Hidung Anak Berdarah Buat Ibu Tercari Cari Punca Salah Satunya Kerap Guna Ubat Nasal Spray


Bila anak dalam keadaan sihat dengan tak semena-mena hidung anak berdarah pastinya membuatkan ibu merasa panik. Lebih cemas lagi bila darah mengalir tanpa henti. Ketika berdepan dengan situasi ini, sebaiknya ibu jangan cemas. Namun hidung anak berdarah disebabkan beberapa perkara. Salah satunya adalah penggunaan ubat nasal spray yang tidak terkawal.
Menurut Dr. Ezairy M.Sallih, Doktor Otorinolaringologi, Telinga, Hidung & Tekak, hidung anak berdarah disebabkan oleh beberapa perkara. Jika darah masih tidak berhenti, sebaiknya bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

 
Apa Punca Hidung Kerap Berdarah?
Ramai yang bertanya kepada saya, apa sebenarnya punca yang menyebabkan anak mereka mengalami pendarahan hidung secara kerap, walaupun fizikalnya mereka nampak sihat.
Di bawah merupakan beberapa sebab biasa dan common yang boleh menyebabkan pendarahan hidung berlaku. Saya beri sepuluh punca. Antaranya :

1. Cuaca yang kering
Persekitaran yang kering dan panas akan mengakibatkan lapisan mukosa dalam hidung anda kering dan mudah berdarah. Sekiranya anda sering mengalami pendarahan daripada hidung, pastikan anda mengelak daripada berada di kawasan yang terlalu kering yang boleh menyebabkan pendarahan lebih mudah berlaku.
2. Kerap mengorek hidung
Ini biasa berlaku kepada anak-anak termasuk juga dewasa. Bagi kanak-kanak biasanya mereka akan menggaru hidung akibat gatal dan sebagainya, manakala bagi golongan dewasa tabiat mengorek hidung yang sudah menjadi ‘habit’ perlu dihentikan. Trauma dan luka pada lapisan dalaman hidung boleh mengakibatkan pendarahan.

3. Terlalu kerap menggunakan ubat nasal spray
Ya, penggunaan ubat nasal spray adalah bagus bagi mereka yang mengalami masalah alahan, alergik dan sinus. Namun, untuk penggunaan sesetengah ubat nasal spray yang digunakan melebihi dan tidak mengikut nasihat doktor, ia boleh mengakibatkan lebih iritasi pada lapisan dalam hidung. Pendarahan boleh juga berlaku.
4. Ubat-ubatan
Hati-hati dalam penggunaan ubat-ubatan khususnya jika anda mempunyai masalah pendarahan. Ubat-ubat seperti ubat tahan sakit jenis NSAIDS (non-steroidal antiinflammatory drug), ubat cair darah dan beberapa lagi yang lain boleh mengakibatkan pendarahan mudah berlaku. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil ubat-ubat seperti ini.

5. Penyakit hati
Sekiranya anda mempunyai penyakit yang boleh mengganggu fungsi pembekuan darah, seperti organ hati… ia boleh juga menyebabkan pendarahan berlaku. Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya masalah yang anda alami tidak berkurang.
6. Alahan dan resdung
Masalah ini merupakan antara yang biasa ditemui di kalangan pesakit saya. Sekiranya masalah sinus atau alahan anda tidak terkawal, anda memang berisiko untuk mengalami pendarahan hidung. Gunakan ubat yang diberi atas nasihat doktor. Cuba elakkan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan masalah anda bertambah serius.
7. Darah tinggi
Masalah ini biasa berlaku kepada mereka yang mengalami ‘hypertension’ yang tidak terkawal. Pesakit biasa boleh mengalami gejala seperti pening kepala, kabur mata dan mereka juga boleh mengalami simptom pendarahan hidung akibat pressure terlalu tinggi. Kawallah tekanan darah anda. Pastikan anda mendapat follow up yang regular dan teratur bersama doktor.

 
8. Penyakit dalam darah
Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa pendarahan daripada hidung juga merupakan antara simptom kepada penyakit dalam darah seperti thrombocytopenia, leukemia, hemophilia dan sebagainya. Sekiranya anak anak anda ada tanda-tanda pendarahan atau lebam pada anggota lain selain hidung, dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.
9. Penggunaan bahan dan makanan tradisional
Ada juga di kalangan pesakit saya yang mengalami pendaran hidung akibat masalah ini. Ada yang terlalu percaya pada suplemen atau minunan tradisional berbanding ubat-ubat hospital. Tujuannya untuk supaya badan lebih kuat, memutihkan kulit, mencuci buah pinggang kononnya, mengawal kencing manis. Namun akibatnya, masalah lain pula yang datang. Penggunaan makanan atau minuman seperti ini tanpa nasihat doktor boleh mengakibatkan pendarahan berlaku juga.
10. Kanser
Untuk mereka yang berusia khususnya (walaupun boleh berlaku kepada golongan muda), pendarahan daripada hidung secara tiba-tiba perlu diambil lebih serius. Apabila ia berlarutan melebihi tiga minggu disertai benjolan pada leher, masalah pendengaran, maka dapatkanlah pemeriksaan daripada doktor.
The post Hidung Anak Berdarah Buat Ibu Tercari-Cari Punca, Salah Satunya Kerap Guna Ubat Nasal Spray! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hidung-anak-berdarah-buat-ibu-tercari-cari-punca-salah-satunya-kerap-guna-ubat-nasal-spray/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Guna Anak Tiga Bulan Jadi Umpan Mengemis Hasilnya Buat Beli Dadah

Ibu Guna Anak Tiga Bulan Jadi Umpan Mengemis Hasilnya Buat Beli Dadah

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 624 hits
Pernah lihat individu yang mengemis di jalanan sambil membawa bayi Awas Anda jangan tertipu dengan individu tersebut kerana majoritinya adalah golongan yang diarah oleh sindiket untuk mengemis Bayi tiga bulan diselamatkan dalam Operasi Papa...
Selalu Alpa Ini Risiko Ibu Bapa Kena Tahu Kalau Guna Cotton Bud Cuci Telinga Anak Kecil

Selalu Alpa Ini Risiko Ibu Bapa Kena Tahu Kalau Guna Cotton Bud Cuci Telinga Anak Kecil

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 607 hits
Putik kapas atau cotton bud adalah sejenis alat yang digunakan untuk membersihkan telinga Ianya banyak digunakan oleh golongan dewasa malahan ada ibu bapa yang menggunakannya pada bayi mereka Namun tahukah anda bahawa putik kapas ini tidak ...
Attar Ni Speech Delay Wawa Zainal Mengaku Silap Kerap Beri Main Gajet Punca Anak Ada Masalah Percakapan

Attar Ni Speech Delay Wawa Zainal Mengaku Silap Kerap Beri Main Gajet Punca Anak Ada Masalah Percakapan

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 302 hits
Gajet ibarat bilah pisau yang boleh memberi manfaat dan juga mudarat kepada pengguna bergantung kepada cara penggunaannya Pendedahan gajet secara berlebihan kepada kanak kanak boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan mereka Berdasark...
Bukan Salah Anak Lambat Membaca Ibu Bapa Kena Ajar Asas Dulu

Bukan Salah Anak Lambat Membaca Ibu Bapa Kena Ajar Asas Dulu

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 538 hits
Ibu bapa semestinya menantikan perkembangan yang positif untuk anak anak Kan Setiap anak mempunyai perkembangan yang berbeza dan ada kalanya tidak mengikut aturan yang betul Menjadi kerisauan buat ibu ayah apabila anak berganjak ke tiga tah...
Tugas Serba Guna Tni Di Papua Dari Selamatkan Anak Tenggelam Hingga Jadi Guru

Tugas Serba Guna Tni Di Papua Dari Selamatkan Anak Tenggelam Hingga Jadi Guru

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 258 hits
Pasukan TNI ini dekat dengan anak anak di Papua Berikut kedekatan TNI dengan anak anak di Papua
3 Cara Malaysia Atasi Asap Kiriman Dari Indonesia Salah Satunya Ditiup Kembali Gimana Caranya

3 Cara Malaysia Atasi Asap Kiriman Dari Indonesia Salah Satunya Ditiup Kembali Gimana Caranya

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 388 hits
Gara gara kebakaran hutan dan lahan di Indonesia negara tetangga sampai ikutan repot Malu nggak sih
Doa Ayat Ayat Syifa Untuk Anak Tidak Sihat Cara Selain Makan Ubat

Doa Ayat Ayat Syifa Untuk Anak Tidak Sihat Cara Selain Makan Ubat

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 1414 hits
Doa Ayat Ayat Syifa Untuk Anak Sakit Alternatif Selain Makan Ubat Bila anak tak sihat selain dapatkan rawatan doktor ikhtiar melalui amalan bacaan ayat suci al Quran juga antara yang boleh membantu Doa Ayat Ayat Syifa Untuk Anak Sakit Alter...
4 Lembaga Dapat Wdp Dari Bpk Salah Satunya Kemenpora

4 Lembaga Dapat Wdp Dari Bpk Salah Satunya Kemenpora

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 210 hits
Dia menjelaskan tidak mengapa dana hibah ada dalam lembaga Dan kemarin kata dia ketua KONI sudah menyampaikan hal tersebut
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Cucur Ubi Kentang

Lirik Lagu Gasoline Akim The Majistret

Resepi Puding Awan Nano Mr Ali

Bau Potret Chord

Gajah Betina Mengandung Selama 22 Bulan

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor