Sudah Lebih Sebulan Ijtimak Tabligh Di Masjid Sri Petaling Mengapa K P Kesihatan Masih Umum Ada Kluster Tabligh



Majlis Ijtimak Qudama' dan Ulama Malaysia 2020 di Masjid Sri Petaling menjadi bahan kecaman sebahagian besar rakyat Malaysia bila Malaysia dilanda wabak Covid-19.

Mengapa?


Kerana setiap hari bila Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, membuat sidang media, beliau akan tekankan jemaah Tabligh merupakan kluster terbesar dalam keseluruhan kes jangkitan Covid-19.

Admin tidak bermaksud untuk mempertikaikan atau menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Dr. Noor Hisham dalam sidang media.

Malah secara peribadi, admin berterimakasih serta menghargai kerja keras dan kesungguhan Noor Hisham dalam mengemaskini maklumat untuk disampaikan kepada rakyat.

Namun ada beberapa persoalan yang bermain di fikiran bila admin meneliti fakta-fakta serta data-data yang diberikan oleh Dr. Noor Hisham :

Tabligh Kluster Terbesar Sehingga 4 April 2020?


Dalam sidang media Dr. Noor Hisham yang diadakan pada 4 April 2020 pada pukul 5.00 petang, beliau memaklumkan sehingga jam 12.00 tengahari 4 April 2020, terdapat 150 kes baharu, di mana 80 kes baru yang dilapurkan adalah berkaitan dengan jemaah Tabligh.

Ianya bermaksud 53.3% dari kes baharu yang dilapurkan adalah berpunca dari jemaah Tabligh yang menghadiri Majlis Ijtimak Qudama' dan Ulama Malaysia di Sri Petaling.

Menimbulkan persoalan kerana majlis tersebut diadakan pada 28 Februari 2020 sehingga 2 Mac 2020.

Jangkawaktu antara 2 Mac 2020 (hari terakhir majlis diadakan) hingga 4 April (hari sidang media diadakan) ialah selama 33 hari.

Sedangkan tempuh kuarantin yang digunapakai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengikut SOP dari WHO ialah cuma 14 hari.

14 hari tempuh kuarantin digunapakai kerana, sekiranya seseorang itu telah dijangkiti maka akan terdapat tanda-tanda jangkitan yang ketara.

Persoalannya :


》Mengikut data yang dikeluarkan sendiri oleh Dr. Noor Hisham melalui sidang media beliau bertarikh 29 Mac 2020, jumlah jemaah Tabligh yang sudah menjalani saringan melebihi dari jumlah yang menghadiri majlis tersebut (BACA DI SINI).

》Apakah selepas 33 hari selepas majlis tersebut berakhir, masih ada lagi kes baru jangkitan Covid-19 dari jemaah Tabligh yang menghadiri majlis tersebut?

Kita boleh memahami, apa yang dmaksudkan oleh Dr. Noor Hisham dengan mempunyai kaitan dengan jemaah Tabligh ialah mereka yang telah dijangkiti dalam generasi kelima dari jemaah Tabligh.

Seharusnya mulai generasi ketiga jangkitan dari kontak yang bermula dari jemaah Tabligh, Dr. Noor Hishan tidak lagi memasukkan kes baru itu sebagai kluster jemaah Tabligh.

Generasi kedua kluster Tabligh memang diakui mendapat jangkitan terus dari jemaah Tabligh tetapi tidak adil sekiranya bermula dari generasi ketiga ianya masih dimasukkan dalam kluster Tabligh kerana kita jangan lupa, apabila kerajaan mengumumkan arahan Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) pada 18 Mac 2020, 2 aktiviti masyarakat (balik kampung secara beramai-ramai dan pembelian panik) telah mendedahkan mereka kepada risiko besar jangkitan dan ianya tidak ada kena mengena dengan kluster Tabligh.


Dari data yang dikeluarkan oleh CPRC, Kementerian Kesihatan, peningkatan ketara ke seluruh Malaysia dapat dikesan pada 23 Mac 2020, iaitu 5 hari selepas rakyat Malaysia berpusu-pusu balik ke kampung serta pembelian panik rakyat terutamanya sekitar Lembah Klang selepas kerajaan mengumumkan arahan PKP bermula 18 Mac 2020.

Ianya adalah selepas 5 hari arahan PKP dan 21 hari selepas berakhirnya Majlis Ijtimak Qudama' dan Ulama Tabligh di Masjid Sri Petaling.

Menurut data yang dikeluarkan oleh CPRC pada 19 Mac 2020, seramai 10,553 orang ahli Tabligh yang menyertai majlis tersebut sudah membuat saringan, cuma 4,986 orang yang disyaki telah diambil sampel dan seramai 513 orang disahkan positif, 2,559 orang disahkan negatif dan 1,990 pula masih menunggu keputusan.

Dari taburan negeri pula, dari kluster Tabligh, Wilayah Persekutuan seramai 75 orang positif, Selangor 40 orang disahkan positif dan Johor seramai 53 orang disahkan positif.

Mereka yang disahkan positif telah dimasukkan ke dalam hospital manakalan yang sedang menunggu keputusan dikuarantinkan.

Tetapi mengapakah peningkatan jangkitan naik secara mendadak di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Johor?

Apakah benar kluster Tabligh masih merupakan penyumbang terbesar atau kluster balik kampung dan kluster pembelian panik telah menjadi penyumbang terbesar ketika itu.

Sebenarnya ada beberapa kluster yang admin tidak pasti mengapa tidak mendapat perhatian dari Kementerian Kesihatan :

Contohnya Perhimpunan Masi Magam yang dihadiri seramai 30,000 penganut Hindu pada 8 Mac 2020 di Teluk Bahang, Pulau Pinang.


Admin tidak pasti bagaimana, mengapa dan menggunakan fakta apa, Exco Kesihatan Pulau Pinang, Dr. Norlela Ariffin boleh mengeluarkan kenyataan pada 22 Mac 2020, bahawa seramai 30,000 orang yang menyertai Perhimpunan Masi Magam bebas dari jangkitan Covid-19  (BACA DI SINI).


Sedangkan sehingga 4 April 2020, jumlah saringan yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan cuma sekitar 49,570 orang.

Mereka yang menyertai Perhimpunan Masi Magam datangnya dari seluruh negara, jadi persoalannya :

》Adakah Kementerian Kesihatan memberikan layanan istimewa dan segera kepada perserta perhimpunan Masi Magam kerana sehingga 4 April 2020 baru 49,570 yang diperiksa tetapi ikut dakwaan Exco Kesihatan Pulau Pinang pada 22 Mac, beliau boleh mengesahkan seramai 30,000 orang bebas dari jangkitan!!!

》Siapa, bila dan di mana saringan seramai 30,000 orang itu dilakukan?

》Apakah telah ada gerakan mencari dan mengesan mereka di seluruh negara telah dibuat?

》Apakah tindakan Dr. Noor Hisham tidak memaklumkan mengenai kemungkinan wujud kluster Perhimpunan Masi Magam hanya semata-mata mempercayai kenyataan pra matang Exco Kesihatan Pulau Pinang?

Di samping bersikap adil pada ahli jemaah Tabligh, rakyat WAJIB dimaklumkan dengan kenyataan yang benar dan tepat supaya rakyat dapat menyalurkan maklumat kepada pihak kerajaan di dalam usaha mengembeling tenaga  memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Sekarang bukan masanya untuk berpolitik!!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/04/sudah-lebih-14-hari-ijtimak-tabligh-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Al Kisah Jemaah Tabligh Suatu Hari Aku Di Masjid Sri Petaling

Al Kisah Jemaah Tabligh Suatu Hari Aku Di Masjid Sri Petaling

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 447 hits
Magrib itu aku mencuri masa ditengah tengah lautan kebingitan hutan batu merehatkan diri sebuah masjid yang cukup terkenal dengan gelaran Masjid Tabligh di Sri Petaling Kuala Lumpur Sambil melihat jam di tangan menunggu suara merdu muazin m...
Covid 19 9 026 Org Drpd Kluster Perhimpunan Di Masjid Sri Petaling Telah Disaring

Covid 19 9 026 Org Drpd Kluster Perhimpunan Di Masjid Sri Petaling Telah Disaring

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 219 hits
Seramai 9 026 org drpd kluster perhimpunan di Masjid Sri Petaling telah disaring setakat 12pm 25 Mac 2020 Daripada jumlah itu 1 1 057 didapati positif2 5 625 didapati negatif3 2 704 masih pending Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehi...
Sultan Selangor Titah Tabligh Berhimpun Di Masjid Sri Petaling Saring Covid 19

Sultan Selangor Titah Tabligh Berhimpun Di Masjid Sri Petaling Saring Covid 19

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 293 hits
SHAH ALAM 24 MAC Peserta program tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling Kuala Lumpur digesa tampil menjalani saringan kesihatan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah kedegilan mereka dikhuatiri meny...
Unit Kesihatan Dbkl Jalankan Kerja2 Sanitasi Sekitar Masjid Sri Petaling

Unit Kesihatan Dbkl Jalankan Kerja2 Sanitasi Sekitar Masjid Sri Petaling

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 172 hits
Seperti yang sedia maklum gelombang kedua wabak COVID 19 ini berlaku dan semakin parah setelah nbsp satu himpunan tabligh diadakan di Sri Petaling yang menghimpunkan dan melibatkan hampir 5 000 peserta yang datang dari pelbagai negara Peser...
Covid 19 Masjid Sri Petaling Parlimen Titiwangsa Zon Merah

Covid 19 Masjid Sri Petaling Parlimen Titiwangsa Zon Merah

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 229 hits
KUALA LUMPUR 23 MAC Kawasan sekitar Masjid Jamek Sri Petaling dan Parlimen Titiwangsa diklasifikasi sebagai zon merah wabak Covid 19 kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa Katanya kedua dua kawasan itu terutamanya sekitar masj...
Panas Khalid Samad Bidas Dakwaan Benarkan Perhimpunan Tabligh Di Sri Petaling

Panas Khalid Samad Bidas Dakwaan Benarkan Perhimpunan Tabligh Di Sri Petaling

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 465 hits
BICARA SANTAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSAMA YB KHALID SAMAD TAJUK OWN UP AND TAKE RESPONSIBILITY TARIKH 07 APRIL 2020 HARI SELASA
132 Pelajar Tahfiz Masjid Sri Petaling Dipindah Ke Stesen Kuarantin

132 Pelajar Tahfiz Masjid Sri Petaling Dipindah Ke Stesen Kuarantin

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 305 hits
132 pelajar tahfiz Masjid Sri Petaling dipindahkan ke stesen kuarantin di Institut Sosial Malaysia di Sungai Besi hari ini KUALA LUMPUR Seramai 132 pelajar tahfiz di Masjid Sri Petaling di sini dipindahkan ke stesen kuarantin di Institut So...
Pu Riz Positif Covid 19 Pernah Solat Di Masjid Jamek Sri Petaling

Pu Riz Positif Covid 19 Pernah Solat Di Masjid Jamek Sri Petaling

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 208 hits
Pencetus Ummah Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail disahkan positif wabak COVID 19 selepas mengalami demam panas sejak tiga hari The post appeared first on
17 Kes Positif Di Menara City One Hadir Himpunan Jemaah Tabligh Di Sri Petaling

17 Kes Positif Di Menara City One Hadir Himpunan Jemaah Tabligh Di Sri Petaling

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 218 hits
Astro Awani Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan kes COVID 19 yang mendadak menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dilaksanakan PUTRAJAYA 17 kes positif jangkitan COVID 19 di Menara City ...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara

Potong Ikan Keluar Api

Asan Lembu The Movie

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Packing Barang Kucing Kesayangan

Subconscious Mind

Doa Doa Dalam Bulan Ramadan Yang Boleh Kita Amalkan

Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air