Hiking Tawai Waterfall Telupid Sabah
Hiking Tawai Waterfall Telupid Sabah | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Seperti yang dijanjikan dalam entri hiking sebelum ini, Murni akan kongsikan aktiviti membukit di Tawai Telupid. Misi utama kami adalah menuju ke kawasan air terjun Tawai
Hiking Tawai Waterfall Teluid sabahMurni minta maaf sangat lambat untuk kemas kini blog berkaitan hiking di Tawai, semua ni disebabkan kekangan masa & mood menulis tu dah ke laut huhu. Actually, kami pergi ke Tawai ni 11/04/ 2021, last minute Murni berubah fikiran untuk membukit dengan PuteriBkt Hikers. Bila dengar cerita Tawai ni panas yakmat, mulalah rasa diri tak boleh habiskan aktiviti hiking. Masa hari kejadian, sumpah Murni pewai sangat masa ni haha
Tawai Rainforest Camp (TRC)
Kami bertolak dari rumah seawal subuh jam 3 lebih, berhenti di Checkpoint Batu 32 Sandakan untuk solat subuh. Kemudian kami singgah pula di restoran (lupa dah namanya). Kami sampai di Tawai Rainforest Camp (TRC) dalam 7 lebih macam tu. Actually, ada beberapa kawan yang sudahpun datang sehari awal dan bercamping di TRC & kami lakukan aktiviti membukit bersama-sama pada hujung minggu menuju ke kawasan air terjun Tawai
Kami bertolak dari TRC dalam jam 8 pagi dengan menaiki lori. Lama rasanya tak naik lori, dapat hirup udara segar di pagi hari nyaman sungguh. Jarak dari TRC ke kawasan starting point agak jauh juga & perlu menaiki kenderaan untuk sampai ke sana. Kalau tak silap Murni dalam 15-25 minit, akan melalui kawasan jalan yang tidak berturap, perkampungan, & terdapat anak sungai
Aktiviti regangan otot
Sebelum memulakan aktiviti membukit, regangan otot perlu dibuat supaya tubuh badan kita lebih bersedia & mengurangkan banyak risiko seperti otot terkoyak atau ketat selain terseliuh.
Team Hikers Sandakan
Kami memulakan pendakian dalam jam 9 pagi. Pergerakan kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang mana setiap kumpulan mempunyai seorang guide. Murni kumpulan yang terakhir sekali, almaklumlah asyik tertinggal di belakang haha
Meniti dahan pokok
Pada permulaan hiking agak santai yang mana Murni masih boleh bertahan lagi. Sehinggalah bila sampai ke kawasan berbukit, jalan agak licin dan berbatu, Murni dah mula rasa pewai. Mana lagi dengan cuaca yang panas terik. Kuyakkk mental haha. Termuntah lagi, kaki pula berat melangkah.
Kesilapan Murni masa hiking di Tawai ni, Murni terlupa bawa payung. Trail menuju ke air terjun agak terbuka, macam dalam gambar di atas. Matahari atas kepala, lilin pun boleh cair haha. Rasa macam nak patah balik, tak nak teruskan pendakian haha Nasiblah masa ni kawan-kawan bagi semangat.
Masih mampu tersenyum kalau dibawa bergambar, hakikatnya penat yakmat haha. Dalam jam 11 lebih kami tiba di pondok yang terdapat berhampiran dengan papan tanda Tawai Waterfall. Sebelum menuju ke kawasan air terjun Tawai, kami pergi meninjau dahulu bahagian atas kawasan air terjun
Bahagian atas kawasan air terjun Tawai.
Dalam jam 12 tengah hari kami menuju ke kawasan air terjun Tawai. Trail sepanjang perjalanan menuruni bukit menuju ke kawasan air terjun agak mencabar dengan laluan yang sempit & licin. Masa nak turun ni uga Murni terlanggar dahan pokok sampai sakit & lebam kaki dibuatnya.
Air Terjun Tawai Telupid Sabah
Bila menuruni bukit, mata terpana dengan kecantikan & keindahan air terjun Tawai. Semua penat lelah hilang seketika. Kami sampai di kawasan air terjun ni dalam 12:30 tengah hari. Kumpulan yang lain sudah pun naik ke atas, kami baru nak turun ke bawah hihi
Air Terjun Tawai Telupid
Sedikit info yang Murni nak kongsi mengenai Air Terjun Tawai; Air Terjun Tawai terletak di Kem Hutan Simpan Tawai, Telupid. Air Terjun Tawai berketinggian 95 meter. Air Terjun Tawai ini berada dibawah jagaan Jabatan Perhutanan Sabah. Terdapat empat bukit yang boleh didaki dengan jarak 7km.
Lebih manis lagi bila kami nak pulang, awan yang tadi mendung tiba-tiba cerah & bila mata pandang ke bawah ada pelangi. Alhamdulillah rezeki kami dapat melihat pelangi masa ini. Dalam gambar nampak satu saja pelangi, actually ada dua pelangi tapi yang satu lagi kurang jelas warnanya. Maka berebutlah kami nak ambil gambar sebelum pelangi tu hilang
Tawai Waterfall Telupid
Jam 1 lebih barulah kami keluar dari kawasan air terjun. Seksa juga bila nak naik semula ke atas haha. Masa ni tetiba pula kepala rasa pening-pening, rehat sekejap telan sebiji panadol sebelum teruskan pendakian. Sampai saja di atas, cuaca mendung, kemudian hujan renyai-renyai turun menemani perjalanan pulang kami. Nasib baik masa ni ada bawa baju hujan. Kalau korang hiking di Tawai ni, Murni nasihatkan bawalah baju lebih untuk persalinan bila balik nanti
Kami bertolak dari TRC menuju ke Sandakan kalau tak silap Murni selepas asar & sampai di Sandakan pun matahari dah terbenam hihi. Nah Murni belanja video pendek sepanjang hiking menuju ke Tawai Waterfall Telupid Sabah
Sampai sini saja perkongsian Murni mengenai aktiviti membukit di Tawai, Telupid. Terima kasih sudi baca entri Hiking Tawai Waterfall Telupid Sabah 😘
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://murnimohdyusof.blogspot.com/2021/07/hiking-tawai-waterfall-telupid-sabah.html