Dinner Di Restoran Malam Indah Senibong Nasi Lemak Berlauk Permas Johor
Dinner di Restoran Malam Indah Senibong Nasi Lemak Berlauk, Permas, Johor || Alhamdulillah! Kita mulakan entri minggu ni dengan entri makanan. Ewah! Ini kisah sebelum viral kes siakap haritu! Haha! Setelah terlompat lompat kat suatu tempat sukan indoor maka ke sinilah untuk mencari foods sebelum balik rumah.
Rasanya ramai dah tahu kat Senibong, Permas, Johor ni ada banyak gila kedai makan! Boleh pilih nak ikan apa, ketam camana, sotong or udang masak apa... Fuh, puas hati! Tapi kalau jenis aku, sebelum order memang kena bertanya harga terlebih dahulu. Risauuu terlebihh bajet gituh!
Aku tanya pelayan tu berapa harga itu ini semua, lepastu last last dia suggest beli je sotong masak goreng tepung untuk dua orang makan. Murah sikit katanya, kalau takut nak hadap kemahalan seafood lain. HAHA!! Terasa terpukul i tau! Sebab aku buat muka terkejut bila dia sebut harga sekian sekian... Hihi...
Apooo?? Nak makan sedap, tapi kalau boleh nak harga murah semurahnya, aihh... tak dapat diknon!
Jom tengok menu aku pada malamtu!
Nasi Lemak Telur
Ini kira menu popular la kalau tengok pada nama restoran tuh. EH NONA, MANA NASIK?? Kih kih..
Chak! Bawah papadom ada nasi lemak!
Sedap! Sambal pun manis manis gitu.. Aku memang tengah lapar gila tapi nasi lemak ni memang serious menepati citarasaku!
Chak! Sotong celup tepung!
Agak banyak jugak kalau setakat makan berdua. Di sebalik cerita sebelum mengorder sotong celup tepung ni, aku siap ikut pelayan tu timbang kat depan tau! Kemain nak tahu berat sebenar dengan harga. Ya, RM20+ untuk 100g. Ok lah tu! Terus kasik angkat masak! Hahaha..
Muka lapar camtu
Untuk yang tak tahu, restoran ni berada kat tepi laut
Ramai orang haritu masa datang sini... Hm, so agak lambat sampai makanannya.. Rezeki dapat meja paling tepi, menghadap laut..Feeling romantik kau
Kalau korang singgah jalan jalan area Pasir Gudang, JB, marilah Dinner di Restoran Malam Indah Senibong Nasi Lemak Berlauk, Permas, Johor ni ye.
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2021/11/dinner-di-restoran-malam-indah-senibong.html