4 Syawal Hiking Bukit Kepayang


Raya-raya pun nak hiking ke? Ye, dah sebulan cuti puasa kan. Lepas tu raya melantak macam-macam masuk perut. Kena insaf awal. Takut lupa diri pula. Konon nak hiking Bukit Taisho, memburu awan karpet selepas gagal memburu awan karpet di Bukit Senaling sebelum puasa haritu.
Tapi dah balik Seremban, tak ada lah patah semula ke Bahau. Lainlah kalau masih lagi di Pilah. Taknak lah hadap jem Seremban-Pilah tu haa. Nak hiking Gunung Angsi pun malas, takut jem juga tu nanti. Jadi, hiking dekat-dekat rumah je sudah. Kira warm up je lah dulu.
Jomlah kita hiking Bukit Kepayang untuk kali kedua. Mulakan bulan April dengan hiking Bukit Kepayang. Teruskan misi hiking setiap bulan, sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Harap tak gagal lah.
8:00 amKami hiking lewat sikit. Mula hiking jam 8:00 pagi. Cuaca pun macam dah mula panas. 
Musim raya ni tak ramai pun orang hiking. Macam biasa, meriah dengan kaum Cina. Mereka memang rajin hiking di sini. Mungkin ada aktiviti Tai Chi kat atas bukit nun. Baguskan mereka jaga kesihatan beriadah. Kuatkan kaki dan jantung. 
Kali ni laju sikit berjalan ikut jalan tar ni dan tak banyak ambil gambar. Jadi, tak banyaklah berhentinya pun. Tak pewai orang kata.
Awal-awal kita layan trek mendaki ni sikit. Sikit je.
8:05am
Kalau penat, boleh rehat duduk di bangku yang disediakan. 
8:05am
Kami tak berhenti dan teruskan perjalanan. Kali ni kami ikut laluan sebelah kanan. Sebelum ni ikut laluan sebelah kiri yang agak pacak tu.
baca juga
kali pertama hiking Bukit Kepayang
8:07am
Laluan ni adalah laluan mudah dan landai. Boleh jalan-jalan santai. Nak berlari pun, silakan

8:08am
Berjalan lebih kurang 3 minit macam tu dah nampak laluan terang, kemudian kami belok ke kiri

8:11am
Laluan mendaki ni tak pacak. Jalan macam naik tangga gitu

8:15am
Tahu-tahu dah sampai puncak dah. Lahh..kejap je ikut laluan yang ni. 
8:18am
Laluan ni akan keluar di kawasan yang ada basikal ni. Kalau ke kiri akan ke puncak sebenar yang ada tokong tu. 
8:18am
Kami terus ke kanan ke puncak Bukit Kepayang yang ada papan tanda kayu tu

8:19am
Kalau dah sampai laluan berbatu-batu ni maknanya nak sampai puncak dah tu. Berhenti bergambar kejap

8:20am
Okay sampai dah kita di puncak Bukit Kepayang. Ambil masa lebih kurang 20 minit lebih untuk sampai ke puncak. Kalau tak berhenti ambil gambar, tak ambil masa lama lah. Kalau berlari, lagi cepat sampai

Layan dulu jamu mata dengan permandangan dari atas bukit sementara menunggu orang ambil gambar di port wajib bergambar atas Bukit Kepayang

8:23am
Mereka tak siap lagi bergambar, kita potretkan dulu permandangan matahari yang tengah naik ni. Terik betul. Tak mampu nak membesarkan mata ni ha

8:25am
Mereka dah beredar, jomlah kita ambil giliran dan ambil gambar cepat-cepat. Malas nak berleha-leha lagi atas bukit ni sebab matahari tengah naik kan. Panas boleh tahan walaupun belum tengahari lagi. Baru 8:27am
Rehat kejap je sementara tunggu giliran bergambar. Tak makan atau tak minum air sebab tak rasa dahaga atau lapar. Sebelum hiking tadi dah makan energy bar. 
Jam 8:28 terus turun. Sampai bawah jam 8:52am. Tak sampai 1 jam turun dan naik. Kira okaylah untuk hiking santai-santai warm up sebelum hiking seterusnya. 


Fuhh..puas hati dapat membakar kalori. Walaupun tak banyak tapi bermakna. Kira berbaloilah juga. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2024/04/4-syawal-hiking-bukit-kepayang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Remaja Bawah Umur Hilang Bersama Teman Lelaki Tidak Pulang Rumah Lepas Minta Izin Mandi Di Bukit Merah

Remaja Bawah Umur Hilang Bersama Teman Lelaki Tidak Pulang Rumah Lepas Minta Izin Mandi Di Bukit Merah

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 126 hits
NUR IFTITAH ROZLANNur Dania Safia dilaporkan hilang selepas meminta izin untuk keluar mandi di Bukit Merah Laketown Resort Semanggol Perak pada Sabtu SEORANG bapa di Perak meluahkan kesedihannya selepas mendapat tahu anak perempuannya berus...
Pergi Mengopi Sebelum Konsert Mula Cnblue Kongsi Foto Lepak Di Bukit Bintang

Pergi Mengopi Sebelum Konsert Mula Cnblue Kongsi Foto Lepak Di Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 142 hits
Pada tahun ini ada banyak artis Korea yang akan datang ke Malaysia untuk mengadakan konsert Artikel Berkaitan Terbaru pada 20 April CNBLUE telah mengadakan konsert jelajah CNBLUENTITY bertempat di Mega Star Arena Kuala Lumpur Beberapa jam s...
Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2024 Di Malaysia Jakim

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2024 Di Malaysia Jakim

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 353 hits
Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 2024 SIARAN LANGSUNG Pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri 1445H Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi tahun ini ditetapkan pada petang Selasa 9 April 2024 bersamaan 29 Ramadan 1445 Hijrah dan pengisytiharan tar...
Polis Kuantan Sudah Mengedarkan 350 Borang Balik Kampung Sempena Cuti Pada Syawal Ini

Polis Kuantan Sudah Mengedarkan 350 Borang Balik Kampung Sempena Cuti Pada Syawal Ini

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 207 hits
KUANTAN Polis sudah mengedarkan 350 borang balik kampung sempena cuti pada Syawal ini Ketua Polis Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Wan Busu berkata masyarakat diminta mengemukakan maklum balas segera bagi memudahkan pengurusan gerak kerj...
Zinidin Zidan Valdy Nyonk Daeng Syawal Cahaya Abadi Chord

Zinidin Zidan Valdy Nyonk Daeng Syawal Cahaya Abadi Chord

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 187 hits
Bm Em A D G Em F Bm Em rasulullah engkaulah A D manusia yang paling sempurna G Em akhlakmu yang mulia G F suri tauladan yang abadi Bm Em cahayamu memancar A D menerangi seluruh alam G Em sholawat dan salam kami ucapkan G F padamu ya rasulal...
Exco Pertanian Pas Terengganu Menipu Lawat Kilang Beras Bukit Kenak

Exco Pertanian Pas Terengganu Menipu Lawat Kilang Beras Bukit Kenak

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 195 hits
Posting YB Azman Ibrahim bertarikh 20 April 2024 kononnya dia pergi melawat Kilang Padi BERNAS Bukit Kenak Jerteh Padahal gambar itu gambar lama bertarikh 25 Oktober 2023 lagi Gambar pun gambar sama kononnya untuk tunjuk dia buat kerja lepa...
Mayat Hampir Reput Ditemukan Di Cerun Bukit

Mayat Hampir Reput Ditemukan Di Cerun Bukit

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 117 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com myGenting Highlands Mayat hampir reput ditemukan di cerun bukit di Kilometer 15 1 Jalan Turun Genting Highlands di sini hari ini Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berka...
Kereta Melayang Terbang Atas Bukit

Kereta Melayang Terbang Atas Bukit

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 143 hits
FATIN FILZATI BADRULTangkap layar menunjukkan kereta jenis Satria terbabas melayang ke atas bukit PETALING JAYA Pengguna yang melalui Lebuhraya Utara Selatan terkejut apabila melihat sebuah kereta tersangkut pada pokok berhampiran susur kel...
Kompleks Sukan Bukit Jalil

Kompleks Sukan Bukit Jalil

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 245 hits
Lokasi Kompleks Sukan Bukit Jalil Alamat Jalan Barat Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur Waktu Operasi Bergantung AcaraAlamat Sesawang https www stadium gov my Tarikh Lawatan 12 Ogos 2017 19 30 Ogos 2017 17 23 September 201703 Disember 2017 13 O...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt