Hiking Bukit Kepayang Ikut Laluan Pacak Sikit Turun Ikut Trail Mudah


Cerita hari Sabtu lepas, 20 April 2024. Kami hiking lagi Bukit Kepayang untuk kali ketiga. Nampaknya dah boleh jadi penunggu Bukit Kepayang lah lepas ni. Eh, pandai-pandai je nak claim. Itu je lah bukit yang dekat dan mudah. Hiking tiap-tiap minggu kat sini pun best juga. Good idea kan!

Hari Sabtu dah macam hari wajib pergi hiking gitu. Asal nak sampai hari Sabtu je, mulalah pasang rancangan nak hiking bukit mana? Bukit je lah mampu layan. Nak hiking gunung macam malas. Malas nak berlama-lama. Nanti asyik kena scam, 5 minit lagi sampai.

Ada juga sebenarnya pasang niat nak hiking Gunung Angsi sebab dekat. Tapi memikirkan sebab sekarang musim raya. Dah tentu jem nanti nak balik. So cancelled je lah. Nak hiking Bukit Taisho, memburu awan karpet jauh sangat tu. Tetap nak kena tempuh jem nanti.

Hujung-hujung, jomlah kita hiking Bukit Kepayang je! Marilah kita.
jam 7:43 am : hari yang sugul, mendung je
Kalini kami pergi awal sikit. Taklah awal sangat pun. Macam sama je waktu haritu. Masih tak ramai yang hiking, ramai yang masih beraya. Kaum Cina masih menjuarai. Seronoknya bertemu dengan mereka dengan ucapan morning. Pantang jumpa. Morning uncle, morning auntie. Mereka pun sporting, tak lokek senyuman.

Encik suami cakap, "harini kita hiking ikut laluan pacak yang masa kali pertama hiking haritu. Balik nanti ikut laluan mudah landai kali kedua hiking sebelum ni.". Saya OK je. 
Pertama kali juga hiking tanpa bawa bekalan air ataupun energy bar. Sebab dah makan dan minum siap-siap sebelum hiking. Haritu bawa pun tak sempat nak makan dan minum. Cuaca pun mendung je tak panas. 

Tak banyak ambil gambar sebab laluan ni dah pernah lalu. Kita enjoy hiking je lah. Santai-santai. Tak mengejar pace sebab nak menikmati alam. Selepas ikut jalan tar lebih kurang 10 minit, barulah masuk kawasan hutan. Mula berjalan jam 7:48am, sebelum masuk hutan jam 7:58am

jam 8:03am : Ikut laluan kanan, pertama kali haritu ikut laluan kiri yang landai sikit
8:05am : Laluan sedikit pacak
Jam 8:08am : Hampir ke puncak
Bila dah sampai laluan yang cantik ni, ada pokok pakis kiri kanan tu tandanya nak sampai puncak dah. Tak scam, memang benar. Tak sampai lima minit dah boleh sampai puncak

Bila sampai puncak, ada lah lebih kurang 10 orang macam tu. Tak ramai. Berjalan leha-leha je lah ambil angin dari puncak Bukit Kepayang

Tengok-tengok tempat wajib bergambar ni tak ada orang. Jomlah kita bergambar acah-acah penat. Ini kalau cuaca elok panas mesti cantik awan kepul-kepul dengan langit membiru. Cuaca sugul pun sugul lah, tetap nak ambil gambar juga. Kali kedua hiking haritu tak lalu sini

Jam 8:13am
Dah-dah lah tu bergambar. Masa tak ada orang ni dapatlah berlamaan sikit. Lebih kurang 3 minit jugalah duduk di sini. Jom teruskan perjalanan kita. 
Eh, cantiklah pula dekorasi raya atas Bukit Kepayang ni. Siapalah yang rajin buat semua ni kan. Kreatif dan usaha yang bagus. Sikap yang perlu dipuji

Jam 8:20am
Di kawasan ni tiba-tiba macam meriah pula dengan monyet-monyet. Pertama kali datang dulu, ada di kawasan dengan puncak lagi satu tapi jauh dia berada. Kita pula naik risau kalau dekat-dekat ni. Bukan boleh percaya kalau dah banyak-banyak ni. Dalam kepala otak ni dah risau kalau dorang menyerang.

Kalau kita tak kacau dia, dia tak kacau kita lah kan. Sempat lagi tu nak ambil gambar dia. Ini yang paling besar lah. Abang long kawasan lah kot. Tok ketua dia agaknya


Bila dah sampai kawasan berbatu mendaki sikit ni, maknanya hampir ke puncak ada papan tanda kayu tu dan stall kopi

Jam 8:23am
Dah sampai puncak yang cantik ni, haruslah bergambar di tempat wajib bergambar Bukit Kepayang

Jam 8:25am
Jadilah buat pecah peluh walaupun tak jauh mana. Steps pun dapatlah 5000 langkah lebih. Catatan masa tu lebih sikit sebab ikut trail mendaki. Tapi lebih kurang je dengan sebelum ni. 
Harini baru nampak stall kopi ni buka. Tapi kami tak beli pun. Lepas ambil gambar terus gerak turun. Masih meriah dengan dekorasi raya. Barista pun siap deko stall dengan pelita raya lagi tu. Tak nak kalah eh


Tak lama di puncak sini, jomlah kita balik! Kita ikut laluan mudah yang sedikit landai. Laluan tar sebelah kanan tu laluan kita datang tadi yang ada monyet.

Jam 8:29am
Sampai bawah jam 8:50am. Bila turun tu lajulah sikit, lagi pula ikut laluan mudah. Lepas ni rancang nak ikut laluan mendaki lain pula. Seronok pula hiking Bukit Kepayang ni sebab banyak laluan. Nak hiking pun tak bersusah payah sangat. Tahu-tahu sampai puncak. 

Esok Sabtu cuti hiking sebab nak balik kampung. Esok juga, 27 April 2024 pun dah mula Program 7 Wonders Challenge

Program NS 7 Wonders ini merupakan program sukan hiking atau pendakian yang julung julung kalinya diadakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan hasil cetusan idea daripada YB Tuan Haji Mustapha bin Nagoor, Exco Belia dan Sukan NS di mana ianya merupakan sukan pendakian melibatkan 7 buah bukit, gunung dan hutan di seluruh daerah di Negeri Sembilan. 
Di samping memupuk budaya hidup sihat ianya juga dapat memperkenalkan 7 destinasi pendakian ini kepada seluruh Malaysia dan kepada pelancong luar tentang keindahan flora dan fauna yang terdapat di bumi penuh beradat ini
 
7 destinasi pendakian tersebut adalah Gunung Angsi (Kuala Pilah), Bukit Melati (Seremban), Gunung Tampin (Tampin), Bukit Penarikan (Jempol), Bukit Undang (Jelebu), PD Forest (Port Dickson) dan Gunung Datuk (Rembau). Seluruh Warga Negeri Sembilan dan Malaysia adalah dijemput untuk menyertai sukan pendakian ini dengan mendaftar di laman web "https://www.tiketmasuk.my/" atau menghubungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah berkaitan
 
Yuran penyertaan hanya RM 10 dan peserta akan dibekalkan dengan medal menarik dan peralatan lain. T shirt menarik bagi setiap 7 destinasi juga dibekalkan kepada yang berminat. Penganjur mensasarkan 1000 penyertaan bagi setiap pendakian. Selain dari pendakian terdapat juga aktiviti lain yang menarik di tapak pelepasan seperti E Sport, Aerobikthon, Plogging, Pemeriksaan Kesihatan dan Pameran Agensi Kerajaan dan penaja
 
Untuk program yang pertama akan diadakan di Gunung Angsi Kuala Pilah dan peserta akan dilepaskan bermula dari Taman Eko Rimba Ulu Bendul, Kuala Pilah pada jam 7.00 pagi, 27 April 2024 (Sabtu). Moh kita ramai ramai menyertai aktiviti ini sempena Hari Sukan Negara 2024

sumber : Majlis Daerah Kuala Pilah


Nak join pun tak dapat sebab ada hal lain. Lagipun pendaftaran dah expired lepas dapat tahu berita. Tak ada rezeki nak join. Mungkin boleh join 1 Jun nanti hiking Bukit Melati, Nilai.

By the way, saya masih belum kurus. Nampak kurus tu disebabkan camera 0.5 gituu. Lemak masih menebal tak pandai nak menipis. Tak mengapa, yang penting kita usaha untuk amalkan gaya hidup lebih sihat gitu. Slowly but surely, dengan izin Allah.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2024/04/hiking-bukit-kepayang-ikut-laluan-pacak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Syawal Hiking Bukit Kepayang

4 Syawal Hiking Bukit Kepayang

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 168 hits
Raya raya pun nak hiking ke Ye dah sebulan cuti puasa kan Lepas tu raya melantak macam macam masuk perut Kena insaf awal Takut lupa diri pula Konon nak hiking Bukit Taisho memburu awan karpet selepas sebelum puasa haritu Tapi dah balik Sere...
Video Dua Jenderal Polisi Tni Al Turun Tangan Usai Anggota Bentrok Di Pelabuhan Sorong

Video Dua Jenderal Polisi Tni Al Turun Tangan Usai Anggota Bentrok Di Pelabuhan Sorong

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 178 hits
Bentrokan terjadi antara anggota Pomal Lantamal IV Sorong dan Brimob Papua Barat di ruang tunggu keberangkatan Pelabuhan Sorong Minggu
Kakorlantas Sebut Angka Kecelakaan Mudik Dan Arus Balik 2024 Turun

Kakorlantas Sebut Angka Kecelakaan Mudik Dan Arus Balik 2024 Turun

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 155 hits
Sementara untuk luka berat pada mudik dan lebaran tahun ini mengalami kenaikan Aan mengungkap trend luka berat pemudik hingga 533
Nekat Mendaki Tanpa Tiket 135 Pendaki Langsung Disuruh Turun Petugas

Nekat Mendaki Tanpa Tiket 135 Pendaki Langsung Disuruh Turun Petugas

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 88 hits
Pihaknya juga berharap para pendaki untuk melakukan cek in dan cek out di pintu pendakian agar terdata oleh petugas
Poster Hari Raya Muat Turun Percuma

Poster Hari Raya Muat Turun Percuma

papar berkaitan - pada 14/4/2024 - jumlah : 313 hits
Sempena Hari Raya kita biasanya boleh mengirimkan poster ucapan Hari Raya buat ahli keluar rakan rakan dan sanak saudara Penggunaan poster ini secara tidak langsung boleh menggantikan budaya menghantar kad raya yang tidak lagi diamalkan ole...
Mudah Ja Kan

Mudah Ja Kan

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 124 hits
Najib BakarOrang berbudi kita berbahasa Orang memberi kita merasa Ni adab dan budi pekerti orang Melayu yang semakin dilupakan Saja nak cerita sikit Mak ayah aku kedua dua depa pencen penjawat awam Jawatan terakhir ayah pencen sebagai Timba...
Cara Mengatasi Insomnia Dengan Sangat Mudah

Cara Mengatasi Insomnia Dengan Sangat Mudah

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 232 hits
Pernahkah anda mendengar tentang istilah insomnia Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah ini Keadaan ini secara umunya adalah gangguan tidur yang akan menyebabkan keadaan tidur yang tidak memuaskan Situasi ini terjadi disebabkan ...
Tips Mudah Jadi Miskin

Tips Mudah Jadi Miskin

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 207 hits
Sumber Google Picture1 Berbelanja Seperti Tiada Esok Bagimu Belanja habis semua pendapatan yang anda perolehi hari ini Tak perlu simpan duit walaupun sedikit Duitkan tak boleh dibawa mati Masa inilah nak nikmati hidup sebaik dan semewah yan...
Enggan Selesa Di Kerusi Empuk Zambry Giat Turun Padang Selesai Isu Ipt

Enggan Selesa Di Kerusi Empuk Zambry Giat Turun Padang Selesai Isu Ipt

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 120 hits
Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir mendengar keluhan penuntut Universiti Malaysia Sabah yang mendakwa berdepan masalah gangguan bekalan air sejak 2021 PUTRAJAYA Lahir daripada Kabinet Kampus sebagai pemimpin mahasiswa Zambry Abdul...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba