini adalah kilang arak ditutup atau tidak?Musim PKP ini dah nampak kilang arak di beri pelepasan beroperasi sebelum dikritik hebat boleh rakyat, kes Ajib selesai atau tidak. PAS kini menjadi kerajaan. Apa dalil mereka nak bagi?Saya memilih untuk menyokong PH bukan kerana sokong Cina, bukan kerana benci ahli UMNO atau PAS tapi kerana bencinya saya pada *rasuah*. Ahli PAS dan UMNO itu saudara sesama Islam bukannya saya bermusuh dgn mereka apatah hanya kerana politik.TS Muhyiddin dlm byk video sendiri mengatakan Najib curi duit 1MDB. Malah dlm kenyataannya dia membidas PAS kerana sanggup bercium mulut & bekerjasama dgn perompak. Jika pemimpin UMNO itu bersih nescaya saya tidak menulis untuk menentang mereka.Adakah saya wajib kena pilih Melayu walaupun pemimpin itu merompak wang rakyat? Merompak dana fakir miskin? Ajaran Islam mazhab apa yg mengajar begitu?Di negara2 maju persaingan parti politik adalah dari manifestonya. Tapi di negara kita manifestonya cukup diperbodohkan dgn isu agama dan bangsa. Hingga perkara dibolehkan dijadikan haram malah diperbesarkan.Saya ada terbaca satu petikan dari TGNA *"Saya sendiri sentiasa konsisten bahawa budaya politik rasis sewajarnya layak dibuang terus dari kamus masyarakat Malaysia.**"Cuma apa yang dilihat benda itu sebagai pelik pada zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama,"* antara petikan kata2 TGNA seorang ulama yg disayangi pelbagai pemimpin agama.Saya berhujah dgn ramai kawan2...ya saya setuju ada kata2 segelintir pemimpin DAP yg tidak bijak utk menjaga hati org2 Melayu. Walaupun MCA senada tetapi kerana maklumat yg disabotaj dari dalam atau org Melayu kata musuh dlm selimut...persepsi mengatasi segalanya.Puas saya berhujah yg saya menolak kerjsama dgn kerajaan pintu bekalang ini dgn sahabat dan rakan2 saya, akhirnya mereka hanya menggunakan ayat kepada saya bahasa saya bodoh, barua Cina, otak udang, babi dan bermacam-macam utk menyakinkan saya agar benci dgn Cina DAP.Akhirnya saya berhenti berhujah kerana dlm apa situasi dgn saya utk menyakinkan sesuatu perkara mesti dibawa dgn hujah yg menyakinkan. Maki hamun itu bukan hujah.Pengajaran juga kpd DAP, mereka selepas ini mesti mendidik pemimpinnya matang dlm berpolitik. Memang Benar DAP banyak memperuntukkan bajet utk agama Islam di Pulau pinang tetapi dlm pemahaman Melayu kelompok *'malas berfikir'* (kawasan bandar) dan Melayu yg *tidak mampu berfikir* (luar bandar) DAP ini adalah parti Komunis. Kebaikan kamu dihapuskan hanya dgn persepsi.DAP kena banyak belajar dgn Inggeris. Bagaimana Inggeris mampu menawan hati org Melayu. Bagaimana org Melayu boleh mentafsir Jepun dan Komunis itu penjajah (musuh) tetapi British adalah bangsa yg membangunkan Tanah Melayu. Cukup sekadar permainan persepsi.Buat saya & pesan saya kepada sahabat2 PH termasuk pemimpin2 PH pula, tentulah byk perkara yg boleh diambil sebagai hikmah.Pertama, jgn mudah percaya kpd kawan yg baru dikenali. Bukan sahaja dlm berpolitik tetapi di mana2. Kena kenal hati budi dulu.Kedua, tentulah jgn lupa kawan lama. Bila menang, rakan yg berjuang dan susah senang bersama dilupakan. Malah mahu berjumpa pun susah apatah lagi pandangan kawan lama tidak dipedulikan.Tanya saya situasi politik tidak mengharap langsung pengundian Dewan Rakyat. Ini kerana semua maklum pemimpin2 negara kita berjuang lebih kpd kepentingan diri. Bila2 masa mereka boleh berubah dgn mudah.Pemasalahan yg perlu difikirkan oleh penyokong2 PH ialah bagaimana menangani persepsi yang selalu di mainkan oleh PN. Ini kerana tanggapan seseorang manusia terpulang tahap suka atau kebenciannya bagaimana kpd individu atau kelompok itu. Kalau dia suka apa saja walau salah akan jadi betul. Kalau benci, betul berkata-kata sudah mahu disanggahnya.Walaupun mereka tahu yg jadi PM itu Melayu. Yg mempunyai kuasa perlantikan adalah ke bawah Duli Agong juga Melayu. Hanya dgn kuasa PM Melayu maka hilang jawatan2 semua pemimpin2 Cina tetapi masih beranggapan Cina yg menguasai dan memerintah samada tertipu atau ditipu dgn niat.Persepsi kebencian politik telah mengatasi dari kepentingan agama itu sendiri. Contoh apa sahaja yg dibuat Menteri Agama, Dr Mujahid semua tak kena. Mujahid dikata buruk akhlak walaupun tujuannya iaitu menunjukkan ahklak yg baik kpd bukan Islam sepertimana ditunjukkan Rasulullah saw.Ok saya juga akan berehat dari serius menulis. Dah penat dan saya redha. Pesanan saya, berpolitik cara sihat dan fokus kpd pemasalahan yg lepas. Berlapang dada lah kita semua, bertenang dan ambil ia sebagai hikmah yg baik dari Tuhan.Kpd pihak yg mengapi-api kebencian perkauman cukup2 lah. Mereka pun bukan diminta dilahirkan sebagai Cina, India, Dusun dan sebagainya. Mereka tidak curi duit rakyat tetapi mereka dihina hanya mereka berpolitik bersama DAP. Satu pernilaian yg sgt rasis dan tidak adil utk mereka.Islam agama kasih sayang dan bukan kebencian.Kata Gus Mus... *"Agama itu menerangi, bukan membenci. Agama itu mengajak, bukan menyepak. Agama itu rahmat, bukan kebencian. Agama itu tidak hanya teriak Allahu Akbar di pinggir jalan."*Gus Mus memberitahu lagi bahwa bukan sedikit masyarakat awam yg tertipu dgn penampilan2 org yg mengaku tokoh agama, tetapi perilakunya jauh dari ajaran agama. *“Jangan lihat janggutnya, jubahnya, Allahu Akbarnya, tapi lihat perilakunya,”*.Apa salah Anwar dia nak jaga anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Dayak, anak Iban, anak Dusun, anak Bugis dan lain2. Bukankah mereka ini anak Malaysia yg wajib pemimpin Islam bela mereka yg miskin, yg perlukan bantuan. Insani.C@P





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/hikmah-pengkhianatan-kepada-ph-buktikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Dan Umno Adakan Pertemuan Tertutup Di Kedah Apa Tandanya

Pas Dan Umno Adakan Pertemuan Tertutup Di Kedah Apa Tandanya

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 407 hits
Laporan PAS Kedah Umno hadiri perhimpunan tertutup di Alor Setar Kedudukan kerajaan Bersatu dan Pakatan Harapan di Kedah menjadi perhatian apabila media melaporkan satu pertemuan tertutup dalam kalangan pemimpin kanan PAS berlangsung di Alo...
Pilih Dan Sokonglah Umno Bersatu Dan Pas Sudah Tiada Beza

Pilih Dan Sokonglah Umno Bersatu Dan Pas Sudah Tiada Beza

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 329 hits
Tolak maszlee mukhriz mahathir Melayu terus mercu dan makin hebat di mata dunia Dah Tak segan silu dah Tak rasa bacol untuk mengaku Melayu Malaysia di luar negara Bangga
Pas Kedah Umno Berhimpun Di Tengah Ancaman Covid 19

Pas Kedah Umno Berhimpun Di Tengah Ancaman Covid 19

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 333 hits
Pas Kedah Umno berhimpun di tengah ancaman Covid 19Walaupun negara masih diancam pandemik Covid 19 pemimpin kanan Pas Kedah dan Umno dikatakan menghadiri pertemuan tertutup di Alor Setar hari ini Pertemuan tersebut difahamkan dihadiri Setia...
Naib Presiden Pas Terkena Pukauan Mca Tertelan Kail Umno

Naib Presiden Pas Terkena Pukauan Mca Tertelan Kail Umno

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 311 hits
ARIF ATAN Pemimpin kanan sebuah parti berlabel Islam sepatutnya membawa idea idea keharmonian dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama tegas Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH Ustaz Zolkharnain Abidin Walau bagaimanapun katanya ap...
Ikut Logik Umno Pas Harga Minyak 80 Sen Seliter

Ikut Logik Umno Pas Harga Minyak 80 Sen Seliter

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 287 hits
Kredit Ipohmali 2 3 hari ini Harga minyak dunia dalam ukuran brent telah naik ke paras USD 30 berlegar dalam purata USD 20 dalam tempoh 3 minggu yang lalu ini disebabkan banyak dari negara Dunia termasuk Malaysia telah membuka ruang ekonomi...
Pas Dan Umno Akan Ambil Alih Kedah

Pas Dan Umno Akan Ambil Alih Kedah

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 375 hits
ALOR SETAR Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi UMNO Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom tiba di Kompleks PAS Kedah jam 11 pagi tadi Terdahulu Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan Pesuruhjaya PAS Kedah...
Muhyiddin Kekal Pm Ap Umno Pas Sokong Penuh

Muhyiddin Kekal Pm Ap Umno Pas Sokong Penuh

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 366 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin FOTO BERNAMAKUALA LUMPUR Semua Ahli Parlimen UMNO dan PAS akan memberikan sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal mentadbir negara sebagai Perdana Menteri Dalam satu kenyataan bers...
Umno Pas Adakan Sesi Perbincangan Khas Petang Tadi

Umno Pas Adakan Sesi Perbincangan Khas Petang Tadi

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 392 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan satu perbincangan khas diadakan di antara kepimpinan tertinggi UMNO dan Pas di pejabat Muafakat Nasional di bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra petang tadi
Daripada Dibuli Umno Pas Elok Bersatu Kembali Kepada Ph

Daripada Dibuli Umno Pas Elok Bersatu Kembali Kepada Ph

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 288 hits
ULASAN Kebelakangan ini beberapa pemimpin Umno di peringkat nasional dan negeri telah membuat kenyataan mengenai Bersatu dan kerjasama politik antara Umno dan Pas dalam Muafakat Nasional Saya percaya ramai ahli ahli Bersatu dan Umno telah m...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof