Pengalaman Indah Ke Karnival Starlight Resorts World Genting Highlands
Pengalaman Indah Ke Karnival Starlight Resorts World Genting Highlands | Hai semua, perkongsian kali ini masih lagi berlokasikan di Genting Highands, pada artikel yang lepas aku kongsikan pengalaman seram di Rumah Seram Zombie Train To Busan Genting Highlands, kalau belum baca klik je link ni
Screen Besar - Karnival Starlight Resorts World Genting Highlands
Kali ni kita lari kejap pasal seram kita rehatkan minda sikit menjamu mata pula. Apa yang menarik dengan karnival Starlight di Resort World Genting ni? jom baca sampai habis. Sebelum tu tengok dulu gambar di atas ni cantik kan? ye tu lah sedikit sebanyak gambaran di dalam Karnival Starlight tu
Karnival Starlight adalah sebuah festival di kawasan terbuka dengan suasana unik yang akan mengambil tempat pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu sebelum ianya melabuhkan tirai pada 2 November 2019 lepas. Menampilkan empat elemen utama iaitu filem, muzik, makanan dan permainan, karnival ini adalah ramuan yang menggambarkan masa paling sempurna berlatar belakang suasana Taman Tasik Century.
Karnival Starlight adalah terjemahan kami dalam mewujudkan suasana paling indah untuk malam penuh dengan kenangan,” kata Dato’ Edward Holloway, Naib Presiden Eksekutif Leisure & Hospitaliti. “Kita berada di kawasan tropika. Oleh itu cuaca panas dalam negara ini jarang mengizinkan acara secara terbuka dilakukan. Namun, di Resort World Genting, cuacanya sentiasa sejuk sepanjang tahun dan ia menjadikan kami tempat paling sempurna untuk menganjurkan acara karnival terbuka ala-Eropah ini. Kami bekerja keras untuk menyediakan senarai filem terbaik, makanan dan pelbagai aktiviti untuk semua lapisan pengunjung baik pasangan kekasih mahupun seisi keluarga. Oleh itu saya berharap para tetamu akan menikmati pengalaman istimewa yang telah kami sediakan dan teruja dengan penganjuran Karnival Starlight ini.
Karnival Starlight yang pertama di Resorts World Genting
Karnival Starlight memiliki tarikan berbeza-beza serta menghiburkan. Di Pawagam Karnival, filem blokbuster karpet merah yang ditayangkan termasuk, A Star is Born, Chicago, Jersey Boys, Mamma Mia & Hairspray. Kesemuanya akan ditayangkan pada skrin layar besar untuk dinikmati para pengunjung sambil duduk di atas beg kekacang dan kusyen. Tayangan filem di kawasan terbuka ini akan memberikan satu suasana baharu ketika menonton terutamanya apabila angin bertiup lembut dan ditambah kedengaran bunyi haiwan malam untuk memberikan faktor lebih ‘wow’ ketika tayangan.
Orang ramai ambil peluang berehat-rehat sambil menghirup udara sejuk depan screen besar
Jika perut terasa lapar, terdapat pelbagai pilihan tempat makan dan makanan yang dijual dari trak makanan di sekitar kawasan karnival. Biarpun trak makanan menyediakan pelbagai pilihan hidangan snek hebat termasuk sosej hingga ke coklat, Resorts World Genting turut akan mempamerkan beberapa hidangan terbaharu suite F&Bnya. FUHU by Zouk, yang merupakan sebahagian daripada kompleks Zouk Genting akan menyediakan beberapa sampel masakan gabungan unik, termasuk tacos pedas FUHU dan bubur pati itik FUHU. Harry Ramsden pula bawakan hidangan kegemaran London ikan dan kentang goreng ke Malaysia, serta masakan Itali seperti piza, pasta dan pelbagai lagi yang di kios II Lago. Cosmic Café akan menawarkan hidangan pilihaan tempatan seperti nasi ayam dan mi bakso, manakala aiskrim serta minuman berasaskan manga boleh didapati di khemah La Cremeria dan trak Sjora.
Karnival Starlight Resorts World Genting Highlands
Dari matahari terbenam sehinggalah malam menjelang, ruang Karnival Starlight turut akan dipenuhi dengan melodi-melodi. Barisan pemuzik berbakat termasuk Aidan Soloist, VIBES, McBE Duo dan Double Aze akan membuat persembahan di atas pentas Gazebo untuk merancakkan lagi mood malam. Nikmati minuman sambil dibuai alunan bunyi akustik yang menginspirasikan di pentas Karnival Starlight. Dan tidak lengkap sekira sebuah karnival tanpa permainan yang mencabar dan menyeronokkan. Baik lelaki dan perempuan, cuba nasib dan kemahiran masing-masing di kios permainan seperti menjaringkan bola keranjang di Shooting Star, memutar roda mencuba tuah di Milky Way Spin, Asteroid Toss, Topple Galaxies dan memancing itik di Pick A Star. Berjam-jam masa penuh keseronokkan dan cabaran menanti di Zon Permainan Karnival termasuk peluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah menarik.
Ketika bulan Oktober sampai ke penghujung, ia adalah masa untuk menjadi takut. Untuk minggu terakhir Karnival Starlight akan diberi sentuhan menakutkan sempena Minggu Halloween. Tanglung labu, zombie, sarang labah-labah akan menambahkan lagi suasana seram termasuk beberapa elemen yang menghidupkan sambutan pada malam Halloween.
Makan, Minum dan Bersuka ria di Dewan Oktoberfest Karnival StarlightTarikan utama Karnival Starlight menjanjikan suasana yang mesra untuk keluarga, buat mereka yang ingin berparti ada tempat yang boleh dituju. Oleh kerana Oktober dan bulan ini adalah untuk Oktoberfest, iaitu acara tahunan di German untuk meraikan asal usul bir di Munich. Resorts World Genting akan meraikan festival itu dengan cara tersendiri di Dewan Oktoberfest yang dianjurkan di sebuah kawasan lain di Karnival dengan menyediakan makanan, minuman, dan hiburan
Jika perut mula kerongcong, banyak terdapat kiosk untuk memilih hidangan alas perut seperti sosej trufle, sosej kimchi, burger daging berkeju dan burger daging kambing pedas. Kepak ayam dengan pelbagai jenis sos terdapat di kios Extreme Wings manakala nanchos berkeju pula di Loaded Nachos.
View this post on Instagram
A post shared by Potia Casadelarossa 🔄 (@potia_casadelarossa) on Nov 3, 2019 at 10:35pm PST
Dewan Oktoberfest turut dilengkapi hiburan muziknya sendiri. Mendendangkan lagu daripada pelbagai genre termasuk klasik hingga ke modern dance, beberapa kumpulan pemuzik akan mengambil giliran di pentas Dewan Oktoberfest untuk menghiburkan para tetamu. Antara penghibur yang mengesahkan kehadiran termasuk Part III, Society of Souls, The Beatles and Queen. Pada malam 2 November 2019, Zouk Genting akan mengambil alih pentas Dewan Oktoberfest untuk mempersembahkan Resorts World Genting Zouk Live! buat kali pertama.
Butiran Karnival Starlight
Karnival Starlight telah pon melabuhkan tirainya pada 2 November 2019 yang lalu. Karnival Starlight juga pada ketika itu menampilkan satu acara khas Zouk Live pada 2 November 2019 yang mana tiket-tiket sudah boleh dibeli pada harga RM20 dengan caj pemprosesan sebanyak RM4, manakala kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah masuk secara percuma. Pakej penginapan 2H1M di Hotel First World bersama dua tiket masuk ke Karnival Starlight turut disediakan pada harga RM246 bersih ataupun di Hotel Theme Park (RM628 bersih, sehingga 4 orang). Untuk maklumat lanjut, layari www.rwgenting.com atau
hubungi 03-2718 1118
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.blogger2u.com/2019/11/pengalaman-indah-ke-karnival-starlight.html