Hidangan Nasi Jagung Dan Kuih Seri Muka Pandan Yang Lazat
Hidangan Nasi Jagung Dan Kuih Seri Muka Pandan Yang Lazat. Entah bila last saya makan nasi jagung, rasanya waktu sekolah tingkatan enam dahulu.. bertahun dahulu. Kemudian bila orang jual nasi jagung kat pasar malam atau bazar ramadan, saya oandang sekali lalu dan memang tak beli. Sebabnya, waktu kali terakhir saya makan tu, nasi jagungnya tak sedap dan nasinya jelantah (tak cukup masak). Makanya, saya tersekat kat situ dengan tanggapan nasi jagumg tak sedap.
Tapi, sejak kebelakangan ini kawan sepejabat kata ada orang pandai masak nasi jagung dan rasanya amatlah sedap. Dia kata cuba dulu, baru komen. Banyak kali la dia puji-puji
Geram tak tengok si putih hijau ni.. seri muka pandan. Alahai sedapnya.. tak puas makan. Saiz loyang 7 X 7, berharga RM45.00. Bila dah di potong cantik dan comel.. cukup untuk tetamu dekat 50 orang
- Set menu utama iaitu nasi jagung, ayam masak merah dan salad timun. Yummy!!
Semua cakap nasi jagungnya sedap dan lembut, dan wangi. Alhamdulillah
Hidangan Nasi Jagung Dan Kuih Seri Muka Pandan Yang Lazat
Maka, pada hari dan masa yang tepat.. saya pun order nasi jagung dari si polan ni. Order untuk 40 orang makan, nak menjamu adik beradik datang ke rumah. MasyaAllah, sedapnya nasi jagung dia. Nasinya masak elok, lembut, begitu juga dengan ayam masak merahnya.. juicy tak liat bila dah sejuk. Semua tetamu memuji masakan nasi jagung tersebut. Alhamdulillah, Allah izinkan sedap nasi jagungnya.
Lain-lain menu adalah popia sira, sandwich egg mayonis dan seri muka pandan. Semua menu pun sedap. Habis licin kami kerjakan
Alhamdulillah.. dengan rombongan yang ramai hadir dalam teratak kecik kami, segalanya cukup dan semua dapat makan. Banyak sama dikongsi, sikit sama di rasa. Gitulah..
Semoga lain kali tak serik la dia orang datang ke rumah kami lagi. Terima kasih Allah kerana nikmat dan berkat yang Engkau hadirkan.
#kenangan.5.6.2022Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2022/06/hidangan-nasi-jagung-dan-kuih-seri-muka.html