Hidupkan Blues Malaysia
MACAM MANA NAK HIDUPKAN BLUES MALAYSIA ?
Saya dulu mengenali blues dengan lagu lagu berunsur satira, komedi. Haru biru blues oleh Mr Os, Blues terengganu kita oleh Iklim, Jalil Hamid pun ada lagu blues pasal tempat dalam Malaysia. Lagu begitu saya dengar sebab Abah rajin beli kaset masa itu. Termasuk juga band rock macam Wings, Search, Lefthanded, Deep Purple. Dari sini saya dah mula suka muzik blues, dan time ni ada majalah rottw , kenallah pemuzik blues macam Kenny Wayne Shepherd.
Paling saya tersentuh dengan BLUES bila saya mengenali alat muzik HARMONIKA dari abah sendiri. Abah main tremolo, tapi saya tertarik dengan sound bluesharp . Masa ini Blues Gang adalah contoh terbaik yang boleh saya ikut untuk belajar bluesharp.
Terima kasih pada blues gang yang membuka pintu kepada dunia blues. Macam macam lah saya cari, dari gary moore, srv, eric clapton . LEpas tuh macam macam bluesharp player saya kenal, terutama James Cotton, Junior wells, dan macam macam lagi. Masa iini saya baru tahu banyak kelab blues dekat malaysia. Masa ni saya mula tertarik dengan scene blues di Malaysia. Cuma masa tuh sibuk habiskan master lagi.
Kalau ikutkan progressive, blues gang berjaya membuatkan rakyat malaysia boleh terima blues. Mereka boleh mempelbagaikan gaya muzik blues, masukan loghat dalam APO NAK DIKATO, menaikkan semangat nusantara dalam KHATULISTIWA, dan macam macam lagi. Bluesgang dah gabungkan tradisional dan blues menjadi satu masterpiece TUDUNG PERIUK dan banyak lagi.
Macam mana saya kenalkan blues pada umum ? melalui #harmonikawan . Sejak saya belajar main bluesharp, saya pengaruh kengkawan rock utm dengar blues. Saya pernah iringi mama saya , Dato Dr Zurinah Hassan, sasterawan negara dengan 12 bar blues dan harmonika dalam membaca puisi. Saya meniup harmonika blues di gig gig indie. Pernah memasukkan bluesharp dalam lagu raya akustik. Macam macam lagilah kerja gile saya buat dengan bluesharp.
Ada masa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, saya berjumpa penggiat buku saudara Izzat Amir. Saya nyatakan hasrat untuk melakukan satu show harmonikawan, dan saya teringin bersama pak Ito Mohd meniup bluesharp bersama. Alhamdulillah saudara izzat sudi menghubungkan saya dengan legend blues dalam satu sesi harmonikawan di Pesta Buku Melaka .
Saya nyatakan hasrat saya untuk membuat satu sesi ilmiah pasal bluesharp di pesta buku melaka . Kami bermain sedikit lagu, dan sesi diskusi. Harmonika, bluesharp, tak boleh berdiri sendiri tanpa menceritakan asal usul muzik blues. Tapi masa saya memainkan lagu Rasa Sayang blues, saya mendapat feedback positif dari wakil Kementerian Pendidikan. Selain itu ada juga dapat feedback yang anak kawan saya nak cuba belajar main harmonika. Saya tahu kalau dah mula pandai main harmonika, ianya sangat mudah untuk mereka mengenali blues.
Selepas itu , saya membawa mama untuk sesi diskusi bersejarah, Sasterawan Negara dengan legenda blues malaysia. Banyak elemen sastera dalam lirik lirik lagu bluesgang. Dari situ saya tahu, saya boleh hubungkan orang sastera pada muzik blues. Paling penting saya bawa anak saya kenal legend blues . Walaupun depa gila kpop, saya memang basuh mereka dengan bluesharp, kenal muzik blues malaysia.
Apa saya buat sekarang ialah membuat PINTU yang menghubungkan dunia luar dengan dunia blues. Dengan cara nih, blues malaysia boleh hidup dengan segar. HARMONIKAWAN adalah cara saya untuk menghidupkan blues. Bluesgang dengan cara mereka. Banyak band lain pun ada cara tersendiri untuk menghidupkan blues malaysia.
Semua orang ada peranan. Kalau ada cafe, boleh offer band blues mainkan lagu blues. Kalau kenal orang politik, boleh minta dana untuk blues festival. Kalau ada page viral, boleh viralkan event blues.
“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,
Itulah dia amalan hidup kita”
The post Hidupkan Blues Malaysia appeared first on FAIZ SAAID.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://faiz.anggur.uk/hidupkan-blues-malaysia/