Saintis Bimbang Kemusnahan Terumbu Karang Di Sabah


TONGKANG yang melanggar terumbu karang di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

KOTA KINABALU: Insiden kapal melanggar terumbu karang yang berlaku sejak tiga tahun kebelakangan ini memerlukan satu pendekatan baharu bagi menangani kemusnahan terumbu karang di perairan Sabah.

Kemusnahan terumbu yang menjadi penampan kepada ombak dan arus hanya akan mengakibatkan kawasan pesisir pantai terdedah kepada hakisan.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Ekologis Marin Institut Penyelidikan Marin Borneo (BMRI), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Zarinah Waheed berkata, satu protokol tindak balas kejadian kapal terdampar perlu diwujudkan bagi melindungi perairan marin di Sabah.

ZARINAH WAHEED

Beliau berkata, protokol ini boleh digunakan di kawasan taman perlindungan marin (MPA) dan juga kawasan bukan MPA bagi memastikan ekosistem marin di negeri ini sentiasa terpelihara.

“Protokol ini perlu melibatkan tinjauan segera bagi menilai kerosakan yang berlaku akibat pelanggaran terumbu karang dan diikuti dengan langkah segera untuk menyelamatkan serpihan batu karang yang masih hidup.

“Langkah-langkah pemulihan seperti meletakkan struktur tukun mungkin perlu bagi menstabilkan substrat batu karang terutama jika, substrat dalam keadaan hancur.

“Namun, usaha pemulihan harus praktikal dan sesuai dengan lokasi dan keadaan terumbu karang. Justeru, pemantauan berkala perlu dilakukan mengikut kaedah dan protokol yang ditetapkan untuk memastikan pemulihan terumbu berjalan dengan baik.

Kerja-kerja meninjau kerosakan terumbu karang di perairan Sabah . “Berdasarkan kajian pemulihan terumbu karang pasca-pelanggaran di negara lain menunjukkan terumbu tidak pulih secara semula jadi dalam tiga tahun pertama selepas pelanggaran,” katanya.

Zarinah dan rakan sejawatnya di BMRI UMS, Muhammad Ali Syed Hussein melihat impak pelanggaran terumbu karang bukan hanya terhad di lokasi pelanggaran tetapi kesan sampingan terhadap ekosistem marin disekeliling akan turut berlaku.

Kemusnahan struktur tiga-dimensi terumbu karang akan menjejaskan perkhidmatan ekosistem yang diberikan oleh terumbu karang tersebut. Malah, hidupan marin yang bergantung kepada struktur terumbu sebagai tempat perlindungan dan mencari makanan akan kehilangan habitat.

Jelas Zarinah, proses pemulihan terumbu karang akan mengambil masa yang lama dan boleh menjangkau puluhan tahun. Ada kemungkinan ia tidak akan dapat kembali kepada keadaan asal kerana persekitarannya berubah akibat kemusnahan yang berlaku.

Mengulas lanjut katanya, tiga insiden pelanggaran terumbu karang telah dilaporkan di Sabah sejak 2006 dengan yhang pertama berlaku di Pulau Sipadan pada Mei 2006 iaitu semasa penghantaran bahan binaan yang menggunakan pengangkutan tidak sesuai dengan lokasi pendaratan dan satu lagi pada September 2019 di Kudat yang berlaku akibat masalah alat navigasi kapal.

Kejadian terbaru katanya, adalah di Pulau Mabul pada 24 Jun 2021 juga melibatkan penghantaran bahan binaan yang menggunakan pengangkutan tidak bersesuaian dengan lokasi pendaratan.

Ini kebiasaannya merupakan kes berprofil tinggi dan melibatkan kawasan yang mempunyai kepentingan ramai dan dilaporkan di dalam media massa atau media sosial.

Kejadian yang lebih kerap berlaku adalah melibatkan bot-bot yang lebih kecil yang melanggar kawasan terumbu semasa memasuki kawasan cetek.- UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/saintis-bimbang-kemusnahan-terumbu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Borneo 24 07 2021 712 Kes Baharu Di Sabah Bimbang Penularan Varian Delta

Awani Borneo 24 07 2021 712 Kes Baharu Di Sabah Bimbang Penularan Varian Delta

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 321 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut AWANIBorneo 24 Julai 2021 Tidak mengikut SOP menjadi punca kenaikan kes COVID 19 di Sabah kata Masidi Gereja di kawasan PKPD di Sarawak kekal
Dengan Kes Melonjak Di Sabah Bung Gesa Penghantaran Vaksin Dipercepat

Dengan Kes Melonjak Di Sabah Bung Gesa Penghantaran Vaksin Dipercepat

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 249 hits
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid 19 diminta supaya menyegerakan penghantaran vaksin ke Sabah bagi memastikan pemberian vaksin di negeri ini berjalan lancar KOTA KINABALU Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Cov...
Kluster Tembok Penyumbang Tertinggi Kes Covid 19 Sabah

Kluster Tembok Penyumbang Tertinggi Kes Covid 19 Sabah

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 234 hits
ISI SINI Kota Kinabalu Kluster Tembok atau penjara masih menjadi penyumbang tertinggi kes baharu Covid 19 di Sabah dengan 245 kes atau 37 3 peratus direkodkan semalam Jurucakap perkembangan harian Covid 19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata ...
Terengganu And Sabah Have Highest Covid 19 Infectivity Rate Among States In Phase Two Of Nrp

Terengganu And Sabah Have Highest Covid 19 Infectivity Rate Among States In Phase Two Of Nrp

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 329 hits
PETALING JAYA Terengganu and Sabah which have transitioned into Phase Two of the National Recovery Plan are the states with the highest Covid 19 infectivity rate as of July 20 According to data shared by Health director general Tan Sri Dr N...
Kes Menurun Di Sabah Tapi Angka Masih Tinggi Kata Masidi

Kes Menurun Di Sabah Tapi Angka Masih Tinggi Kata Masidi

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 296 hits
Masidi Manjun berkata strategi membendung jangkitan di Sabah adalah dengan menangani punca jangkitan dan mengasingkan pesakit KOTA KINABALU Selepas merekodkan lebih 600 kes dalam tempoh empat hari lalu jumlah jangkitan baharu di Sabah hari ...
Pkpd Di 25 Lokaliti Di Sabah Kelantan Pahang

Pkpd Di 25 Lokaliti Di Sabah Kelantan Pahang

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 263 hits
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob SHAH ALAM DIKEMAS KINI Sebanyak 25 lokaliti di Sabah Kelantan dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan bermula pada 24 Julai hingga 6 Ogos depan Timbalan Perdana ...
Lack Of Sop Compliance Sparks New Cluster In Sabah

Lack Of Sop Compliance Sparks New Cluster In Sabah

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 360 hits
The emergence of a new Covid 19 cluster in Sabah the Sawit Lung cluster is due to non compliance with Standard Operating Procedures at the workplace NSTP file picKOTA KINABALU The emergence of a new Covid 19 cluster in Sabah the Sawit Lung ...
334 Kenderaan Diarah Patah Balik Sjr Di Sabah

334 Kenderaan Diarah Patah Balik Sjr Di Sabah

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 260 hits
Sebanyak 334 kenderaan di arah berpatah balik ketika cuba melintasi sekatan jalan raya untuk merentas daerah pada hari pertama sambutan Aidiladha di Sabah KOTA KINABALU Sebanyak 334 kenderaan di arah berpatah balik ketika cuba melintasi sek...
Bung Mahu Kerajaan Beri Vaksin Secara Walk In Di Sabah

Bung Mahu Kerajaan Beri Vaksin Secara Walk In Di Sabah

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 219 hits
Vaksin secara walk in di Sabah MySejahtera tak cukup berkesan kata Bung KOTA KINABALU Kerajaan pusat perlu mempertimbangkan pemberian vaksin Covid 19 secara walk in di Sabah kata Timbalan Ketua Menteri Bung Moktar Radin Beliau berkata pende...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah