Hikmah Di Sebalik Kluster Tabligh
HIKMAH DI SEBALIK KLUSTER TABLIGH
Sekarang baru kita nampak kan kenapa Allah datangkan ‘kluster tabligh’ kepada kita semua. Betapa jujur dan ikhlasnya jemaah tabligh dalam isu covid.
Beribu ribu mereka kena buat test, beratus orang positif. Tapi sepanjang saya mengikuti perkembangan jemaah ini, belum ada lagi saya baca status dari jemaah komplen tempat kuarantin tidak selesa, tidak bersih, tidak diberi layanan baik.
bahkan ramai rakan rakan doktor sangat senang dengan mereka,sangat patuh beri kerjasama. Bukan itu sahaja sepanjang mereka berada di wad,di pusat kuarantin boleh dengar laungan azan,boleh dengar bacaaan Al Quran,boleh dengar bacaan taalim.
Ada yang mula rindu dengan jemaah tabligh.
Sekarang kluster oversea pula tiba. Belum seminggu lagi,tapi macam macam dah saya baca. Tempat kuarantin tidak bersihlah,tidak kemaslah,nak hotel selesalah. Staff KKM muka ketatlah. Macam macam dah diorang demand
Sedangkan dalam kalangan jemaah tabligh itu. Bukan orang biasa biasa. Jutawan,ada jawatan tinggi dalam jabatan, pensyarah, doktor, petani yang ada ladang ribu ribu ekar. Tapi mereka sikit pun tak demand.
Bahkan ada yang menyumbang kepada tabung covid Ratusan ribu ringgit. Ada diantara mereka sehingga ke hari ini tidak putus putus bantu frontliner.
Apa formula jemaah tabligh ini? apa faedah yang mereka dapat setelah sekian lama ikut jemaah tabligh?
mereka sekarang belajar:
“Kami dengar Kami Taat” “Kami korbankan masa,diri,harta untuk Allah”
Inilah jemaah tabligh yang patut saya dan kalian tahu. Mereka sedang diuji,dan kita juga sedang diuji. Cuma beza mereka dengan kaki komplen adalah; TAAT,tidak diajar untuk komplen,di ajar untuk bersyukur,diajar untuk taat pemerintah,diajar untuk berbuat baik kepada orang lain,diajar untuk berterima kasih,diajar mengaku salah,diajar selesaikan masalah dengan amalan.
Moga kita terus belajar dari mereka
Credit to 👇-EncikMatt-#LelakiBurQa#StayHome
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sideofmuslim.blogspot.com/2020/04/hikmah-di-sebalik-kluster-tabligh.html