Hiking Di Bukit Seguntor Sandakan
Hiking di Bukit Seguntor Sandakan | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hari ini Murni nak kongsikan entri terbaru berkaitan dengan aktiviti hiking yang Murni sertai minggu lepas, 08/03/2020. Kali ni Murni pergi membukit di Bukit Seguntor Sandakan atau lebih dikenali sebagai Bukit IOI dalam kalangan hikers Sandakan. Murni pun baru tahu nama sebenar Bukit IOI ni adalah Bukit Seguntor 🤭
Hiking di Bukit Seguntor SandakanTahun lepas Murni pernah pergi hiking di Bukit IOI ni bersama-sama dengan team Puteri Bukit, kali ni Murni pergi berdua sahaja dengan Kak Yati, member yang lain tidak dapat join sekali atas sebab tertentu. Disebabkan rindu dengan bau hutan Murni tetap nak pergi membukit di hujung minggu, yang penting ada kawan yang 'sekepala' hihi.
Ketinggian Bukit Seguntor dari paras laut 305 meter. Korang yang nak pergi hiking di bukit ni, boleh lalu di bulatan Jabatan Air, masuk ke arah jalan POIC drive dalam 5 minit. Kemudian akan jumpa simpang rumah kongsi. Starting point akan melalui jalan kawasan tanah kuning. Nah Murni siap buat video untuk trail menuju ke puncak Bukit Seguntor.
Aktiviti hiking kali ni disertai seramai 45 orang hikers. Pendakian kami bermula agak lambat kalau tak silap Murni nak dekat jam 9.00 pagi sebab perlu menunggu semua hikers dan perlu bergerak bersama-sama. Matahari masa ni dah naik & terik. Kalau korang naik ke Bukit Seguntor ni time cuaca dah panas, dinasihatkan bawalah payung kalau tak pun kipas mini yang comel pun boleh. Kalau korang nak menikmati pemandangan awan karpet di puncak Bukit Seguntor ni, korang boleh hiking awal sikit dalam jam 5:30/6:00 pagi. Masa pendakian ke puncak tak lama pun, kalau cukup stamina setengah jam pun boleh sampai eh! haha.
Nah layan gambar kami di hiking di Bukit Seguntor (Bukit IOI)
Cuaca panas yakmat time ni, apa lagi kami singgah sebentar dibawah pokok yang rendang untuk ambil gambar. Terima kasih juruketiknya. Menuju ke puncak dengan keadaan matahari yang terik, boleh pewai dibuatnya, terduduk juga untuk hilangkan rasa penat. Hiking kali ni tiada rasa mual-mual macam sebelum ni haha
Puncak Bukit Seguntor
Kalau dah sampi ke puncak Bukit Seguntor, tak sah rasanya kalau tak ambil gambar di atas pokok ni. Mula-mula tengok orang lain macam best pula bergambar atas pokok. Murni takut nak naik sebenarnya tapi beranikan diri nak juga panjat pokok ni. Sumpah Murni lupa nama pokok haha. Pokok ni betul-betul berada dekat dengan tebing dan surprisingly pokok ni boleh menampung berat badan Murni. Satu saja masalah Murni kalau panjat pokok pandai, nak turunnya tu terpaksa minta bantuan orang lain haha
Siap captured moment di atas pokok rehat dulu sebentar sebelum kembali ke jalan yang benar eh! I mean pulang ke rumah hihi.
Selesai aktiviti hiking di Bukit Seguntor Sandakan, misi mencari bakso di Batu 4 Bandar Kim Fung. Kecewa berabis masa ni sebab kedai bakso tutup haha terpaksalah masuk KFC. Terima kasih kak Yati belanja kehepsi 😘 Sampai sini saja Murni kongsi dengan korang aktiviti hujung minggu hiking di Bukit Seguntor Sandakan. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang. Tak sabar sebernarnya nak pergi Maragang Hill hihi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://murnimohdyusof.blogspot.com/2020/03/hiking-di-bukit-seguntor-sandakan.html