Hikmah Di Sebalik Pandemik Covid 19




Oleh Nor Asree Mohd Noh
KINI, seluruh dunia diuji dengan penularan pandemik Covid-19. Sejak itu, dilihat banyak pihak terkesan akibatnya dalam menempuhi kehidupan seharian.
Di Malaysia, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengubah sedikit sebanyak cara kehidupan kebanyakan rakyat.
Hal ini kerana pergerakan setiap orang terbatas, tidak seperti kebiasaan. Contohnya, orang ramai tidak dibenarkan bebas bergerak dari satu tempat ke tempat lain atau keluar bekerja atau bersosial di tempat awam atau lain-lain.
Langkah yang diputuskan kerajaan ini bertujuan menghentikan penularan pandemik Covid-19.
Justeru, tidak mustahil jika ada segelintir yang bersikap negatif umpama tidak reda dengan takdir disebabkan kesukaran yang perlu dilaluinya ketika ini. Allah SWT berfirman: “(Iaitu) Orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (Ali Imran, ayat 191).
Menurut Imam Tabari dalam tafsirnya bahawa perkataan ‘haza’ (ini) dalam ayat terbabit merujuk apa saja ciptaan Allah di langit dan bumi adalah bukan sesuatu yang sia-sia.
Justeru, refleksi daripada ayat terbabit adalah bahawa setiap orang tidak perlu sedih dan terbeban ketika mengharungi kesukaran saat wabak ini.
Sebaliknya, mereka wajib menyakininya sebagai satu ujian dan di situ pasti terdapat seribu satu hikmah yang dikurniakan Yang Maha Kaya. Antara hikmah di sebalik wabak ini ialah terbukanya pintu bagi orang ramai untuk melakukan amal kebaikan.
Terzahirnya di mana semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang yang tidak putus membantu dalam menyumbang tenaga mahupun harta mereka demi kesejahteraan orang lain.
Ada yang mengorbankan masa dan tenaga siang malam di kala orang lain beristirahat di rumah seperti petugas di baris hadapan dalam kalangan doktor, jururawat, polis dan tentera.
Ada sebahagian yang sukarela menghulurkan bantuan bekalan makanan untuk mereka yang dalam kesusahan seperti orang gelandangan, ibu tunggal dan orang yang hilang pendapatan harian.
Sehingga di saat apabila keperluan peralatan perlindungan diri (PPE) yang begitu tinggi dalam kalangan petugas hospital, maka muncul dari pelbagai pihak termasuk dalam kalangan agensi kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu yang bersegera menyumbang idea dan tenaga untuk menyediakannya.
Malah, ada juga individu dermawan turut mengambil berat hal ehwal masyarakat di sekeliling mereka tidak kira sama ada di kampung mahupun bandar.
Ini salah satu amal atau sedekah jariah yang besar ganjarannya di sisi syarak. Di sebalik hikmah orang lain berada dalam kesulitan, maka ada yang tampil memenuhi hajat saudaranya di mana ia sangat dituntut agama, lebih-lebih lagi ketika ini umat Islam berada di dalam bulan Ramadan.
Nabi SAW dikatakan orang yang paling dermawan ketika berada di bulan ini. Selain itu, Allah berfirman mengenai kurniaan-Nya yang digandakan terhadap dermawan: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya) dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia” (al-Hadid: 18).
Penulis adalah Timbalan Dekan & Pensyarah, Fakulti Bahasa dan Pendidikan, Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim).
HM




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/05/04/hikmah-di-sebalik-pandemik-covid-19/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hikmah-di-sebalik-pandemik-covid-19

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Kita Lebih Menghargai Isteri Frontliner Covid 19 Cerita Hikmah Sebalik Perpisahan

Buat Kita Lebih Menghargai Isteri Frontliner Covid 19 Cerita Hikmah Sebalik Perpisahan

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 392 hits
Dalam usaha kita semua memerangi wabak COVID 19 ini banyak pengorbanan yang perlu dilakukan Ada yang terpaksa berpisah dengan pasangan dan anak anak Begitu juga yang harus bekerja tanpa henti semata mata demi menjayakan misi untuk memutuska...
Ya Saya Kini Muslim Akui Pandemik Covid 19 Buka Hati Peninju Mma Peluk Islam

Ya Saya Kini Muslim Akui Pandemik Covid 19 Buka Hati Peninju Mma Peluk Islam

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 271 hits
Peninju Profesional seni bela diri campuran Wilhelm Ott mengumumkan bahawa telah memeluk Islam pada 16 April lalu Ott turut berkongsi khabar gembira itu melalui Instagram miliknya Dengan bangga saya boleh bagitahu ya saya kini seorang Musli...
Nama Bayi Corona Kumar Covid Marie Jadi Pilihan Sempena Pandemik

Nama Bayi Corona Kumar Covid Marie Jadi Pilihan Sempena Pandemik

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 297 hits
Corona dan Covid kini menjadi nama pilihan ibu bapa untuk bayi baru lahir mereka sempena pandemik yang menjangkiti jutaan manusia seluruh dunia Ketika Colline Tabesa melahirkan bayi perempuan di tengah kota Filipina di Bacolod pada 13 April...
Hikmah Di Sebalik Ramadan Tahun Ini

Hikmah Di Sebalik Ramadan Tahun Ini

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 679 hits
AssalamualaikumBismillahNampaknya ramadan kali ini lain daripada yang lain Kita tak dapat nak pergi bazar Tak boleh solat terawih Sekiranya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan kemungkinan untuk tidak dapat menyambut Hari Raya Aid...
Asia Tenggara Berpotensi Menjadi Pusat Baharu Pandemik Covid 19

Asia Tenggara Berpotensi Menjadi Pusat Baharu Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 236 hits
Rakyat Indonesia tidak mempedulikan penjarakan sosial ketika singgah di sebuah pasar pagi di Bekasi Jawa Barat semalam Jumlah kes jangkitan koronavirus di Asia Tenggara menyaksikan peningkatan mendadak sejak beberapa minggu lalu Berdasarkan...
Hikmah Covid 19 Kepada Seluruh Dunia Dan Kesan Kawalan Pergerakan

Hikmah Covid 19 Kepada Seluruh Dunia Dan Kesan Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 537 hits
Beberapa hikmah disebalik berlaku wabak covid 19 1 Lapisan ozon bumi yang semakin nipis hampir pulih dan akan pulih sepenuhnya Sumber gambar astro awani2 Pencemaran alam sekitar terutamanya udara persekitaran dan sungai berkurangan Perbandi...
Beberapa Hotel Bakal Tamat Operasi Berikutan Pandemik Covid 19

Beberapa Hotel Bakal Tamat Operasi Berikutan Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 418 hits
Siapa sangka pandemik COVID 19 akan memberika kesan yang buruk kepada negara termasuk dunia ekonomi negara sehingga ada hotel hotel besar terpaksa tamat operasi Kerana pandemik banyak negara telah mengarahkan perintah berkurung kepada semua...
Mendikbud Banyak Hikmah Dan Pembelajaran Dari Krisis Covid 19

Mendikbud Banyak Hikmah Dan Pembelajaran Dari Krisis Covid 19

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 256 hits
Mendikbud juga menyampaikan agar masyarakat dapat memetik hikmah tentang betapa pentingnya kesehatan dan kebersihan serta pentingnya norma norma kemanusiaan di dalam masyarakat
Rezeki Musim Covid 19 Isteri Da I Farhan Hamil

Rezeki Musim Covid 19 Isteri Da I Farhan Hamil

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 319 hits
Meskipun kontroversi rumah tangga Da i Farhan masih lagi hangat diperkatakan namun pendakwah muda itu bersama isterinya Dr Erin tetap tenang dan bahagia The post appeared first on
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf