Hiking Gunung Berembun Jelebu Ns Stadian Batch 95 Paling Mencabar Setakat Ini
Gunung Berembun Jelebu NS Part 1Hi korang..
Sekali lagi SA dan Team Stadian Batch 95 menyahut cabaran mendaki gunung selepas berjaya mengharungi cabaran Gunung Angsi.Kali ini team kami memilih untuk mendaki Gunung Berembun Jelebu NS. Dengan ketinggian 3326 ft bersamaan 1014m, Akhirnya kami satu team berjaya menawan sampai ke puncak. Cuma area plain crash tu kami batalkan sebab akan ambil masa yang lama. Kebanyakkan kami ada yang tak fit termasuk SA makanya cancel ke area situ. Jauh pun ye gak sebab ambil masa 3 jam turun dan 3 jam naik...mana fikir nak turun semula lepas tu kan.Di Malaysia, terdapat tiga Gunung Berembun iaitu di Cameron Highlands, Jelebu dan di Terengganu
Pintu masuk ke Gunung Berembun
Gunung Berembun terletak di Jelebu, Negeri Sembilan iaitu di Kampung Pantai Baharu dimana sebenarnya dekat jer dengan rumah SA. Dengan ketinggian 1014m. Kalau nak ke starting point boleh je waze Masjid Kariah Pantai, starting point tak jauh dari Masjid. Parking kereta first come first serve. Kalau lambat memang jauh la parking..jenuh nak berjalan ke starting point atau pintu masuk...park at your own risk ye...
Gelap lagi masa ni..
Kami get ready..
Selepas sedikit taklimat dari team leader kami yang handsome, saudara Azmi, stretching dan bacaan doa pendakian kami bermula dari Loji Air Pantai. Hikers wanita diarahkan untuk berada di hadapan diikuti hikers lelaki. Seawal 5 pagi kami mendaki, ada yang kata kami buat kerja gila tapi kalu dah minat dan mengejar masa apa nak dikata kan. Permulaan trek agak landai tetapi malangnya kami diberi ujian hujan lebat diawal pendakian, memandangkan kali pertama berhujan di dalam hutan, kami menitik beratkan keselamatan. Hikers kena focus dan tumpukan perhatian demi keselamatan bersama. Arahan demi arahan dari sweeper memang semua kena alert
Semua hikers diwajibkan pakai headlamp tu...keadaan dalam hutan gelap gelita dan perlu focus
masa ni keselamatan sangat diutamakan sebab trek laluan adalah lereng gunung...sebelah kanan kami gaung dan jeram...perlu ikut arahan dan sentiasa alert
Dari entrance ke Lata Berembun mengambil masa lebih kurang 1 jam, Slowly kami melalui trek yang landai, lecak dan berselut sehingga ke check point pertama sebelum Lata Berembun yang mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam bagi moderate pace. Kami berehat lebih kurang 15 minit untuk solat subuh, hujan masih belum berhenti. Kasut kami dah basah kerana terpaksa mengharungi sungai dengan kasut. Agak leceh nak tukar ke sandal sebab hujan kan..air pun deras dan SA ambil keputusan harung jer sungai dengan kasut. Merasa bawak badan dengan kasut yang basah dan berat. Dan untuk kali pertama SA di serang pacat di belakang badan dan di perut. Yang naik kat tongkat hiking SA pun ada..Allah jer tau macam mana perasaan SA ketika tu...Nak menangis tapi tak keluar air mata. takut tu memang standard la...geli pun ye jugak..
Pengalaman mengerjakan solat subuh dalam hutan dan dalam hujan
Sarjan Rifin menunaikan kewajipan
Tidak lama dari pit stop semasa solat Subuh kami tiba di Lata Berembun. Pemandangan Lata Berembun yang cantik buat hati rasa terpaut dan rasa nak lepak lama kat situ, kami berhenti sarapan lebih kurang 15 minit. Pemandangan sememangnya sangat cantik tapi sayangnya perjalanan perlu diteruskan memandangkan jarak dari Lata Berembun ke Gua Kambing agak jauh dan mengambil masa 1 1/2 jam. Apa yang ada kat Gua Kambing? For sure takde kambing ye...SA sendiri tak tau kenapa Gua tu dinamakan Gua Kambing. Kat sini la segalanya bermula..disini juga la susah payah SA mendaki dengan selut..nak sangat hiking kan...hahaha...mula la bermaian dengan emosi bila fikirkan kenapa la SA bersusah payah mendaki...kan elok duduk rumah aje tidur atas tilam dan bertemankan anak dara. Pelbagai perasaan jahat muncul time tu...susah nak tepis...serangan pacat demi pacat lagi...nak nangis x boleh dah...nanti ada plak kata SA gedik, mengada...so tahan aje la...tahan takut dalam keterpaksaan namanya tu....dalam pada tu...pengalaman SA paling berharga..selfie tepi jeram...SA tak perasan ada pacat kat leher SA...pandai dia parking kat situ dan boleh SA x perasan..Kawan SA, Aftah yang perasan dan pacat tu dah kenyang hisap darah SA...siap tinggalkan "love bite" kat leher SA dan masih ada sampai sekarang...damn u pacat....
Subhanallah...nikmat apa lagi yang perlu didustakan...pemandangan yang menenangkan..
Untuk penulis blog macam SA..inilah ketenangan yang SA cari..
Indahnya alam ciptaan Allah S.W.T
Kami berhenti sarapan di sini...sambil sarapan sambil posing..
Sejuk giler masa ni weh.
Praba, Leader kami si handsome Azmi ( flip hair jap),Lin Ahmad, Aftah, Rifin, Shida dan SA
Us...the Ladies Hikers
Selfie lagi...dan lagi...Lin Ahmad, Izan Aiza, Widya , Shida dan SA
Nampak pacat kat leher tu? masa tu la dia buat kerja dan SA tak perasan...dan tak rasa apa pun...
Lin Ahmad, Izan Aiza, Shida dan SA
Me, si naughty Bruno Augustus and Aftah
Selfie jap sebelum teruskan pendakian
SA dan Aftah
Korang tengok gambar la ye..
SA tak dan nak masukkan caption kat setiap gambar....sebenarnya banyak lagi gambar kenangan kat Lata Berembun ni...semua dari kamera kawan- kawan...dan SA terpaksa pilih gambar- gambar semua..itu nanti SA share kat next entry. Maaf lambat update Hiking Gunung Berembun Jelebu NS ni sebab kekangan masa...terpaksa letak focus utama pada kerja hakiki dahulu...ada masa baru siapkan first entry ni...banyak lagi yang SA nak kongsikan..stay tune korang...stay with me as i need to share my experienced. Kali ni memang banyak cabaran...agak susah sikit berbanding Hiking Gunung Angsi August lepas.
See ya Part 2....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2020/10/hiking-gunung-berembun-jelebu-ns.html