Enggan Selesa Di Kerusi Empuk Zambry Giat Turun Padang Selesai Isu Ipt


Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir mendengar keluhan penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mendakwa berdepan masalah gangguan bekalan air sejak 2021.PUTRAJAYA: Lahir daripada “Kabinet Kampus” sebagai pemimpin mahasiswa, Zambry Abdul Kadir memanfaatkan pengalaman itu untuk menyelesaikan pelbagai masalah penuntut sejak menjadi menteri pendidikan tinggi mulai Disember tahun lalu.
Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu diuji apabila lawatan pertamanya ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 8 Jan lalu disambut penuntut yang menyanyi “memohon maaf” kepadanya kerana belum mandi akibat gangguan bekalan air.
Mendengar sendiri permasalahan penuntut terbabit dan selepas berbincang dengan pengurusan universiti, Zambry terus mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk membantu menyelesaikan masalah membelenggu sejak 2021 itu.
Beliau juga turun padang mengadakan sesi libat urus dengan penuntut universiti lain, antara masalah dikenal pastinya termasuk isu penyelenggaraan kemudahan kampus berusia terutama berkaitan penginapan.

“Tidak wajar untuk saya hanya duduk di kerusi empuk di pejabat dengan menerima laporan-laporan tentang sesuatu perkara berkait kedudukan universiti, politeknik dan juga kolej komuniti.
“Bukan bermaksud tidak percaya dengan visi, naib canselor atau kepimpinan di peringkat universiti dan kolej, tetapi saya merasakan lebih efektif kalau dapat turun bersama-sama dengan mereka secara berpasukan,” kata Zambry dalam temu bual dengan FMT, baru-baru ini.
Zambry Abdul Kadir guna pendekatan 3P (padang, perasaan, penyelesaian) dalam pentadbirannya sejak menjadi menteri besar Perak hingga menteri pendidikan tinggi kini.Menurut Zambry, pendekatan turun padang bukan baharu baginya malah diterapkan ketika duduk di kerusi menteri besar Perak selama lapan tahun bermula 2009 dengan menerapkan 3P iaitu padang, perasaan dan penyelesaian.
Jelasnya, beliau sebagai pemimpin atau menteri perlu turun padang melihat sendiri untuk menyelesaikan masalah dan dari situ timbul perasaan berkaitan masalah serta keutamaan untuk menyelesaikannya.
“Seperti berlaku di UMS saya tidak salahkan pentadbiran tetapi sebagai menteri mungkin saya melihatnya dalam perspektif lain iaitu dari segi keutamaan. Kerana kehidupan pelajar setiap hari yang terganggu bukan hanya dalam tempoh seminggu dua tetapi telah lama.
“Saya turun ke bawah walaupun disambut dengan plakad dan demonstrasi aman, saya kata (tetap) nak turun ke bawah kerana saya cuba memahami dan mencari penyelesaian,” katanya yang menjadi menteri luar negeri sebelum rombakan Kabinet, Disember lalu.
Dalam menyelesaikan masalah di institusi pengajian tinggi awam, Zambry berkata beliau kerap mendengar pandangan semua pihak dan tidak hanya menyalahkan pengurusan kerana sedar kekangan turut dihadapi mereka.
“Contohnya mereka kata kurang bajet…bila saya umumkan peruntukan saya mahu lihat hasilnya. Jangan bila saya datang nanti masalah lain pula dan kata ‘we cannot do that’, saya tak boleh terima,” tegasnya.
Zambry turut menekankan kepentingan untuk mengatasi masalah berkait kebajikan penuntut pengajian tinggi terlebih dahulu seperti kemudahan pembelajaran sebelum melakukan perubahan lebih besar.
“Sebelum ke aspek lain dan lihat ‘software’, kita perlu melihat dari segi ‘hardware’ tentang keadaan universiti, politeknik dan sebagainya. Contohnya yang telah dibina lama mungkin dalam 20 atau 30 tahun lalu.
“Apakah berlaku dengan kondisi bangunannya? Apa perlu kita lakukan? Jadi bila turun bawah kita dapat melihat bersama-sama (untuk cari penyelesaian),” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/04/enggan-selesa-di-kerusi-empuk-zambry.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Mahu Adakan Pertemuan Selesai Isu Mpm Tak Iktiraf Pakar

Menteri Mahu Adakan Pertemuan Selesai Isu Mpm Tak Iktiraf Pakar

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 145 hits
Zambry Abd Kadir berkata beliau dimaklumkan tentang keengganan MPM mengiktiraf program kepakaran tertentu selepas beliau mengambil alih KPT pada Disember lepas PETALING JAYA Kementerian Pendidikan Tinggi bercadang mengadakan pertemuan denga...
Ubah Fikiran Mic Turun Padang Kempen Prk Demi Masyarakat India

Ubah Fikiran Mic Turun Padang Kempen Prk Demi Masyarakat India

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 107 hits
Presiden MIC SA Vigneswaran berkata langkah turun berkempen juga membolehkan parti itu mengetengahkan isu dihadapi oleh kaum India di Hulu Selangor khususnya di DUN Kuala Kubu Baharu PETALING JAYA Presiden MIC SA Vigneswaran hari ini menges...
Makan Ubi Kayu Ganti Beras Tunggu Isu Bpt Selesai Cadang Johari

Makan Ubi Kayu Ganti Beras Tunggu Isu Bpt Selesai Cadang Johari

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 253 hits
freemalaysiatoday com 06 Apr 2024 04 30 PMUbi kayu dilihat mampu menjadi alternatif terbaik sebagai sumber karbohidrat kata speaker Dewan Rakyat itu Johari Abdul berkata langkah menggantikan beras dengan ubi kayu boleh menyelamatkan rakyat ...
Tidak Timbul Isu Mca Mic Enggan Bantu Kempen Prk Kkb Mgflash

Tidak Timbul Isu Mca Mic Enggan Bantu Kempen Prk Kkb Mgflash

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 147 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan kononnya MCA dan MIC tidak akan menyokong kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu Perdana Menteri itu berkata dakwaan itu tidak tepat dan beliau telah dimaklumkan Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswa...
Percanggahan Isu Tahanan Dalam Rumah Najib

Percanggahan Isu Tahanan Dalam Rumah Najib

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 98 hits
Iswardy MorniSatu perkembangan menarik mengenai tambahan dalam pengampunan najib Razak sama ada terdapat tambahan untuk tahanan di rumah dalam pengurangan 6 tahun penjara dan denda kes SRC Hari ini najib telah pun memohon dari mahkamah rayu...
Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 240 hits
Puluhan kampit beras tin sardin tepung dan barang makanan lain yang ditemukan dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur Kampung Gunung Senyum dekat sini petang semalam adalah stok lama yang sudah rosak B...
Isu Sama Ja Un Mainkan Lapok Zaman Gagalis Sebagai Kerajaan

Isu Sama Ja Un Mainkan Lapok Zaman Gagalis Sebagai Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 110 hits
Sham GhazUn takda kerja lain main isu sama di fb page berbeza Skrip pun sama ka Zaman kamu jadi Kerajaan 33 bulan minyak masak dan ayam naik melambung Time tu rakyat minta jasabaik kerajaan kawal bagi turunkan harga kamu buat pekak badak ja...
Kes Nadir Ni Bukan Isu Terpencil Sebelum Ini Pun Pmx Dah Bantu Kerajaan Thailand

Kes Nadir Ni Bukan Isu Terpencil Sebelum Ini Pun Pmx Dah Bantu Kerajaan Thailand

papar berkaitan - pada 18/4/2024 - jumlah : 136 hits
Rupanya kes tu bukan kes terpencil Sebelum ni pun ada kes kes termasuk ketika DS Anwar masih lagi Bayangkanlah sebagai hanya Ketua Pembangkang pun DS Anwar mampu lakukan Lebih menarik juga turut dapatkan bantuan DS Anwar untuk Ini sekali gu...
Isu Tadah Tangan Ketika Berdoa Apa Motif Pemuda Pas Exco Johor

Isu Tadah Tangan Ketika Berdoa Apa Motif Pemuda Pas Exco Johor

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 174 hits
HarapandailyBarisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Exco Johor mempersoalkan motif seorang pemimpin muda Pas yang memuat naik entri di media sosialnya didakwa menghina Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim Jumaat lalu Pengerusi Ja...
Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

Sindiket Caj Rm15 000 Bawa Masuk Warga Bangladesh Ke Malaysia Tumpas

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Resipi Sup Keting Masak Sendiri Baru Puas Boleh Makan Banyak

Tak Perlu Layan Dakwaan Jejaka Umur Baru 35 Tahun Dah Ada Simpanan Kwsp Lebih Dari Rm2 Juta

Perang Ekonomi As China M Sia Pas Sertai Brics

Mistakes To Avoid When Installing Glass Block In Your Next Project

Malaysia Singapore To Jointly Nominate Chingay For Unesco List

Sabah Air Belum Mohon Lesen Perkhidmatan Udara Kata Menteri Pengangkutan