Hiking Jambatan Gantung Taman Rimba Bukit Kerinchi


 Salam to all readers,


| Hiking Jambatan Gantung Taman Rimba Bukit Kerinchi | Jatuh bangkit bangun semula, perempuan tak mudah mengalah untuk mencuba sekali lagi. Kan aku cakap last week konon nak hiking Bukit Gasing tup-tup main entrance dia tutup pula. Balik scroll sosial media ada pula orang daki, so kami gigih selidik sekali lagi macam mana dorang dapat naik. Rupa-rupanya nak hiking Bukit Gasing ini ada banyak entrance. Kami pergi haritu laluan pintu masuk Hutan Pendidikan Bukit Gasing memang TUTUP seperti mana korang tengok gambar yang aku post sebelum ini.


Rupa-rupanya, ada 2 lagi pintu yang masih aktif untuk akses naik ke Bukit Gasing iaitu laluan masuk dari Taman Rimba Bukit Kerinchi dan laluan melalui Pusat Komuniti Lembah Pantai. Nama pun Bukit Gasing, pusing-pusing dalam tu juga. Gelak-gelak member dengar.
Inilah tempat parking orang ramai yang pergi hiking sini. Kalau pergi hari biasa ini mampus kena saman.Pembangunan Taman Rimba Bukit Kerinchi Lembah Pantai ini terletak di Kg. Kerinchi, Pantai Dalam Kuala Lumpur. Ia berhampiran dengan kawasan pembangunan pantai hillpark, jalan pantai dalam, Kuala Lumpur. Korang waze sahaja Taman Rimba Bukit Kerinchi nanti naiklah dia, ia betul-betul tepi kubur ya. Tempat parking sangat-sangat limited, so better datang awal pagi untuk dapatkan port parking yang strategik. Kau nampak orang park sepanjang jalan tu kira betul dahlah tu destinasi yang dituju. Memasing nak panjat Taman Rimba Bukit Kerinchi ini. 


Taman Rimba Bukit Kerinchi ini mempunyai keluasan tapak keseluruhan kawasan hijau seluas 66.15 hektar (163,463 ekar) dengan keadaan topografi yang tidak rata. Ia diliputi oleh hutan sekunder dan bekas ladang tanaman getah yang tidak diusahakan lagi. Pada amnya ia adalah merupakan kawasan Bukit yang juga berfungsi sebagai kawasan tadahan air. Diurus sepenuhnya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta telah direzabkan sebagai kawasan hijau.


Kawasan ini merupakan sempadan antara Negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Kurang dari sebahagian kawasan hutan ini merupakan kawasan milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan telah dibangunkan menjadi kawasan rekreasi bagi penduduk sekitar Petaling Jaya. Senang cerita, Bukit Kerinchi dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala Bukit Gasing adalah dalam Negeri Selangor. Jom tengok, keindahan alam di Taman Rimba Bukit Kerinchi.

Ini trail hiking Taman Rimba Bukit Kerinchi. Dekat sini terdapat 2 jambatan yang menjadi perhatian orang ramai iaitu jambatan goyang dan juga jambatan besi. Jambatan goyanglah cabaran sikit untuk korang hiking ke atas. Jambatan besi, hanya daki tangga belah bawah sampai dah. 


Sini tiada view pemandangan pencakar langit, ia more to the nature sahaja melihat alam semula jadi, dengar bunyi cengkerik, merakam memori di jambatan gantung goyang dan juga besi. Alhamdulillah pendakian berjalan dengan selamat semalam, dan mengambil masa around 1 jam 40 minit jugalah nak naik atas. 


Bagi mengelakkan terseliuh better warm up terlebih dahulu sebelum memulakan hiking. Awal-awal ingat kami paling awallah sampai, kalau boleh taknak bersesak-sesak bila tiba lewat. Rupanya ada orang lagi awal dah naik weyhh.. Entah pukul berapalah dorang gerak dari rumah. Kami mula pendakian around 7 lebih jugalah waktu itu, dimulakan dengan pendakian dari Laluan Denai. Insyallah tak sesat masuk sini, ada je pakcik-pakcik yang akan guide nak lalu mana nak ke mana, bila nampak muka budak-budak blur nak ke kanan ke kiri. Laluan sini kena gagahkan diri menaiki anak tangga ya. 




Last aku pergi hiking awal tahun haritu dekat Bukit Sapu Tangan. Kawasan sana memerlukan stamina yang tinggi nak mendaki, tambah kawasannya berlecak, banyak tanah. Kalau kawasan Taman Rimba Bukit Kerinchi ini more pada mendaki anak tangga. Tangga yang tersakiti. Menangis urut lutut nak menggagah naik ke atas. 
Mengah jugalah nak mendaki anak tangga. Tapi bila nampak parents bawa anak kecik naik turun naik tangga rasa tercabar jugalah. So kita cuba bertahan naik sampai ke puncak. 


Inilah jambatan goyang yang punya payah nak sampai. Finally, sampai juga akhirnya. Aku, Elly dan Sue akhirnya rasa seronok gila dapat naik ke puncak. Setelah last week dikecewakan dengan pintu tutup tu. hahaha... Nampak keletihan masing-masing bila dah berjaya naik hilang rasa letih timbul rasa kepuasan

Aku cakap dengan mak aku nak fit sikit, memandangkan umur aku dah meningkat. Kawen pun belum, takkan muda-muda badan macam orang beranak 5. So, at least nak fit sikit. Jadi, solusinya hiking, jogging, tali skipping pun aku slowly main balik. hehe.. Gigih kan? Ya weyhhh, kalau berat badan terlebih, badan kita cepat penat, nak buat apa pun malas. So, selagi tengah kuat ini, keep jaga kesihatan diri untuk kekal aktif dan sihat gitu. Cewahh dah macam Kelvin Zahari tak



Sepanjang pendakian Taman Rimba Bukit Kerinchi ini korang akan dapat melihat keindahan pokok-pokok, alam semulajadi yang masih terpelihara. Ia, kawasan sini masih terpelihara even wabak Covic-19 dah menyerang hampir 2 tahun. Kalau korang pergi mana-mana sungai sekarang during pandemik ini banyak yang tak selenggara dah. Sampah, pokok-pokok kering bertaburan tak bersapu, air sungai penuh sampah

Bertambah tak terjaga bilamana yang datang berkunjung tak reti jaga alam sekitar. So, please, if korang pergi mana-mana hutan hiking, berkelah, beriadah bersama keluarga, pandai bawa bekal, pandailah kemas balik. Jangan buang sampah merata-rata. Kalau pokok tu boleh bercakap, memang kena korang semua




Berhenti berehat sementara meneruskan pendakian


Ini one stop center untuk korang berhenti berehat. Kalau dah sampai perhentian sini, korang ambil laluan belah kanan sekiranya nak ke Jambatan Goyang. Kalau penat, berhenti rehat sekejap, jangan sesekali paksa diri naik. 


Antara kami bertiga, Suelah paling kuat stamina. Dia laju gila naik dan tak penat katanya. Mujur setiap kali aku dengan Elly nak stop kejap dia tunggu baru teruskan perjalanan semula. Waktu kiteorang clueless nak ke kiri atau ke kanan ada je muncul pakcik-pakcik yang beri panduan perjalanan. Justeru tak perlu khuatir masuk sini

Gagahkan diri mendaki anak tangga sungguhpun waktu ini dah barai. Kami bertiga tetap teruskan kudrat untuk sampai ke garisan penamat. Serupa join marathon pula

Muka ada sedikit gembira sebab dah nak sampai ke garisan penamat. Tak sabar nak breakfastttt, dah turun hiking masing-masing kebulur weyhh.


Gara-gara adik saudara aku tag aku kata pandai buat Tahu berlauk ini kebetulan si Elly nampak dah dia request aku buat. Jadi untuk tidak mengecewakan akak Elly kita pun gigih pergi cari tahu buat untuk bekal breakfast lepas turun dari hiking. Kuah kicap, Elly buat manakala Sue buat kek batik. Licin masing-masing makan. Penat mendaki + bergambar yang lebihnya

So, kalau korang sampai ke sini, jangan lupa rakam memori di jambatan gantung goyang dan besi. Both adalah main tempat yang memang aim orang bergambar. Kawasan hiking sini tiada pun view pencakar langit yang boleh ditonton



Last but not least, kami rakam memori di jambatan besi Taman Rimba Bukit Kerinchi. Overall, tempat ini memang best untuk hiking. Berbaloi spend time hiking di sini, kawasan cantik, trail mencabar, yang penting puas hati. If korang nak pergi sini, just waze Taman Rimab Bukit Kerinchi

Boleh lihat pengalaman aku mendaki Bukit lain juga di bawah:
Hiking Bukit Jugra (Jugra Hill), Kuala LangatHiking Bukit Sapu Tangan, Setia Alam


Thank you for reading guys!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.missazwarsyuhada.com/2021/09/hiking-jambatan-gantung-taman-rimba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Try Chicken Katsu Salad Di 4 Fingers Cripsy Chicken Taman Bukit Dahlia Johor

Try Chicken Katsu Salad Di 4 Fingers Cripsy Chicken Taman Bukit Dahlia Johor

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 357 hits
Try Chicken Katsu Salad di 4 Fingers Cripsy Chicken Taman Bukit Dahlia Johor Haritu kami beli kek dan few foods lain Alang alang tempatnya berdekatan pulak dengan 4 Fingers cawangan Bukit Dahlia yang baru je dibuka baru baru ni haruslah men...
Bukit Dipotong Empangan Pecah Dan Banjir Lumpur Yang Mengerikan

Bukit Dipotong Empangan Pecah Dan Banjir Lumpur Yang Mengerikan

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 528 hits
Gambar hakisan tanah runtuh di teras getah di kawasan tadahan ulu Sg Sugud Maang Penampang yang mengakibatkan banjir lumpur selepas hujan lebat luar biasa baru baru ini Kejadian malapetaka itu menghancurkan semua harta benda yang ada di dal...
Empangan Bukit Kwong Bekal Air Saliri Sawah

Empangan Bukit Kwong Bekal Air Saliri Sawah

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 606 hits
Salah satu fungsi empangan ialah membekalkan air untuk aktiviti pertanian khususnya penanaman padi Penanaman padi memerlukan sumber air yang berterusan dari mula proses semaian sehinggalah buah padi masak dan sesuai untuk dituai Di Rantau P...
1 Daripada 3 Pegawai Kanan Sprm Disiasat Berkait Kes Dadah Senjata Api Kata Bukit Aman

1 Daripada 3 Pegawai Kanan Sprm Disiasat Berkait Kes Dadah Senjata Api Kata Bukit Aman

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 330 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang daripada tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang disyaki terlibat mencuri barang kes bernilai RM6 juta turut disiasat membabitkan kes pemilikan dadah dan senjata api Pengarah Jabatan...
Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Kes Najib Lhdn

Bukit Aman Ambil Alih Siasatan Kes Najib Lhdn

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 189 hits
Oleh Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Foto fail NSTP KUALA LUMPUR Siasatan berhubung laporan polis oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri dan mendakwa tuntutan cukai terhadapnya ber...
5 Pilihan Wisata Alam Nan Asri Di Tawangmangu Jawa Tengah Mulai Dari Bukit Hingga Hutan Semua Ada

5 Pilihan Wisata Alam Nan Asri Di Tawangmangu Jawa Tengah Mulai Dari Bukit Hingga Hutan Semua Ada

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 254 hits
Wisata alam di Tawangmangu banyak pilihan mulai dari bukit air terjun hingga hutan semua ada
Dbkk Baik Pulih Laluan Tangga Ke Bukit Bendera

Dbkk Baik Pulih Laluan Tangga Ke Bukit Bendera

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 299 hits
DBKK telah memperbaiki jalan setapak yang menuju ke Signal Hill KOTA KINABALU Dewan Bandaraya Kota Kinabalu melalui Jabatan Kejuruteraan menjalankan kerja kerja membaik pulih laluan tangga ke Bukit Bendera di sini yang didapati mengalami ke...
Rimba Genting

Rimba Genting

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 249 hits
Burung Rimba Genting ini kerap kali saya temui di kawasan kerja saya Nama tempatan yang lain ialah Burung Rimba Mata Putih Nama engerisnya adalah Chestnut capped Laughingthrush dan nama saitifiknya pula Garrulax mitratus Burung ini berwarna...
Halang Adun Amanah Jadi Sukarelawan Ternyata Pas Masih Amal Politik Rimba

Halang Adun Amanah Jadi Sukarelawan Ternyata Pas Masih Amal Politik Rimba

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 184 hits
MALAYSIA DATELINETindakan Pas menghalang Adun Pengkalan Kundur Dr Ismail Salleh dari AMANAH untuk menjadi sukarelawan di program vaksinasi ternyata parti Islam itu masih mengamalkan politik rimba demikian menurut AJK AMANAH Nasional Ridzwan...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin