Hidupan Di Paya Indah Wetlands Dengkil
Hidupan Di Paya Indah Wetlands Dengkil | Pada artikel yang lepas blogger2u (B2U) ada kongsikan artikel Aktiviti Riadah dan Fotografi di Paya Indah Wetlands dan kali ini ada sedikit informasi bagi kesinambungan bagi artikel tersebut. Pada artikel tersebut telah B2U ceritakan sedikit sebanyak tentang aktitivi yang boleh di lakukan di Paya Indah Wetlands
Di dalam artikel tersebut ada juga B2U kongsikan gambar-gambar haiwan (hidupan) yang terdapat di Paya Indah Wetlands, akan tetapi penjelasan serta informasi tidak B2U sertakan dengan jelas di dalam artikel berkenaan. Seperti yang di janjikan, informasi akan di kongsikan pada artikel ini
Spesis Hidupan Di Paya Indah Wetlands DengkilSemasa berkunjung ke sana keadaan jerebu pada ketika itu masih belum pulih sepenuhnya. Jadi niat untuk meninjau aktiviti burung di kawasan berkenaan agak terhad. Berbekalkan kamera Canon 60D dan lensa Sigma 70-300mm sempat juga B2U rakamkan beberapa keping gambar haiwan untuk perkongsian bersama.
Antara binatang atau hidupan di bawah jagaan Jabatan Perhilitan Malaysia yang sempat di rakam di sana adalah seperti berikut;
Buaya TembagaBadak Air (Hippo)Burung Undan Putih (Pelican)Yellow Billed StorkDan itik-itik yang biasa kita lihat di kampung-kampung.
Buaya TembagaSedikit informasi tentang Buaya Tembaga yang terdapat di Paya Indah Wetlands Dengkil. Buaya Tembaga atau Estuarine Crocodile (Crocodylus Poposus) ini sebenarnya sumbangan oleh Taman Buaya Langkawi Sdn Bhd dan Buaya-buaya ini tiba di Paya Indah Wetlands di bawah jagaan PERHILITAN pada 11 Oktober 2011 sebanyak 15 ekor
Buaya Tembaga di Paya Indah Wetlands
Buaya-buaya ini di tempatkan di satu Tasik yang luas dan di lengkapi dengan pagar keselamatan paras dada hinggalah paras pinggang orang dewasa bagi tujuan keselamatan. Ia di tempatkan di dalam Tasik bekas lombong ini bagi menyamai dengan habitatnya yang sebenar yang mana buaya-buaya ini sangat gemar dengan kawasan tanah yang becak, kawasan paya, sungai dan muara sungai
Reptilia ini adalah jenis berdarah sejuk dan gemar berjemur di tepian tasik atau pun sungai-sungai pada waktu sinag untuk memanaskan badan dlaam masa yang sama bagi membantu kadar pencernaan makanan
Buaya Tembaga adalah spesis buaya yang terbesar di dunia. Saiz buaya tembaga jantan mampu membesar dan mencapai sehingga 20 - 23 kaki panjang dan boleh hidup sehingga 40 - 50 tahun. Buaya betina pula mampu menghasilkan telur sebanyak 40 - 60 biji dalam satu-satu masa
Buaya Tembaga di Paya Indah Wetlands sedang membuat muka "ayu" bila pandang kamera
Tahukah Anda?Buaya mampu menerkam dan menggigit mangsa dalam sekelip mata. Dalam dunia haiwan, gigitan buaya adalah yang terkuat. Daya gigitannya melebihi 5,000 (psi) paun/inci ;
13 kali lebih kuat daripada gigitan anjing Rotwieler11 kali lebih kuat daripada gigitan ikan Jerung.5 kali lebih kuat daripada gigitan Hyena.Buaya juga pantas di daratan yang mana kelajuannya boleh mencecah sehingga 17km/j. Jangan main-main dengan buaya.
Badak Air atau HippoTerdapat 2 ekor Hippo di Paya Indah Wetlands ini. Ianya juga di tempatkan di salah sebuah tasik sepertimana buaya. Rutin Hippo ini cuma makan dan berendam di dalam air sahaja. Jika anda bernasib baik, anda boleh lihat Hippo ini dengan jarak yang paling dekat ketika badak air ini naik ke daratan untuk makan. Waktu Hippo ini diberi makan adalah pada jam 10.00 - 10.30 pagi, setiap hari
Hippo sedang berendam di dalam Tasik untuk sejukkan badan
Badak Air atau Hippo (Hippopotamus amphibius) yang mudah di temui di Sub-Saaharan Afrika ini amat gemar mendiami kawasan sungai dan tasik. Sesuai dengan habitatnya yang semi akuatik. Pada waktu siang, ia akan berada di dalam air atau lumpur untuk menyejukkan badannya. Pada waktu senja ia akan naik ke darat untuk meragut rumput. Proses pembiakan dan melahirkan anak di dalam air
Hippo Paya Indah Wetlands
Tahukah Anda?Badak Air berupaya mengejar manusia dengan mudah. Badak air mampu berlari dengan patas dan pernah di rekodkan ianya mampu berlari dalam jarak dekat dengan kelajuaan 48 km/j, iaitu menyamai kelajuaan pelari pecut Olimpik di Afrika
Hippo Paya Indah Wetlands
Badak Air merupakan haiwan yang sangat agresif dan berbahaya. Walau bagaimanapun, ianya semakin terancam berikutan pemburuan haram dan kehilangan habitat. Haiwan ini berstatus "dilindungi"
Burung Undan Putih (White Pelican)Di Paya Indah Wetlands Dengkil ini B2U cuma menjumpai sepasang sahaja Burung Pelican ini. Ianya di lepaskan secara bebas menyamai habitatnya yang gemar kawasan berair dan paya-paya untuk mencari makanan utamanya iaitu ikan
Burung Undan Putih Paya Indah Wetlands
Burung Undan atau "White Pelican" (Pelicanus Onocrotalus) adalah burung yang mempunyai kantung di bahagian paruhnya. Paruhnya yang runcing dan panjangnya boleh mencapai lebih dari 30 cm, manakala paruh sebelah atas memiliki hujungnya yang bengkok seperti cangkuk (sila rujuk gambar)
Burung Undan putih di Paya Indah Wetlands
Paruh Burung Undan di bahagian bawahnya sampai tengkolok terdapat kantung berupa kulit elastis, yang digunakan untuk menangkap ikan. Kakinya yang pendek dan pada jari-jarinya terdapat selaput seperti kaki itik bagi memudahkannya berenang. Saiz badanya yang panjang mencapai 1.5 meter. Undan jantan memiliki rupa yang sama dengan Burung Undan betina, akan tetapi tubuh Undan jantan besar sedikit dari yang betina
Tahukah Anda?Burung Undan ini banyak terdapat di Selatan Afrika. Kebanyakannya mudah di temui di kawasan paya dan menjadikan paya sebagai habitanya yang mana ikan sebagai makanan utamanya
Burung Undan hidup berpasang-pasangan dalam kumpulan
Burung Undan atau Pelican ini bertelur sebanyak 2 biji dan tempoh pengeramannya mengambil masa selama 20 hingga 30 hari. Kehidupan sosialnya biasanya berpasang pasangan di dalam kelompok yang ramai.
Lain-Lain Hidupan Paya Indah Wetlands DengkilSecara keseluruhanya haiwan atau hidupan yang terdapat di Paya Indah Wetland Dengkil tidaklah sebanyak yang sangka. Selebihnya cuma terdapat itik-itik dan burung Yellow Billed Stork yang mudah kita temui di kampung dan kawasan berpaya. Jadi B2U tidak berniat untuk berkongsi informasi tentang haiwan-haiwan tersebut
Burung Yellow Billed Stork terbang rendah sekitar tasik
Untuk pengetahuan anda gambar-gambar yang di paparkan untuk anda pada artikel kali ini di ambil sepenuhnya oleh anak perempuan B2U yang berusia 7 tahun. Beliau sungguh berbakat dan menunjukkan minat dalam dunia kamera khususnya fotografi. Gambar-gambar yang di ambil terpaksa di edit bagi membetulkan kesilapan-kesilapan kecil di dalam gambar
Banyak lagi informasi dan gambar-gambar yang dirakam di Paya Indah Wetlands yang hendak di kongsikan, jadi tunggu artikel B2U pada masa akan datang. Sila Subscribe untuk mendapatkan artikel terus ke email anda.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.blogger2u.com/2015/11/hidupan-di-paya-indah-wetlands-dengkil.html