First Time Hiking Di Bukit Maras Terengganu



Kalau sebelum ini kami sering kali hiking di Bukit Besar, tapi kali ini suami ajak saya dan anak-anak hiking di Bukit Maras Terengganu pula. Kata suami, pemandangan di puncak bukitnya lebih cantik dan menyegarkan. Tidak cakap banyak, tentulah saya setuju untuk hiking di bukit yang pernah menjadi lokasi terkenal aktiviti paragliding Terengganu suatu ketika dahulu ini


Terdapat tiga laluan yang boleh dilalui sekiranya hiking di Bukit Maras Terengganu. Samada ingin melalui laluan tanah merah atau laluan denai. Laluan tanah merah yang berjarak 1.8km merupakan laluan terpantas ke puncak kerana dua laluan denai yang ada berjarak lebih jauh iaitu 3.3km dan 5.8km masing-masing dari puncak Bukit Maras


Jalan yang kami lalui pada trip pertama hiking di Bukit Maras Terengganu ini tentulah melalui jalan yang paling dekat iaitu menggunakan jalan tanah merah. Berketinggian 328 meter dari paras laut, lokasi Bukit Maras terletak dalam daerah Kuala Nerus dan mengambil masa anggaran 30 minit pemanduan dari bandar Kuala Terengganu untuk tiba ke lokasi


Semasa awal pendakian lagi saya sudah mula kehairanan apabila melihat kebanyakan pendaki yang dalam perjalanan menuruni bukit akan berlari sambil melompat-lompat. Tidak risau tergelincir ke? Lagipun bahaya berlari menuruni bukit sambil terlompat-lompat. Namun akhirnya saya mendapat jawapan mengapa mereka berkelakuan begitu.


Meskipun trek jalan tanah merah disediakan namun perkara yang paling mencabar apabila hiking di Bukit Maras Terengganu ini adalah pasir halus yang terdapat di sepanjang trek laluan. Cuba bayangkan apa akan jadi apabila saya menuruni bukit tinggi dengan kehadiran pasir-pasir halus yang ada di atas trek laluan sepanjang perjalanan. Tapak kasut tidak dapat mencengkam tanah dan boleh mengakibatkan pendaki tergelincir jatuh ke bawah.


Itulah sebabnya mengapa pendaki yang menuruni bukit terutamanya remaja lelaki berlari-lari anak sambil melompat-lompat sepanjang perjalanan turun. Saya juga turut melompat-lompat semasa perjalanan turun di sesetengah tempat namun nasib baik masih pandai cover, jika ada orang lalu automatiknya saya berjalan secara sopan santun dan lemah gemalai lah :P


Berbeza dengan Bukit Besar yang kebiasaannya akan kami habiskan masa selama dua jam sahaja, di Bukit Maras Terengganu kami menghabiskan masa selama tiga jam untuk mendaki bukit, menikmati pemandangan puncak dan turun kembali ke bawah. Tentu sahaja kepenatan terutama sekali apabila melalui proses pendakian di kawasan berpasir halus namun kepenatan terubat sebaik sahaja kami tiba di puncak Bukit Maras.


Di puncak bukit, terdapat beberapa buah gerai kecil yang dibuka untuk menjual makanan segera seperti jajan dan keropok. Minuman sejuk juga boleh dibeli di gerai ini. Kami tidak lepaskan peluang bergambar di  puncak bukit serta mengalas perut dengan makanan segera setelah penat mendaki. Semoga keindahan alam ini akan terus terpelihara dan buat pendaki, jangan lupa buang sampah di tempat yang sepatutnya ya.


Angin perbukitan yang bertiup lembut ditambah pemandangan indah sekitar daerah Kuala Nerus dari puncak Bukit Maras Terengganu membuat kami terleka seketika menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Bayu sejuk yang menyapa juga seolah membisik kata untuk terus meluangkan masa berada di puncak sehingga tidak sedar awan biru sedang mengumpul kepungan air untuk diturunkan ke bumi.


Sebaik titisan air mengenai kami, baru tersedar yang kami sekarang sedang berada di puncak bukit! Macammana nak turun ke bawah dengan keadaan bukit basah dan berpasir nanti? Nasib baiklah ada Menara Tinjau Bukit Maras yang boleh dijadikan tempat berteduh sementara menanti hujan berhenti. Walaubagaimanapun kami tidak berteduh lama di menara tinjau kerana ingin segera pulang ke rumah kerana perut juga sudah mula berkeroncong.


Dalam hujan rintik-rintik, kami menuruni puncak Bukit Maras Terengganu secara berhati-hati dan perlahan. Mujurlah hujan hanya seketika, selepas 5 minit perjalanan hujan mulai berhenti dan langit kembali cerah. Jadi kami meneruskan perjalanan turun dengan gaya tersendiri, berlari anak sambil melompat-lompat seperti sekumpulan kera yang sedang bergembira :P

Seronok rasanya apabila pengalaman first time hiking bersama keluarga di Bukit Maras Terengganu berjalan dengan lancar. Meskipun kepenatan masing-masing gembira dengan pengalaman hiking di tempat baru ini. In shaa Allah jika berkesempatan lagi, kami tentu akan kembali menjejak Bukit Maras Terengganu untuk aktiviti hiking yang seterusnya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2020/03/hiking-bukit-maras-terengganu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
First Time Makan Bayam Brazil Memang Sedap

First Time Makan Bayam Brazil Memang Sedap

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 942 hits
FIRST TIME MAKAN BAYAM BRAZIL MEMANG SEDAP Sejujurnya first time cikla tengok dan makan bayam Brazil Lama dah teringin nak rasa bayam Brazil ni since tengok kawan di FB post pasal bayam ni Dah rezeki kan nak rasakan pagi tadi pergi tadika a...
Hiking Bukit Gasing

Hiking Bukit Gasing

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 863 hits
Salam gais Tajuk blog Hiking Bukit Gasing Pertama kali tau hiking Bukit Gasing Entrance dah betul dari Hutan Pendidikan Bukit Gasing Tapi bila keluar hutan jumpa Jambatan Gantung Taman Rimba Bukit Kerinchi PJ Sis keliru nih yang penting kor...
Here S The Ultimate Step By Step Guide To Filing Your Income Tax For The First Time

Here S The Ultimate Step By Step Guide To Filing Your Income Tax For The First Time

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 366 hits
The last day to file your income tax to the Inland Revenue Board is 30 April 2020 small Cover image via Amin Rashidi SAYS small The income tax season is here and your days are numbered before the deadline to file your tax closes in on 30 Ap...
Hiking Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Pd

Hiking Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Pd

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 585 hits
Eh eh eh korang berdua ni memang tiap tiap minggu pergi hiking ke camne Hmm nampaknya begitulah Selagi ada kudrat kaki dan lutut kuat kita just go with the flow gituh Rasa kelakar pun ada Dah makin berusia barulah nak buat aktiviti panjat m...
Pandu Kancil Ke Dalam Airport Ini Kisah Sebenar Pemandu Wanita Dari Terengganu

Pandu Kancil Ke Dalam Airport Ini Kisah Sebenar Pemandu Wanita Dari Terengganu

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 222 hits
Dua hari lalu tular di media media sosial gambar sebuah kereta kancil yang dipandu masuk ke ruang balai pelepasan lapangan terbang di Terengganu Kejadian pelik itu dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus
Bekas Mb Terengganu Sekolahkan Rakyat Terengganu Yang Pengotor

Bekas Mb Terengganu Sekolahkan Rakyat Terengganu Yang Pengotor

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 463 hits
Foto FacebookSiapa yang tidak kenal dengan DS Mat Said bekas MB Terengganu Beliau memang dikenali sebagai orang yang sangat lantang bersuara Namun dalam kelantangan beliau terselit juga lawak Berikut adalah tulisan status beliau tukor la ke...
Covid 19 Rakyat Terengganu Dinasihatkan Berjaga Jaga Ikut Langkah Pencegahan

Covid 19 Rakyat Terengganu Dinasihatkan Berjaga Jaga Ikut Langkah Pencegahan

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 597 hits
Oleh Aslam WiraKUALA TERENGGANU 12 Mac Rakyat Terengganu dinasihatkan supaya sentiasa berjaga jaga dengan penularan wabak coronavirus yang kini berada di peringkat kedua Setelah wabak ini diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesih...
Explorasi Tasik Kenyir Bersama Universiti Malaysia Terengganu Dan Team Media Social 2020

Explorasi Tasik Kenyir Bersama Universiti Malaysia Terengganu Dan Team Media Social 2020

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 1539 hits
Alhamdulillah akhirnya impian Seri Wangi ingin menerokai alam semujadi Tasik Kenyir akhirnya tercapai sudah sebabnya sebelum itu pernah dapat trip untuk ke Tasik Kenyir tetapi tidak dapat ikut serta sebab ada komitmen lain Keindahan Tasik K...
20 Individu Penyokong Sebuah Parti Menyerang Khalid Samad Di Kuala Terengganu

20 Individu Penyokong Sebuah Parti Menyerang Khalid Samad Di Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 344 hits
MALAYSIA DATELINE Khalid Samad membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu malam tadi Mereka baru dapat kuasa dua minggu dan sudah tunjuk mereka lebih tinggi daripada undang undang Ini bahaya Mereka jelas sekali tak t...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang